Lazy Cook – Eksperimen Kek Dalam Mug Pakai Microwave

FOR ENGLISH, CLICK HERE

Aku dok tengok dekat Facebook, sana sini duduk tunjuk video dan post gambar pasal kek segera dalam cawan/ mug tanpa bakar. Mula mula aku malas la jugak nak layan. Sebab setahu aku la kan, kalau bab BAKING kek, roti dan biskut, mana boleh stail malas malas. Kena ikut acuan dan even kalau salah putar arah pun boleh jadi bala. Lainlah kalau kau memasak lauk. Terlebih, terkurang garam, cili ke bawang, ok je masih boleh di repair walau lauk tu dah dalam pinggan ready untuk dimakan kan.

Lama lama aku jadi geram. Aku nak eksperimen lah. Lagipun bahan nya secoet je kan. Kalau tak menjadi, tak la rugi untuk di humban kedalam tong sampah. Aku nak tengok auta ke tidak pasal kek dalam mug ni.

So, aku ikut resepi satu budak melayu ni di Facebook. Sebab dia punya nampak paling simple kan.

Bahan Bahan:

2 SB Gandum
2 SB Gula Kastor
2 SB Koko – aku guna Hershey bar, double boiler
3 SB Susu Segar
1 SB Minyak
1 SK Baking powder
1 Biji Telur
Masuk semua dalam Mug, Kacau, masuk dalam Microwave 3 minit.

*SB : Sudu Besar / SK : Sudu Kecil

Cake in a mug

 

Cake in a mug 1

 

Tengok dalam microwave dia punya menggelembung, aku macam tengok persembahan silap mata David Copperfield lah kan. Waaaahhhh menjadik rupanya. Kalau macam ni, hari hari aku buat untuk si botak. Sebab dia suka kek coklat.

Cukup 3 minit, aku angkat keluar. Hhhmm bau dah ada. Harum harum macam kek. Tunggu sejuk sikit, cucuk pakai garpu.

Cake in a mug 2

 

Cake in a mug 3
Siap letak icing OK?

HARAM.

Dia punya bantat tak gebu satu hal. Rasa baking powder macam baja bunga pun ada. Aku dah agak dah!!!!!! Setahu aku, kek kalau tak di putar pakai hand mixer atau di hempuk dengan betul betul dan di bakar, memang tak kan jadi punya.. Lain lah brownies atau kek kukus. Lagi lagi microwave. Lagipun aku dah biasa sangat panaskan roti pakai microwave, mula mula lembut lah. Tak sempat suam, dia punya membatu boleh baling anjing. Microwave letak air kosong pun, buat rasa air tu jadi tak best. Ini kan pulak kek bagai. Jadi aku tak tahulah, bangsa yang reka kek dalam mug pakai microwave ni tekak depa ni macam mana kata sedap la kan. Tekak hipster kut.

Jadi, kalau tak percaya, sila lah cuba. Kalau sedap, gebu gebas, sila la bangkang keputusan experimen aku ni. Dengan kata lain, tak payah la kome buat kek dalam mug pakai microwave ni. Masak meggi tuang air panas pun lagi sedap dari kek masak pakai microwave ni lah!

Buang masa aku betul.

Comments

comments

8 Comments

  1. Hedarayati Muhamed on Facebook

    February 17, 2016 at 7:19 am

    Kak Normi Kahar Goodwin sy ada gak try tp yg xguna telur elok lembut xbentat..utk org melyu yg baru2 nak belajar buat kek ok la ..tuk k.nomi xsesuai ok..mat salleh mana mkn kek msk dlm microwave hehe

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      February 17, 2016 at 7:21 am

      ohhh.. jangan taruk telur ya? Hhmmm nanti akak cuba. tenkiu Heda sebab bagi tips.

    2. Hedarayati Muhamed on Facebook

      February 17, 2016 at 7:46 am

      2 minit je cukup ltk kat high tempreture..

    3. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      February 17, 2016 at 7:49 am

      Ya. Akak memang pemalas tapi nak makan je. Elok sangat resepi pemalas macam ni. Cuma bila try tak menjadi, hangin satu badan kejap. Hahahaha

  2. mohd tasyrif zamanee bin ibrahim

    April 5, 2017 at 7:54 am

    ko memang lawak normi..ko boleh join kelab komedi..

  3. Sri Maryati

    July 10, 2018 at 12:00 am

    Makasih resep kuenya kak, nanti bisa dicoba dirumah🙏

    1. heartboxx

      July 12, 2018 at 9:36 am

      Sama sama.. tapi agak keras bila sejuk ya.. hehe

Leave a Reply