Lazy Cook : Mari Belajar Buat Deviled Egg

Ho Ho Ho! Jangan pulak tuduh aku masuk ajaran sesat sejak dok Amerika ni. Nama makanan ni memang la macam setan tapi tak berdosa pun kalau makan. Macam Kuih Tahi Itik tu. Bunyi macam najis tapi sedap dimakan.

first time learn to cook deviled eggs

Asalnya resepi mak mentua aku ialah:

Telur Rebus – Di belah dua dan di korek kuning telur
Worcestershire sauce*
Mayonnaise*
Mustard*
Serbuk lada hitam*
*2-3 sudu mengikut berapa banyak telur dan tekak kau.

Seminggu lepas tu aku teringin nak makan. So aku rebus 3 bijik telur dan remake cara pembuatan mengikut lobang tekak aku.

DSC00196

Telur Rebus – Di belah dua dan di korek kuning telur
Worcestershire sauce*
Mayonnaise*
Mustard*
Serbuk lada hitam*
Turkey pepperoni cincang*
Bawang Besar Cincang*
Parmesan Cheese*

*2-3 sudu mengikut berapa banyak telur dan tekak kau.

Kuning telur di lenyek dan campur dengan segala bahan. Gaul, masukkan balik dalam telur putih tu. Sedap dan agak mengenyangkan!

first time making deviled eggs

first time making deviled eggs 1

Kau boleh tambah tolak ingredient untuk di masukkan dalam kuning telur kau dengan bahan yang kau suka. Kau nak letak budu ke, tempoyak ke, ikan bilis ke, daging cincang ke, suka hati mak nenek kau ok? Tak ada sapa boleh komplen. Aku suka.

Aku first time tengok pembuatan dan makan Deviled Egg ni masa Thanksgiving hari tu. Rupa rupanya Deviled Eggs ni memang merupakan pembuka selera rasmi bagi rakyat barat bila ada keramaian. Rupanya ada sejarah pasal Deviled Egg ni. Bagi aku, sejarah mak nenek, aku suka akan rasanya dan pembuatannya yang sangat senang.

Aku tak nafikan masakan Asia, terutamanya masakan Melayu adalah ter BEST di dunia. Tapi apa yang membuatkan aku malas (dan aku memang pemalas), masakan orang kita buat dapur berkecah. Dan kalau tertinggal satu ingredient macam lengkuas ke.. jintan ke.. tak cukup santan ke… terus rasa kelaut lalu membuatkan aku frust tak mau kedapur.

Aku suka belajar masakan yang simple, yang mana, resepinya terbuka kepada pelbagai kemungkinan dan kreativiti rasa. Maksud aku, boleh tambah dan buang list ingredient yang dinyatakan tapi outcome dia tetap best.

Deviled Eggs ni juga dikenali sebagai Egg Salad, Russian Egg dan macam macam lagi. Elok bagi yang teringin nak buat makan makan untuk tetamu dikalangan teman teman rapat bawah 20 orang (aku suka kelola jamu kawan kawan stail gitu), tambah bilangan menu makanan atas meja serta buat jemputan berkata ~ “apakah itu? Wah, sedapnya! Mintak resipi!

Resepi ni juga elok untuk ibu pemalas tapi tetap anti dengan processed food macam nugget, hotdog goreng dan sebagainya. Aku sangat ANTI dengan processed food juga walau aku tak ada anak. Dan kalau kau rasa nama Deviled Egg ni tak boleh dibawa masuk masjid, kau tukar la kepada Telur Suci lagi Murni, Telur Halal lagi Toyyiba ke apa. Kalau nama itu yang kau beratkan dalan kehidupan kau kan.

Let’s cook and be creative!

The term “deviled“, in reference to food, was in use in the 18th century, with the first known print reference appearing in 1786. In the 19th century, it came to be used most often with spicy or zesty food, including eggs prepared with mustard, pepper or other ingredients stuffed in the yolk cavity.

~Source Wikipedia.

Comments

comments

Leave a Reply