Lazy Cook : Rahsia Hotdog with Bun yang sangat SEDAP

Hellur… Rancangan malas memasak keudara lagi! Kali ini ialah macamana nak masak hotdog dengan bun yang sangat lazat tak perlu beli dekat luar lagi!

Aku dapat resepi ni dari Botak. Selama aku kawin dengan dia 4 tahun lebih, aku tak pernah ambik tahu apa dia masak. Kecuali aku makan dan komplen sahaja. Tapi kan, kadang kadang apa yang dia masak sangat lah sedap. Cuma aku malas nak ambik tahu. Kecuali hari ni, masakan dia mengubah hidup pandangan aku terhadap knowledge dia dalam penyediaan makanan. Kecuali yang ni;

Ok, rahsia ingredient yang mengubah standard penyediaan hotdog with bun dekat rumah bagi orang yang malas memasak ialahhhhhh…..

.

.

.

.

.

Bawang Besar Kuning! Yaaa bawang you olls.. makcik makcik bawang pasti tersenyum riang sebab bawang besar Holland ni pasti sentiasa ada di tangan dapur korang.

Simple siut. Tapi aku lepas aku makan hotdog tu dengan adanya bawang ni, I was like “OH MY GOD! Why you didn’t tell me this earlier?”

Bawang ni kau goreng dengan SALTED BUTTER. OK!?

Masa tengah menggoreng ni, bau dia dah buat air liur kau meleleh macam baby nak tumbuh gigi. Jiran jiran gerenti tertanya tanya bila mereka bau bawang goreng dengan butter ni. Apakah bau yang sangat lazat itu!??!?

Tak payah garing sangat. Cukup la layu lembab brown sikit.

Then, bun hotdog tu jangan lupa tambah lagi “lemaknya” which is sapu la selayer salted butter tu.

Masukkan ingredient rahsia yang kini bukan lagi rahsia;

Dan Layer la lagi dengan Cili jeruk cincang (aku dekat sini pakai Jalapenos sajor). Mustard, Mayonnaise, Sos Cili.

KAPIT.

Aku cakap kau, sediakan tisu sebelum hujan. I mean, sebelum keadaan menjadi sangat messy. Memang akan sloppy sangat. Tapi LAZAT.

Mak mertua aku cakap, benda yang sama (bawang besar holland goreng dengan salted butter) boleh diguna pakai juga dengan penyediaan burger serta steak! Masukkan hirisan cendawan sekali katanya. Homaigad..Steak… Aku mesti cuba!

So, korang try lah ya. Nanti inform aku apakah benar kata aku bahawa inilah penyediaan makanan segera untuk orang malas tapi rasanya into another whole level gitu!

Bye.

Comments

comments

Leave a Reply