Library is Fun

Hahaha. Sapa sangka? Aku nak tanya korang, bila last time korang jejak kaki ke perpustakaan? Aku rasa student zaman sekarang pun dah tak ke library sebab adanya Google Search kan?

Last aku ke perpustakaan ialah pada tahun 1999. Tahun dimana aku graduate Ijazah Perakaunan aku di Uitm Shah Alam. Lepas tu, memang tidak lah jejak kaki ke library. Boring kut.

Itulah silapnya. Untuk memupuk masyarakat suka membaca bahan bacaan ilmuan (bukan baca artikel gossip dan viral sahaja) dikalangan bangsa kita ni macam nasib. Kalau untung, suka lah membaca. Kalau tak, tengok headline terus buat conclusion. Paling sedih “panjang sangatlah tulis. Tak boleh lukis ke?” Gitu.

Aku tak nafikan, untuk memupuk tabiat suka membaca ni, memang kena asuh dari kecil lagi. Tapi aku juga faham, bukan semua orang mampu untuk adakan koleksi buku buku yang punya ilustrasi yang menarik untuk attract anak kita untuk pegang, belek dan tatap buku tersebut. Aku dekat sini pun, ada tak sampai sepuluh buku yang aku belikan untuk Athena Sophia. Mostly pop up book. Ada texture untuk dia sentuh, imej 3D untuk dia pegang. Colorful, glittery image to make fun reading experience. Tapi buku macam tu mahal. Yes. Dekat sini pun dalam $7 to $10 satu. Memang kami hanya peruntukkan sebulan sekali untuk beli buku untuk Athena Sophia selain dari alatan mainan yang mana kata orang, helping with brain development.

Satu hari, Mike bagitahu aku yang, dia check out Public library di Laughlin, bersebelahan dengan pejabat pos yang aku lawat setiap minggu untuk penghantaran barang customer aku. Tak pernah tergerak hati aku nak check out Library tu. Besar gedabak macam shopping mall. Aku perasan, setiap kawasan di bandar bandar kecil di setiap negeri di USA, punya public library yang besar. Actually dekat Wasilla, Alaska pun ada. Aku tak pernah tanya atau nak masuk ke dalam. Sebab, bagi aku, library ni boring. Cuma ada buku buku. Dan aku tak perlu semua tu sebab aku boleh google dan tonton dekat Youtube.

Mike bagi tahu aku yang dekat sana ada ramai toddlers sebaya Athena Sophia bermain. I was like, ha? ada playground ke? Mike pandang aku dengan pandangan yang pelik. Dia bagitau aku, setiap library di USA ada kid’s section. Dan kid’s section tu almost like montessori school / play school. Cuma tak ada guru sahaja. Jadi ibu bapa lah kena spend masa untuk bermain dan membaca dengan anak anak mereka dekat situ.

I was like? Ha? Serious? Jarum meter jakun aku meloncat. “I want to check it out!” Terus.

Tangga ke bangunan library
Dekat entrance ada peti untuk retun the books. Memudahkan untuk orang pulangkan buku yang dipinjam diluar waktu pejabat.

Esoknya bila aku pegi check. Mashaallah. Tujuan aku bercerita ni bukan untuk menunjuk nunjuk. Tapi untuk share the idea and experience. Sekiranya di Malaysia masih belum ada lagi, elok lah buat ni.

Segala mak nenek koleksi buku mengikut usia kanak kanak ada di situ. Which is aku tak mampu untuk beli semua untuk seumur hidup Athena Sophia. Kawasan untuk bermain, doll house, mock up kitchen play set, play house, mega blocks, wooden puzzle, lego, crayons, meja dan kerusi saiz budak untuk duduk bermain dan bermacam mak nenek educational toys ada bagaikan tadika berbayar lagaknya. Aku rasa macam nak menangis. Sebab aku rasa macam apa yang kami ada dekat rumah untuk Athena Sophia tak pernah cukup dan kami tak mampu untuk belikan segala sebab ada banyak lagi lain lain keperluan yang kami kena dulukan.

Masa kami pergi tu, dah agak lewat, pukul 5 petang. Library tutup pukul 7 petang. So semua kanak kanak lain dah balik. Masa kami dekat sana, cuma ada 1 boy sibuk main game dekat komputer (juga di sediakan di kid’s section) dan 1 baby girl dalam stroller. So just imagine kalau waktu biasa, Athena Sophia ada peluang untuk berinteraksi dan bermain dengan kanak kanak sebaya dia dengan supervision kami serta mak mak / bapak bapak yang lain. Which is, very good before we send her to pre school.

Cuma benda yang kau kena bawa bekal untuk sejam dua dekat sana hanyalah botol air untuk minum dan wipes. Sebab biasalah, mainan tu banyak tangan yang pegang. So kita kena lap tangan anak kita sebaik sahaja keluar dari tempat tu. Budak budak yang masih dalam fasa masukkan barang dalam mulut tak sesuai lah. Tapi untuk age 2 years old and up, memang elok sangat.

Buku buku ni kau boleh pinjam macam kau pinjam buku buku masa kau belajar dulu. Tapi kena register macam biasa lah. Bukan buku sahaja…

Malah DVD movie for kids! menangis ke tidak….

Lepas aku visit library ni, aku terus follow dan like Facebook Page dia. Rupanya mereka ada anjurkan event macam macam untuk budak budak dekat situ.

Semua nya free. Tak kena bayar apa apa. WIFI free untuk mak bapak. Dan sebagai manusia yang bertamadun, kita kenalah ajar anak kita treat the facilities and all its items nicely. Lepas main, kita simpan balik masuk dalam bekas dia. Buku yang kita ambik, letak balik ketempat nya..susun elok elok macam dekat rumah sendiri. Benda free kut. Bersyukurlah.. jagalah dia elok elok.. boleh pakai lama untuk anak anak kita sendiri dan anak anak orang lain juga.

Aku rasa program / kemudahan ni sangat bagus kalau Perpustakaan di Malaysia tiru (kalau belum ada lagi lah. Kalau dah ada, BAGUS!!!). Cara ini boleh memupuk generasi baru untuk suka ke perpustakaan dan dekat dengan buku. Selain dari itu, banyak membantu golongan ibu bapa yang tak mampu nak adakan fun educational tools for early learning untuk anak anak. Pun juga boleh di jadikan sebagai early introduction kepada anak anak sebelum hantar mereka ke sekolah tadika berbayar. Jadi mereka akan faham konsep bermain dan belajar bersama sama.

Dari duduk bawak anak anak melalak ke shopping mall, makan fast food, tengok aksi aksi teenagers yang tak berapa sesuai untuk anak anak kita yang masih kecil, kan bagus bila kita ada space macam ni. Bermain sambil belajar. Aku tahu dekat Damansara ada Kidzania. Tapi mampu ke semua orang nak bawak anak masuk situ 3 kali seminggu even? Bukan free kan. Orang sekitar KL/ Selangor je lah merasa Kidzania pun. Macamana dengan orang Kokdiang? Tanjung Malim? Jerteh? Ahhhh banyak lah pulak daerah aku kena sebut. Sampai tahun depan pun tak habis gini.

So pada sesiapa yang kerja atau kenal dengan oarang orang di Minister of Education atau Kebajikan Masyarakat tu, boleh lah sarankan idea ni. Serikan perpustakaan awam yang ada di Malaysia dengan kehadiran generasi baru dalam membentuk generasi baru yang suka buku.

Itu je lah yang aku nak kongsi pada kali ini. Bab trip dan pemandangan indah di USA, nanti aku share bila aku ada masa lagi. Hehe.

Yang pasti, Athena Sophia had a hard time to leave that library. Menangis dia nak main lagi… Aku janji dekat dia nanti aku akan bawak dia lagi dan dia boleh main dekat sana dengan budak budak lain lama lama.

Call me nerd. But now, I love library. And Athena Sophia will too.

normi kahar, www.bittersweetbyte.com

Comments

comments

Leave a Reply