Living Alaska: Percubaan Ambik Gambar Aurora Borealis di Laman Rumah (20.1.2016)

Aurora Borealis amateur shot 1

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Tak kiralah korang nak muntah dengan gambar percubaan aku setiap kali Aurora muncul, aku akan rekodkan di blog ni. Hihi.

Aurora Borealis amateur shot

Aurora muncul lagi pada 20 Januari 2016. Sekitar pukul 5 pagi di kawasan rumah mertua aku di Wasilla. Kali ini kedatangan dia bukan alang alang. Bersepoi sepoi, bergulung gulung. Aku rasa disebabkan ini jugalah aku mampu ambik gambar ni dengan lebih jelas berbanding dengan percubaan aku yang PERTAMA dan KEDUA.

Aurora Borealis amateur shot 2

Lagipun kali ini aku guna monopod kecil dan remote shutter button. Tapi seperti amatur amatur lain, aku masih gagap dalam menangani deruan angin kuat, kesejukkan dan keterujaan.

Aurora Borealis amateur shot 3

Terus terang aku cakap, walau ini kali ke tiga aku dapat tengok Aurora, perasaan gugup tu tetap ada! Gila kau. Excited dia lain macam. Aku dah macam orang hilang akal pusing pusing dongak ke langit ikut lenggok cahaya ni. Lepas tu, segala formula cara cara untuk ambik gambar Aurora habis tak ingat. Nak masuk rumah tengok buku pun sayang. Takut terlepas moment dan takut Aurora hilang. Hahaha.

Aurora Borealis amateur shot 4Aurora Borealis amateur shot 5

Dalam kegelapan aku teraba raba button menu kamera. sampai satu kali, black and white daaaa… kah kah kah.

Aurora Borealis amateur shot 6

Aurora Borealis amateur shot 7

Nak jugak bergambar dengan Aurora. Peh, kena berdiri tak gerak gerak dekat dengan seminit. Dah la gigil. Punya nak terkencing jangan cerita. Tapi sayang nak masuk rumah! Takut Aurora hilang! Hahahah.

Aurora Borealis amateur shot 8Aurora Borealis amateur shot 9Aurora Borealis amateur shot 10Aurora Borealis amateur shot 11Aurora Borealis amateur shot 12

Aurora beransur hilang masa pukul 7.30 pagi. Aku pun masuk balik rumah, dan dan up dekat instagram dan Facebook. Dalam masa yang sama aku ada join kelab ‘AURORA LOVERS’ dekat facebook. Peh.. macam pesta pagi tu semua pakat upload penampakan Aurora di seluruh Alaska. Rupanya memang Aurora macam ‘mengamuk’ malam tu.

Terasa diri kecik sangat bila tengok photographer otai otai upload koleksi gambar Aurora mereka. Tak apa.. aku akan tetap prektis lagi dan lagi sehingga aku terrer. Yang paling penting aku kena atasi perasaan gabra dan over excited aku tiap kali lihat Aurora!

Hampeh. Sesungguhnya aku makhluk yang lemah.

8367150290_f64071bebb_o3

Wasilla, Alaska.

Comments

comments

1 Comment

  1. rani

    August 12, 2018 at 10:52 am

    bagus sekali artikelnya, sukses..

Leave a Reply to rani Cancel