Majlis Akikah & Kesyukuran Athena Sophia

Salam Oktober. Baby tengah tidur. Aku pun ambik kesempatan update belog. Hehe. Update kali ni more to photoblog lah. Gambar sekitar majlis Akikah Athena Sophia almost 2 weeks ago.

First of all, aku dan botak ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk hadir. Kepada penaja, sponsor kuih muih serta printing, kepada saudara mara dan sahabat handai yang banyak mencurah tenaga membantu menjayakan majlis ini, semoga Allah memberkati anda semua dengan rezeki, kesihatan dan kekayaan yang berpanjangan.

At the end of this post aku sertakan link dan contact supplier and event supplies yang aku guna pakai untuk majlis Akikah ni.

As you can see, I am that typical mom that choose PINK for a baby girl theme. Cuba jugak nak color lain, tapi hati asik menggebu gebu nak pink. So to tone it down, aku mintak decorator campur dengan cream and grey.

Memang benar kata orang, bila anak pertama, memang beria ia. Maklumlah first time. Tapi kalau ada rezeki anak kedua (boleh ke..dah nak menopos dah ni) dan ada lebihan rezeki dari segi financial, kami akan cuba buat sama sahaja. Tiada beza. Tapi budget untuk majlis Akikah untuk Athena Sophia ni tak la semahal mana. All in all tak lebih 6 ribu pun. Tapi jenuh juga lah aku DIY certain things dan cari supplier barang yang boleh offer harga termurah. Apa yang buat murah ialah dewan apartment tempat kami tinggal. Charge dia hanya RM50 untuk 1 jam. Kalau buat dekat rumah lagi dapat save. Tapi since rumah kami hanyalah apartment, so terpaksa buat dekat dewan untuk keselesaan tetamu.

Aku ada bagitau dekat decorator, aku menikah dengan Mike dulu tak ada kenduri. Bukan kawin tangkap basah. Tapi memang buat simple je. Menikah di Pejabat Kadi dan makan makan pun hanya di kalangan keluarga terdekat sama orang di Jabatan Agama tu saja lah. Aku ada post pasal bajet nikah aku di SINI.

So aku cakap dekat dia, pelamin Akikah Athena Sophia ni kami nak bergambar ala ala pengantin (Basi) bertiga. Tapi apa apa pun, Pengantin utama dia tetap Athena Sophia la. Haha.

Di antara benda yang aku DIY ialah Paper Pin Wheels Background ni. Juga Name Garland, Cupcakes, Cupcake Bouquet, Cake Pop, Bunga Telur dan Dessert Table decoration. (Nak panggil candy buffet table macam tak buffet je. Sikit sahaja variety nya. Table kecik sangat). So whatever yang aku DIY, will be available via FlowerboxMalaysia. Aku sediakan service tu di sana. 

Aku tahu most of us semuanya berbakat dan berskill untuk DIY. Tapi selalunya services macam ni bukan untuk mereka yang tak berbakat. Tapi untuk mereka yang tak punya masa untuk DIY. Aku pun masa majlis ni, tak punya banyak masa juga. Tapi aku prepare 2 month before the majlis, buat sikit sikit time Athena Sophia tidur. So dalam kekalutan dan memory loss (aku sekarang ada penyakit lupa yang kronik sejak beranak) dapat juga aku siapkan semua ni sebagaimana yang aku imagine.

Dalam goodie bag / door gift bag aku isi moist chocolate cake (it came with that beautiful box) dan Buku Doa Harian berserta mini tasbih. Design paperbag / goodie bag sedondon dengan welcome board, e-invitation dan background 7 kaki untuk bergambar adalah hasil idea design sendiri. Tak ada di kedai tau! Tapi maybe lepas ni kedai tu guna la design aku ni untuk order selepas aku, I don’t know.

Initially, aku ada tiga pilihan tema yang serabut untuk aku decide. Theme Princess, Theme Unicorn, Theme Barbie. Last sekali aku campur semua. Tamak.

Katering untuk 150 orang. Siap berlebih lagi. Ada certain cakap ayam masak merah, ayamnya agak keras. Tapi at the same time ada yang puji cakap semuanya sedap. Bila aku makan sendiri after majlis, memang sedap. Aku rasa ayam yang keras tu ayam yang dekat bahagian atas tak kena kuah kut. Apa apa pun, aku minta maaf pada tetamu yang tengah baca belog ni sekiranya makanan tak memuaskan hati ya…

Group Marhaban yang sangat best. Nanti semua contact aku letak at the end of this post ok.

Athena Sophia is known as an easy baby. Sejak aku lahirkan dia dan jaga dia berseorangan, dia tak banyak karenah. Hanya nangis bila lapar, penat dan pampers dia ada poopoo. Nangis pun dia bukan meraung. Dia merengek rengek dan tunjuk muka masam muncung Donald Trump. Aku selalu cakap dekat Athena Sophia that

You have the sweetest smile in the world. You can use that to get anything you want instead of crying

Mungkin sebab itulah, dia selalu senyum ketawa dan kurang nangis. Masa permulaan majlis, dia tidur dalam cradle yang cantik ni. Betul betul dia gunakan benda alah ni. Cumanya, dewan ni tak ada aircond. Only kipas. So dia agak kepanasan dengan baju pengantin dia yang sangat over the top tu.

Ini lah dessert table yang aku DIY serta makanan di atasnya (Kecuali kek Unicorn tu) Ok. Cupcake Bouquet is almost impossible to do in Malaysian weather. Once duduk dekat tempat tak beraircond , kipas full swing, icing dia melting lalu terkelepop menyembah bumi. Sebenarnya susunan Cupcake Bouquet tu rapat rapat tapi bila asik jatuh dan ganti yang baru, lama lama jadi jarang sebab cupcake yang elok semua dah habis. Memang benda yang paling mencabar bagi aku ialah cupcake bouquet ni lah. Memang hazab semalaman bikin dia.

Kalau bukan sebab cuaca, aku rasa cupcake bouquet aku ni sangat success. hahaha. Anyway, aku nak sign up kelas cake decorating lepas ni. Belajar dekat youtube hanya ini sajalah yang aku mampu. Suka benar aku main dengan Icing and colors.

Muka tukang bayar kos majlis. Tenang senyum saja. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. hahahaa.

Athena Sophia bangun masa penghujung Marhaban. Tapi muka dah tak berapa manis. Dia ni tak boleh orang ramai dan panas. Itu je masalah dia. 

Bermula lah sesi bergambar dengan ahli keluarga dan para tetamu.

Akhirnya ada lah gambar kami bertiga di atas pelamin. Tapi tak ada berdua. Lupa lah. Lagi pun sibuk kesana kemari. Mana nak ingat pose ala pengantin basi.

 Muka dah tak boleh blah. Even lepas susu pun, dia dah tak boleh tahan. Akhirnya kami bawak dia balik ke apartment bagi dia tidur macam dia biasa tidur – tak berbaju, dalam buai + aircond. Semua tetamu yang sampai selepas pukul 2 petang memang tak dapat bergambar dengan pengantin utama. Sorry….

Actually banyak gambar dengan tetamu, dalam handphone tetamu. Some of them ada upload di facebook dan tag aku. Dalam kamera aku memang tak banyak. Aku tak upah photographer. Hanya anak beranak, suami dan kawan kawan saja yang tolong ambikkan gambar sekitar majlis dengan kamera aku sendiri – Sony A6000

Masa tengah kelam kabut juga aku sempat berinterview dengan wartawan Berita Harian. Pun aku tak sempat habis bersembang dengan dia. Sambung bagi interview dengan Mike dan Mak aku. Photographer mereka ada ambik gambar kami pose ala pengantin dengan Athena Sophia di pentas. Mungkin gambar mereka lagi gempak kut. Tapi aku tak pasti bila cerita ni keluar di sana.

So itu sajalah sedikit sebanyak update tentang majlis Akikah Athena Sophia. Memang pengalaman lah bagi kami suami isteri, majlis anak pertama. Berpeluh ketiak jangan cerita.


Berikut adalah senarai supplier dan Harga yang aku dapat untuk majlis ni:

KATERING & PELAMIN : Buaian Berendoi Klang (LINK)

RM 3,600 (Makan 150 pax + Kambing BBQ 1 ekor + Deko pelamin + Kerusi Meja)

KEK UNICORN : RaraKitchy Bangi (LINK)

RM 395 (2 Tier Unicorn Cake)

GOODIE PAPER BAG : Paper Bag Master (LINK)

RM 0.40 per piece. (Design my own. Bukan design mereka)

MOIST CAKE IN A BOX : KaygiftsKL Seri Kembangan (LINK)

RM 1.50 per box

BUKU DOA WITH MINI TASBIH SET : Tasbihmini_yassin (LINK)

RM 1.60 per set.

GROUP MARHABAN : IzzatulHassanah 018-3604177

RM 400

WELCOME BOARD, 7′ BACKGROUND, E-INVITATION : Aqifays Design (LINK)

Sponsored.

Cupcakes, Cake Pop, Paper Background, Bunga Pahar, E-design, baby apparel : FlowerboxMalaysia (LINK)

Comments

comments

Leave a Reply