MAKAN, MAKAN MAKAN di : Romah Makan Terlajak Laris

Hi,

Selamat Tahun Baru 2018 you olls. HAHAHA. Bertuah, dah masuk bulan dua baru ucap Happy New Year kepada pembaca belog. Yang duduk tunggu update, hantar message dalam inbox sana sini Facebook, Instagram dan Belog siap nak mengamuk dah, tanya mana update. Bayar la gaji, nescaya akan update hari hari. Kah Kah Kah.

Aku busy lah. Ingat aku tak kerja masuk office tak busy ke. Kerja dari rumah lagi busy tau. Kena reply whatapps 24 jam.

Ni, aku nak cerita pasal MAKAN. Haaaa. Maklumlah. Siapa yang duduk di Malaysia tak gemar makan kan? Aku ni macam balas dendam pantang GDM kencing manis 2 bulan sebelum beranak, pantang 3 bulan selepas beranak, campur mengenangkan nak balik Alaska tak lama lagi, jadi aku ambik keputusan tak akan memasak dan makan semua makanan kegemaran aku di luar. Botak pun sangat setuju. Kalau kau tak percaya, boleh tanya dia sendiri. Dia pun duduk gila sebat makanan best best di Malaysia ni sebelum nak balik Alaska. Lepas ni kami berdua melopong je lah Bulan Ramadhan sama Raya dekat Alaska nanti.

Citibank Credit Card no over limit fee
CitiBank Credit Card No late payment Charge

Memandang kan ramai benar yang viral sambil kutuk Dato Aliff Syukri “Abang Terlajak Laris” sempena launching lagu “Abang Nak Tegur” serta persahabatan BFF dia dengan Sajat, aku pun terpanggil untuk follow perkembangan diorang. Bad marketing is also a marketing tau. Padan muka korang, sekarang aku dah jadi pelanggan Dato’ Aliff Syukri di kedai makannya yand diberi nama Romah Makan Terlajak Laris.

Aku sebenarnya payah sikit nak terjebak dengan kedai artis artis ni. Selalunya sembang je lebih. Rasa nya nan hado. Harga mencekik.

Bukan main lagi aku tengok orang maki hamun dia di Instagram Page nya. Kesian pulak aku tengok walau aku ni jauh miskin kalau nak banding dengan PA dia tu dari segi income kan. Kebetulan aku pegi office di Tropicana Avenue, so lencong lah kejap ke The Strand Kota Damansara tu. Dekat sangat dah dengan lokasi restoran Romah Makan Terlajak Laris. Apa yang buat aku nak singgah sebab menu yang di paparkan di Instagram beliau. Tradisional kampung habis beb. Jangan tak percaya. Walau aku sometimes kelihatan di restoran western, tapi sebenarnya menu kampung tetap pilihan tekak aku. kau bagi petai, sambal bilis sama kerabu jantung pisang, aku campak Menate Steak wagyu beef ketepi begitu sahaja. (Bukan campak masuk tong sampah. Letak tepi makan kemudian. hahahhahhaa)

Aku pegi dalam pukul 11 pagi gitu. Orang tak berapa ramai. Parking banyak. Alhamdulillah lah. Buku menu tak ada. Tapi staff crew nya akan datang ke meja bagi tau – “Menu hari ini adalah”….gitu. Agak frust juga sebab Dato Aliff Syukri cakap ada  1001 macam menu. Terkono den.

Kek gulung yang sangat cantik. Lupa nak tengok harga. Aku tak beli so tak tahu rasa. Cantik sampai boleh buat hantaran siut. Boleh la ni. Konon Tema YunaAlis. 

So hari yang aku pegi tu mereka ada Nasi Kerabu, Laksa Kelantan dan Bubur Kacang Hijau. Nasib baik favorite. So tanpa buang masa, kami order. Botak ambik Nasi Kerabu. Aku ambik Laksa Kelantan. Air sirap satu, air teh O ais satu. Athena Sophia, macam biasa, tengok sahaja lah. Hahahahha.

 

Presentation wise, OK.

Preparation time –  Boleh tahan la. tak lembab sangat.

Portion – Besar !

Rasa?

HOI, SEDAP LAH!

Harga?

Baca sampai habis aku bagi tau. Hahahaha.

Mula mula Botak macam tak impress la sebab limited menu. Bila sampai kemeja pun dia macam tak excited. First time makan nasi kaler BIRU. Lepas 2-3 sudu, terus tak pandang aku sama anak dia.

Laksa pulak.. perggh. Tak sangka. cukup semua rasa. Kau jangan main main dengan aku. Nenek dan Mak aku orang Kelantan dan dulu mereka penjual laksa dan Nasi Kerabu di zaman muda mereka. So I know the real taste of Laksa Kelantan dan Nasi Kerabu. Masa aku sekolah rendah di Kelantan, aku tolong nenek aku jual nasi kerabu ni sebungkus 30sen dekat kelas. Ada la kawan kawan sekelas order…

Nasi Kerabu ni dia actually ke unguan. Bukan Biru letrik gitu. Tapi aku ampunkan lah. Mana nak cari daun pucuk yang buat nasi tu kaler ungu original tu sekarang ni. Masak pakai dapur kayu masa zaman nenek dan mak aku dulu.. Zaman dulu ulam dia ialah daun pokok gajus. “Pokok Ketereh” kata orang Kelantan. Kacang panjang dihiris nipis. Mana ada pakai kobis semua ni. Sambal ikan rebus bergaul dengan kelapa parut bersulam hirisan bawang dan lada hitam. Satu lagi – BUDU. Kuah Laksa pula,  Ikan sama santan tak boleh kedekut ok. tapi di Romah Makan Terlajak Laris, Laksa dia siap letak serunding sama telur puyuh. Memang lain dari yang lain. Aku harap mereka mampu kekalkan rasa ni bila dah Terlajak Lajak laris nanti.

Aku tak sempat nak rasa Nasi Kerabu Botak. Dia sebat dengan pantas. Aku sempat cubit rasa daging ayam yang tinggal sikit sikit dekat tulang. Kesian kan dekat aku. Cebisan ayam goreng yang dekat tulang tu sedap lah. No wonder Botak sikit pun tak offer aku. Jibauk betul lah.

Cuma boleh rasa suasana kelam kabut di Restoran tu. Maybe sebab baru bukak tak sampai seminggu. Bahagian belakang restoran masih dalam renovasi. Bising nak mampuih bunyi drill. Nasib baik anak aku dah steady. Sebab jiran atas di apartment aku pun apa kurangnya bising sampai ke 3 pagi. Asik ada je lesung batu lah, baldi lah, jentolak lah yang jatuh terhempas ke lantai. Staff crew dia macam agak nervous nervous juga. Maybe sebab baca Instagram boss dia ramai dok maki hamun kut. Mental kena kuat kalau kerja dengan Dato Aliff Syukri ni. Sebab orang Malaysia kuat maki boss mereka.

Cuma aku tak tahu nak gelak atau kesian, time nak bayar, cashier nya tanya makan apa. Lepas tu aku tengok mata hitam dia keatas, mulut mencongak congak. I was like, “dek, kenapa tak guna cash register ni (mesin cashier)” 

“Belum register sistem lagi kak. Power pun tak on lagi”. Aku tepuk dahi dalam hati. Aku pun keluarkan henfon aku untuk pakai calculator. Aku tahu, untuk kira kira amaun kecil tak sampai 5 barang boleh congak pakai otak. Aku student accounting dan buat akaun lebih 10 tahun. tapi letih siut kalau seharian congak pakai otak, lagi lagi mata kena keatas. Aku harap, Dato’ Aliff Syukri provide kalkulator casio saiz tapak tangan di kaunter pembayaran sementara cash register mereka tak boleh ‘on’. Kalau boleh, orang kita bila nak bukak sesuatu business kedai makan, ikutlah SOP Mekdi kononnya restoran Yahudi tu. Dah betul betul lengkap baru launch.

 

Nasi Kerabu : RM 7.50

Laksa : RM 5

Sirap Ais : RM 1

Teh O Ais : RM 1

Total : RM 14.50.

“RM 14 je lah kak”. Adik Cashier bagi diskaun. Alhamdulillah. Bagus Dato’ Aliff Syukri mendidik anak anak buah crew nya bersedekah.

Disebab kan oleh dia bagi diskaun 50 sen, aku pun sambar kuah Akok dekat meja kuih muih. 5 keping of a good size akok. RM 5 for 5 keping! Rasa nya ok. Tapi kurang lemak sikit.

Actually I was quite impressed with the price tag. Kalau tengok lokasi kedai, saiz portion makanan dan rasa, I was expecting it will be above RM 20. Tapi dalam Dato; Aliff duduk tayang kereta, jam, duit dan selipar LV dia, actually aku tahu dia ni banyak bersedekah dalam business dia.

Frankly speaking, aku sikit pun tak offended dengan paparan imej dan video Dato’ Aliff Syukri dekat media sosial. Lawak ada lah. Biarlah dia. Itu cara dia. Dia tak menyusahkan hidup kita macam ahli politik yang ada.

Dalam loklaq dia, berapa banyak budak melayu yang dia bagi peluang pekerjaan. Think of that.

So, aku harap rasa, saiz makanan dan harga mampu dikekalkan. Kalau tambah lagi seringgit dua pun aku still rasa ok. Tahniah Dato’ Aliff Syukri. Moga Romah Makan Terlajak Laris akan dapat menandingi Madam Kwans satu hari nanti. Aku pun tak larat nak membayar harga Nasi Bojari di Madam Kwans sebenarnya. Dulu RM 18 je kut. Sekarang sambal dia, petai pun dah tak ada. Chisss.

I might be back for this. Sambal Ajaib. Nak bawak satu botol balik Alaska. Buat pengubat rindu bila tekak rasa sedih…

 

Itu saja la buat masa sekarang aku boleh review. Harap next visit, menu dia akan pelbagai lagi.

Comments

comments

2 Comments

  1. Akak Kembang

    February 5, 2018 at 3:18 am

    Kedai unik. Sib baik sedap jugaklah … nak try satu hri nnt hehehe.
    Btw, salam perkenalan dr Akak Kembang

    1. heartboxx

      February 11, 2018 at 3:16 pm

      Salam. Thank you sebab baca belog saya.

Leave a Reply