Memori Daun Pisang : Kenangan Kerja dan Gaji Pertama.

Bulan March ni dah setahun aku bergelar suri rumah tangga. Don’t get me wrong, tak ada masalah apa pun jadi suri rumahtangga. Cuma, bila dah biasa bekerja selama hampir 15 tahun, agak ambik masa juga untuk adapt dengan limpahan masa.

Aku tak nafikan juga, aku agak rindu dengan stress kerja. Rindu dengan kepuasan hati bila dapat execute projek yang diberi, rindu dengan rasa puas hati bila dapat puaskan, gembirakan hati bos dengan hasil kerja aku walau bonus tak seberapa.

Aku duduk termenung sendiri, mengingatkan kisah zaman bekerja. Aku ni, nak kata rajin kuat bekerja tak la kut. Tapi aku memang suka cari duit. Maklumlah, untuk ke seribu kalinya, aku nak bagi tau yang aku ni datang dari keluarga yang miskin. Nak mintak mintak duit dekat mak untuk beli apa yang aku nak, memang tak sanggup. Tapi hati ni, menggebu gebu sampai tak boleh nak tidur malam bila teringat nak sesuatu barang tu.

Korang start pegang duit sendiri umur berapa? Aku start merasa pegang duit sendiri sebaik sahaja lepas habis SPM. Aku pujuk mak aku benarkan aku kerja di KL. Umur 18 dah nak ke KL kerja! Gila kan.. Tapi kebetulan masa tu abang aku kerja di KL. So aku mintak abang aku recommend kan aku kerja di KL dan janji dengan mak aku yang dia akan jaga, jenguk aku selalu.

first gaji beli apa

Masa tu abang aku kerja dekat Semua House. Dia ada member perempuan yang kerja sama dengan dia so, dia suggest aku tinggal dengan kakak tu (menyewa bilik). Ya Allah, aku lupa betul apa nama akak tu..nak sangat jumpa balik … bertanya apa khabar dia.

Aku datang ke KL berbekalkan RM100.00. Abang aku check in kan aku dekat bilik kakak tu. Tak silap aku sewa bilik tu aku bayar RM50. Kau tahu duduk dekat mana? Flat belakang Chow Kit tu. Pergghh.. aku, umur 18 time tu, dah tengok macam macam warna kehidupan di lorong Chow Kit. Tapi kan, hati aku neutral, sebab mak aku tak pernah ajar aku untuk pertikaikan apa yang aku nampak depan mata aku.

Selingan*

Aku di ajar walau manusia semua sama, tapi jalan hidup, rezeki dan nasib memang berbeza. Dan apa yang mereka lakukan tu, ada kisah dan sebab dia tersendiri. Kalau iman kita tak mampu tegur dan ubah, kita berdoa sahaja dalam hati yang orang tersebut di beri jalan yang baik oleh Tuhan dan berubah kearah yang lebih baik. Itu lah selemah lemah iman mengikut pesanan anak saudara aku si ahli Tabligh. (tapi kalau dalam hati mengata, mengutuk, mencaci dengan apa yang kau nampak, kau tepuklah dada dan tanyalah iman kau kat celah mana). Jangan pula kau persoalkan kenapa anak sedara Tabligh, mak sedara tak pakai tudung? Dia datang dekat aku selembut lembutnya, cukup berhemah dan berhati hati bila bercerita tentang kisah nabi dan Rasul. Tak pernah sekalipun tanya “mak su bila nak pakai tudung?” Tapi percayalah, setiap benda yang keluar dari mulut dia, aku simpan dan ingat. Bagi aku lah kan, dia dah berjaya.


Ok kembali kepada cerita memori daun pisang. Esoknya aku ke Batu Road Supermarket. Kalau korang lahir tahun 90-an, memang korang takkan tahu lah apa itu Batu Road Supermarket ya.. hahahha. Jarak dia jalan kaki je dari rumah flat yang aku duduk tu. Elok sangat. Kakak yang aku menyewa sebilik tu lah bawa. Dia kata dia ada member kerja kat situ. So beraturlah aku isi borang. Expectation tak banyak. Janji boleh kerja dan dapat gaji. Nanti result SPM keluar, kita cerita lain kali. Tapi kali ini, memang nak kerja ada duit sendiri.

Sekejap je dapat tahu (hari yang sama) aku diterima sebagai kuli, eh trainee dekat Batu Road Supermarket tu. Aku kena kerja bahagian Textile. Kain ela tuuu. Belajar jenis kain, belajar ukur kain, belajar potong kain, belajar gulung balik kain kain tu lepas kastemer kebek tarik…

Pergh, 1st day memang lenguh jangan cerita. Mana boleh duduk langsung. Berdiri je. Tapi hati happy. Uish, rupanya ramai je budak lepas SPM kerja kat situ. Kiranya ada satu batch la budak budak hingusan macam aku masuk kerja situ. Tak lah janggal. Sebab masing masing bangang bangang dan bila makan pun..keluar sekali. Alaaa stail budak sekolah lah.

Aku lupa nak bagi tau, gaji aku sejam RM3 kut masa tu. Kerja ikut shift. Sebulan maximum dapat la RM600 campur komisyen bila kau berjaya bukak bil kastemer beli kain ela tu. Tolak sewa rumah, tinggal RM500, makan masa tu murah je.. tak sampai RM5 sepinggan. So aku kira macam rasa kaya sangat dapat duit.

Budak budak seusia dengan aku masuk kerja situ as trainee bukan calang calang ok.. ada budak MRSM, budak sekolah Asrama Penuh, dan Sekolah Sains. Aku je yang datang dari sekolah kampung nun dari Slim River Perak. Hhmmm tak pe lah. Tapi macam aku kata lah, stail budak budak sekolah. So ada la di kalangan mereka ni ushar ushar, jadi couple masa kerja kat situ. Aku je tak de orang nak. Kah kah kah. Tapi masa tu kan, aku sibuk dengan kebendaaan. Aku fikir, aku dapat gaji nanti, aku nak beli barang yang aku suka. Aku nak beli jeans, aku nak beli kaset lagu, aku nak beli minyak wangi. Lagipun aku ni agak macam tomboy sikit. Perangai aku tu sendiri macam jantan. So, mungkin sebab tu tak ada budak lelaki berkenan dengan aku. Elok la pun. Lambat la sikit hilang dara kan di tengah kota penuh pancaroba ni.

Aku ditemukan dengan kawan kawan yang, sangat baik perilakunya sepanjang kerja dekat Batu Road Supermarket tu. Mungkin semuanya umur 18, otak masih bersih.. baru habis sekolah..time tu tak de WeChat..tak ada MySpace mahupun Facebook..jadi minda kami masih terpelihara. Tapi, tak ada sorang pun aku dapat contact balik KECUALI SATU. Hehehe. Yang satu ni, aku kami keep on writing back and forth lepas aku dapat masuk ITM Manjung, dan dia Kolej Mara Pahang – persediaan untuk ke obersea, satu batch dengan Jejai bekas laki Nora Danish dan Fasha Sandha. (Kira masa tu kan, aku dah tahu sikit pasal Jejai, sebab member aku ni cakap dia menyampah Jejai dok modal kereta pikat awek dekat kolej time tu). Yep, lepas tu dia study di Connecticut Amareka, stay sana, kerja sana, jadi rakyat sana.. kami terputus hubungan dalam 15 tahun kut? (aku yang putuskan..aku rasa rendah diri la kan..bila dia balik Malaysia siap stay Hotel Istana dan jumpa aku kat situ. Wahhhh. Dia ada beli tshirt dari New York dekat aku tak silap aku. Aku pulak.. ada la jahit bantal baldu siap hantar kedai embroidery nama dia. Last sekali aku tak bagi. Segan siut dengan orang Amareka. Bila dia balik Amareka, dia hantar surat dekat aku cakap dia terasa hati aku tak ada bagi hadiah apa apa dekat dia. LOL) Then lately, dapat jumpa balik through Facebook. (Dah jumpa balik pun, still rasa rendah diri jugak.) Yang lain, semua putus contact, hilang entah kemana.. aku nak sangat jumpa dengan diorang ni…tapi mungkin muka semua dah tak sama.. pehal aku dok rindu kawan kawan lama nieh? Macam nak mati jek aku ni. To Leejack, if you happen to read this, I am sorry. I still don’t know how to face or talk to you, even on Whatapps. I wish I can still tell you everything like I used to, but I guess, time do change people 🙁 But you are always in my mind.

Bila aku dapat gaji, sibuk aku beli jeans Levi’s & Lady Like. Aku beli sejambak bunga plastik tulip merah samar untuk mak aku untuk hias rumah dekat Slim River. Dan tak silap aku, aku ada beli langsir rumah sekali untuk mak aku. Selebihnya, aku berjolian tengok wayang, dan main kasut roda dalam lampu liplap di Semua House. Selebihnya, bila cuti, naik bas lepak di Bukit Bintang Plaza, tengok orang kaya shopping dengan Leejack tu lah.. Masa tu Lot 10 baru naik. Pusing pusing ambik angin aircond je lah. Itu je yang aku mampu untuk berseronok. Tapi dalam hati, aku nekad, aku akan belajar dan kerja bersungguh sungguh supaya aku dapat beli baju Guess, Henbag Gucci dan Kasut Valentino. Sangat kebendaan aku ni masa baru mula nak hidup.

Aku cuba recall, ada tak aku berjumpa dengan lelaki yang tak baik atau berniat tak baik terhadap aku masa aku lepas bebas di KL di usia 18 tanpa keluarga? Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Memang tak ada. Aku ada beberapa abang angkat masa dekat Batu Road Supermarket tu. Tapi mereka tu lah akan temankan aku jalan kaki sampai flat bila aku kena kerja shift malam habis pukul 10. Depa ni selalu tanya ada orang kacau aku tak bila aku jalan sorang sorang ke tempat kerja. Sesungguhnya, mereka ni lelaki yang baik. Aku doakan kehidupan mereka ni semua sejahtera dan dapat Isteri yang solehah sebab mereka menjaga kesucian perempuan lain serta ambik tahu keselamatan budak perempuan macam aku ni. Abang aku? Hampeh. Sampai akak sebilik dengan aku tu ingatkan dia yang sila jenguk adik dia dekat Flat belakang Chowkit tu. Sabar je lah. Aku rasa aku ingat dah nama dia. Nama dia Kak Aida.

Aku kerja dekat Batu Road Supermarket tu dalam 4 bulan kut sampai keluar result SPM. Dan aku terus quit lepas dapat result dan masuk belajar semula.

Aku ada melawat akak akak di Batu Road Supermarket tu kadang kadang masa semester break. Tapi ramai yang dah tak ada. Aku pulak jenis tak kisah nak ambik contact ke apa. Maybe masa tu aku pun tak ada henset (masa tu orang panggil handset, bukan smart phone, ok?). Semester break pun aku kerja part time di KL untuk bayar yuran semester lah ok. Kerja waiter di restoran di Bukit Bintang, kerja promoter kaset dan macam macam lagi kecuali melacur. Masa tu aku dah mampu merasa beli perfume Dior, Ralph Lauren dan Tommy Hilfiger.

Last cerita aku dengar dari abang aku, Kak Aida dah kawin. Itu je. Dan aku ada dapat tahu ada juga kawan kawan yang datang cari aku masa di Batu Road Supermarket di Batu Road Supermarket, tapi aku dah masuk belajar. Masa aku belajar, email dan INTERNET pun tak wujud lagi lah siut. Jadi.. memang susah nak tinggalkan contact. Dok Itm hostel, pakai public phone. Email tak ada, apa pun tak ada. Memang hilang kawan, tak dapat cari sampai la ni. Kecuali leejack tu.

Aku rasa nanti aku balik Malaysia lepas ni, aku nak round Chowkit dan flat kat belakang tu. Ada lagi ke? Memang kenangan sungguh area tu. Kalau orang tak kenal aku, dapat tahu aku pernah berkeliaran di Chowkit, mesti bantai aku berpengalaman melacur ke apa kan. Hahahahaha. Vavi lah kau.

Anyway, korang masih ingat ke pengalaman kerja kali pertama dan apa yang korang beli dengan gaji pertama?

Memori sangat.

Dan kini, siapa sangka, dari Chowkit, tiba tiba, dapat duduk Alaska.

Itulah dia, perjalanan kehidupan. Nanti kalau aku ada mood, aku cerita la pulak macam mana aku jumpa suami aku si botak itu. Hahaha.

Okbai.

Comments

comments

4 Comments

  1. Wahidawatie Misdi

    October 7, 2016 at 3:15 am

    hahaha…hi salam perkenalan. first time terjumpa blog ni and i like it.. i mmg suka baca blog tp i takde blog. i rasa blog u ni interesting sbb boleh rasa ke”humbleness” u masa bercerita. i will certainly follow this blog. teruskan writing ya.. tak dapat gi Alaska, dapat baca cerita dan tengok gambar pun jadilahhhh…..

    1. heartboxx

      October 10, 2016 at 3:04 am

      Terima kasih sebab baca belog Saya <3

  2. Jambu batu

    December 29, 2016 at 5:22 pm

    Dah xde batu road supermarket skang ni. Anyway, cam best je duk Alaska..

    1. heartboxx

      January 4, 2017 at 6:30 am

      Ha ya. Dah lama tak ada kan.. Cuma. Mengimbas kenangan lama lama. Budak budak Sekarang pun mana tahu Batu Road supermarket tu. Hehe.

Leave a Reply