Multnomah Falls – Antara Mesti Lawat Jika ke Oregon

Happy Thanksgiving!

Gitu..Perut dah terover kenyang, so aku terpaksa bersengkang mata kejap sebelum tidur. Kata orang bijak pandai dalam pengurusan diet pemakanan ni, kita kena berhenti makan 4 jam sebelum tidur. Tapi memandangkan tadi aku makan terlampau banyak, aku terpaksa up kan 6 jam. Suami aku, si Jambang Merah siap buat jalan kaki 2 round kawasan rumah ni. Dia rasa perut sampai ke dagu katanya.

View this post on Instagram

Attraction in Portland, OR. This is a MUST visit. #usa #roadtrip #travel #outdoor #out #sightseeing #jalanjalan #igers #bloggermalaysia #bloggers #malaysianblogger #blogger #multnomah #familytrip #park #nature #naturewonder #portland #OR #oregon #waterfalls #multnomahfalls #landscape

A post shared by Normi Kahar (@normikahar) on

Bertahun aku simpan hajat untuk ada koleksi gambar Multnomah Waterfalls aku sendiri. Selama ni aku duduk tengok orang punya je dekat Instagram. Memang la air terjun ni tak se grand mana. Tapi hati aku memekik mekik nak pegi sini sejak pertama kali aku terpandangkan ia di Instagram.

 

Lagi lagi bila kau road trip, memang this is a must stop for all road trippers. It cost you $0 to enter. Cheap Sightseeing la senang cerita. All you need is TIME.

Terletak 43 Kilometer sahaja dari Portland Airport, pemanduan kereta hanya memakan masa  kurang 40 minit untuk sampai ke sini. Uber dalam $50 sehala andaikata korang transit berjam jam di Portland Airport. Sempat lah datang sini.

Tapi since kami memang ada kenderaan sendiri, kami drive lah kesana. Tapi yang paling bagus tentang Majlis Bandaraya Portland ni, 20 kilometer sebelum kau sampai ke kawasan Multnomah Waterfalls, akan ada elektronik signboard di highway memaklumkan tentang keadaan parking space di sana. Masa kami nak pegi tu, memang dapat info parking lot penuh.

Tapi tak payah la U-turn, sebab akan ada papan tanda suggest korang park kereta di Rooster Rock State Park dan ambik FREE SHUTTLE BUS dari situ ke Multnomah Waterfalls. Bagus gila kan? So kalau korang ambik Uber dari Airport pun, boleh lah pilih stop dekat Rooster Rock State Park instead ke Multnomah Waterfalls. Jimat la dalam $5 – 8 kut.

Cuma Jambang Merah menyumpah kena bayar parking $5 untuk park kereta kat situ.

Parking jangan cerita lah, seluas luas kawasan. Kalau dari pondok entrance park ni, sila ke KIRI untuk dekat dengan tempat menunggu bas. Jangan risau, satu bas je masuk situ siap ada tulis ‘Multnomah Falls’. Seriously, semua benda mudah dan jelas bila kau datang ke Oregon. Padahal kami tak buat research pun pasal semua ni. Kami memang ingat memang drive je ke sana directly. Tak tahu pun ada free shuttle bus, boleh park dekat Rooster Rock State Park bagai. Tapi disebabkan kemudahan awam dia sangat first class, memang kau takkan sesat lah. Kena tipu, jauh sekali.

Bas nya cantik dan selesa. Dari sini ke Multnomah Falls 20 kilometer sahaja.

Athena Sopia first experience riding a bus la kiranya ni.

Sebelum tu aku nak bagi tau, bas ni bukannya kerap tau. Dia pun ada jadual dia. Ye lah, benda dah free. Takkan la nak ulang alik suka hati mak nenek pelancong yang datang. Bagi naik free pun kira bersyukur lah ya. Dia punya trip hanya ada 4 kali je sehari dari Rooster Rock to Multnomah Falls dan 5 times from Multnomah Falls to Rooster Rock. Ini jadual dia;

Waktu Winter, November on wards jadual dia maybe lain sikit lah kut. Sebab jadual perjalanan ni sampai 28 October saja.

Dah la free, dia siap pusing pusing sikit tunjuk keindahan sekitar sebelum sampai ke kawasan air terjun ni. Aku tak dapat nak ambik gambar sebab aku tak duduk tepi tingkap.

Sampai je dekat Parking Lot di Multnomah Falls ni, kau dah nampak air terjun tu dari kejauhan. Dari jauh memang macam, meh je la kan. Tapi kawasan sekeliling dia memang cantik lah.

Dekat sini ada satu Restoran high class atas atas punya harga, dan 2 gerai yang bawah bawah punya harga kalau korang nak beli air ke, jajan ke apa kan. Tapi sebab tempat ni tempat tumpuan pelancong, harga dia tak la bawah sangat. Mahal la dari kau beli dekat 7-11

Dekat sini memang agak payah kau nak ambik gambar sorang sorang. Orang penuh siut. Aku ada upload video dekat Insta Story aku under ‘OREGON’ Highlight kalau korang nak tengok.

Laki aku memang tak suka sangat lah bila ramai ramai gini. Nak suruh dia ambik gambar aku sampai dapat aku sorang sorang dengan background air terjun ni, memang tak dapat lah. Dia punya cengey tu, aku memang menyampah sejak belum menikah dengan dia lagi. Aku ingat aku yang paling kurang sabar (sepertimana family aku suka tuduh aku kurang penyabar). tapi diorang tak pernah tengok macamana aku yang sabar banyak dengan laki aku ni. Sebab tu keluarga belah laki aku respek dekat aku sebab depa tau sangat perangai cengey laki aku ni.

Eh, tercerita kisah  dalam spender kami pulak. Maaf lah ya. Tertayang spender pulak dalam blog post kali ni. Yang pasti, spender kami tak berlobang lobang.

Kau perasan kan air terjun ni ada jambatan nun di atas sana. Actually kau boleh hiking sikit untuk saja saja gedik nak ke jambatan tu. Dan lorong untuk hike nya tak lah curam mana. Orang berkerusi roda pun boleh naik ni.

Aku lupa nak cerita, masa aku sampai sini, kebetulan ada satu mamat ni tengah propose awek dia dari atas jambatan tu siap dengan banner bagai. Ada video dia dekat Insta Story aku. Sweet nya lahai.

Adalah seketul gambar aku dengan Athena Sophia.

Dan gambar aku dengan puluhan orang lain. Macam mamat T-shirt hitam tu pulak watak utama dalam gambar ni. Sabar je lah.

Kami dekat sini tak lama. Sebab kami nak catch up bas free tu balik ke Rooster Rock State Park. Keetulan kami datang sini lepas lunch. Jadi bas untuk balik ke Rooster Rock State Park adalah trip paling last. Huhu. So kena la beratur awal. Takut seat penuh kan.

Selain free shuttle, mereka pun ada offer service berbayar. Service berbayar ni kau boleh melawat beberapa lagi tempat menarik seperti Cascade Locks dan Hood River. Kami tak berniat nak ke Cascade Locks sebab dekat situ memerlukan hiking yang agak mencabar sikit. Belum agak sesuai untuk Athena Sophia sebab kami tak ada kelengkapan untuk ber hiking pun.

Sampai je dekat Rooster Rock Park ni, kami lepak kejap bagi Athena Sophia lari lari sana sini. View dekat sini not bad juga. Park ni terletak di sepanjang Columbia River.

Actually korang boleh turun ke bawah sampai beach area. Mereka kat sini panggil tepi sungai as ‘beach area’. aku dulu masa mula mula sampai USA, pelik jugak apa pulak beach area..mana pantainya… kan…Tapi keadaan tepi sungai dia macam tepi pantai gitu.. dah sungainya luas macam pantai sekali tengok pun.

Dalam masa lepak lepak, datang pulak tupai jinak ni. Besar dia dah macam kucing. Takut pulak aku sebab jinak sangat. Mike cepat cepat sauk Athena Sophia dari tanah kut kut tupai ni makan budak ke apa kan.

Lepas tu kami pun balik semua  ke hotel. Tapi singgah dekat Factory Outlet dulu. Iye. dekat area ni ada Factory Outlet. Memang boleh nampak dari highway pun. Belok je ke kiri. Haha. Maka suka benarlah para pelancong datang ke sini. Trip cuci mata kata orang. Kena pulak Portland tak ada Sales Tax. Memang keseronokkan berganda lah jadinya!

Ok lah, next post aku akan cerita pasal Crater Lake pulak. Haaa yang tu memang marvelous.

Til next time!

Comments

comments

Leave a Reply