Oatman, Arizona – Pekan Koboi di Route 66

Dua hari selepas kami melawat bandar indah Lake Havasu City, kami lawat pula Pekan Koboi yang di panggil Oatman. Aku tertanya tanya juga, apa kah istimewanya pekan ni. Kakak ipar aku excited sangat nak bawak kami kesana, especially Athena Sophia.

“We can see and feed the burrow”

Katanya dengan penuh riang ria. Punyalah aku duduk fikir.. apa ke menatang burrow ni. Sejenis burung kah?

Kami drive dalam 50 minit dari Laughlin, Nevada untuk sampai ke Oatman ni. Singgah kejap makan tengahari somewhere nowhere. Entah, aku pun tak pasti dekat mana kami berhenti makan. Cuma apa yang aku ingat, menu yang aku order dan kemudiannya, Athena Sophia berak melimpah ruah tapi aku lupa nak bawak spare seluar untuk dia. Jadi berseksi lah Athena Sophia dengan onsie dia macam dekat Malaysia. Bezanya, Malaysia panas. Arizona di bulan March, sejuk nyaman.

Sampai je di bandar Oatman ni, aku rasa macam…rumah hantu dekat fun fair je. Aku cakap dalam hati, biar benar kakak ipar aku yang terkenal dengan high taste, beria suka bandar ni.

Rupanya memang bandar ni ialah “Ghost Town“. Bukan ada hantu kebaya merah tu. Tapi kira macam, deserted town. Bandar yang dulunya meriah, tapi lepas tu semua orang pindah keluar. Banyak bandar bandar Ghost Town di belah Arizona ni sebenarnya. Salah satu, seperti yang aku cerita dalam post sebelumnya, pembinaan lebuhraya baru “Interstate Highway” lalu membuatkan bandar di sepanjang Route 66 menjadi sunyi. And what makes Oatman became a Ghost Town is, it was a gold mining place here. And once the gold ceased, people left this place like the kain buruk. Gitu.

Tapi dalam buruk buruk dia, disebabkan ianya berada di dalam laluan Route 66, ianya tetap dikunjungi.

Main attraction here? is the BURROW.

Baru aku tahu yang burrow tu ialah donkey (keldai) dalam bahasa Mexico. Ya, kalau kau berminat dengan sejarah North America, Arizona merupakan salah satu wilayah Mexico. Jadi, pengaruh bahasa, cara hidup, makanan dan pembinaan di Arizona tak banyak beza dengan Mexico. Ibaratnya seperti kau pergi Pengkalan Kubor atau Wang Kelian, Ada rasa Thailand kan?

However, this small town reminds me of Talkeetna, Alaska. Korang boleh baca pasal Talkeetna ni di SINI

Pekannya kecil sahaja. Mostly apa yang kau boleh nampak ialah kedai menjual kraftangan tempatan. Payah la kau nak jumpa something “made in China” dekat sini. T-shirt pun “made in Mexico” pembuatannya. Keldai berkeliaran bebas dengan taik nya bertaburan bagai bontot tak dibedung. Memang lah, dah keldai.

Walau emas dah tak ada di sini, tapi mereka still boleh korek dan jumpa semi precious stone. Kalau yang berminat pakai cincin batu Akik, boleh la beli batu dekat sini seketul dua buat batu cincin.

Mata anak panah  (arrowhead) yang dijual dalam sekitar $1.70 – $2.00 per piece, diperbuat dari batu Mahogany Obsidian.

Dekat sini kalau nak beli real leather, memang elok sangat lah. Tapi aku tak check harga and all. Cuma aku jadi serabut gila sebab pekan tourist macam ni, penuh pulak kereta lalu lalang dan parking merata. Rasa macam dekat Jalan Klang Lama pun ada. So aku jadi serabut. Dengan Keldainya lagi, kereta nya lagi, motor besar ekzos berdentum nya lagi, terpijak tahi keldai nya lagi… Bau tak payah cerita, walau keldai ni makan rumput kering je, tapi kurang selesa juga lah.

Aku tak tipu bab tahi keldai ok. Tu bukti dia.

Just like any other touristy place, they do have show performance for the tourists. It just, we missed the 1.30PM show and there is nothing going on at 3.30 PM. Apalah.

Bukan kecik kecik punya kereta yang park di sepanjang jalan ni. Padahal ruang parking kereta sikit punya banyak dekat luar. Boleh tahan juga la outlaw orang dekat sini.

Athena Sophia punya muka was like “ada nampak mami happy?”

Aku adalah beli seketul fridge magnet Oatman Route 66 dekat sini. Jadilah. Memang tak datang lagi kut.

Seperti mana yang kakak ipar aku sangat excited about feeding the donkey, memang ler, sanggup dia beli makanan lepas tu bagi makan donkey tu semua. Alaa.. stail tektik kalau kau pegi ekspo.. ada orang jual makanan arnab, lepas tu kau kena bayar semata mata nak bagi arnab tu makan makanan yang kau beli dari tokey arnab tu. Cuma beza dekat Oatman,, kau bayar harga rumput kering tu je. Sebab Keldai ni semua berterabur macam ayam dekat kampung. Kalau depa ni mintak duit nak bergambar dengan Keldai ni, memang boleh mendatangkan kemarahan lah kan.

At least aku participate la jugak dengan aktiviti sebagai pelancong dekat sini. Si Botak langsung tak. Risau benar dia Keldai tu tendang Athena Sophia dalam stroller. So dia alert je jaga anak dara dia tu kan.

Memang tak banyak benda menarik bagi aku dekat sini. Tapi aku cerita jugak la sebab benda ni tak ada dekat Malaysia. Hahaha.

Aku akhiri post ni dengan video yang aku ambik masa dekat sana.

 

Please enjoy,

P/S : Balik dari Oatman, kami sekeluarga demam. Hahaha.

Comments

comments

Leave a Reply