Oregon Must Visit – Crater Lake

Ohhh Gutenberg WordPress 5.0!

Aku testing post ni sebagai testing untuk WordPress 5.0

Saja nak tengok outcome dia macam mana, cantik ke tidak…Pakai block kut. Format macam untuk budak sekolah je ni. Tiap kali kau tekan enter, dia keluar block. Kau gerakkan kan cursor, keluar panduan. Elok lah bagi mereka yang baru nak berblogging aku rasa.

Dalam kemalasan dan kesibukkan (sibuk ke?), aku gagah kan juga sambung update aku pasal roadtrip bulan Oktober hari tu. Aku mesti lawan kemalasan ini dalam fulfilling azam aku tulis 4 post dalam sebulan at least. Dah nak habis tahun 2018 la oi. Azam mesti di tunaikan! Kata orang yang bermoral tinggi – sebelum buat janji dengan orang, pastikan segala janji yang kau buat terhadap diri sendiri mampu ditunaikan! Kalau tak, munafik lah kau sampai mampos. Haha.

Ok, sambung balik cerita road trip. Selepas 6 jam pemanduan (lebih kurang dalam 470 kilometer), kami pun sampai lah ke tempat namanya Klamath Falls. Bermalam dekat sini satu malam. Kenapa kami pilih Klamath Falls ialah, kami pernah kesini 2 tahun yang lalu. So agak familiar lah dengan bandar ni. Selain dari itu, bandar ni tak lah terlalu remote untuk kami restock keperluan harian macam air mineral, snacks dan makanan. Sini ada Walmart dan restoran restoran. Yang paling penting, jarak ke Crater Lake hanya mengambil masa 1 jam 30 minit (113 kilometer) dari Klamath Falls. So boleh la gerak lambat sikit ke Klamath Falls since Mike penat la kan memandu seharian.

Esoknya selepas check out (around 10am) kami pun start lah memandu ke Crater Lake. Cantik sangat pemandangan dia. Macam kampung kampung di pedalaman gitu. Aku juga nak bagitau, selepas area Klamath Falls ni, pemandangan akan jadi semakin agak boring sebab kau dah masuk area gurun pula nanti. Jadi, nikmatilah pemandangan dan rimbunan daun semasa kau memandu di Oregon ni.

Oh wow, laju siut upload gambar guna WordPress 5.0 ni. Sekelip mata. Serious. Sekali kedip mata, pling gambar siap. Wow. Ok, impressed kejap.

Video pun aku ada upload jugak untuk mengurangkan kerja aku memilih serta upload gambar Macam biasa, video, I put it at the end of the post.

Yuran kemasukan dia adalah $25 satu kereta. Dia bagi map pamphlet satu. Rasa mahal kan? Mahal kalau kau masuk sekali je. Tapi sebenarnya kan, $25 ini valid untuk 7 hari. Kau boleh keluar masuk tempat ni berapa kali kau nak selama 7 hari. In case kau nak hiking ke, camping ke,  lepas tu esoknya Photography ke, lusanya nak ambik tour naik boat merentasi tasik ni ke.. sebab tempat ni luas. Bukan boleh habis dalam masa sehari. Tapi sayangnya kami hanya mampu singgah untuk beberapa jam sahaja sebab kami masih ada beberapa destinasi lain yang nak kena tuju.

Bila kau masuk je kawasan ni, kau boleh set radio station kau (dan turn on the GPS) ke frequency tempat ni (ada arahan dekat pamphlet) dan kau boleh la dengar info pasal tasik ni sambil memandu. Info macam Kejadian tasik, kedalaman tasik, keluasan, etc etc. Senang kan.. tak perlu nak membaca. Baca tengok map je, yang lain lain kau dengar je melalui radio dia.

First kau tuju je ke Rim Village dia. Tempat tu macam Tourist Information center la. Dekat situ view dia pun dah cantik. Ada cafe untuk kau lepak rehat atau to do your number 1 or 2.

Masa mula mula kau jenguk tasik ni, memang majestic lah pemandangan dia. Rasa agak gayat pun ada. Kalau korang nak tahu kenapa Crater Lake ni popular dan mesti lawat, bukan sebab pemandangan nya semata mata. Tapi sejarah terjadinya tasik ni.

Tasik ni asalnya gunung berapi bernama Mazama. Gunung Mazama ni meletus pada 7700 tahun yang lalu, 40 kali ganda kekuatan dia dari letusan Mount St Helen pada 1980. Letusan Mount St Helen tu dah macam nak kiamat tau USA. So bayangkan lah Mount Mazama ni 40 kali ganda. Letupan tu buat semua benda di permukaan gunung tu meranap ke bawah, lalu jadilah tasik ni…

Out of ashes comes beauty.

Selain dari itu, banyak cerita pelik pasal Crater Lake ni. Ada orang nampak penampakan UFO lah, ada beberapa kapal terbang terhempas dalam tasik ni hilang bangkainya lah, ada nampak naga rasaksa lah dan memang ramai orang hilang masa camping/ hiking dekat sini tanpa jejak juga.. hhmmm. Tak kurang juga ada orang mati tergelicir jatuh masa duduk leka ambik gambar. Bagi kaum native (red indian), mereka kata gunung/ tasik ni merupakan portal to the other world. Macam Bermuda Triangle gitu.

Tapi serious aku cakap, masa aku datang tak ada la berdiri bulu roma ke apa. Cuma terpersona je lah. Tapi kalau nak bermalam… macam gelap gelita ni. And when the skies is clear, confirm cantik dengan bintang bintang di langit…tak percaya? Nah gambar dari google satu aku bagi. Winter time is always the most prettiest. Beauty is pain aku cakap kau. Seksa ni nak bercamping dalam salji semata nak tengok milky way.

Photo credit: Yiming Hu

Crater Lake – The deepest in USA. 1946 ft.

Masa untuk buat full circle lake ni campur stop at few viewing point dalam 2 jam juga. Masa kami datang ni, agak mendung dan berangin. Sejuk sangat. Tapi cuba korang google gambar time winter bersalji. Sangat lah cantik!

Kalau datang melancong di USA, jangan risau kalau tak ada tripod. orang orang dia akan sentiasa offer untuk ambikkan gambar sebelum kau sempat nak mintak tolong ambikkan. Mereka macam faham mesti lah nak bergambar sekeluarga  atau secouple kan..

Punya lah besar tasik ni, siap ada pulau dekat dalamnya. Actually ada boat tour dekat tasik ni. Dan kalau korang kuat stamina, ada laluan yang agak curam (tapi masih selamat) untuk korang turun ke bawah kalau nak sentuh air tasiknya. Tapi siap ada warning sign cakap “hanya untuk mereka yang tak ada masalah jantung” sebab memang nak stamina kuat untuk panjat naik keatas balik. Kalau korang perasan, tak ada langusng laluan landai untuk ke pinggir air. Semua nya menjunam. Aku? Memang surrender lah.

Kami cuba stop dekat semua view point yang di tandakan dekat map. Tapi tak dapat semua lah. Untuk pengetahuan korang, ada berpuluh hiking trail dekat sini. Di kategori kepada 3 bahagian. Easy, Medium, Hard. Setiap kategori mereka akan list kan sama ada stroller/ wheel chair accessible serta musim apa paling selamat untuk hiking ke tempat tempat yang dinyatakan. Easy hiking trail siap boleh bawak stroller dan Wheel chair untuk mereka yang kurang upaya. Medium category pun setengahnya masih boleh masuk stroller dan wheel chair. Semuanya ada tercatat dekat map pamphlet yang dia bagi tu.

Korang nampak tak pulau kecil di belakang pulau yang agak besar tu? Itu mereka namakan Phantom Ship Island, referring to its look like a phantom ship.

Phantom Ship Island View point ni merupakan stop kami yang paling last. Lepas tu kami pusing pusing ambik video saja dari dalam kereta bergerak. Tak tahan sejuk berangin lah. Kalau datang summer mesti best. And if you are lucky, you can see the rainbow over the lake after the rain. Kira rare photo collection la tu.

Kalau korang nak baca more on mystery and facts on Crater Lake, boleh la google. Banyak blogger blogger yang minat misteri dan geology tulis pasal Crater Lake ni. Blog aku hanya bacaan ringan more to gambar dan cerita syok sendiri sendiri je.

Lepas tu kami tinggalkan Crater Lake ni dengan impian untuk kembali lagi, menjejaki hiking trail yang mudah mudah dan tunggu Athena Sophia besar sikit. Aku akhiri post ni dengan gambar kampung “Wood” yang cantik bak lukisan di galeri seni…

…dannnnn…Video untuk tatapan korang;

Sekian. Terima kasih.

Comments

comments

Leave a Reply