Our First Snow in Sparks, NV

Hai, sorry lah agak lama akaun belog ni suspended. Kami tukar hosting. Tak sangka pula jadi payah nak transfer. Berhari hari chatting dengan CS team untuk settle kan masalah belog down walau dah berminggu bayar. Sabar je lah kan.

Cerita kali ni, aku nak share pemandangan musim salji di Sparks. Walau sebelum ni memang kami dah jenuh dengan salji di Alaska, tapi bila kita berpindah ke tempat baru, kita tetap ternanti nanti bagaimana rupa keadaannya. Lagi pun, dah dekat setahun kami tak merasa salji. So terjadilah “rindu yang bertandang” kata bahasa novel novel. Padahal, masa di Alaska, punya la cemuih sebab 4 bulan saja tanah dia tak bersalji. Lepas tu, asik sejuk saja campur pula dengan langit gelap bila hujung tahun. Begitulah resmi manusia. Bila dah selalu – jemu. Bila lama tak jumpa – rindu.

Aku bangkit pukul 5 pagi, langit gelap lagi, so tak ada la nak jenguk keluar. Dah masuk pukul 6 macam tu aku jenguk. Terkejut tengok hamparan putih sejauh mata memandang dekat luar rumah. Padahal malam tadi macam so so saja. Aku ingatkan dia akan mencair lah.

Weather forecast nampaknya menepati janji. It will be snowing all weekend katanya. Miss A nampak, terus menggedik nak keluar. “no man! no man!” katanya (snow man). Jadi aku bagi la dia keluar dekat patio main salji yang ada terkumpul dekat railing tu. By the way, Miss A baru saja tengok cerita Frozen 1. Baru pandai nyanyi sebaris “Let it Go, Let it Go” semata.

Aku pun slowly capai pakaian winter yang ada dan decided to check it out. Miss A dah masuk ke dalam rumah, kesejukan. Berbungkus kembali dalam selimut sambil tengok TV. Bagi dia, cukup la snow untuk hari tu. Actually kan, aku ada nampak sejak malam tadi lagi ada orang jalan jalan atas bukit tu bawak anak anak, anjing mereka menyambut gugurnya salji pertama. Aku malas lah nak beria kan. Cuma aku ada la ambik video bagi tunjuk dekat kawan kawan dalam whatapps group dan bagi Miss A pegang salji depan pintu rumah.

Aku ambik keputusan untuk berjalan jauh sikit. Tak ada kerja nak buat pun. Pinggan mangkuk periuk belanga berkumbah malam tadi sempena Thanksgiving dinner, botak dah selesaikan masuk dalam mesin pembasuh pinggan (tak ada nya dia nak basuh tangan macam kita kita ni)

First, aku pegi jenguk dekat swimming pool area. Dah nampak macam Spa Resort kau. Asap kepul kepul dek kerana suhu udara sejuk mengatasi air di dalam kolam tu. Aku pun terfikir, kalau orang tengok gambar ni di katalog katalog travel destination, mesti beria bayar tambang tiket flight just to see this. So, to save your money, I share these images with you. Video ada at the end of this post too.

Aku sengaja datang area pool ni sebab bagi aku, area yang paling cantik dalam apartment tempat kami stay adalah area ni. Post sebelum ni gambar pokok berwarna warni masa fall season tak lama dulu pun aku ambik dekat area sini juga.

Hidden stairs in winter vs in Fall

By the way, semua gambar gambar ni aku ambik masih pakai Samsung Galaxy Note FE dengan sedikit penambahan contrast. Samsung Galaxy Note FE aku ni pun dah start meragam dah sekarang. Dah dekat 2 tahun pakai, dia buat perangai frozen, restart sesuka hati dia, bateri panas nak meletop dan macam macam lagi. Dah macam macam aku try. Dari clear cache sampai lah ke factory reset. Memang tak jalan. Aku tunggu henfon baru je sampai ni sebelum Samsung Galaxy Note FE ni mencederakan aku. Sedih juga rasanya. Sebab bab gambar, aku betul betul puas hati dengan kamera dia.

Masa aku keluar jalan jalan ni, cuaca sangat elok lah. Walau sejuk, tapi tak berangin. Salji ni, kalau tak berangin, memang agak seronok juga nak jalan jalan tengok suasana. Yang buat seksa ni bila berangin, lepas tu tak ada matahari (langit mendung). Ha, itu memang tak tahan.

Bila time salji, rumah sampah pun nampak cantik kau tahu?

Rumah sampah blok kami.

Masa aku duduk jalan jalan kawasan apartment (around 7AM++), dah ada beberapa staff menabur nabur garam dekat kaki lima, sodok salji area mana yang patut, make sure kaki lima tak licin. Sebab? Kalau penyewa dekat sini tergelincir patah pinggang, memang mereka boleh kena saman. Jadi, adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan kaki lima, lorong pejalan kaki bebas ais. Mereka tak tunggu kena suruh atau kena complaint lah. Macam apartment aku di Seksyen 7 Shah Alam tu, penuh taik kucing di mana mana. Padahal bayar RM 150 yuran selenggaraan. Taik kucing juga tetap yang kami dapat.

Lorong kaki lima di luar kawasan apartment kami pun dah siap di sodok. Yang ni kerja majlis bandaran tempatan lah. Awal awal dah buat kerja. Tak sempat nak tengok muka, semua dah settle. Tak sesia bayar 8% cukai pejualan (sales tax). Korang tahu kan, dekat sini, sales tax akan di salurkan kembali kepada kemudahan prasarana setempat seperti landscaping, gaji abang polis, abang bomba, kumbahan, garbage disposal…dan macam macam lagi.

Dan of course, jalan ke kedai runcit kami. Baik summer, fall and winter, kekal menawan.

Lepas tu aku pegi area playground yang aku selalu bawak Miss A main main.

Tempat yang sama aku photoshoot gambar Miss A pakai costume witch sehari selepas Halloween.

Gambar winter ni sebenarnya paling senang nak ambik. Tak kira apa angle atau jenis kamera, tetap indah paparannya, effortlessly. Benda semula jadi. Bukan kita letak letak mengikut acuan serta, sifat salji itu sendiri – menutup cela di permukaan yang kadang kadang menyakitkan mata. Kalau Malaysia turun salji pun akan tetap jadi indah. Mau nya tidak, segala sampah sarap, jalan berlubang rata putih ditutupnya bagaikan liquid paper menutup kesalahan ejaan.

Lepas aku dah puas berangan sorang sorang dengan gambar, video yang aku dah ambik, aku pun balik semua kerumah. Pakaikan Miss A proper gear for snow. Itu pun tak berapa proper sangat. Banyak barang kelengkapan dia seperti gloves, waterproof boots, scarf, fleece lined snow cap, tak ada. Masih lagi dalam kotak dekat rumah kakak ipar di Laughlin. Kami pula tak sangka kami menerima salji setebal ini, seawal ini. Terhegeh hegeh aku order online segala kelengkapan musim winter untuk Miss A di Target.com esoknya

Tapi Miss A tetap mampu bermain salji walau tak lengkap pakaiannya. Tapi tak boleh lama lama lah. 30 minit top. or else boleh terbakar nanti tapak tangan dia. Aku punya winter jacket pun tak ada. Cuma ada winter boots saja dekat sini. Pun dah syukur alhamdulillah. Nak main salji ni, 2 area kena protect betul betul sebenarnya : Kaki & Kepala. Lain lain anggota masih ok lagi kalau tak balut kemas kemas pun.

Winter boots yang elok sangat lah mahal. Nasib baik aku punya ada bawak sekali. Memang semua winter gear aku punya dulu was meant for Alaska winter. Terover bagus untuk winter belah belah selatan ni. Dan nasib baik aku dah berhenti membesar. Tapi untuk Miss A, she outgrown most of her last year winter gear. Tak tak nak memang kena beli baru. Her boots alone dah $30 (harga door buster sempena Black Friday Sale hari tu) or else harga sebenar 2 kali ganda. Winter boots yang bagus ialah jenis yang ringan, tapi water proof. melindungi kaki dari suhu sejuk dan tapaknya mampu grip kelicinan permukaan walau sewaktu mendaki. Itu ciri ciri yang patut korang cari masa nak beli snow boots untuk main salji. Jangan cari paras lutut, berbulu bulu atau leather bertumit bagai. Itu boleh bagi kau pecah kepala atau patah pinggang. Sebab kau akan jatuh terlentang.

Untuk outfit – pastikan ianya ‘Fleece’ untuk sebelah dalam (sentuh kulit). Thermal whatsoever yang korang beli dekat Uniqlo tu.. hhmmm… mahal je lebih. Fleece lebih murah dan lebih memerangkap haba. Cuma korang akan nampak gemuk sikit lah. Coat jangan pakai Parka atau fancy shmancy suede. Berat. Puff jacket type dah ok. Ringan. Cuma berapa ‘puff’ tu korang kena check. Dia ada mention suhu negative berapa boleh tahan. Tapi winter ni memang tak boleh lari, kau kena pakai paling kurang 2 lapis sebelum masuk coat.

Beria aku plan ingat nak ke Squaw Valley atau ke North Lake Tahoe untuk bermain/ bergambar dengan salji. Tapi rupa rupanya tak payah pun. Depan rumah dah penuh. So, save duit. Hahaha. Alhamdulillah sangat.

Miss A punya outfit ni memang untuk snow betul. Kita panggil snow bib. Kalis basah dan insulated. Kut kut korang nak holiday bawak anak main snow, boleh la google nama tu untuk beli online kan. Aku pun banyak belajar lepas dah datang sini. Suami orang Alaska. Memang pakaian depa semua ni.

Dan aku akhiri post aku dengan videonya. Sekian terima kasih.

Comments

comments

Leave a Reply