Passport untuk Athena Sophia

Orang tua aku dulu tak mampu sediakan untuk aku. Akaun Simpanan, Perlindungan Insuran, apatah lagi passport. Aku tak salahkan mereka. Keadaan dan kemampuan mereka sangat terbatas. Mereka dapat membesarkan aku sampai aku jadi siapa aku hari ini pun aku dah cukup bersyukur. Tapi pengajaran tetap ada.

Memang sebetulnya kita generasi baru mesti cuba adakan peningkatan taraf hidup. Untuk sekarang dan generasi yang akan datang. Kalau dulu mak bapak kita hanya mampu 10% dekat kita, kita cubalah adakan 50% untuk anak. Dan anak kita untuk anak dia, ajari mereka untuk adakan 80%.  Aku suami isteri tidak lah kaya hidup mewah. Tapi, seperti ibu bapa yang lain, kami mahu yang terbaik untuk anak kami untuk masa hadapan.

Passport untuk anak, bagi aku yang berkahwin dengan orang luar, amatlah penting. Buat passport ni bukan semata nak berjalan suka ria sahaja. Tak kiralah berapa lambat lagi nak bawak anak jumpa keluarga belah sana. Tapi, segerakan lah. Harga untuk bukak passport baby pun tak semahal mana. RM 100 untuk tempoh 5 tahun.

Last sekali aku pergi Jabatan Imigresen was 5 years ago, It’s time to renew mommy punya passport juga. Punyalah confident tak check dulu dengan website Jabatan Imigresen tentang syarat dan caj pembayaran. Iya iya pergi studio ambik gambar untuk passport siap mekap bagai lah kan. Kedai gambar pun satu hal. Langsung tak tahu atau memang saja nak untung. Iya kan sahaja. Penat Athena Sophia maintain muka professional depan kamera. Tahu pulak dia tak meqenyeh dalam gambar passport. Senyum serius ala ala tokoh korporat macam gambar nak masuk company profile gitu.

Last last kau tahu apa? Imigresen sekarang dah pakai kamera dia sendiri lah. Ada dekat kaunter dia. Free of Charge lagi. Sekarang semua dah standard. Gambar mesti HITAM PUTIH sajor. Sia sia lah segala shading dan highlighter nok. Last result gambar aku keluar macam nenek kebayan baru bangun tidur rupanya. Tapi bila dapat tahu caj untuk renew passport for another 5 years, terus terubat hati. RM 200 sahaja untuk 5 tahun! ohhh sukanya hati. So total untuk aku dan Athena Sophia hanyalah RM 300 sajalah hari tu untuk 5 tahun. Walau apa pun. Athena Sophia tetap comel walau gambar hitam putih. Siap kena gelak dengan pegawai imigresen di airport bila depa tengok gambar passoprt dia. Jendul beb.

Syarat nak bukak passport baby senang sahaja. Pastikan dokumen seperti Surat Beranak dan Sijil Nikah ada di bawa bersama pada hari permohonan. Aku buat dekat PKNS Shah Alam. Memang queue dia pantas. Sekejap saja. Passport siap 2 jam selepas kau bayar dan ambik gambar. Masa  2 jam kau pergi la makan ke apa kan. Staff staff semua baik hati senyum mesra.

Kalau kau baca post ni dalam tahun 2022, aku yakin requirement and fee will change some more. Kalau umur aku panjang, aku akan update lah 5 tahun lagi ya di page yang sama.

Pengajaran post ini sebenarnya ialah : Check website Jabatan yang berkenaan sebelum ke kaunternya. Nanti buat kerja sia sia macam kami laki bini.

Sekian.

Comments

comments

Leave a Reply