JPN OH JPN – Pendaftaran Nama Anak Tanpa Nasab / Guna Surname Suami di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Aku tak tahu la dengan kau orang. Tapi aku serious cakap, tiap kali Kalau aku ada hal ke kaunter mana mana jabatan kerajaan, aku punya Cuak macam nak pegi bank mintak overdraft facilities 1 juta ringgit.

 

Bab queue ambik nombor tu perkara yang tak boleh dibuat perkara lagi dah. Kau Terima je lah kan. Tapi, nak mengadap staff dekat kaunter… Aku rasa kau kena berzikir, mintak doa buat solat hajat bagai agar urusan kau dipermudah kan. Dipermudahkan dalam konteks mengadap staff kaunter ialah, staff kaunter tu yang pegang cop mohor sama ada nak susahkan hidup kau Dan mudah kan kerja dia.

 

Kadang kadang aku terfikir, tinggi sangat ke angan angan staff dekat kaunter tu sampai override procedure ringkas yang Sedia ada lalu dengan bangga nya menidakkan hak orang awam yang datang mengadap. Kalau angan angan tinggi, kenapa jawatan duduk dekat kaunter je? Kenapa tak dalam bilik turun tanda tangan je kerjanya?

 

Aku nak cerita pasal registration surat beranak bagi anak aku si Athena Sophia di Jabatan Pendaftaran Negara Shah Alam Seksyen 9 Plaza Masalam. Dia punya susah macam aku nak mintak tanah rezab. Aku punya lah pergi jpn shah Alam Plaza Masalam tu dengan Senang hati nak register surat beranak anak aku dengan nama Athena Sophia Goodwin. Tanpa nasab Binti. Aku dah rujuk dengan kawan kawan aku yang menikah dengan mat salleh pasal penamaan anak dengan surname suami tanpa Binti. Semua cakap boleh, malah, staff jpn yang advise Supaya letak surname (since it’s a mixed marriage) bagi mengelakkan kekeliruan dengan imigresen kemudian hari.

 

Sebelum tu aku nak bagitau lah.. Letak anak pakai surname ni bukan sebab eksyen macam bagus sebab bapak nya mat salleh. Surname ini perlu sekiranya kau plan anak kau bersekolah di tempat lahir bapak dia. Bila segala urusan rasmi negara tempat tinggal bapak dia menggunakan surname dalam rujukan seperti akaun bank, tuntutan insurance, medical benefits, tax rebate bagi penggajian bapak dia serta urusan harta warisan kut kut atuk nenek dia tinggalkan duit berjuta. Kalau tak pun, sekiranya jadi apa apa antara aku dengan bapak dia, at least anak aku still ada hak keatas harta bapak dia. Bukan macam Setengah melayu, baik menikah dengan orang luar atau melayu sendiri, redha saja bila kena tinggal sehelai sepinggang. Biar je bekas laki kau buat tak tahu dekat anak dia. Satu lagi, Botak merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga, Hanya zuriat dia yang boleh bawa nama keluarga ‘Goodwin’. Dan sekiranya aku tak ada rezeki dah lepas ni dapat anak, especially anak lelaki, Athena merupakan yang paling last that can carry that name. So kiranya ini merupakan permintaan yang sangat sentimental dari botak sebenarnya. Bukan sebab aku nak sangat ikut jadi orang futey. Kulit coklat kut. Kuat makan belacan. So you, please sit down.

 

Anyway, Kalau aku eksyen berlagak, dah lama aku naik mahkamah tukar nama aku letak surname suami aku, buang nama bapak aku yang aku hanya jumpa sekali je semua hidup. Tapi aku jenis tak hadap sangat bab bab nama dan harta dia. Tapi anak aku berhak dan aku sebagai ibu mesti pasti kan hak dia di masa hadapan.

 

Berbalik kepada jpn tadi. Dan Dan mamat dekat kaunter tu cakap aku tak boleh nama kan anak aku tanpa Binti Dan mesti letak nama penuh bapak dia. Mak aih..Berapa panjang jadi nya nanti. Kau tau apa alasan dia. ORANG ISLAM MESTI ADA BIN/BINTI. Kepala hotak dia. Habis tu semua Orang Islam di luar Malaysia nama tak ada bin/binti tu semua murtad ke? Tak cukup Islam ke?

 

Aku bagi tau kenapa kawan aku Ok je boleh letak nama gitu. Dan Dan dia bagi tau aku ”arahan baru”. Baru je tukar 4 hari yang lalu. Lepas tu siap cakap ketua pengarah jpn baru tukar juga. Aku tunjuk la muka tak puas hati. Dah Memang pula muka aku Sejak beranak ni Memang tak puas hati je sebab tak cukup tidur, dia siap masuk bilik pegawai yang up lagi jawatan nya. Mamat yang konon pegawai jawatan yang up lagi dari staff kaunter tu pun keluar ke kaunter jumpa aku cakap benda yang sama like a broken record.

 

Aku tanya ada ke cara lain untuk aku dapatkan kelulusan? Dia jawab balik – sila tulis surat rasmi untuk permohonan nama tanpa nasab, alamat kan kepada ketua pengarah jpn. Aku tanya dia berapa lama proses? Jawab nya sangat cliché – ”Itu tak pasti lah Puan. Sebab Sebelum Puan dah ada 5 kes macam Puan. Pun masih tak ada jawapan dari ketua pengarah ”. Tu dia.. Ini Kiranya wait forever until Kiamat la ni.

 

Aku terlalu Letih untuk argue. Sejak aku beranak hari tu sampai Sekarang.. Aku tak cukup Tidur & kerja semua aku buat sorang buat masa Sekarang ni. So aku angguk kan saja dulu dan aku akan siasat kemudian. So aku balik tanpa surat beranak. Daftar masuk sistem saja tentang Kelahiran & kewujudan anak perempuan aku di bumi Malaysia.

 

Bila dah hilang penat, few days after that aku post dekat facebook aku bertanya siapa dalam friendlist aku yang kerja dengan jabatan pendaftaran negara atau ada kawan yang kerja dengan jabatan tersebut. Cepat je satu hamba Allah ni tag kawan dia dalam komen so aku pun inbox kawan yang di tag tu. Alhamdulillah, ramah dan penuh empathy orangnya. Dia bertugas  dengan JPN di Senawang. Bila aku cerita dari A to Z, dia terkejut dan mintak maaf dekat aku on behalf of seluruh Jabatan Pendaftaran Negara. Rupanya etika cara kerja serta maklumat yang di sampaikan oleh mamat dekat kaunter JPN Shah Alam tu salah dan terlalu salah lah. Ketua Pengarah JPN ada je, tak bertukar dan tak ada dengar cerita nak bertukar pun!!!

 

Cut the story short, dia yang tak kenal batang hidung aku, tak ada Kena mengena dengan cerita aku, extend the help until calling the HQ which is JPN Putrajaya. Clarify dengan Penolong Ketua Pengarah tentang procedure untuk kes aku ni.

 

Kau tahu apa je aku perlu buat? Buat surat sumpah which is only costs me RM 4. Dia siap email kan aku surat sumpah form, aku just isi dan bawa ke Pesuruhjaya Sumpah. Allah, sungguh mudah. Aku rasa nak sumpah je mamat yang menyusahkan hidup aku tu 7 keturunan. The lady yang tolong aku tu siap boleh gerenti yang application aku tak ada masalah dan Kalau JPN shah Alam still reject dia suruh aku call dia. Sebab benda ni Memang tak patut di reject pun. Tak ada sebab untuk di reject. Download Form SURAT SUMPAH di bawah;

Borang Surat Sumpah JPN

 

Memang benar. Sekembali aku ke JPN shah Alam, mamat kekwat tu tak ada, meninggal dunia agak nya. So aku liaise dengan lady staff yang ada masa tu. Punya lah baik, siap offer aku tunggu dekat bilik menyusu sebab masa tu Athena merengek rengek diaper dah kena tukar. Tak sampai 10 minit, dia siap bawak semua dokumen yang aku perlu sign ke dalam bilik menyusu tu. Siap print surat beranak dan mykid card siap 2 jam selepas tu with no issue.

 

Jadi, persoalan nya ialah, kenapa badan kerajaan yang begitu standard procedures and regulations siap berpandukan akta, boleh ada berlainan cara dan jawapan mengikut cawangan, pegawai, masa, Cuaca serta hari bulan? Aku suspect mamat tu Tidur masa latihan atau Memang hobi dia menyusahkan orang awam. Punya lah bos mereka (Najib ler) came up dengan TN 50, NBOS (National Blue Ocean Strategy) dan pelbagai rancangan canggih untuk memantapkan tenaga kerja jabatan kerajaan, ada pulak staff staff macam mamat yang menyusahkan hidup orang awam seperti aku wujud di setiap kaunter. Apa kejadahnya?
Ini bukan kali pertama aku di susahkan oleh staff Jabatan Pendaftaran Negara. Sebelum ni staff JPN Ipoh pun boleh tahan dia punya lahanat. Aku nak dapatkan surat mati bapak aku untuk menikah berwalikan Hakim. Kakak dekat kaunter tu boleh pulak tanya aku Tarikh meninggal, report dekat balai Polis mana, meninggal dekat mana. Nasib dia tak tanya aku bapak aku masa meninggal pakai spender kaler apa je. MANA LAH AKU TAHU. Bapak aku meninggal masa aku umur 18 tahun. Itu pun aku orang last yang tahu. Lagipun, aku memang macam tak ada bapak Sejak Mak aku bercerai dengan dia masa umur aku 3 tahun.
Kau tahu apa Kakak kaunter tu cakap? ” Kalau macam tu, kena ambik masa 2 Minggu untuk trace surat mati bapak cik” Nakharom kena tunggu 2 Minggu. Sedangkan tuan kadi dah set jadual untuk nikahkan aku isnin esok lusa. Aku siap cakap dekat Kakak tu, yang aku ni dah nak menikah isnin depan. Masa tu serious aku nak menangis. Sikit lagi aku nak rebah sebab lutut aku lembik rasa macam nak Pengsan. Begitulah hazabnya Pekerja di kaunter Jabatan kerajaan aniaya orang. Buat nya aku ada penyakit jantung, memang aku harus meninggal dunia depan kaunter tu. Lagi Senang besok Kalau nak retrieve surat mati aku. ”Meninggal dekat mana? Meninggal depan kaunter JPN Encik.” Gitu.
Tapi Memang Allah dah tetap kan jodoh aku dengan botak. Masa aku tengah dianiaya dek Kakak kaunter diJPN Ipoh tu, ada la mamat ni kepoh pasang telinga dengar perbualan kami. Masa aku nak blah tu, mamat tu panggil aku – ” kak, Bak IC, Saya tolong check kan dalam sistem”. Kakak kaunter musibat yang kekwat tadi tersentak, dan dan cover line cakap ” Kalau tak ramai orang boleh la check kan”. Habis tu yang tadi kau bagi aku jawapan 2 Minggu tu kenapa???
Kau tahu, tak sampai 2 Minit mamat tu print surat mati black and white, tanya aku, ” Akak check dulu ni, betul ke? ” Memang betul la. Tak betul apa lagi. Lepas tu mamat tu print real punya surat mati dan aku bayar RM 5 untuk fee tu. Settle. Aku agak Kakak musibat tadi tu Tidur masa training penggunaan sistem komputer bagi mencari surat mati yang Tiada information lengkap. Haram jadah betul lah.
Jadi, benda benda Begini lah orang awam macam aku kena hadapi bila berurusan dengan kaunter di jabatan kerajaan. Aku pasti korang punya Pengalaman lagi Celaka kan? Nak tunggu jadi menteri, Datuk, Orang Kaya Kaya dan Artis selebriti baru hidup kau Senang nak berurusan dengan kaunter jabatan kerajaan ke? Aku pun sebenarnya tak tahu lah apa tujuan sebenar staff staff yang berkelakuan demikian mintak kerja at the first place. Nak makan gaji free je ke?
Aku tak kata semua. Sebab dalam yang dok menganiaya dan menyusahkan hidup aku, Allah hantar orang tolong dan dan tu jugak. Tapi perlu ke benda benda simple yang Memang dah ada peraturan bertulis ikut akta serta komputer sistem canggih, kau masih lagi dengan jawapan – AMBIK MASA 2 MINGGU, atau TAK PASTI LAH PUAN, SEBAB KES SEBELUM NI PUN BELUM ADA JAWAPAN.
Aku agak 5 kes Sebelum aku yang sangkut dengan mamat tu, baby yang di register tu dah tua bangka, beruban, atau dah meninggal dunia tunggu jawapan untuk nama yang dimohon tu.
Taubat la please. Cukup cukup lah menyusahkan hidup orang.
Sekiranya post ini bermanfaat, mintak tolong klik iklan dalam post ni bagi au happy sikit nak menulis dengan lebih baik lagi pada masa depan. Gitu.
Terima Kasih ya.

Comments

comments

12 Comments

  1. Wanna

    October 23, 2017 at 3:56 am

    Saya pun nak email akak sebab saya pun ade few soalan nk tanye kat akak..

  2. Jonathan Chong Ket Zin

    March 14, 2018 at 5:45 am

    interesting and saya dalam situasi yang sama. Saya cuba melakukan pertukaran nama tapi pihak jpn menafikan hak saya dengan mewajibkan perkataan bin and binti. Boleh saya minta guidance ke? sebab saya nak anak saya ikut nama family tapi saya telah dinafikan disebabkan alasan yang sama

    1. heartboxx

      March 15, 2018 at 9:23 am

      Hi Jonathan, Saya dah reply email awak. Hope it will helps a little.

      1. Bliblublib

        October 25, 2018 at 10:01 am

        Hi Akak. I have emailed you. Hope you read it. Thank you.

        1. heartboxx

          October 27, 2018 at 3:26 am

          I already replied your email. Hope it helps.

  3. Diana

    April 11, 2018 at 9:08 am

    masalah u ni serius juga tapi terbahak bahak pulak baca gaya penulisan u ni. thanks ya for sharing. Kebetulan tengah nak cari info macamana nak buang perkataan binti dalam nama penuh

    1. heartboxx

      April 14, 2018 at 10:30 pm

      Terima kasih kerana membaca belog saya. Masalah serius kena tulis lawak lawak.. benda dah buat hati panas… darah menggelegak.. kalau serius boleh masuk ICU nanti kan.. hahaha.. Bab BUANG nasab saya tak pasti boleh atau mudah… tapi kalau baru nak register nama tanpa nasab, memang boleh lagi buat masa sekarang.

  4. Zhay

    June 24, 2018 at 4:52 am

    Saya pun nak email akak sebab nak tanya soalan dengan akak

  5. Farahwoon

    November 3, 2018 at 11:29 am

    Cun sgt ni.. boleh jd panduan.. sy plak dlu masa buat ic masa umur 12 dan renew ic thn 2008.. xde pun timbul hal nama ada binti@ x kat ic.. bahkan diorg sdr yg dr awal2 xtaruk binti kat kad pengenalan sy dgn alasannya nama binti sy dlm surat branak sgt panjang.. so hidup la sy dr umur 12 hingga umur 40 tahun ni ic xberbinti..so xde mslh.. even nk buat pasport even utk ke umrah thn 2003 pun xde mslh pasport xberbinti dan sy travel ke tempat2 lain till 2016.. pastu dh xpegi mana2 dok mereput dlm msia jer.. tp mgu lepas sy nk renew pasport sbb nk travel lg next week.. sy ke putrajaya utk renew.. tp pegawai kata sana xnak approve permohonan renew pasport sy sbb alasannya dlm ic sy xberbinti..dan suruh sy update ic yg ada binti dlu baru bleh renew pasport.. 😠 alasannya kot esok2 nk apply visa utk buat haji/umrah xleh lepas kalu nama xde binti..katanya kerajaan arab saudi xkan luluskan.. wat de tuuuuuuttttt.. nak tipu budak tadika boleh la kak..habis tu org muslim negara luar yg xde binti xleh masuk tanah haram ke?.. harap muka je cantik sbb mekap..tp otak letak kat lutut dan menyusahkan org jer.. muka sy dh naik merah hijau biru purple dh masa tu.. so sy ckp xpe lah.. buat jer pasport sy ni xde binti… nanti esok2 sy nkgi haji umrah lagi sy buat ic + pasport yg baru.. nk soh bayar renew pasport lagi skali pun xper… so Alhamdulillah urusan sy settle ngan pegawai tu.. masa sy tgh tgu pasport sy siap.. sy tanya pegawai lain pasal ni.. dia kata xde mslh pun sbnrnya.. cuma sy kna update ic jer sbb dh lama xupdate.. tu saja..ada bin@binti pun xde mslh.. janji semua dokumen penting mmg ikut dlm ic.. haish dia igt senang2 ke kalu dh tukar nama dlm ic.. semua dokumen yg ada nama kita pun kena tukar.. lesen mandu.. nama pemilikan rmh.. nama ngan bank.. semua tu nk kna tukar.. nk hadap lagi jabatan2 lain ni plak 1 hal.. dlm hati, mmg kata “gudlak lah utk urusan anak branak ko nanti..terima kasih sbb dh menyusahkan hidup ramai rakyat msia.”

    1. heartboxx

      November 4, 2018 at 6:21 am

      Kan.. saya pun tak pasti sejak bila bin/binti ni WAJIB bagi orang Islam. Dalam Quran pun tak de tulis tu semua. Menyusahkan orang 7 keturunan depa ni tau. Saya terima berpuluh email orang mintak saya fowardkan masalah mereka pada officer yang tolong saya di JPN hari tu… nampak benar jadi satu permasalahan besar bin & binti ni. Padahal banyak lagi isu besar yang boleh rosakkan negara.

Leave a Reply to heartboxx Cancel