Pengalaman ke Las Vegas, Nevada For the First Time : Part 1

Las Vegas ni sebenarnya agak boring. Kalau kau bukan jenis berjudi, minum arak dan clubbing – Las Vegas pretty much a city lights only. Satu lagi, kalau melawat Las Vegas with very little money, memang sedih sikit lah. Nak shopping souvenir pun sakit. Tapi kalau kau ada duit + kaki shopping, this is the place for you to be. Dekat sini ada Premium Outlet yang besar. Dekat hotel 7 Bintang macam Caesar Palace dan Bellagio – bersusun butik berjenama seperti Chanel, Dior, Gucci dan lain lain yang malas aku nak mention. Rozita Che Wan sekeluarga sesuai la pegi situ.

First day aku sampai sana, hari dah petang. Kami bertolak dari Laughlin, Nevada agak lewat juga. Around 5 PM. Sejam drive + parking, langit pun gelap. Cuaca sebelah malam sejuk berangin. Around 14 Celcius gitu. Tak banyak aktiviti kami buat. Just walking around nearby sahaja.

Kami tinggal di Harrah’s. Kalau datang Las Vegas, aku suggest cari dan stay hotel yang located along THE STRIP. Maybe mahal sikit tapi kau boleh jalan kaki kemana mana. Nak cari makanan murah pun senang. Lagipun, semua benda dan barang untuk di tengok pun di area The Strip juga.

Tip ringkas yang aku boleh bagi ialah:

  1. Bawa bekal coffee/ teh/ milo instant sendiri.
  2. Beli air mineral siap siap di luar kawasan Las Vegas dengan banyak. Dekat Las Vegas mineral water sangat mahal. Kedai runcit dekat hotel, air mineral botol besar costs you $6 per bottle. Paling murah beli dekat CVS (macam watson di Malaysia) costs you almost $3 per bottle. Mesti beli. Cuaca di Las Vegas walau sejuk, tapi sangat kering. Kau akan dahaga sampai batuk kering.
  3. Bring your own electric kettle.
  4. Bring lots of money. Hahahaha.

Bilik hotel di seluruh USA semua nya bersaiz besar. Murah macamana pun, tetap saiz dia besar. Cuma yang menyampah, dekat bandar tumpuan pelancongan, Hotel mereka takkan bagi free breakfast, no complimentary mineral water dan tak ada coffee maker/ kettle. Unless kau tempah bilik mahal macam Suite.

Ini bilik kami di Harrah’s

Dekat ground floor hotel akan ada cafe. Cafe ni kira paling murah lah makanan dan minuman dia berbanding dengan restaurant restaurant di Las Vegas. Halal food memang tak ada. Tapi pilihan macam salad, Vegetarian, pastry, seafood soup dan eggs menu tu ada. Harga bawah $10. Tapi kurang satisfying  dan kurang sedap lah.

Basically, untuk orang macam aku, bila datang Las Vegas ni, aktiviti nya ialah pergi tengok hotel hotel mewah yang lain. Tengok decoration dia, and sometimes dekat hotel lobby tu akan ada showcase (pameran), aktiviti special dan free show. So hari kami sampai tu, kami check out Wynn Hotel dan Venetian Hotel since it is walking distance sahaja. Untuk hotel lain lain, kami melawat keesokan harinya naik monorai train. Yes, ada monorail keliling The Strip Vegas. Hanya $13 for 1 Day pass. You need this if you wanted to explore the whole trip and this is the cheapest way to do it. Boleh beli online dan juga over the counter. Tapi, Kalau kau nak menapak, silakan lah. harap kau mampu.

Masa aku pegi hari tu, masih dalam sambutan Chinese New Year. So semua deko di setiap hotel up decoration for Chinese New Year. Nampak benar antara pengunjung yang terbesar di Las Vegas ni Chinese. Aku rasa macam dekat Macau pun iya. kalau tak pun, owner, partner hotel hotel dekat Las Vegas ni ialah Chinese Tycoon. Kau jangan main main dengan China Mainland. Mereka ni kalau nak take over USA dari segi ekonomi, single handed saja tau.

So these are few pictures of

Venetian Hotel Las Vegas.

Actually aku pernah ke Macau dan stay at the Venetian Macau. So, boleh aku katakan, decoration  set up Venetian di Las Vegas is similar to the one in Macau.

Wynn Las Vegas;



Every hotel will have its own theme decoration, and trying to outdo each other lah. Setiap kali kau masuk hotel berlainan, kau memang akan WOW jugak lah. Lagi lagi orang kampung macam aku ni kan.

Lepas tu kami kembali ke hotel kami yang tak ada deko sangat tu (Harrah’s) Haha. Keadaan makin sejuk dan angin tak henti henti. Toilet stop pun dah tak tahu nak kira berapa kali. Ketaq lutut wey. So aku tak banyak sangat ambik gambar. Athena Sophia pun dah mengantuk.

Sekembalinya di Hotel penginapan kami;

Dengan gambar Athena Sophia muka mengada, aku akhiri post ni dulu. Aku sambung lagi yang lain lain secara berperingkat. Letih lah.

 

Paradise, Nevada.

Comments

comments

1 Comment

  1. Pengalaman ke Las Vegas, Nevada For The First Time : Part 2 | | Bittersweetbyte.com

    April 6, 2018 at 8:43 am

    […] to my visit to Las Vegas (Part 2). Like I said on my previous post HERE, Las Vegas is more like a Hotel Hopping Tour for people who don’t gamble and drink. We […]

Leave a Reply