Pengalaman Masuk Penjara Semasa Di San Francisco

FOR ENGLISH, CLICK HERE

Lama tak bersiaran di blog ni. Nyonya tak berapa sihat lagi sejak dua menjak ni. Larat jenguk jenguk Facebook like like orang punya post je. Entahlah. Cuaca di Alaska dan kerinduan dengan ulam petai di Malaysia buat melayu tak berapa nak segar dekat sini. Desperate nak berurut satu badan dengan minyak serai panas jangan cerita lah. Kalau kau offer tiket ke Paris dengan tiket balik Malaysia berurut badan, aku pilih balik Malaysia.

Ni nak cerita pasal trip ke San Francisco. Orang lain pegi jalan jalan makan sedap sedap, shopping shopping, posing posing. Kami pegi San Francisco masuk penjara. Haaa.. ini semua sibotak punya pasal lah kan. Memandangkan dia yang membayo, jadi aku turutkan program yang dia nak kali ini. Minat benar dia nak pegi tengok tempat jel Al Capone Scarface tu. Tau tak kenapa Al Capone kena jel? Sebab dia sorok duit lari tak bayaq cukai jek.

A visit to Alcatraz 7

Tiket masuk Alcatraz a.k.a The Rock ialah USD31. Termasuk dengan ferry ride dari Pier 33. Jadi sesiapa yang niat nak berjalan ke San Francisco dan berangan nak naik ferry cruise keliling perairan San Francisco, better ambik tiket ke Alcatraz ni. Sebab perjalanan ferry nya tu pun macam lebih kurang cruise juga. Plus siap boleh berhenti berehat di pulau The Rock ni tau. Hahaha.

A visit to Alcatraz 3

A visit to Alcatraz 4
Pier 33

A visit to Alcatraz 5

A visit to Alcatraz 6

Pagi tu, mendung je. Maklumlah, nak masuk penjara. Huhu..bila langit mendung, aku macam tak ada mood betul nak ambik gambar. Kelabu asap je pemandangan dia. Kalau korang rasa USD31 tu mahal dan tak berbaloi hanya setakat tengok penjara, boleh je tengok mock up dia di Pier 33 ni.

A visit to Alcatraz 46

A visit to Alcatraz 45

Ramai gila sebenarnya manusia datang nak melawat penjara Alcatraz ni rupanya. Tapi tak la sesak masa sampai dekat sana sebab mereka bagi masa dalam 2 jam setengah untuk pusing pusing sana. Masa first aku jejak kaki dekat sana, rasa sayu juga. Ye lah, memikirkan perasaan masuk penjara bukan satu bayangan yang indah kan.

Meh ku ringkaskan tentang Alcatraz ni. Sebab aku tahu korang memang malas membaca sejarah.

  • Alcatraz dibina pada tahun 1847
  • Seluas 22 Ekar
  • Pada mulanya dibina sebagai kubu pertahanan kententeraan bagi melindungi Teluk San Francisco.
  • Kemudian pada akhir 1850-an, dijadikan sebagai penjara untuk tentera selama 80 tahun.
  • 1934 di ambil alih oleh US Justice Department dan bertukar kepada Federal Prison.
  • Ditutup pada tahun 1963 sebab kos untuk maintain sangat mahal. Maklumlah, penjenayah di Alcatraz dapat bilik sorang satu. Ada 450 bilik semuanya. Setiap 3 penjenayah dijaga oleh 1 pak guard. Katanya kos untuk kurung penjenayah, bagi makan semua setiap hari sama dengan kos duduk di hotel 5 bintang Waldof Astoria ! Jadi mereka tutup sebab pembayar cukai dah start merungut pakai duit depa bagi makan penjenayah duduk selesa je.

A visit to Alcatraz 9

A visit to Alcatraz 8

A visit to Alcatraz 10

A visit to Alcatraz 15

A visit to Alcatraz 12

Tak ada hukuman mati di jalankan di Alcatraz ni. Maybe sebab tu lah masa aku pegi sana, tak ada rasa seram sejuk pun. Ah, lupa lak. Alcatraz Tour ni ada lawatan sebelah malam ya. Kalau nak banding dengan Penjara Pudu, aku rasa Penjara Pudu lagi best kut cerita mistik dia. Aku kesal lah kenapa penjara Pudu tak buat macam Alcatraz ni. Bagi orang melawat sambil kutip yuran kemasukan. Aku rasa mesti ramai pelancong luar negara nak tengok tempat hukuman tali gantung tu. Dan, elok juga tempat berhantu tali gantung tu bagi budak ravers, hipster dan Kpopers tengok kasi insaf sikit ke apa kan. Dan boleh buat penginapan berhantu untuk peminat ghost seekers kan. Tak pun anjurkan acara tahunan untuk peserta seluruh dunia join, tengok sapa yang boleh tidur sampai esok dekat bilik gantung tuh.

A visit to Alcatraz 18

Ini lah rupa bilik ‘mewah’ penjara di Alcatraz ni. Setiap bilik ada katil, mangkuk tandas, sinki dan simple rak. Memang mewah. Rumah apartment aku pun tandas kongsi ok.ada 2 je. Bukan setiap bilik ada tandas.

A visit to Alcatraz 19

A visit to Alcatraz 34
Dining Hall
A visit to Alcatraz 11
menu Makan
A visit to Alcatraz 29
Library
A visit to Alcatraz 24
Recreation site

A visit to Alcatraz 23

Penjara ada 3 tingkat. Ruang makan yang besar, ada library untuk membaca dan ruang untuk beriadah. Memang sihat walafiat duduk sini nampaknya. Makanan setiap hari siap ada menu khas. Huuuuiiii.

Kalau ke sini, memang setiap orang akan dapat audio teller ni. Senang nak tahu setiap sudut, fakta, peristiwa dan sejarah yang berlaku di sini. Ada kes mati dekat sini. Tapi bukan sebab jatuh hukuman. Tapi banduan mengamuk, cubaan melarikan diri dari sini melibatkan beberapa nyawa terkorban.

A visit to Alcatraz 21

A visit to Alcatraz 13A visit to Alcatraz 14

A visit to Alcatraz 20

A visit to Alcatraz 22

A visit to Alcatraz 30

A visit to Alcatraz 25

A visit to Alcatraz 28

A visit to Alcatraz 26

Tapi kan, hati aku agak sayu sikit bila aku sampai dekat ruangan tukar pakaian. Ruangan ni ialah ruang kau bertukar jadi banduan, di beri persalinan baju banduan dan mandi di sini sebelum masuk jadi banduan. Aku cuba bayangkan diri aku tiba dekat situ, tukar status jadi banduan dan tahu yang aku akan habiskan 10-20 tahun di situ. Hmmm memang gelap masa depan rasanya.

A visit to Alcatraz 16

A visit to Alcatraz 17

Aku tak tahu penjara di Malaysia bagi jenayah yang kena kurung 10-20 tahun ni. Tapi dekat sini aku tengok, macam kemanusiaan sikit lah kan. Sebab banduan dibenarkan mempunyai hobi. Ada hobi melukis.. hobi mengait… hobi cipta lagu dan muzik…

A visit to Alcatraz 33

A visit to Alcatraz 32

A visit to Alcatraz 31

dan kalau kau buat pasal, bergaduh dengan banduan lain, kau akan di kurung di bilik yang tak punya banyak cahaya macam ni. Ada setengah bilik tu, memang gelap gelita.

A visit to Alcatraz 27

Di akhir laluan tour, macam biasalah, kau akan lalu kedai cenderahati. Lain dari yang lain souvenir dia. Kau boleh beli replika cawan, tray penjara dan baju banduan sekali! Tapi aku tak beli apa apa lah.. Botak cakap buang duit je. Hhhmm…ok..

A visit to Alcatraz 37

A visit to Alcatraz 38

A visit to Alcatraz 39

A visit to Alcatraz 40

A visit to Alcatraz 41

A visit to Alcatraz 42

Aku tinggalkan tempat ni dengan hati kurang happy. Bukan sebab tak dapat beli souvenir lah. Ye lah, macamana nak happy nya, ini bukan taman tema ada mickey mouse tu. Penjara kut. So, maybe semangat kesedihan penghuni dulu dulu ada sedikit ikut aku balik. Aku berdoa agar nasib tak lah seburuk sampai masuk penjara kan. Kadang kadang, kita tak bersalah, kena fitnah atau set up pun ada.. itu yang paling sedih.

A visit to Alcatraz 35

A visit to Alcatraz 36

A visit to Alcatraz 43

Masa balik semua ke Pier 33, ada lah gambar siap menunggu. (haa macam biasalah, masa beratur untuk naik cruise tu, kau macam kena paksa bergambar. Tapi nak beli ke tak suka hati kau lah). So, sebagai kenang kenangan, aku snap je gambar ni. Hahahahha.

A visit to Alcatraz 44

ok lah. Bersambung di lain post. Tata.

Comments

comments

Leave a Reply