Pengalaman Road Trip Pacific Coast Highway / California 1

FOR ENGLISH, CLICK HERE

Ketika semua belog sibuk up cerita kecoh pasal gaduh di masjid sebab duit hantaran 15k tak cukup, aku seperti biasa takkan up benda sampah macam tu di belog aku. Malas siut. Hal dalam kain orang buat apa aku nak feature kat belog aku ni? Traffic? Pegi mampuih dengan traffic sana. Lagipun, malas gila nak update belog ni. Bukan apa, seminggu dua ni agak occupied dengan costing road trip “Kembara USA” untuk kawan kawan dan kenalan yang nak experience roadtrip di USA. Kalau korang nak tahu, planning dan costing untuk sesuatu trip yang sempurna bukan senang sebenarnya. Lagi lagi bila kau cuba produce route dan enroute yang bukan cookie cutter. Aku punya perspektif pasal roadtrip ni ialah travel like a local. Aku cukup menyampah dan anti tour stail Beijing dimana kau di paksa paksa pergi kesatu tempat yang tak penting pun dengan limited time. Di campaknya kau ke dalam gaung ‘tourist trap’dan biarkan kau kehabisan duit tanpa kenangan unik kecuali kenangan kena tipu dengan penjual. Arrgghh. Aku pernah kena lah sebab tu aku bengang. Bayar ubat herba sampai RM400 ok?

Berbalik kepada post ni, aku nak cerita serba sedikit lah pengalaman semasa roadtrip dari San Francisco balik ke Los Angeles melalui USA 1 atau Pacific Coast Highway. Memang indah. Kami stop beberapa tempat seperti Henry Cowell Redwood State Park, Santa Cruz, Bixby Bridge dan Point Lobos.

Pacific Coast Highway California road trip 1Pacific Coast Highway California road trip 2

Bagi sesiapa yang pernah buat road trip di Great Ocean Drive, Australia, boleh lah aku katakan, pemandangannya dalam 40% sama terutamanya di area Big Sur dan Point Lobos. 40% saja tau. Sebab? Australia tak ada hutan redwood (spesis pokok gergasi) yang harum baunya dan liku liku jalan di Pacific Coast Highway USA sangat mencabar ‘corner’ dan curamnya berbanding dengan Great Ocean Road. Korang boleh tengok video yang aku rakam kat bawah ni;

SANTA CRUZ BEACH

Actually kami tak ada niat nak singgah Santa Cruz Beach ni. Tapi tersesat masa nak cari Redwood Park. Tapi masa kami sampai sini, awal pagi lagi. Park dekat Santa Cruz ni pun masih tak bukak lagi. Dalam pakej roadtrip Road trip aku ada masukkan Santa Cruz Beach Boradwalk ni sebab tempat ni sebenarnya menarik gila. Dekat sini ada world famous ‘Giant Dipper’ roller coaster rail old skool buat dari kayu tahun 1924 dan Looff Carousel tahun 1911 yang masih beroperasi ok. Jadi kami pusing pusing bandar kecik ni kejap dan cari jalan keluar ke Henry Cowell State Park.

Santa Cruz Beach 3Santa Cruz Beach 2Santa Cruz Beach 1Santa Cruz Beach 4Santa Cruz Beach 5Santa Cruz Beach 6

Lepas jumpa Redwood dan spent masa dekat situ dalam sejam dua, (BACA SINI) kami teruskan pemanduan ke destinasi seterusnya iaitu Point Lobos.

POINT LOBOS

Point Lobos ni la yang aku cakap nampak macam Great Ocean Road. Dan kalau korang perati betul betul atau bawak teropong, boleh intai anjing laut seksi berjemur santai atas batu tu.. hehe.

Point Lobos 1Point Lobos 2Point Lobos 3Point Lobos 4Point Lobos 5Point Lobos 6Point Lobos 7Point Lobos 8Point Lobos 9Point Lobos 10Point Lobos 11Point Lobos 12

Masa lepak lepak kat sini, tiba tiba nampak kabus awan datang bergulung gulung. Mike ajak blah sebab dia macam risau la jugak nak drive dalam keadaan gelap ataupun hujan. So kami pun bergegas meninggalkan Point Lobos ni.

Ibarat race dengan awan kabus katakan. Tapi dalam masa yang sama, aku mintak jugak Mike stop sebab aku nak ambik gambar awan tu sebab ye lah, tak pernah nampak kalau dekat tempat lain kan. Mungkin sebab highway sini memang kedudukannya sangat ‘high’ so, fenomena kabus bergulung ni memang hanya boleh tengok dekat sini. Serious aku cakap kau, indah sungguh ciptaan tuhan.

Pacific Coast Highway California road trip 4Pacific Coast Highway California road trip 5Pacific Coast Highway California road trip 6Pacific Coast Highway California road trip 7Pacific Coast Highway California road trip 8Pacific Coast Highway California road trip 9

Bukan kami je perak berhenti ambik gambar. Mat salleh lain pun ok?

BIXBY BRIDGE

Last sekali kami stop dekat Bixby Bridge di Big Sur ni. Bixby Bridge ni adalah jambatan antara gaung yang paling tertinggi di dunia. Kebetulan ramai pulak dekat sini berhenti. Atau memang point ni point hot la. Semua nak bergambar dengan jambatan tu, termasuklah kami untuk buat kenang kenangan. Masa tu kabus dah memang dah sampai dah. Mike dah start buat muka nak terberak. Maksud aku, let’s chow lah.

Bixby Bridge Big SurPacific Coast Highway California road trip 3

Lepas tu aku tak sedar berapa lama aku ternganga tidur dalam kereta. Tahu tahu dah sampai LA. Kesian laki aku si botak drive sorang sorang. Alah, dekat Malaysia, aku yang drive, dia yang menganga tidur kat sebelah. Kira adil lah.

So dengan ini, tamatlah cerita road trip USA 1/ Pacific Coast Highway ni.

Sekian. Sila tepuk tangan.

8367150290_f64071bebb_o3

California, USA

Comments

comments

Leave a Reply