Preggo Mom’s First Diary: Boy or Girl?

Aku rasa ini lah first time aku menulis cerita bab pregnancy aku secara specific. Risau jugak orang akan cakap macam lah dia sorang je pregnant dalam dunia ni. Hahaha.

Actually aku ada jugak follow blog page lain dari mereka single perut kempis sampai beranak pinak. Seronok tengok perubahan hidup mereka dan aku juga tak terkecuali punya impian untuk share cerita macam mereka. Alhamdulillah. Nampaknya this will be my first post on that. Maybe lepas ni akan ada tab tambahan under mommy’s diary gitu.  Harap ada masa untuk update lah. Selama ni tak ada anak pun update Nan hado sebulan sekali kan.

Aku tak ada specific demand sama ada anak first mesti boy or girl. Tapi wish tu ada lah. Aku wish pun sebab factor persekitaran. Both sides of our family ketandusan baka lelaki sebenarnya. Botak anak lelaki tunggal, dan Setakat ni semua cucu dalam family dia girls. Mak aku pun ada satu anak lelaki saja. Tapi ada lah cucu lelaki. SATU je dari 5 cucu yang ada buat masa Sekarang ni (tak termasuk anak dalam kandungan aku). So dalam hati ni Memang wish sangat harap dapat bagi cucu lelaki pada Mak kami berdua.

Tapi yang pasti.. Tiap kali aku lalu baby department.. Baju baby girls yang dicapai dulu. Menggedik gedik aku beberapa jam just belek baju baby girls. Masa cari nama for the baby pun, aku fikir nama for baby girl dulu then baru boy.

Macam biasa, sahabat handai dan family tertanya tanya dah tahu jantina ke. Ya. Baru je tahu ni. Dan aku rasa tak payah lah nak rahsia sangat sebab Kalau tak girl pun, boy la ye tak? So.. According to ultrasound scan bulan lepas at 21 weeks pregnancy –

It’s A GIRL.

So memang benar la kata orang, Kalau suka makan benda manis tu, is a baby girl. Well,  girls are made from sugar and spice and everything nice anyway. Sejak 4 weeks pregnancy lagi aku dah start suka makan ice cream. Which is very odd because I hate ice cream and anything sweet. Sebelum pregnant Selama ni aku memang diarah kan oleh Doctor to increase my sugar intake. I have quite low blood sugar. Test darah lepas lunch pun still below normal sugar level. So when my head started to get dizzy, aku kena minum coke yang kandungan gulanya 7 sudu besar per can tu.. Baru badan level balik. But alhamdulillah, during pregnancy, automatic suka ice cream dan chocolate.

Ambik dari phone Botak. Dia curi ambik gambar ni diam diam. Banyak lagi gambar buruk masa tak sihat dia ambik buat kenangan. BERTUAH.

And I must say I’ve had easy pregnancy so far (alhamdulillah). Standard loya, muntah, hilang selera makan masa 5 to 14 weeks tu ada lah. Masa masuk 2nd trimester, macam honeymoon tak loya tak penat tak apa. Dah masuk 22 weeks baru sakit pinggang dan belakang serta having trouble sleeping due to baby movements. No cramps, no spotting, no heavy discharge. Kaki pun tak bengkak. Sekali sekala short breath due to dehydration duduk padang pasir ni. Tapi risau juga sebab kata orang, easy pregnancy, complicated delivery? (pregnant senang, beranak susah) Aiyooooo Serams.

Tiap – Tiap hari cakap dekat budak ni yang Mak bapak nya orang biasa biasa… So hope she be nice to me and to her dad, cooperate to the level we can afford. She responded well to every calling and tummy tapping I made, but she went crazy when botak talking next to me. Asal botak bersuara je, standby lah perut ni rasa macam berombak – ombak dia punya menggelupur. Well, aku tak salahkan dia pun. Kalau tengok history genetic Mak aku yang aku dapat – aku memang sangat mak mak tiri punya level pun bila dengan budak kecik. Aku dari dulu Kalau pegang budak kecik tak boleh lama. Budak tu akan meraung menyampah dekat aku ni. Hahahha.

Happy? Yes. Tapi must say that I am more worry than happy. Kalau ikut percentage, happy tu dalam 45% dan dan lagi 55% is risau. Ye lah, this is my first normal pregnancy at such late age. 40. Im not talking about myself, tapi keadaan kesihatan dan fizikal baby secara keseluruhan yang selalu berkait rapat dengan telur yang dihasilkan oleh ibu pada usia yang agak senja. Rupa paras kecantikan wajah tu dah jatuh nombor 3 kut. Stress jugak kadang kadang when people are expecting your child would be very good looking since she or he came from interracial marriage. Maknya tak berapa lawa pun did quite OK dalam kehidupan secara keseluruhan so rupa paras tu bagi aku bukan priority dalam kejayaan hidup. Sepupu sepapat aku semua lawa dari aku tau. Tapi aku jugak yang first masuk University got a degree dan sampai Amareka,  reach places where some people wish to be – timba ilmu alam dengan wajah aku yang tak seberapa ni. Unless kau nak jadi artis atau nak jual barang mekap, tudung, baju di Malaysia lah. Haaaaaaa.. Hanya orang lawa je mampu menjual barang barang serta talent yang tak berapa talent dekat Malaysia ni. Kalau kau tak lawa, kau Bersin pun Orang maki kau cakap tak senonoh bagai. Hahahha. Haremjadah.

So Itu je lah. Harap Semuanya dipermudahkan.. Aku tak kata hopefully beranak tak sakit. Itu melampau sangat lah kan. But I really wish that the whole process will fall onto normal level, sama macam ibu ibu yang lain…

Insyallah.

Comments

comments

2 Comments

  1. Roslin Kamal on Facebook

    December 23, 2016 at 3:06 am

    ok le tu dah tau gender nanti klu dah turun M’sia beritau nak jenguk

Leave a Reply