Route 66 – Trip ke Jalan yang Lurus.

Hi.. surprise ke tiba tiba ada post update kedua dalam bulan yang sama? Hahahaha. Bukan apa, aku free banyak sebab Athena Sophia ada orang jaga. Makcik dia. Hahaha. Seronok la mommy dia dapat update belog yang hampir terkubur ni ha.

February 2018, aku berkelana lagi ke bumi Amerika Syarikat. Kali ni tak tahu berapa lama. Tapi yang pasti, puaslah nanti grandma and grandpa di Alaska bermain dengan Athena Sophia. Bagi aku pula, tengah mempersiapkan minda serta jiwa untuk menghadapi Ramadhan di negara orang sekali lagi.

For those who following me on Instagram and Facebook, yes, I owe you guys a detail story on my trip on Route 66. Tapi pada mereka yang tahu tentang Route 66, mesti tertanya tanya, “eh, sekejap nya Route 66 kau”. So, this is my story.

 

Route 66 merupakan MOTHER ROAD di USA di bina pada tahun 1926, merentasi USA melalui 8 negeri iaitu California – Arizona – New Mexico – Texas – Oklahoma – Kansas – Missouri – Illinois dan total mileage untuk the whole Route 66 ialah 3,940 kilometer. Tuan, Puan…cuba buat kira kira berapa kilokah petrol yang kami kena fill up untuk hampir 4 ribu kilometer tersebut. Sedangkan dari JB ke Penang, 590 kilometer pun rasa pijar tapak tangan nak isi petrol. khenn. So secara jujurnya, ceritanya disini ialah :  KAMI TAK ADA BAJET. hahahhahha.

Jadi, kalau refer to the map above, aku hanya buat 10% sahaja Route 66. Iaitu dari Barstow California ke Needles, Arizona (yellow circle) di mana, total mileagenya hanya 233 km. Jadilah kan. Dari tak jejak langsung. Doa doakan lah ada lebih rezeki, boleh lah aku proceedkan lagi balance 90% route 66 tu ya. Hahahah.

Anyway, trip ni merupakan trip geli geli. Since Kakak Botak picked us up at the LAX (Los Angeles Airport) dan mereka tinggal di Laughlin, Nevada, So kami ambik kesempatan untuk lalu Route 66 ni sebelum sampai rumah dia.

Since aku tak lalu dari A sampai Z Route 66 ni, aku tak dapat buat conclusion secara menyeluruh tentang best ke tak best trip ni. Cuma aku nak bagi tahu lah, jalan dari California ke Arizona ni, merentasi gurun, padang pasir berbatu, bukit bukau. Apa yang aku boleh katakan ialah:

SEPI.

Memang kau boleh baring baring lagi atas jalan ni.

Kenapa orang dah tak pakai Route 66 ni? Sebab mereka bina Interstate Highway yang lagi canggih dengan jarak yang lebih ekonomi. Jadi tinggalah Mother Road ni kesepian menjadi lagenda semata. Segala bandar di sepanjang Route 66 bertukar menjadi ‘Ghost Town’. Hanya tinggal rangka dan tapak bangunan sahaja.

Sebelum memulakan perjalanan ni, kami singgah dulu Muzium Route 66 di bandar Barstow, California. Banyak barangan lama yang sangat sentimental valuenya ada di situ. Nasib baik aku bukan orang Amerika. Kalau tak, sure rasa sayu menengoknya. Hahahha.

Muziumnya kecik sahaja. Tak la gah macam Muzium Negara di Kuala Lumpur. Dalam tu banyak la barang kenangan yang digunakan sezaman kegemilangan Route 66.

Sebuk Athena Sophia duduk tengok dekat orang Red Indian sebelah dia tu. Dia ingat orang betul barangkali.

Mesin pam minyak zaman dulu dulu

Barang mekanik zaman dulu dulu

Kamera zaman dulu dulu.

Kaset zaman dulu dulu. Aku ingatkan kaset paling lama ialah kaset yang bertali ada 2 lobang boleh pusing dengan pensil bila nak rewind. Rupanya ada lagi versi lama dari tu yang aku tak pernah tahu dan tengok.

Batu dan mineral yang di lombong di padang pasir sekitar route 66. Aku pun sambil sambil belajar la sains dekat situ. rupanya batu dan mineral dalam gambar di atas (Howlite, Obsidian, Rhyolite, calcite, pyrite, agate etc etc) menghasilkan produk yang kita pakai sekarang seperti nail polish, pencuci contact lens (saline solution), bedak talkum dan macam macam lagi.

Mesin operator tempat sambungkan panggilan telefon.

Dekat muzium ni juga terdapat stesen keretapi. Bangunan stesen keretapi ni di bina lagi lama dari Route 66 tu. Iaitu pada tahun 1911. There is no ticket counter here. Tapi railway dekat sini masih lagi di gunakan sampai sekarang untuk keretapi kargo sahaja.

There are few old train displayed out here. Tapi aku tengok condition is like 7/10. Cantik je keretapi lama mereka. Aku rasa keretapi di India yang tengah pakai sekarang pada hari ni lagi buruk dan tua dari keretapi di muzium ni. Itulah kelebihan cuaca panas kering. Proses karat lebih slow berbanding dengan cuaca panas lembab tropika.

Lepas beli sehelai T-shirt kenang kenangan “Route 66” di rak “clearance sale” berharga USD10, kami pun mulakan perjalanan kami di atas jalan raya bersejarah Route 66 ni. First stop kami singgah di Siberia. SIBERIA? Ya. Siberia. Aku pun tak tahu kenapa dan macamana mereka dapat nama tempat ni Siberia. Sepatutnya Siberia tu di Russia. Tapi kawasan ni dulu famous sebab namanya yang unik. Dulu ada town la dekat sini. Tapi seperti yang aku katakan, setelah terbinanya jalan baru Interstate Highway, semua bandar di sepanjang Route 66 telah bertukar menjadi Ghost Town. Tak macam pekan Slim River, Perak. Walau terbinanya highway PLUS, Pekan Slim River Perak terus berkembang siap ada hotel dan Econsave dekat sana. Eh, teriklan my hometown pulak. Kah kah kah.

Angin dekat sini sangat sejuk dan sangat kuat. Nasib baik berat badan aku dah bertambah 15 kilo on top of berat zaman anak dara dulu. Jadi tidak lah aku terbang melayang.

The Name: Siberia

Is the vast eastern part of Russia, in northwestern Asia. The name is said to derive from “Sibir” a Tartar fortress built at the confluence of the Irtysh and Tobol rivers.

That name comes from Tartar “Sib Ir” or “Sleeping land”. Another version is that it is the name of a mysterious tribe, the “Sipyrs” who lived in the region.

Source: https://www.theroute-66.com/bagdad.html#siberia

Kosong, sekosong kosongnya. Kalau nak buat trip ni, pastikan bekalan air minuman dan petrol mencukupi. Sebab petrol pam dekat sini bukan macam dekat highway PLUS. Sangat sangat jarang jaraknya.

Lepas tu kami sambung lagi pemanduan kami. Jalan ni takkan sesat. Lurus, selurus lurusnya. Boleh juga aku katakan trip ini sebagai TRIP KE JALAN YANG LURUS. Tapi aku tak pasti korang akan kembali ke pangkal jalan lah ya.

Kemudian kami stop at the 2nd stop at the place called “BAGDAD”. Haiyaaa.. pelik pelik nama bandar di gurun sini.

The Name, Bagdad

The station was named after the town in Iraq, founded in 762 AD by Abu Jafar al-Mansur. Now it has over 9,000,000 inhabitants, and is the second largest city in the Arab world.

The town’s name dropped the “h”, because the correct spelling is “Baghdad” (Iraqi pronunciation: [bɐʁ’d̪??d̪]), the name comes from Middle Persian “bag-dat” meaning: “Given by God”.

It got its name due to the desert surroundings in the Mojave.

source : https://www.theroute-66.com/bagdad.html

Right after few kilometer of driving away from Bagdad, finally we found the iconic “Route 66” stamp on the road, which is a must for you to take picture with it. Bukan semua tempat ada stamping ni. Jadi bila nampak satu, cepat cepat lah posing di situ bagai tiada hari esok lagi.

Lahabau mana lah yang pegi spray paint dekat bawah road stamp tu. Manusia terlebih gen Beruk wujud di mana mana saja di atas muka bumi membuat onar tak mendatangkan manfaat kepada ketamadunan.

Bila aku cakap siap boleh baring, aku tak tipu. Kau memang boleh baring baring dekat atas jalanraya ni. Kereta memang tak ada. Kalau ada pun, jarang sangat.

Dulu aku pernah gelakkan a group of Bangla men dekat stesen keretapi City Center di Kuala Lumpur. Mereka ambik gambar siap baring baring lagi atas lantai stesen keretapi tu. Now the laugh is on me. Bila kau banyak melawat tempat asing, kau akan pose sama je dengan Bangla pose di KLCC. So, jangan gelakkan orang sangat lah ya.

And we continue with our driving. Lepas ni memang tak ada stop dah. Memang gurun, bukit bukau sahaja pemandangan nya.

Dah sejam tu baru kami stop untuk minum air.. buang air di stesen pam. Segala motel. restaurant, stesen pam di sepanjang Route 66 ni macam souvenir shop lah keadaannya. Memang akan ada sticker Route 66. Kau jangan risau kalau kau tak beli souvenir dekat first stop atau muzium. Sebab sepanjang 4000 kilometer Route 66 ni, semua kedai, stesen pam, motel, hotel, toilet akan ada jual baang cenderahati Route 66. Cuma harga saja lah berbeza.

Lepas buang air, minum air, perut pula bernyanyi. Masa sampai di Needles, California dah pukul 5 petang. Tak dapat lah nak tunggu merentasi sempadan ke Nevada. Jadi kami pun decide untuk dinner di WAGONWHEEL diners yang kelihatan sangat vintage dengan aura ke koboi an. 

Restaurant ni pun ada sejarahnya. It was built in 1955. Decoration dalam restaurant tu pun banyak barang barang lama, personal collection of the owner. Macam muzium juga lagaknya disini.

Makanan disini harganya agak ok. Price started at USD10 dah boleh dapat sepinggan besar omelette, hashbrown dan roti. Nak cari Halal restaurant di pekan koboi ni agak susah la juga. Jadi nak tak nak kau cakap je lah jangan letak bacon dalam order kau. 

Kami lepak dalam sejam jugak lah dalam ni. bila dah keluar, langit dah gelap. Kami teruskan pemanduan kami ke Laughlin, Nevada iaitu rumah kakak botak. Aku tak ada gambar selepas makan ni. Sebab aku terus lelap dalam kereta sampai sudah. Hahahah.

 

So itu je lah cerita Route 66 Trip ke Jalan Yang Lurus aku untuk semua. Tak lah gempak mana.

Kan.

Route 66, California – Nevada

 

Comments

comments

2 Comments

  1. Hans

    March 10, 2018 at 11:37 am

    seronoknya tengok pengalaman2 yang dilalui nih
    menarik

    1. heartboxx

      March 11, 2018 at 7:03 am

      Tq sebab baca belog saya 🙂

Leave a Reply