Sekiranya aku jadi seorang ibu.

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Seperti wanita yang lain, sudah semestinya aku mengimpikan untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Kata orang, selagi tak jadi ibu, maka, kewanitaan seseorang itu tidaklah lengkap. Aku jugak bersedia merasai apa yang mak aku rasai semasa membesarkan aku. Penat lelah dia dan sakit hati dia setiap kali aku melawan cakap.

Dulu, sebelum aku jumpa Mike dan menetap di Alaska, matlamat aku dalam menjadi seorang ibu sangat keduniaan. First sekali aku fikir untuk anak aku ialah baju-bajunyanya. Kemudian betapa fancynya kereta sorong dia. Seterusnya, mereka reka tema dan warna untuk majlis cukur jambul dan akikahnya. Akhir sekali, memperkenalkan dia kepada shopping mall dan jenama barangan seperti Ralph Lauren, Gucci, Burberry dan sebagainya.

Kemudian aku kenal Mike. Cut story short, Mike bawak aku kembali kepada mengenalpasti keperluan basic dalam hidup dengan cara yang paling aku tak sangka dan aku menyampah. Iaitu masuk hutan. Dia peruntukkan limpahan masa yang tak terhingga untuk aku menerawang di dalam kehijauan hutan. Ambik gambar daun, ambik gambar batu, ambik gambar serangga. Sehingga aku terserempak dengan pasangan bersama anak kecil yang baru belajar bertatih di bawah rintikan hujan, lengkap dengan jaket dan topi hujannya. Terkedek kedek dia di dalam pimpinan ayahnya sambil bertanya “are we there yet?” berulang kali. Si ayahnya pula tanpa jemu menjawab “not yet, just a little bit”

Hati aku bagai di ramas ramas waktu itu. Betapa aku ingin berada di tempat pasangan tersebut. Aku pandang Mike dan Mike hanya senyum pada aku. Kemudian aku bertembung lagi dengan seorang wanita memikul anak di belakangnya (gambar atas). Bagaikan orang kampung yang pertama kali melihat helikopter, aku terpegun lalu minta izin untuk mengambil gambar mereka berdua sebagai kenangan. “I never met someone that bring their baby this young into the woods, and this is so cute” terang aku kepada dia. Dia tersenyum dan membenarkan aku mengambil gambar mereka.

role mother

Hati aku berbunga bunga. Aku tunjukkan kepada Mike pasangan ibu dan anak tersebut. Dengan mata bercahaya, Mike memberitahu aku tentang perancangannya untuk membawa anak kami seusia bayi tersebut kemana sahaja di atas belakangnya suatu hari nanti. Kemana sahaja!

Sejak hari itu, matlamat aku menjadi seorang ibu berubah. Sekiranya aku yang dah tua bangka ini masih belum lewat mempelajari kerdilnya diri dengan hanya mendekatkan diri dengan alam semulajadi ciptaan tuhan, apatah lagi anak sekecil seusia bayi tadi? Aku akui yang aku bukannlah ustazah atau seseorang yang tinggi ilmu agamanya. Jadi, biarlah aku pekenalkan Ilahi, sang pencipta alam semesta ini kepada anak aku dari kewujudan sebutir pasir dan sehelai daun. Akan aku didik dia berbuat baik dan menjaga makhluk yang tidak mampu berkata kata sebelum dia belajar berhubung dengan manusia.

Aku lahir dari kalangan keluarga yang miskin. Namun aku sempat sampai ketempat yang belum semua orang sampai, merasai sesuatu yang belum semua orang berpeluang merasainya dan jadi aku yang sekarang ini. Jadi mengapa mesti aku mewahkan anak aku dengan sesuatu yang belum pasti itu yang dia inginkan. Bukankah kita manusia di lahirkan “as a free man”? Perjalanan dia masih jauh (dengan izin Allah), dan dengan pengetahuan yang kami bekalkan, biarlah dia tentukan yang terbaik untuk dirinya nanti. Cuma doa aku, dia mempunyai semangat juang untuk hidup seperti aku dan sifat tenang, arif serta rendah diri seperti ayahnya.

Seminggu selepas aku ambik gambar ibu dan anak tadi, aku balik ke Malaysia tanpa Mike. Mike terpaksa berkerja dan aku dah biasa dengan penerbangan yang panjang tanpa dia. Sekembali di Malaysia, ramai yang bertanya “balik sorang ke?”.

Sebenarnya aku balik berdua. Tapi aku dapat tahu agak lambat sedikit. Aku terduduk menangis seorang diri di ruang menanti di wad gynaecologist menatap keputusan air kencing dan darah dari makmal. Masa aku akad nikah dengan Mike dan sah jadi isterinya pun, aku tak terharu sebegini. Kedua belah keluarga dan teman rapat tumpang gembira untuk aku dan Mike.

Mike sangat gembira tapi cemas. Tiba tiba dia risaukan keadaan kewangan kami dan tanpa berlengah mengintai peluang kerja baru yang mampu memberi permulaan hidup yang selesa bagi keluarga kecil kami. Aku tenangkan dia, ingatkan dia yang anak ini hanya hidup dengan susu dari badan aku untuk beberapa bulan pertama dan mintak dia bertanya kepada ibunya sama ada dia masih menyimpan baju baju Mike dan adik beradik semasa mereka kecil dulu. Aku amat berbesar hati untuk menyarungkan baju ‘vintage’ milik Mike dan adik beradiknya yang kini berusia hampir 40 tahun. Kerana pada aku, budak kecik membesar agak cepat dan amatlah rugi berbelanja baju berwarna warni dan berjenama hanya untuk di pakai beberapa bulan sahaja. Mike positif yang semuanya masih dalam simpanan sebab mak dia memang sangat sentimental dan suka simpan apa sahaja. Hati aku berbunga bunga. Sekiranya kandungan ini anak lelaki, betapa bangganya aku dapat menyarungkan baju Mike semasa kecil padanya.

Namun, rezeki, jodoh dan ajal adalah rahsia tuhan. Dia ada rancangan lain untuk aku. Kandungan aku di sahkan sebagai kandungan di luar rahim. Belum puas aku merasai pengalaman mengandung, aku terpaksa menjalani pembedahan kecemasan di waktu usia kandungan mencapai 7 minggu. Tanggal 19 Ogos 2015, terpisah lah aku dengan kandungan yang aku telah pun mempunyai nama untuknya. Aku pasrah, kami pasrah. Tapi kami percaya yang rezeki, jodoh dan ajal adalah rahsia tuhan.

Sekiranya aku menjadi seorang ibu suatu hari nanti, aku tetap akan tunaikan impian dan matlamat aku ini.

Aku seorang pejuang kehidupan. Kesakitan dan kesedihan ini akan berakhir jua pada satu masa nanti.

 

Comments

comments

7 Comments

  1. Muniyati Sha'ari on Facebook

    August 25, 2015 at 10:49 pm

    insyaallah, masa tu akan tiba. usaha, doa, tawakkal..

  2. Mazura Ahmad on Facebook

    August 25, 2015 at 11:20 pm

    Akak!!! Bertabahlah okayy. Takziah & take care 😥

  3. Nanie

    August 26, 2015 at 2:58 pm

    Takziah to you and Mike, Normi. Stay strong ok. Ada rezeki tak kemana. I’ll keep you in my prayers. If you need anything, anything at all — let me know. You have my no kan? 🙂

    1. heartboxx

      August 27, 2015 at 7:33 pm

      Thanks Nanie. Yes. I have your number 🙂

  4. Hajariah Shaarani on Facebook

    August 27, 2015 at 12:18 am

    Sabar Mi Normi Kahar Goodwin, ada hikmah semua tu….moga ada rezeki nanti ye….jgn sedih

  5. mohd tasyrif zamanee bin ibrahim

    March 7, 2017 at 8:49 am

    hurmm..patotlah aku x nampak2 baby ko…n aku mmg tunggu entri ko ttg BABY ko..tapi aku selak2 satu persatu entri ko, xder citer BABY..anyway..ITULAH PERCATURAN ALLAH YG TERBESAR buat ANDA BERDUA..yg penting KAT SANA NANTI..KAT SANA…n allah dh bg ko sign yg ko dah melengkapi HAYAT KO SEBAGAI WANITA, DIA dah completekan ko SEBAGAI WANITA kat bumi DIA ni..BERSYUKUR…be strong, but i think u are the tough one

Leave a Reply

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com