Sekitar Dongdaemun: Tempat Yang Tak Rugi Dilawati Semasa di Seoul.

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Cerita pasaL lawatan di Seoul ni dan dekat penghujung dah ni. Aku pun dah naik bosan nak habiskan post ni lah. Tapi aku berazam kuat kali ni.

I will finish what I (you) started

Gitu. Cedok dari The Force Awaken

Ni, kalau mai Seoul, ada lah beberapa lagi tempat picisan yang you all boleh consider untuk lawati. Kalau ikut program tour beli dengan travel agent, rasanya tak nampak depa masukkan tempat tempat ni. Well, tempat ni tak lah penting pun, tapi dalam Tourism South Korea, ianya dalam list as ‘walking tour’. Kami terjebak melawat kawasan ni pun sebab kami tinggal di area Dongdaemun. So tempat yang akan aku bagi tau ni semuanya is within walking distance di sekitar Dongdaemun lah.

1. Cheonggyecheon River/ Stream

Cheonggyecheon seoul 1

Cheonggyecheon seoul 2

Cheonggyecheon seoul 7

Cheonggyecheon seoul

Sepanjang 11 km panjangnya, memanglah tak terdaya nak jalan sepanjang sungai ni. Apa yang menarik tentang sungai ni ialah – tersangat bersih dan cantik. Bagi orang macam aku yang datang dari negara yang sungainya memang tak sah kalau tak berbau dan kotor penuh sampah, permandangan di Cheonggyecheon River ni macam 7 wonder of the world pulak. Kalau setakat taman di tengah tengah kota tu tak la pelik kan, ini sungai melintang di tengah bandaraya dijaga dan dihias jadi macam satu tempat istirehat untuk destress lepas balik kerja atau waktu lunch.

Cheonggyecheon seoul 3

Cheonggyecheon seoul 6

Cheonggyecheon seoul 4

Sebuk je pak cik tu nak seberang jugak. FYI, memang batu melintang ni tempat paling hot. Beratur orang nak ambik gambar kat sini. hhmmpphhhh. Lepas tu kan sebuk cuba bercakap dengan aku bahasa Korea dia.

Cheonggyecheon seoul 5

Siap dengan ikan dan itik, memang aku rasa sungai macam ni memang takkan terbuat di Malaysia. Eh, aku tak kata Kerajaan tak mampu buat. Kerajaan mampu. Gila kau duit budget untuk pelihara alam sekitar bukan sikit juta. Tapi kesedaran rakyat jelata bab buang sampah merata tu yang jadi payah. Dekat Seoul ni, aku jadi rindu nak tengok sampah atas jalan. Tengok putung rokok pun jadilah. Tapi tak ada 🙁

2. Dongdaemun Design Plaza (DDP)

ddp seoul

ddp seoul 3

ddp seoul 1

ddp seoul 2
Struktur bangunan gergasi tanpa bucu. DDP ni more to tempat exhibition center dan culture park. Tak tahu la aku boleh ke tak nak samakan dengan Istana Budaya ke tak. Tapi, macam tu lah. Segala show besar besar macam Fashion Week ke, Architecture Design ke, memang ini lah tempatnya. Masa aku pegi tu, diorang tengah buat HERA Seoul Fashion Week S/S 2016.

ddp seoul 5ddp seoul 4ddp seoul 7ddp seoul 6

Ada lah nampak kelibat celebriti turun red carpet (tapi aku tak kenal sapa. Sebab aku memang dah lama tak ikut perkembangan KPOP ni). Manusia sekeliling semuanya stylo lah. Bila aku lihat warga Seoul berpakaian, memang menitik air mata. Hashtag ootd dan ootn aku tu memang depa boleh gelakkan saja. Sebab tu kalau korang biasa dengan Fashion Blogger di Instagram, mostly TOP Fashion Blogger are Koreans. Aku rasa style dan fashion ni memang ada dlm DNA orang South Korea. Mereka pakai apa pun nampak stylo dan menjadi. Effortless gitu. Kat Malaysia, kau kena ada modal nak ber ootn/ootd ni. Rozita Che Wan mampu la. Masa aku dekat sini kan, aku rasa macam tukang sapu lantai je gaya pakaian aku ni.

3. Heunginjimun Gate & Flower Market/ Street

Seoul Heunginjimun Gate 3Seoul Heunginjimun GateSeoul Heunginjimun Gate 2Seoul Heunginjimun Gate 1
Ini dekat Jongno-5. Kalau naik subway, memang namanay stesennya Jongno-5 juga. Dekat sini best jugak jalan jalan. Tenang je kawasan dia. Dekat area ni ada macam pasar pagi. Jual macam macam barang murah untuk souvenir.

Jongno-5 flower market seoul 3

Jongno-5 flower market seoul 1Jongno-5 flower market seoul 2Jongno-5 flower market seoul 5Jongno-5 flower market seoul

Kami datang sini sebab mencari restoran untuk makan tengahari. Punya lah susah nak cari makan dekat sini sebab kebanyakkan cafe dan restoran di Seoul lebih kepada Pastry. Tak habis habis dengan waffle dan aiskerim. Agaknya orang sini makan waffle dan aiskerim dari pagi sampai ke petang lah aku rasa. Last sekali kami makan minum dekat fast food je – Lotteria. Boring sungguh bab makan dekat Fast Food ni kan. Macam McDonalds je konsep dia.

lotteria seoulMap of seoul cityself walking tour in Dongdaemun areacafe in seoul

4. Sekitar Dongdaemun

walking around Dongdaemun Seoul 1walking around Dongdaemun Seoul 2walking around Dongdaemun Seoul 4walking around Dongdaemun Seoul 3
Banyak market dekat Dongdaemun ni. Tapi not our type of market lah. Lepas aku tengok market ni baru aku faham kenapa makan pagi dan tengahari macam susah nak cari bagi pelancong macam kita ni. Restoran dan cafe dia tak kisah sibuk nak sediakan makanan berat sebab rakyat tempatan datang makan dekat market market ni je kut.

walking around Dongdaemun Seoul 5

Sangat mencabar makanan dia sampai tak lalu nak duduk lama. Tapi kami sempat rasa fresh juice di market ni. Memang fresh dan terbaik rasanya. Dengan bekalan juice ni jugaklah kami sambung mencari cari kedai makan dan jalan jalan di ceruk lorong bandar Dongdaemun untuk tengok kehidupan rakyat jelata di Seoul ni.

Jongno-5 flower market seoul 4

walking around Dongdaemun Seoul 6walking around Dongdaemun Seoul

Ok lah, lepas ni aku sambung pasal shopping ni Seoul ni ya.

Tata.

 

8367150290_f64071bebb_o3

Dongdaemun Seoul, South Korea

 

Comments

comments

3 thoughts on “Sekitar Dongdaemun: Tempat Yang Tak Rugi Dilawati Semasa di Seoul.

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *