Surat Untuk Pejabat POS Malaysia (lagi)

Nukilan ni bukan nak kondem, tapi harap ia dipandang sebagai ‘constructive criticism’ sambil sambil tu nak sumbang idea lah kan. Kata orang, bila kita tegur dan bagi saranan pada seseorang tu tak lain tak bukan because we care and love that person. Gitu.

Aku berkecimpung dalam bidang jual barang online online ni dah lebih 4 tahun kut Tapi tak lah berjaya macam orang lain sekali pos seguni santa claus pada malam krismas. Sambil sambil kata orang. Suka suka. Tapi hobi suka suka aku ni jadi pahit dan dah tak berapa nak suka sebab bila time nak hantar barang guna khidmat POS saja aku jadi macam patah semangat.

Surat kepada POS Malaysia 1

Mana taknya, nak pos satu barang tapi kena tunggu 1 jam. Belum cerita bab nak dapat parking lagi. Kalah parking kat Sunway Piramid pusing dia. Jadi, sambil sambil aku duduk menunggu giliran.. Candy Crush sudah, Fruit Pop pun sudah. Ye lah, game tu ada 5 nyawa je kut. Berapa lama lah nak bertahan kan. Sampai Pejabat Pos langit terang benderang sampailah keluar guruh kilat petir banjir kat luar sana gilaran masih tak sampai sampai lagi. Payung pulak tak bawak. Memang tak best lah.

Fasa maki memaki kondem perkhidmatan syarikat monopoli ni dah lama aku buang dalam kamus hidup aku. Tapi aku rasa, aku nak sumbang saranan dan idea kepada POS Malaysia ni sebab aku rasa POS Malaysia masih mampu improve selaras dengan kemajuan teknologi serta aplikasi yang semakin memudahkan manusia. Kita try jadi seperti Yahudi dalam cipta kemajuan macam Facebook, Whatapps, Google, Internet Banking and all yang mereka came up rasanya tak masuk neraka jahanam kut kalau tiru hat tu.

Surat kepada POS Malaysia 4

Kebangkitan peniaga home based dan online memang berkembang dengan pesat di Malaysia ni kalau pihak POS Malaysia perasan la kan. Most of them pakai Poslaju dijamin sampai esok tu. Ye lah.. nak pakai courier.. mark up sales pun tak seberapa.. jadi tak nafikan lah POS Malaysia tetap jadi pilihan utama bagi peniaga home based dan online ni kan. Jangan pulak POS Malaysia cakap tak untung meniaga Paket Poslaju tu.. takkan lah kut…Jadi, apa salahnya pihak POS Malaysia reward pengguna dari segi queue time yang pendek. Macam syarikat korporat negara barat, sentiasa fikir ‘reward system’ untuk pengguna dia walau sebenarnya tak seberapa. Tak apa lah tak bagi diskaun pun.. kami paham kos nak running syarikat delivery ni bukan sikit duit kan.

Surat kepada POS Malaysia 2

Kau bayangkan lah, nak poslaju kan satu item je. Barang tu RM20 je kut aku jual. Tapi masa yang aku kena bayar is 1 jam. 1 jam masa aku zaman ada karier dulu bersamaan dengan RM 50 kut tak silap aku. Jadi tak semsetinya sekarang bila aku dah tak bekerja aku boleh buang masa macam tu saja. Aku tetap banyak hal dunia yang nak di settlekan sebelum mati tahu? Kalau dah 1 jam dekat pejabat Pos, 3 Jam dekat atas highway, 2 jam beratur dekat bank, 4 jam cari parking, bila masanya pulak nak buat hal untuk bekalan akhirat gini? (Islamik sangat kan penulisan aku kali ni. Aku sendiri loya pulak)

Surat kepada POS Malaysia 3

Kau tahu kenapa aku kena tunggu 1 jam untuk satu barang murah? Sebab 10 orang depan aku semua peniaga online berjaya bawak berguni guni item untuk di pos. Kaunter Pos laju selalu ada SATU je. Paling hebat pun, kalau hari tu hari bertuah aku, mereka akan bukak DUA kaunter. Bilangan Kaunter yang ada tak silap aku 15. Tapi yang bukak untuk semua hal dalam EMPAT kaunter. Jadi tertonggok lah aku dan pengguna pengguna yang nak pos satu barang ni kat pejabat POS Malaysia tu berjam jam. Paling kelakar aku terdengar gadis belakang aku dapat panggilan phone. Mungkin kawan atau sapa sapa je lah nak ambik dia ke atau ada appointment dia jawab gini “aaaa aku punya giliran ni dalam 50 number lagi. Jadi aku tak tahu pukul berapa aku boleh keluar ni” Aku dan mamat sebelah aku GELAK. Terhibur jugak lah dalam menunggu nunggu buang masa walau kami tak rela. Jadi kau tak rasa ke POS Malaysia buat naya pelanggan? You holding up your customer’s next move. There is nothing more expensive than TIME. Setiap detik berlalu memang tak boleh patah balik. TIME IS MONEY. Kalau untuk orang orang beragama dan alim alim, masa ni sangat sangat mereka jaga dan kejar untuk bekalan depa nak ke akhirat tahu? Ke nak aku keluarkan sepotong ayat Quran sebagai dalil Demi Masa Sesungguhnya Manusia itu di dalam kerugian? Oppssss.

surat kepada POS Malaysia

Peniaga kecil kecil online macam ni punya lah ramai di Malaysia, sampai kerajaan nak impose tax atas mereka. Jadi POS Malaysia tak nampak ke usaha peniaga online Instagram, Facebook, Website dan Home based ni sememangnya menyumbang kepada ekonomi negara dan jualan Poslaju dan secara tak langsung create job opportunity pada yang lain sebab Poslaju terpaksa hire lagi ramai staff untuk handle bungkusan hantaran yang mencanak canak meningkat sejak kebelakangan ni? Nampak tak rantaian dia? Ni nak raya ni, bukan main lagi nanti peningkatan bungkusan pos tahu? Tudung bawal raya lah, baju jubah raya syamtilla lah, biskut raya oreo cheese lah. Walau memang tak di nafikan POS Malaysia lost like totally in term of kad raya delivery. Alahhh kad raya berapa sen sangat setem tu. Ganti dengan Poslaju barang barang meniaga online 10 kali ganda lah POS Malaysia huntong kan?

So suggestion aku pada POS Malaysia yang tercinta ni ada 2. Satu low budget. Satu lagi bajet mahal sikit tapi percaya lah, ia akan menggandakan volume jualan korang dan menggembirakan pengguna.

Bajet Murah:

Apa kata korang tiru Tesco dan supermarket yang lain bukak 2 jenis kaunter – satu untuk barangan atas 5 bungkus dan satu kaunter lagi untuk barangan bawah 5 bungkus. Jadi tak ada la kami yang satu dua bungkus ni beratur sama lama dengan orang 50 bungkus. Yang 50 bungkus tu tak pa lah profit RM1000- 2000 sekali beratur. Kami yang 1-2 bungkus profit hilang lenyap contra dengan masa menunggu. Ke nak aku tunjuk calculation, lukis kat sini nak bagi management POS Malaysia paham bab Time vs Revenue?

Bajet Mahal:

Korang tempah lah mesin macam teller machine bank yang untuk Deposit Cheque tu. Tak pun alaahhh buat macam stail VENDING MACHINE untuk pembelian sampul sampul poslaju. Tapi bega bega kan lah bagi sesuai untuk drop off bungkusan. Semua picit kat situ. Masuk duit keluar sampul dan doket. Isi isi, drop balik dalam tu siap ada penimbang dan keluar resit bukti untuk rujukan kalau barang tu tak sampai sampai (biasa la kan korang barang yang di hantar tu tiba tiba je kemana mana kan.. hehe). Start dulu untuk bungkusan yang tak lebih dari 2-3. yang untuk peniaga berjaya 50-100 barang tu depa masih queue di kaunter. Lepas korang dah berjaya korang pikir la besarkan lagi mesin tu untuk peniaga yang berjaya pulak. Takkan itu pun aku nak kena tolong fikirkan. Aku ada idea untuk tu, tapi kalau korang nak idea aku, bayar lah. Hahahaha.

Jangan kau tuduh aku cakap bila manusia ganti dengan mesin, hilang lah pekerjaan. Kalau 15 kaunter bukak 4, aku rasa memang tak banyak pun staff yang korang utilised untuk operation harian. Tapi kalau dengan sistem ni bungkusan poslaju tu jadi triple, still korang nak kena banyak staff untuk handle all the packages thus, create job opportunity. Jangan nak dolak dalik lah, I’ve been doing management costing for more than 10 years. Memang POS Malaysia takkan rugi dan bagi impak negatif pada masyarakat kalau implement sistem mesin.

Bukan sikit punya baik hati aku bagi 2 saranan siap ada 2 option lagi tau? Sebab aku bukan fikir untuk diri aku je, aku fikir untuk semua peniaga picisan. Aku nak fikir untuk diri aku buat apa je pun, lepas raya ni aku balik Amareka balik. So aku betul betul ikhlas nak bagi POS Malaysia lagi best dan tolong peniaga kecil picisan modal tak berapa nak ada (mostly melayu) dalam berbisnes. Esok, kalau betul betul kerajaan impose Tax kat depa ni, lagi la kaya kerajaan Malaysia kan? Kau tak rasa ke idea aku ni menguntungkan untuk jangka masa panjang ekonomi negara? Yang kesian yang kena cukai tu je lah. Hahhahahhahaha.

POS Malaysia, berlakulah adil pada pengguna. Staff korang kalau bab penghantaran semua nak cepat. Aku tak tuduh ni, kau cuba buat statistik berapa banyak setiap hari penerima bungkusan kena collect kat kaunter POS sebab abang posmen main tinggal nota kat pintu dan post box. Apa gunanya kami letak nombor handphone kat doket kalau tak call dulu pastikan penerima ada kat rumah ke tak. Kalau macam tu baik tak payah pakai posmen. Hantar je mesej elektronik bagi tau penerima sila collect kat kaunter sekian sekian. Save la minyak motor sama maintenance motor tu. Ni setakat hantar abang posmen untuk letak nota bagi aku, amatlah merugikan masa (sekali lagi) dan tirisan kos operasi. Ni belum masuk nota tu kena terbang dek angin, anak jiran sebelah ambik buat main, kena makan dek anjing dan macam macam lagi. Tak baik lah macam tu. Kami bayar kan khidmat serta bungkusan Poslaju tu kan…bukannya free. Sekali lagi sistem caca marba korang ni bukan sahaja makan masa pengirim, penerima pun kena lalu benda yang sama untuk claim package tu. Cari parking, queue, langit dari cerah sampai kelam berguruh tunggu, jem atas jalan raya nak balik rumah. Padahal dalam bungkusan tu hanyalah krim putih ajaib Rozita Che Wan bernilai RM45. Total masa nak menghantar dan ambik 10 kali ganda mahal dari kos krim tu kut.

Alih alih kami peniaga picisan kena viral dalam facebook kata penipu tak hantar/ lambat hantar barang. Baru nak start meniaga dah kena viral. Kesian dan berlaku adillah dekat pengguna macam kami ni POS Malaysia. Oklah, penat lah. Masa menulis ni sejam jugak ni. Harap dapat perhatian dan mampu mengubah keadaan.

Dengan itu saya sudahi surat saya ni dengan ucapan

Majulah POS Malaysia dan Sistem Penghantaran Bungkusan untuk Negara.

Comments

comments

3 Comments

  1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

    May 24, 2016 at 11:02 am

    Sapa selalu guna pos Malaysia Memang faham kesengsaraan ni….

  2. Mat Apih on Facebook

    May 24, 2016 at 11:05 am

    Saya jarang2 guna pun fhm apatah lg yg selalu

  3. Farhana Ahmad on Facebook

    May 24, 2016 at 11:34 am

    Kak all ur ideas/sugesstion/comments/nukilan/kritikan is true. I think most malaysian has been experienced waiting like shit. X terkecuali saya even jarang guna khidmat pos malaysia.okthxbai

Leave a Reply