Tempat aku paling suka di Seoul – Bukchon Hanok Village

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Seperti yang diimpikan, aku berjaya jugak update blog di lokasi selain dari rumah. Ini pun kira tak berapa berjaya jugak. Aku pilih gambar edit sikit sikit dekat serata airport sambil menunggu boarding. Aku taip ni masa transit 5 jam di Baiyun airport, Guangzhou. Dan up post ni di LA. Something kan?

Ni la, nak habaq mai, tapi aku rasa hangpa lagi tau kut. Sebab aku ni merupakan orang Malaysia yang ke 8.5 juta sampai di South Korea. Selain dari tempat tempat standard yang biasa orang pegi kalau ke South Korea, Bukchon Hanok Village di Gye-dong, Jongu Gu adalah merupakan paling menonjol dan best bagi aku bila mai di Seoul. Bukan apa, masa aku kerja travel agent, semua orang dok mintak nak pi Nami Island semata mata sebab Winter Sonata punya cerita. Tapi bagi aku la kan, bukan ke Nami Island tu macam taman botani ja ka? 15,3688 google image yang aku tengok, macam lorong tu ja yang cantik dan orang dok ambik gambaq.

 

Bukchon Hanok Village

Memandangkan dekat Seoul ni banyak gila taman botani yang memang dah cantik di tengah tengah bandar dia, jadi aku skip la Nami Island tu. Kami pun kesuntukan masa untuk cover semua tempat tempat mesti lawat di Seoul ni. Kami kan berjalan kaki sambil naik train je sepanjang di Seoul ni. Lagipun hero pelakon Winter Sonata tu pun dah mati.

Sebenarnya di Seoul banyak perkampungan asal penduduk asal. Apa apa yang nama tempat yang ada “Hanok” tu, kira dia lah. Rumah tradisi penduduk asal di sini tetap terpelihara dan dijaga walau di sekelilingnya dah penuh dengan bangunan tinggi. Alaa macam Kampung Baru di belakang KLCC tu lah. Cuma Hanok Village ni 10 kali ganda bersih dan berbaloi untuk di lawati. Kami pilih Bukchon sebab stesen metro train dia bersebelahan je dengan Gyeongbuk Palace kan. Satu stop ja jaraknya. Punya lah suka aku dekat area ni. 3 jam aku merewang kat sini saja.

One lonely teddy in Bukchon Hanok village

 

Bukchon Hanok Village 1

Sebelum sampai ke perkampungan tu, kena lalu dulu bandar dia. Mak aihhh.. bandar dia TERSANGAT comel. Memang kalau orang perempuan, mai sini memang akan “awwww…. awwww” lah. Segala benda maknika kat sini comel comel belaka. Dari pasu bunga kat tepi jalan sampailah ke makanan nya. Tapi tak lah pelik sampai kelakar macam dekat Jepun tu. Cute dia kat sini memang berpada dan sangat natural.

Bukchon Hanok Village 2

 

Bukchon Hanok Village 3

 

Bukchon Hanok Village 4

 

Bukchon Hanok Village 5

Aku boleh kategorikan bandar ni sebagai bandar orang perempuan lah. Kalau lelaki yang jenis suka melayan, boleh bertukar jadi lembut kejap kut. Kalau yang jenis suka posing, selfie, berangan… setiap sudut bandar, dinding, longkang bandar ni ibarat macam studio prop! Terlajak comel. Elok benar untuk background pre wedding photoshoot untuk yang gedik nak tambah kos kawin kan. Tapi aku tak banyak bergambar dan ambik gambar sebab aku sampai terlupa dok “ohhh ..ahhh… awwww” dengan keadaan sekeliling. Barang barang, baju kat area sini pun ok ok harga dia. Tapi memang K-Pop habis la kan.

Bukchon Hanok Village 50

 

Bukchon Hanok Village 6

 

Bukchon Hanok Village 7

 

Bukchon Hanok Village 9

 

Bukchon Hanok Village 11

 

Bukchon Hanok Village 12

 

Bukchon Hanok Village 13

 

Bukchon Hanok Village 14

 

Bukchon Hanok Village 15

 

Bukchon Hanok Village 16

 

Bukchon Hanok Village 17

 

Bukchon Hanok Village 18

Sampai pokok pokok dekat sini pun dapat sentuhan kasih sayang yang sangat cute.

Bukchon Hanok Village 19

 

Bukchon Hanok Village 20

 

Bukchon Hanok Village 21

 

Bukchon Hanok Village 22

 

Bukchon Hanok Village 23

Actually, map memang disediakan untuk round bandar Gye-dong dan kampung di Bukchon ni. Ada route dia. Lepas dah habis dengan kekiutan di town Gye-dong, kami pun mendakilah untuk melawat rumah ‘kampung’ orang korea ni.

Bukchon Hanok Village 24

 

Bukchon Hanok Village 25

 

Bukchon Hanok Village 26

Aku kagum lah sebab mereka memang maintain rumah ni untuk tatapan orang ramai. Dan aku lagi respect sebab mereka ni sanggup jadikan rumah diorang macam live museum. Gila kau, beribu orang setiap hari dok lalu lalang depan, tepi rumah kau sampai kau tak boleh nak bukak pintu lama sikit sebab sat lagi orang jenguk tengok pulak. Lepas tu kau tak la boleh kentut kuat atau mungkin bila gaduh laki bini, kena gaduh pelan pelan sebab nanti tourist dengar pulak kan. Karang tak pasal pasal terbit pulok drama Korea baru di beri tajuk “Bukchon Sonata” gitu.

Bukchon Hanok Village 27

 

Bukchon Hanok Village 28

 

Bukchon Hanok Village 29

 

Bukchon Hanok Village 30

 

Bukchon Hanok Village 31

 

Bukchon Hanok Village 32

 

Bukchon Hanok Village 33

 

Bukchon Hanok Village 34

 

Bukchon Hanok Village 35

 

Bukchon Hanok Village 36

 

Bukchon Hanok Village 37

 

Bukchon Hanok Village 46

Aku boleh katakan 98% pintu rumah diorang ni sangat cantik. Walau pun masih mengekalkan ciri ciri tradisi, semua pintu pakai digital scanner lock ok. Aku sebenarnya kalau boleh nak bergambar dengan setiap pintu yang ada macam tourist tourist yang ada. Tapi Mike macam nak keluar taring je aku nampak. Jadi aku abaikan.

Bukchon Hanok Village 43

Bukchon Hanok Village 38

 

Bukchon Hanok Village 39

 

Bukchon Hanok Village 44

Kalau kau nak up feeling lagi round dekat sini, sewa la baju tradisi ‘Hanbok’ dalam sehari (ada di subway subway) dan berjalan lah di sekeliling kampung ni fefeeling macam gadis pingitan Korea sesambil tu menarik perhatian pelancong lain untuk bergambar dengan kau. Kira masa tu kau boleh la fefeeling artis. Aku macam nak jugak merambu dengan Hanbok keliling satu Seoul ni.. Tapi laki aku memang tak layan dengan feeling aku ni. Kesepian aku dibuatnya.

Bukchon Hanok Village 45

 

Bukchon Hanok Village 40

 

Bukchon Hanok Village 48

 

Bukchon Hanok Village 47

 

Bukchon Hanok Village 49

 

Bukchon Hanok Village 51

 

Bukchon Hanok Village 52

 

Sampai gelap jugak lah kami kat sini. Memang plan gitu pun sebab lepas ni kami pegi Namsan Tower (N Tower) untuk lihat kerlipan bandar Seoul di malam hari.

So, takat ni dulu. Nanti aku cuba sambung lagi dengan gambar dan cerita di masa aku di sini termasuk Jeju dan Busan ya. Nak sapu krim panas gamat kat betis ni dulu. Sakit kaki lah!

8367150290_f64071bebb_o3

Seoul, South Korea

Comments

comments

2 Comments

  1. Rafidah

    October 26, 2015 at 4:01 pm

    The most honest blog by Malaysian that I ever read. Keep it up a good writing kakak.never tired to stalk your blog.
    Rafi

    1. heartboxx

      October 30, 2015 at 11:01 pm

      Thank you for reading my blog 🙂

Leave a Reply