Tempat Mesti Lawat di Los Angeles untuk Budget Traveler.

FOR ENGLISH, CLICK HERE.

Jika datang ke Los Angeles, jangan lah buat kesilapan macam aku dulu, semata mata tour dia punya shopping mall, Premium Outlet dan Hollywood Boulevard. Itu menghabiskan duit saja. Ok lah, kalau nak bergambar dengan bintang bintang atas kaki lima tu sekejap. Tapi jangan sekali kali bergambar dengan menatang dalam kostum dekat tepi tepi tu. Sebab kau kena bayar. Bab souvenir macam key chain dan T-shirt, mahal dia lain macam. Tapi kualiti macam hampeh dan terang terang ‘Made in China’.

Back to LA

 

Walaupun aku dah 3 kali melawat LA, masih banyak tempat menarik tapi FREE untuk dilawati yang belum aku berkesempatan untuk sampai. Sebab LA tu macam transit sahaja. Paling lama pun dok situ 4 hari. Nak betul betul syok, duduk lah lama sikit dan sewa kereta. Baru senang pergerakan. Sewa kereta di LA tak mahal. Ambik kereta kecik kecik buatan Asia macam Toyota, Kia, Honda dan sebagainya, baru dalam $30-$40 sehari. Lepas tu cari hotel luar sikit dari metropolitan, murah. Tak pe lah jauh sikit. Dah ada kereta tak apa la kan. Cuma peringatan untuk semua ialah, parking agak mahal di LA. Boleh cecah $20 sejam atau per entry. So, kena bijak mencari parking area yang punya rate murah dan bersedia untuk menapak sikit lah kan.

Places of Interest in LA with no entrance fee 23

Back to LA 1

Back to LA 2

Tempat FREE pertama WAJIB lawat ialah Griffith Observatory. Parking pun free dan orang pun tak crowded. Kau boleh lihat seluruh bandar LA. Kalau ada masa, datanglah sebelah siang dan sebelah malam. Kami hari tu hanya sempat datang sebelah siang sebab hari tu kami bertolak ke San Francisco. Sebelah malam memang gerenti cantik sebab kau boleh tengok kerlipan bandar metropolitan LA.

Places of Interest in LA with no entrance fee 17

Places of Interest in LA with no entrance fee 8

Places of Interest in LA with no entrance fee 9

Places of Interest in LA with no entrance fee 10

Places of Interest in LA with no entrance fee 18

Places of Interest in LA with no entrance fee 15

Tapi kalau korang nak jugak masuk dalam bangunan putih tu, kena bayar lah tapi tak mahal. $7 je. Dalam tu tak silap aku macam Planetarium Negara atau Petrosains di KLCC tu. Pasal bintang cakrawala, kehidupan dan segalanya berkaitan dengan sains dan kehidupan. Minat ke? Masa sekolah pun kau malas baca buku sains. Tiba tiba sampai LA, tunjuk minat dekat Sains Angkasa pulak. Kan?

Places of Interest in LA with no entrance fee 7

Places of Interest in LA with no entrance fee 13

Places of Interest in LA with no entrance fee 12

Places of Interest in LA with no entrance fee 11

Masa mendaki ke Griffith Observatory ni, kau macam dekat sangat dengan ‘Hollywood’ sign tu. Kalau nak lajak lagi keatas dekat dengan sign tu pun boleh. Tapi aku tak pegi hari tu. Sebab fikir tak penting sangat sebab boleh datang lain kali. Tapi bagi yang datang sekali je, aku suggest la naik sampai dekat dengan sign ‘Hollywood’ tu.

Places of Interest in LA with no entrance fee 1

Tempat kedua ialah LACMA – Los Angeles County Museum of Art. Free dekat luar tu je la. Tapi dekat luar tu pun dah menarik. Sebab dia ada ‘Urban Light’. Maybe bagi korang macam tah hapa hapa lah, dengan tiang lampu pun nak bergambar. Tapi, 202 tiang lampu putih by Chris Burden ni hanya ada di LA. Kiranya, macam Hollywood Boulevard jugak lah. Well known landmarks gitu. Kau tak payah cerita dekat orang, memang orang tahu itu hanya di LA. Aku memang nak pegi sini sejak aku tengok movie ‘No String Attached’ featured Natalie Portman dan Ashton Kutcher. Lepas tu kan, semua Instagram Celebrity akan ada pose dekat Urban Light ni. Aku tak la Instagram Famous. Tapi aku nak ada koleksi gambar dengan 202 tiang lampu. Hehe. Yuna pun ada kesana. Sebab dia orang art art. Haaa kalau korang memang minat dengan Art, sila lah masuk kedalam. Tapi mahal la. $25 untuk general admission termasuk area exhibitions. Cuma satu je aku nak pesan, parking dia mahal Ya Rabbi. Tak silap aku $25 per entry. Gulp!

Places of Interest in LA with no entrance fee 3

Cubaan posing ala ala komersial. Puik.

Places of Interest in LA with no entrance fee 2

Botak cuba posing ala ala komersial jugak. Puik puik.

Places of Interest in LA with no entrance fee 4

Places of Interest in LA with no entrance fee 5

Places of Interest in LA with no entrance fee 6

Ketiga is Malibu. Hehe. Ini bukan apa, aku terbawak bawak dengan ‘KUWTK’ Keeping Up With Kardashian. Bapaknya Bruce Jenner yang bertukar wajah dan jantina menjadi Caitlyn Jenner tu kan duduk di Malibu. Bukan boleh jumpa dia pun. Tapi aku just nak tengok pantai tempat rumah orang kaya kaya ni je. Perjalanan menghala ke Malibu Beach ni sangat cantik. Dah sampai sana pun cantik juga. Highway dia sepanjang pantai ni memang sangat dramatik. Highway di Malibu ini juga termasuk dalam Route 1 ataupun dikenali sebagai Pacific Ocean Highway California. Salah satu highway yang terkenal dan mesti lalu dikalangan roadtrippers.

Places of Interest in LA with no entrance fee 27

Places of Interest in LA with no entrance fee 26Places of Interest in LA with no entrance fee 25Places of Interest in LA with no entrance fee 22Places of Interest in LA with no entrance fee 21

Places of Interest in LA with no entrance fee 20Places of Interest in LA with no entrance fee 19

Pantai di Malibu mostly private. Semua dah di cop dan blocked by rumah orang orang kaya ni. Tapi still ada area yang accessible to the public. First time aku merasa pijak tanah pantai dan air laut di benua Amerika. Memang lain dari pantai kita di Malaysia. Tak ada sampah. Hahahahah.

So, itulah 3 tempat yang aku rasa, tak rugi di lawati jika datang ke Los Angeles. Tak de la bosan kan. Ni asik asik shopping mall, Universal Studios, Disneyland. Masuk langit cerah, keluar langit gelap. Melalaikan sungguh. Hahahaha. Semua tu menghabih kan duit aje. Tapi, kalau orang belanja, tak pe lah. Pegi je lah.

8367150290_f64071bebb_o3

Los Angeles, California

Comments

comments

8 Comments

    1. Zura Zuraini on Facebook

      February 22, 2016 at 1:08 am

      krohhh krohhhhh .. koma nunggu .. hahaha

  1. Hailey Kamal on Facebook

    February 24, 2016 at 12:16 am

    ingat kat Mekah dan Madinah je byk barangan made in China, rupanya smpai ke Hollywood juga dia org ye

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      February 24, 2016 at 12:21 am

      Memang. Tak de feel nak buat collection kak sue. Baik ambik gambar sekeliling. Free tak payah byr

  2. mohd tasyrif zamanee bin ibrahim

    March 7, 2017 at 2:51 am

    bila la belacan aku boleh cross ke sana….

Leave a Reply to Hailey Kamal on Facebook Cancel