Tempat Paling Aku Suka Semasa di California : Redwood Forest

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Memang kali ni aku punya travel post tak ikut turutan. Sebab aku sekarang pilih untuk post benda yang paling aku suka dulu. Masa dekat South Korea, tempat dan benda yang paling aku suka ialah Bukchon Hanok Village. Bila aku ke United States, aku terpana dan kagum dengan penemuan dalam pengembaraan aku, iaitu Hutan Redwood di wilayah California semasa penerokaan pemanduan di sepanjang Pacific Coast Highway atau Route 1.

Redwood Park California 37

Mungkin korang pikir – alah, pokok je kut. Hutan belakang rumah aku lagi cantik. Ok lah. Apa aku nak kata kan? Tapi bagi aku, pengalaman aku berdepan dengan makhluk ciptaan Tuhan kali ni betul betul padam semua kenangan dan kekaguman aku terhadap segala benda yang aku lihat selama ni. Pokok je kut. Tapi bila aku lihat sendiri saiz dan sejarah dia, tak ada satupun bangunan cantik dalam dunia ni boleh menandingi nilai sebatang pokok Redwood ni.

Redwood Park California 38

Redwood Park California 39

Redwood Park California 40

Di wilayah California memang ada beberapa tempat di mana pokok Redwood ni tumbuh. Dia tumbuh bukan berselerak. Tapi berkelompok. Pokok Redwood merupakan pokok yang paling tinggi dan makhluk terbesar di dunia yang mana korang masih berpeluang untuk lihat hingga hari ini. Lagi besar dari dinosaur kut. Dipanggil Redwood sebab batang pokoknya berwarna merah. Kebetulan masa aku pegi tu, matahari ada tak ada. Tapi ketika matahari terik, Masyaallah, merah membara pokok tu kau akan nampak.

Redwood Park California 41

Redwood Park California 42

Pokok ni dikatakan tumbuh dan gagah berdiri lebih dari 2,200 tahun yang lalu. Kalau kau datang ke Henry Cowell Redwood Park, kau akan disambut oleh bilahan kayu yang sudah dijemput ilahi gitu. Dan dari bilahan pokok tersebut, terdapat titik sejarah ditanda pada setiap alur nya. Pokok tersebut wujud sebelum lahirnya Nabi Isa dan sebelum wujudnya kalender moden. Berdiri selama 2,200 tahun, bayangkan lah berapa juta manusia dan beribu sejarah dan perubahan cuaca pokok ini menyaksikannya. Andai pokok ini boleh bersuara, terlalu banyak sejarah perihal manusia yang boleh diceritakannya. Aku yakin pokok dan tumbuhan tak akan cakap menipu.

Redwood Park California 4

Redwood Park California 1

Redwood Park California 3

Redwood Park California 2

Redwood Park California

Redwood Park California 30

Mai lah sini kalau nak fefeeling thumbelina.

Redwood Park California 31

Redwood Park California 32

Redwood Park California 14

Redwood Park California 24

Aku cakap dekat laki aku yang selama ni aku ingat segala makhluk di Alaska saja yang punya saiz ala gergasi. Rupanya masih ada lagi makhluk lagi besar dari makhluk yang bermastautin di bumi Alaska. Filem seperti Star wars, Planet of The Apes dan Jurrasic World menggunakan hutan Redwood ni untuk penggambaran.

Redwood Park California 36

Redwood Park California 34

Redwood Park California 33

Punya lah besar pokok ni, sehingga satu masa dahulu ia dijadikan tempat tinggal/ rumah.

Redwood Park California 25

Redwood Park California 26

Redwood Park California 27

Redwood Park California 28

Redwood Park California 29

Bayaran masuk ke kawasan ni hanyalah $10, itu pun untuk parking kereta. Dan $10 tu valid untuk 24 jam dan boleh digunakan di lain lain ‘National State Park’ yang berada di sepanjang Pacific Coast Highway, California.

Redwood Park California 18

Redwood Park California 19

Redwood Park California 20

Redwood Park California 21

Redwood ni selayaknya digelarkan Raja segala pokok. Sebab dari jauh memang dah boleh rasa aura dan betapa megahnya ia berdiri. Lorong jalan nampak ketara bezanya bila ada Redwood berdiri.

Redwood Park California 46

Redwood Park California 47

Semasa aku melangkah masuk ke taman di mana kelompok Redwood berdiri, ada satu perasaan yang sangat halus masuk dalam jiwa aku. Bukan hantu jembalang hutan mahupun bunian. Tapi sebak melihat kebesaran ciptaan Tuhan. Berkali kali aku cakap pada Mike, terima kasih kerana bawa aku kesini.

Redwood Park California 5

Redwood Park California 6

Redwood Park California 7

Redwood Park California 8

Redwood Park California 9

Redwood Park California 10

Heningnya suasana di hutan ini amat mendamaikan. Beratus, beribu tahun hidupnya pokok ni bertasbih memuji Tuhan Pencipta Alam. Ah, satu lagi, manisnya bau Redwood ini, aku harap tidaklah keterlaluan kalau aku katakan, sejujurnya, aku membayangkan ia bau di PINGGIRAN syurga. Seandainya banyak sekatan untuk aku menghuni syurga akhirat satu hari nanti kerana amalan aku tidak sesempurna nilaian manusia di dunia, aku tetap bersyukur terhadap Tuhan kerana masih memberi aku peluang melihat picisan keindahan ciptaanNya di dunia ini.

Redwood Park California 11

Redwood Park California 12

Redwood Park California 13

Redwood Park California 22

Ini cicit pokok Redwood yang ke 756899473.

Redwood Park California 15

Redwood Park California 16

Redwood Park California 17

Segala rakaman gambar yang aku ambik masih tak dapat menterjemahkan betapa indahnya kejadian Redwood ni. Sekiranya korang datang melancong, mengembara ke USA, ambiklah kesempatan untuk melihat sendiri ciptaan Tuhan yang satu ini. Masa dan tiket kapal terbang terlalu berharga untuk kau melalak di Premium Outlet dan Shopping Mall di Los Angeles serta wilayah California semata. Atau ke taman permainan ciptaan manusia macam Universal Studios atau DisneyWorld tu. Aku ketawa sendiri mengingatkan kebebalan aku satu masa dulu, bergambar dengan shopping/ paper bag di setiap destinasi padahal aku tahu manusia yang benar benar kaya berjaya di dunia macam Richard Branson atau Trump family tak pernah tayang benda yang mereka beli. Anyway, shopping mall di Malaysia dah cukup bagus sebenarnya. Kalau certain model produk tak ada di Malaysia, online kan ada. Takkan tak mampu nak bayar shipping cost kalau dah banyak duit sebegitu rupa.

Aku pun baru dapat kesedaran ni baru je. Dan bila aku bagi tau Mike aku tak mau lagi melawat shopping mall dan bawa aku lihat keindahan kejadian alam setiap kali kami mengembara, aku tahu, permintaan aku tu merupakan alunan terindah ditelinga dia walau suara aku elok sikit saja dari katak sakit tekak.

Redwood Park California 44

Ada satu kubur ditengah tengah hutan ni. Ini baru lah dipanggil Rest in Peace.

Oklah. Bersambung dilain kali.

Tata.

Redwood Park California 48

8367150290_f64071bebb_o3

California, USA

Comments

comments

4 Comments

  1. Zura Zuraini on Facebook

    November 2, 2015 at 11:30 am

    Pendek nye entri ni.. Tgh syok scroll gmbr tau2 dh abih.. Sila sambung lg cpt sikit please !! Aritu korg berdua je ke kt sana ? Mcm tk nmpk pengunjung lain

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      November 2, 2015 at 5:51 pm

      Ada pengunjung lain tapi tak ramai. Tak sampai 30 org pun. Lagipun tempat ni besar.

  2. Hailey Kamal on Facebook

    November 2, 2015 at 2:06 pm

    Love this post very much. I cried when they cut the trees along the road to our Office so that they can show the RM690,000.okthxbai

Leave a Reply to Zura Zuraini on Facebook Cancel