Tempat Patut Dilawati Di Pulau Jeju : Air Terjun Cheonjiyeon

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Bersambung kembali tentang tempat yang patut dilawati di Jeju Island. Mungkin korang tak setuju dengan suggestion aku sebab aku suka tengok alam semulajadi. Tak pa lah. Boleh terus tekan butang X dipenjuru kanan atas web browser anda. Dan silalah cari blog yang asik pegi cari Hello Kitty World je bila travel. (Sebenarnya aku nak la pegi Hello Kitty World di Pulau Jeju ni. Tapi tak sempat lah. Hahahaha)

cheonjiyeon waterfall jeju island 14

Air terjun Cheonjiyeon ni terletak di Seogwipo. Kalau dari hotel tempat aku tinggal tu, memang jalan kaki lah. Tapi satu je aku nak cakap, semua air terjun di Pulau Jeju ni korang tak boleh mandi manda. Ianya lebih kepada penempatan bagi hidupan liar terpelihara. UNESCO Biosphere Reserve kan. Dan bukan tempat korang berkelah bawak nasi lemak bukak tikar makan bersila. Bukan.

cheonjiyeon waterfall jeju island 15

cheonjiyeon waterfall jeju island 16

cheonjiyeon waterfall jeju island 13

Yuran untuk masuk ke sini sebanyak KRW 10,000 (RM38) sekali masuk. Tiada had masa. Maksud aku, korang nak duduk dalam ni pagi sampai petang pun ok. Malam pun bukak tempat ni. Tapi aku tak lah stay sampai malam. Pada waktu malam, air terjun dia ada lampu. Tempat ni memang untuk santai santai dan flat groud. Tak ada daki daki. Elok untuk orang tua, pasangan bercinta dan remaja yang malas nak keluar peluh.

cheonjiyeon waterfall jeju island 12

Tapi tempat ni cantik dan mendamaikan. Dan kalau kau bernasib baik, kau akan dapat tengok tiga sekawan ni lepak posing dekat entrance macam di train train. Air terjun nya cinonet sahaja dengan ketingian 22 meter.

cheonjiyeon waterfall jeju island

Tapi lanskap keseluruhan, unggas dan hidupan air nya cukup unik dan ‘gemuk’. Boleh aku katakan tempat ini memang syurga bagi ikan, itik dan burung burung. Cakap pasal ikan, kebanyakkan nya ikan koi dalam sungai tu. Tapi aku tak pernah tengok betapa banyak jenis kaler ikan koi dalam satu tempat. Putih, tompok tompok, hitam, kelabu.

Cheonjiyeon waterfall jeju island 31

Taman dalam air terjun ni agak besar, siap ada ampiteater. Masa aku pegi tu, ada persembahan music okestra student mereka.

Cheonjiyeon waterfall jeju island 24

cheonjiyeon waterfall jeju island 1

cheonjiyeon waterfall jeju island 11

Abaikan perut aku macam boncit. Aku bagaikan kangaroo masa pakai overall tu. Segala map, henfon, duit dalam kocek depan. Aku tak kata aku slim melim la kan. Tapi sungguh buruk kelihatan bentuk fizkal dalam gambar tersebut.

Seperti biasa lah. Aku tak tahu la sama ada aku salah timing atau bulan. Tempat ni ramai orang. Nak bergambar berlatarbelakangkan air terjun ni memang almost impossible lah. Almost aku kata. Kena beratur ambik giliran. Kena depan kau mak cik rambut kerinting dari mainland China, mereput la kau tunggu dia posing. Kena pulak ada lagi duduk belakang kau, dia potong queue. Standard la depa ni.

Ramainya orang

Ok lah. Tak banyak aku boleh ceritakan pasal tempat ni sebab fungsi dia memang macam taman untuk jalan jalan dan hirup udara segar.

Kindly enjoy the rest of the pictures.

Cheonjiyeon waterfall jeju island 32

Cheonjiyeon waterfall jeju island 29

Cheonjiyeon waterfall jeju island 28

Cheonjiyeon waterfall jeju island 25

cheonjiyeon waterfall jeju island 22

cheonjiyeon waterfall jeju island 21

cheonjiyeon waterfall jeju island 20

cheonjiyeon waterfall jeju island 19

cheonjiyeon waterfall jeju island 18

cheonjiyeon waterfall jeju island 17

cheonjiyeon waterfall jeju island 16

cheonjiyeon waterfall jeju island 10

cheonjiyeon waterfall jeju island 9

cheonjiyeon waterfall jeju island 8

cheonjiyeon waterfall jeju island 7

cheonjiyeon waterfall jeju island 6

cheonjiyeon waterfall jeju island 5

cheonjiyeon waterfall jeju island 4

cheonjiyeon waterfall jeju island 3

cheonjiyeon waterfall jeju island 2

Cheonjiyeon waterfall jeju island 25

Cheonjiyeon waterfall jeju island 26

Next, aku akan kongsikan gambar gambar air terjun Jeongbang pula ya.

To be continued.

8367150290_f64071bebb_o3

Seogwipo, Jeju, South Korea

Comments

comments

4 Comments

  1. Ben Ashaari

    November 14, 2015 at 6:14 am

    Cantik! Tak sempat nak gi ari tu..

    1. heartboxx

      November 15, 2015 at 2:34 pm

      Jeju tu memang nak kena duduk lama. I sempat pegi air terjun ni tapi miss tempat lain 🙁

  2. OGie RaHman on Facebook

    November 14, 2015 at 9:38 am

    chiyok Normi Kahar…i follow ur blog…puaka ke saka ke i like 😍😍😍

Leave a Reply