Terbang Bersama Qatar Airways dengan Traveloka

Sepanjang aku travel dan ulang alik ke USA, aku selalu juga dapat pertanyaan dari blog readers aku tempah tiket pakai apps apa.Salah satu apps aku pakai ialah Traveloka.

Untuk pengetahuan korang, tak semestinya kalau kita nak pergi bercuti ke sesuatu negara asing, kena naik local airlines negara tersebut. Pelbagai pilihan airlines yang mempunyai penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi pilihan korang. Contohnya, Qatar Airways. Qatar Airways ni terkenal dengan elegantnya dan keselesaan yang optimum. Senang je kalau nak book Qatar Airways flight tickets ni sebenarnya, kalau korang ada Traveloka apps. Apps yang sangat memudahkan korang untuk dapatkan harga serendah yang mungkin. 

Dengan Traveloka korang boleh buat online booking, contohnya korang senang nak book flights to Melbourne, korang kena bukak Traveloka web atau apps, kemudian korang cuba search Qatar Airways dulu, then isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya Melbourne, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dan korang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti. 

Sekiranya korang pengumpul membership point tegar, jangan risau, guna mana mana apps dan Traveloka, akan ada ruang untuk korang isi membership flight carrier number di situ. Jadi point tetap dapat di kumpul untuk korang redeem business class atau free ticket satu hari nanti.

Qatar Airways ni actually 5 stars airlines dan harga tiket dia tak berapa murah lah. Tapi tu tak menghalang korang untuk terbang dengan Qatar Airways. Dengan airline ni korang boleh pergi ke lebih kurang 160 destinasi dan 70 negara. Melbourne salah satu tempat yang best kalau nak naik Qatar Airways ni. Dia ada 3 jenis class seating iaitu economy class, business class dan first class. Up to korang nak book yang mana satu. Apa-apa pun yang confirm korang akan comfortable sepanjang flight dan korang takkan menyesal dengan pengalaman bersama diorang.

Pengalaman aku dengan Qatar Airways ni korang boleh baca di SINI. Memang best sangat lah. Maybe korang fikir nak save duit sangat sangat pilih penerbangan tambang murah, semurah murahnya. Tapi korang kena ingat, kalau naik Qatar Airways ni, percutian rehat korang telah bermula sebaik sahaja korang boarding. Memang relax, makanan sedap, layanan terbaik. Mood nak bercuti cuti pun terus onz. Bukannya sakit badan sepanjang berjam jam penerbangan. Sampai destinasi nak kena baring rehat pulak di hotel buang masa.

Cerita pasal Melbourne, aku pernah spent 2 weeks dekat sana holiday. Korang boleh cari dalam archive “Oceania – Australia – Melbourne” aku dalam blog ni untuk detail itinerary.

Kalau korang berminat dengan sejarah dan warisan Melbourne, boleh masukkan Muzium Melbourne ke dalam itinerary. Muzium ini letaknya bersebelahan dengan bangunan Royal Exhibition. Di sini korang boleh belajar sedikit sebanyak sejarah kewujudan dan pembangunan Australia. Terdapat juga showcase pelbagai spesies haiwan di dunia serta pameran sains dan teknologi yang pasti menyeronokkan di sini.


Di Yarra River pula korang akan dapat melihat pinggir bandar Melbourne, taman-taman dan kedai-kedai. Antara aktiviti yang menarik di sungai Yarra ini, korang boleh menikmati sungai Yarra yang terletak di tengah-tengah bandar Melbourne dengan menaiki cruise.

Untuk pecinta alam sekitar, boleh lah singgah ke Royal Botanical Garden Melbourne. Taman ini dibina pada tahun 1845 merupakan antara hutan simpan terbesar di Melbourne dan salah satu taman botani yang terbaik di Australia. Taman ini mengumpulkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia. Selain dari itu terdapat juga tumbuhan yang berusia beribu tahun. Ia juga menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit. Taman ini sangat sesuai dan wajib dilawati sebab ia mempunyai landskap flora yang sangat menarik.

Untuk orang yang berkeluarga punya anak anak, jangan lupa ke taman tema Luna Park di Melbourne. Boleh bawa diorang menaiki roller coaster dan banyak lagi permainan lain seperti Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, Metropolis Satu taman tema yang cantik dengan banyak hiburan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Mak ayah mesti gembira bila anak tersenyum ceria. Staf kat sini memang ramah & suka membantu pelawat. Taman tema Luna park mempunyai roller coaster yang cantik dengan landasan yang pasti membuat korang cuak menjerit ketakutan.

Australia juga memang terkenal dengan pelbagai spesis haiwan yang unik. Wombat, dingo, Tazmanian Devil, Kanggaro adalah di antara yang popular.  Di Melbourne pun terdapat zoo yang menempatkan haiwan tempatan dan luar negara. Korang boleh saksikan diorang semua kat sini dalam persekitaran terkawal. Terdapat lebih dari 5,120 jenis hawiwan kumpulkan dalam 320 spesis berbeza. Zoo ini dah di buka lebih dari 150 tahun. Memang lama tu, sejak tahun 1862 dan masih beroperasi sehingga kini. Nice kan.

Apa apa pun, cuba lah. Mana tahu ada promotion rate ke apa. Make your travel trip memorable. Nanti dah sampai Melbourne, jangan lupa share pengalaman!

Comments

comments

Leave a Reply