The World’s Largest Free Hot Air Ballooning Event.

It’s in Reno, Nevada.

Ada perkataan ‘Free’, kami suka. Hahaha. Tapi seriouslah, kalau kena bayar $10 pun kami akan pegi juga. Dah la terbesar di dunia kan. Kami pun tak pernah tengok acara hot air balloon ni secara live, lokasi pun dekat dengan rumah. Masa aku dapat tahu event ni dekat rumah kami, melompat kesukaan aku dibuatnya. Selalu tengok gambar kawan kawan dekat Turkey naik hot air balloon di Cappadocia. Walau tak dapat naik hot air balloon to macam depa, dapat tangkap gambar, bergambar pun jadilah.

Event ni di adakan setiap tahun di Reno (Rancho San Rafael Park) selain daripada beratus event lain that is going on in Reno, Nevada. Aku pernah khabarkan dekat korang yang Reno ni bandar festival. Sentiasa ada events di hujung minggunya. Ada yang kids, family friendly, ada yang untuk orang dewasa sahaja, malah, concert live artis artis yang popular pun ada dekat sini. Mostly mereka perform dekat Casino di bandar Reno.

Acara hot air balloon ni berlangung selama 3 hari berturut turut, setiap bulan SEPTEMBER. Selalunya mereka adakan selepas acara Burning Man di Black Rock City, 160 kilometers dari Bandar Reno. Usai sudah acara Burning Man, these group of people will drive to Reno City for this event pula. Apa itu Burning Man? Sila lah google. Acara tu lagi gempak dari Coachella bagi aku. Tapi kami belum mampu untuk attend sebab kena bayar $425 per person. LOL. Harga tiket balik Malaysia per person tu. Baiklah kami balik Malaysia dari belanja tengok Burning Man tu. Belanja dapur kami sebulan pun lingkungan itu juga. Hoihoihoi.

Kenapa mereka mampu buat free? Sebab, seperti biasa, food and merchandise vendor dah bayar tapak sewa dekat sana selama 3 hari. So income mereka dari situ. Berapa harga sewa tapak vendor tu aku tak tahu la kan. Tapi for sure mahal la tu. Event besar taraf ‘world’ kut.

Kami dah sedia maklum yang kalau food vendor ni, harga makan minum nya sangat mahal. Kopi jadi $5 satu cawan. Fries sebekas pun boleh pegi sampai $10. Jadi kami packing bekal siap siap.

Chocolate Milk untuk Athena, Kopi panas untuk mommy dan daddy, biskut oatmeal untuk Athena kunyah kunyah, peanut butter sandwich untuk mommy and daddy. Kami masukkan dalam bekas insulation ni supaya kepanasan kekal lama. Dan segelen air kosong dalam bag pack daddy.

Acara ni start awal. Seawal pukul 3 pagi. Dan berakhir pada pukul 11 pagi. Tak boleh buat tengahari ke petang. Sebab cuaca matahari panas tak baik untuk gas balloon ni kut. Masa dekat sana pun, truck bomba, ambulan standby je semua kut kut ada kemalangan letup ke apa kan. Propane gas are everywhere kut. Kalau terlebih hidu pun boleh bawa kemudaratan. Bukan takut terbakar, meletup saja.

Acara pukul 3 pagi tu mereka panggil Dawn Patrol. Belon tu mereka blow api (bakar gas) dan mereka mainkan ikut lagu. Kami tak dapat la nak pegi seawal pukul 3 pagi. Kami pegi pukul 5 pagi.

Yang bagusnya dekat sini, kalau ada event besar, mereka dah sedia maklum tentang parking space tak cukup, traffic jalan raya dan segala. Event setiap tahun kut. Mesti dah perfected. Jadi mereka akan khaskan bas dari satu point angkut ke tempat event. Dan selalunya mereka akan buat stop khas di area sekolah. Tak free. Bayar $2 untuk pegi balik. Children is free lah. Bayaran tiket bas boleh buat secara online (juga tak perlu bawak cash). So mereka scan bar/QR code dalam phone kita dekat pintu bas.

So kami berjalan la dari rumah ke sekolah tu. dalam 2 kilometer jugak lah. Tapi tak terasa sangat sebab sembang sembang.. Athena dalam stroller. Masa kami sampai tu, dah ada 2 bas tunggu.

Kami ingatkan tak ramai yang akan guna kemudahan bas ni. Rupanya semua orang pun naik bas. Tak kira atuk nenek, orang yang ada anak 10 semua naik bas ni. Masing masing dengan selimut, tikar macam nak pegi camping. Meriah pula rasanya.

Athena steady je naik bas. Diam diam dia duduk sebelah mommy. Sambil tu dia observe sekeliling. Menikmati sepenuhnya pengalaman naik bas. Dia lupa la tu dia pernah naik bas sebelum ni. Maklumlah budak, memori dia belum kekal. Daddy berdiri pegang stroller lah. Kalau nak tahu, dalam bas atau train dekat sini, seat memang depa bagi wanita, kanak kanak dan orang tua je duduk. Lelaki gagah perkasa sihat walafiat memang akan berdiri. Kalau betul betul kosong dah tak ada orang baru mereka duduk. Gentleman sangat. Hihi.

Sesampai je kami dekat sana, belon dawn patrol semua dah atas langit. Tapi dapatla juga tengok berkelip kelip tu walau kami terlepas grand launching dia.

Macam ni la suasana dia. Betul betul macam picnic. Meriah sangat.

Rata rata memang family lah dengan anak pelbagai saiz dan umur.

Tak susah pun kami nak cari spot kosong. Kami pun sama lah bentang selimut, bukak kerusi camping yang kami bawa bersama, ala ala picnic. Walau tak la selengkap mana, tapi rasa seronok gila. Ini kira first picnic kami sekeluarga. Di subuh hari. Haha

Matahari dah bersinar terang by 6.30 AM. Masa ni tak banyak belon naik. Pun masa ni aku dah berkobar kobar excited. First time tengok hot air balloon secara live la katakan.. so kami pegi jalan jalan sekeliling dekat dengan belon belon tu semua.

By 8.00 AM lagi banyak belon di pam. Pergh meriah dia tak terkata. Dia punya colorful jangan cerita. Aku tak senang duduk nak ambik gambar ikut angle mana pun dah tak tahu.

Orang yang paling fed up masa ni ialah laki aku si Botak. Sebab aku asik suruh dia ambik gambar aku. Bagi dia, 1, 2 gambar dengan belon kira dah ok la. Bukti kau ada dekat sana. Masalahnya aku bukan nak ambik gambar sebagai bukti. Aku nak bergambar dengan semua belon ni setiap 5 minit! Jakun tahu tak? Jakun!!!

Tak pandai aku nak olahkan kemeriahan dan keriangan suasana dekat tempat ni pada waktu ini. Andaikata ada mesin ‘cerapan suasana’, jarum positive keriangan dan kegembiraan manusia yang ada di padang ni mesti 300%. Memang terasa sangat cas cas positive tu. Tak mungkin propane ni buat kami ‘high’.

Betul betul macam picnic di taman belon. Kalau tengokkan keadaan padang dan ramainya orang, kalau dekat Malaysia, kerja overtime lah majlis bandaran nak kena kutip sampah. Ye tak? hahaha. Dekat sini masalah tu takkan ada. Masing masing memang dah maklum peranan masing masing.

Aku harap sangat tahun depan, kami dapat datang sekali dengan atuk dan nenek Miss A.

Aku rasa aku dah explain semua pasal event ni, dan dah cuba sedaya upaya untuk gambarkan aku punya excitement masa dekat sini kan (walau tak dapat naik macam korang pegi Cappadocia, Turkey). So aku sudahi this post with remaining pictures I’ve take through out the event. And yes, video too (at the end of this post).

Tak tahu nak pose lagu mana dah. Kehabisan pose punya banyak aku bergambar dengan belon belon ni semua.

Kami tinggal tapak event ni agak awal. Walau event ni berlangsung sampai pukul 11 pagi, we decided to leave before 10AM. Mengantuk, penat semua ada lah kan. Walau seghairah mana Miss A nak teruskan tengok belon belon ni, tetap tak mampu dia melawan kelopak matanya kian memberat. Akhirnya kecundang di dalam stroller. Botak pun cakap, jomlah kita beransur. Nanti ramai pulak orang nak naik bas kalau rapat sangat dengan penghujung event.

Aku cukup cukup berterima kasih dengan jasa stroller light weight yang kami beli 7 bulan lalu. Dah lah ringan, siap boleh recline untuk Miss A tidur nyenyak. Banyak jasanya selain bawak Miss A dalam tu. Segala mak nenek kami dapat sangkut, basket dia pun sangat besar (dan aku selalu guna bawak pegi beli barang dapur semua sumbat dalam tu). Naik bas ke, Uber ke, flight ke, drive sendiri ke, memang stroller tu juga aku rasa banyak meringan kan beban kami.

Kalau korang perasan, kemah kemah putih tu ialah untuk mereka yang pakej VIP. Tak silap aku kau bayar $99, mereka bagi kemah siap ada heater, meja, kerusi, kopi panas, snack dan macam macam lagi lah. Huhu.

Bagi aku, event ni sangatlah berjaya dan meriah untuk bandar kecil seperti Reno. Dan mereka juga berjaya atur pelbagai event lain setiap weekend bagi menarik pelancong bagi memastikan aliran pendapatan untuk bandar serta local business. Bandar kecil ni mampu mengadakan event setiap hujung minggu dengan jayanya tanpa duit dari Federal Government. Aku rasa tak salah Tourism Malaysia berguru dengan Washoe County Convention & Visitors Authority dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia yang hanya sekali setahun tu tanpa melibatkan artis / produk dari luar negara. Bukan Putrajaya setiap tahun buat hot air balloon ke? Ha elok apa besarkan event tu jadikan tarikan.

Ok lah, aku akhiri post ini dengan video.

Till then,

xoxo.

Comments

comments

Leave a Reply