Tips Lawatan Kilat Untuk 1 Hari di Bandar San Francisco Part 1

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Sehari di San Francisco? Berapa banyak tempat sempat lawat? Kan? Sehari je? Biasalah bila berjalan dengan bajet terhad.. lagi lagi kalau berjalan dengan botak ni, kalau boleh lalu je. Tak payah stop. Dengan dia ni, kalau berjalan, 10 minit pun boleh jadi settle semuanya. Actually kami di San Francisco like 3 hari 2 malam. Tapi hari first, sampai dah malam. Terus tidoq. Esoknya kami ada full day, memang balun seharian melawat tempat tempat dalam list ‘must see’. Hari ketiga, drive balik LA. Kerja gila dengan botak ni. Jarak 615 kilometer one way, dengan dia ni, kalau boleh balik hari. Tension tak?

 

1) Melawat Alcatraz

So, berapa banyak tempat boleh habiskan dalam masa satu hari di bandar San Francisco? Pertama sekali, macam yang aku tulis dalam post sebelumnya – kami ke Alcatraz. Total tour tu dalam 2 jam 30 minit je.

2) Explore The Piers

Then lepas balik ke Pier 33 dari lawatan ke Pulau Alcatraz, kau boleh lah terus menapak, explore pier pier (jeti jeti) yang seterusnya..Dekat San Francisco ada 47 Pier semuanya. Dan tempat tumpuan pelancong nampaknya memang di jeti jeti ni. Kira, kalau dekat LA, Hollywood Boulevard lah kan. Tapi kami tak dapat lah nak menapak dari Pier 1 sampai Pier 45 atau Muni Pier (47th). Tapi, kalau kau dapat cover Pier 33 sampai 41 kira dah sangat ok.

san-francisco-piers-map

Apa je yang ada di Pier ni? Well, restoran, Aquarium, tour booth, kedai souvenir, kedai baju. Tapi yang paling meriah, Pier 39 lah. Memang ramai manusia dekat situ.

DSC09098

DSC09102

DSC09106

DSC09109

DSC09112

DSC09115

DSC09118
Standard lah. Melayu bila nampak Hard Rock Cafe, dia akan bergambar depan tu. Aku salah satu Melayu itu. Sampai sudah laki aku tak paham kenapa. Aku pun malas nak cerita. hahahahah.

 

DSC09123DSC09132DSC09141

3) Naik Cable Car
Haaaa.. ini memang is a must lah aku rasa. Bila sebut ‘Cable Car’ di San Francisco, tak bermaksud tergantung tinggi di langit macam di Genting Highland tu. Tapi atas jalanraya. Aku memang lama nak naik ni sebab asal tengok movie je, kalau shooting di San Francisco, mesti ada cable car ni. Aku ingat benda ni hanya untuk tourist. Rupanya memang benda ni public transport penduduk dekat sini sejak tahun 1873. Kos naik ni $7 sekali naik. Cuma satu je aku nak pesan, kalau naik ni, ambik seat yang dekat luar yang tak ada dinding for the best view. Aku menyesal sangat tak duduk luar. Tak banyak gambar aku dapat ambik bila duduk bahagian dalam. Orang himpit himpit! Kalau kau stay San Francisco lebih lama, boleh la ambik Cable Car Ride ni untuk round satu bandar. Jangan la macam kami ambik satu route je. Sebab kami tak cukup masa.

DSC09167

DSC09162DSC09158

DSC09178
Ini je la mampu aku ambik dari belah dalam Cable Car. Hampeh.

DSC09184DSC09185DSC09186

4) Union Square
Kami naik cable car dari Fisherman’s wharf (sebelah jeti 39 tu ler) sampai la ke Union Square. Union Square ni tak ada apa lah.. cuma bangunan bangunan yang gah…SERTA SHOPPING MALL. Haaa.. kalau nak shopping barang branded, kat sini lah. Tapi kami tak shopping.. kami tumpang buang air kecik di Macy’s je. Hehe.

DSC09194DSC09209DSC09210

DSC09199
Toilet di Macy. Tak sesuai untuk orang kencing bersepah, cangkung atas mangkuk tandas, malas flush dan siram lantai dengan air.

Continue next Post. Banyak sangat gambar. 60 tak silap aku.

 

8367150290_f64071bebb_o3

San Francisco

Comments

comments

3 Comments

  1. Stella Azmi on Facebook

    March 12, 2016 at 11:54 pm

    Coulndt help wondering…kamera apa akak pakai…semya gambar dlm blog tu was pixel perfect..

    1. heartboxx

      March 17, 2016 at 11:09 pm

      Akak pakai camera SLR Sony A6000.

Leave a Reply to Stella Azmi on Facebook Cancel