URBAN TIPS #2 : Elak Barangan Cecair Tumpah Dalam Bagasi

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.

Aku pasti setiap orang yang pernah naik kapal terbang mesti melalui pengalaman buka bukak luggage, basah lenjan separuh bagasi. Sebab aku selalu macam tu sehingga aku terfikir life hack ni.

Kau tahu kan bila fly, tekanan dalam kapal terbang tu lain macam. Botol/ tiub plastik kau akan mengembang sekembang kembang nya bila kat atas sana dan masa nak mendarat dia mengecut sekecut kecutnya.

urban tips for traveler 1

Masking tape. Bukan salotep, bukan ducktape, mahupun tape kotak biskut yang warna coklat tu. Sebab semua tape selain masking tape akan buat permukaan botol melekit dan susah nak kopek. Masking tape sangat murah dan bersih. Maksud aku, tak ada apa apa lekitan yang tertinggal bila kau tanggalkannya.

URBAN TIPS FOR TRAVELER

Sebagai wanita, aku tahu barang kelengkapan bila nak travel agak lebih sikit dari orang jantan. Aku tak tahu la wanita lain. Wanita seperti aku memang akan menangis tak boleh tidur kalau aku tahu aku terlupa/ tertinggal barang seperti : Beg mekap, Hair curler, Shampoo dan Perapi, Pencuci Muka, Pelembab Muka dan Contact lens solution. Losyen badan tertinggal tak apa lagi. Sebab hotel ada. Tapi bila bab shampoo dan pencuci muka, aku memang tak boleh pakai yang hotel punya. Rambut aku akan jadi macam pontianak kalau pakai sebarang shampoo dan perapi. Kulit muka aku kering macam ikan masin kalau aku pakai sebarang pencuci muka jugak.

Aku memang anti dengan botol kecik travel kit. Sebabnya;

1) aku was was bila transfer serum atau krim dari botol asal ke botol kecik baru. Sebab krim atau cecair serum tu dah terdedah dengan udara masa proses transfer dari botol asal ke botol kecil.

2) Aku long hours flight traveler. Dan bila aku travel, selalunya lebih seminggu aku kat negara orang. So aku tak confident yang isi kandungan kecik tu cukup sepanjang aku di sana. So aku memang selesa dengan bawak full size bottle.

3) Aku tak ada masa nak transfer transfer cecair macam tu. Aku sibuk pilih baju apa nak dibawa, nak lipat baju lagi, tukar currency dan packing list aku sangat panjang.

Ada orang guna zip lock bag. Tapi, cecair tu tumpah jugak dan kena botol botol yang lain. Kalau nak pakai satu botol satu, dah jadi mahal pulak kos. Lagipun, kita cuba untuk tidak membazirkan isi kandungan botol/ tiub tu walau setitik pun.

Ada juga orang suka tak bawak apa apa dan beli baru kat dekat destinasi yang di tuju. A ah. Kau kaya banyak duit kerja asik nak shopping dok dalam kedai boleh lah. Aku nak melalak berjalan ukur longkang negara orang.

Kebetulan aku punya barang penjagaan badan, rambut dan muka memang dalam bentuk cecair/ krim. Tak frust kau bila toner muka baru je beli yang harga RM 200 tinggal suku botol dan segala baju yang kau nak pakai basah bertompok bila kau bukak beg? Kena pulak kat baju kesukaan kau yang…hmmm harga dia pun beratus juga. Harum memang la harum.

Setelah aku terfikir jalan mudah dan murah ni, aku memang dah 2 tahun happy dan tenang bila fly ke mana mana. Memang aku akan bawak segulung kemana mana sebab senang nak seal balik botol dan tiub yang aku dah bukak time aku nak fly balik.

Try lah. Kau mesti suka.

Comments

comments

Leave a Reply