Urban Tips: Tengok Alaska FREE dengan Southern China Airlines.

FOR ENGLISH, CLICK HERE

Siapa tak tahu Alaska ni sangat mahal sama ada untuk pegi berjalan ke sana mahupun stay as a residence. Pakej Alaska yang aku jual pun dalam $2,700 (dollar) untuk 2 minggu. Patut la kau tak nampak sangat aku berjalan di Alaska tu. Bakar petrol sungguh sungguh nak berjalan kat sana. Jarak satu tempat ke satu tempat macam KL ke JB atau KL ke Penang lah. Jangan kira bab harga makanan dia lagi. Sayur buah mahal oi di Alaska. Sebab depa tak tanam sediri. Semua import dari California atau Mexico sana.

Itu yang membuatkan Alaska istimewa kut sebab bukan saja cantik dan terpelihara sebab tak ramai orang kesana. Kau tahu tahu je la kan bila tempat yang ramai orang melawat, mesti rosak jahanam semuanya. Cantik Alaska bukan kerana majlis bandaran ya…memang cantik dia semulajadi tak payah nak cat sana sini gunting pokok bagai jadi bentuk karipap ke apa.

Ramai orang yang datang ke USA especially Los Angeles dan Las Vegas, masih tak dapat top up fly up ke Alaska. Sebab? Silap silap tak kena masa, tiket flight dari LA atau NY ke Alaska sama je kos dia tiket dari KL ke LA. Jadi disebabkan faktor duit, aku saja la nak kongsi tips macam mana nak tengok Alaska walau kau hanya mampu pegi area lower 48 (48 state tak termasuk Alaska & Hawaii).

Caranya? Kalau kau fly pegi ke Los Angeles dari KL ataupun balik dari Los Angeles ke KL, silalah naik Southern China Airlines. Nonono… jangan ingat flight 15 jam Guangzhou – LA – Guangzhou ni kapal terbang kecik ya… dia ada pakai Airbus A320 2 tingkat okay.. Southern China Airlines ni memang akan transit di Guangzhou la. Kira route dia KL – Guangzhou – LA gitu. Dari KL ke Guangzhou memang la kapal terbang biasa la. Alahh 3 jam setengah je kut.

Dan bila kau ambik dari LA nak balik ke KL, sila ambik flight tengahari. So masa kau fly across USA, hari nya siang so kau boleh lihat pemandangan luar. Route flight tu dari LA akan patah balik ke atas, melalui Pacific Coast Highway, lalu San Francisco dan crossing ALASKA sebelum masuk ruang udara Russia. Jarak penerbangan dalam 5 jam dari LA untuk sampai ke ruang udara Alaska. Kau tengok je nanti skrin depan kau boleh tahu nanti.

Alaska 9000m 4

Mungkin kau akan cakap “macam hampeh la.. orang nak pegi Alaska murah murah”. Hello, memang kau takkan dapat masuk Alaska murah murah. Aku yang memang laki & keluarga mertua aku semua kat sana pun aku bayar dekat RM7K flight pegi balik lah. Kau dapat pegi melalak di Los Angeles, Las Vegas atau apa apa je dekat USA tu pun dah kira bertuah dah. Naik Southern China Airlines siap boleh tengok Alaska FREE. Apa lagi kau nak? Hahahahaha.

Alaska 9000m

Alaska 9000m 1
This going to be my poster print material. Sapa teringin nak order simpan buat koleksi please let me know

Alaska 9000m 2Alaska 9000m 3

Lepas tu kau mesti cakap – “baik aku tengok kat TV atau youtube je kalau macam ni”. Silakan lah. Aku cakap ni untuk orang yang memang fly ke LA. Kalau kau tak fly keluar dari Asia, sila lah tengok Youtube sana. Aku dulu masa tak mampu nak ke USA pun tengok Youtube je kut. So betul lah. Sebagai traveler yang bijak, kita bukan sahaja patut bijak mengatur program dan tempat penginapan dengan harga yang murah. Tapi kita juga kena bijak memilih airlines yang punya transit ke bandar bandar yang boleh kita lawati sambil lalu tanpa beli tiket tambahan ATAU airlines yang mempunyai laluan ruang udara yang boleh memberikan VIEW yang ajaib. Ramai yang lupa bab route flight ni. Asik asik pikir sewa kereta drive sendiri dan bawak bekal makan sendiri.

Alaska 9000m 5Alaska 9000m 6Alaska 9000m 7Alaska 9000m 8

Alaska 9000m 9Alaska 9000m 10

CAMERA

CAMERA

CAMERA

CAMERA

Selain dari Alaska, kau juga boleh tengok part of the Russia lah. Hhmm. Macam kembar je East Russia ni dengan Alaska. Beku berais je. Bezanya bumi Alaska ada minyak dan emas dan East Russia hanya ada minyak. Aku masa lalu ruang udara Russia punya la berdebar. Bukan apa.. dibuatnya parti berhaluan kiri dia tembak macam kes MH17 tu kan.. tu yang tak boleh lelap lelap tu. Tapi fikir balik, Russia – China memang diplomatik cium molot gitu sama sama parti komunis. Movie dalam flight pun boleh dikatakan aku dah tengok semua. So memang kerja aku tengok luar tingkap lah.

Russia from top 4
Kalau korang ak tahu apa yang bengkang bengkok macam ular tu ialah sungai beku
Russia from top 6
More of gambar sungai beku. Macam painting tumpah dalam air kan? Im so gonna print this into poster size

Russia from top 1Russia from top 3Russia from top 2Russia from top 5Russia from top 7Russia from top 8

Lepas tu Southern China Airlines ni pun akan lalu ruang udara berhampiran dengan NORTH KOREA. Berdebar lagi sekali. An then, baru ingat yang Mike pernah bagi tahu aku North Korea takkan cari pasal dengan China sebab China tu lah dok bagi bantuan makan kat rakyat North Korea tu.

Apa apa pun, memang indah ciptaan tuhan. Dah macam lukisan pun ada aku tengok muka bumi Alaska dan East Russia ni dari atas. Ianya satu pemandangan yang wajib korang experience once in a life time..

Russia from top 13
Another poster prints material.

Russia from top 9Russia from top 10Russia from top 11Russia from top 12

Comments

comments

Leave a Reply