Virginia City-Part 2

Malasnya nak update cerita di belog ni, hanya Tuhan yang tahu. Tapi aku gagahkan jua. Aicheh. Hahaha.

Tak banyak balance cerita yang aku boleh khabarkan untuk sambungan pada kali ini. Hanya saki baki gambar dari lawatan kali ke dua ke bandar tua yang dulu menjadikan Nevada terkenal sebagai Silver State hingga ke hari ini.

Tujuan kami datang ke sini untuk kali kedua ialah kerana Virginia City ada menganjurkan event ‘Rodeo & Fiesta Del Charro’. Tengok kan itinerary event nya macam lah gempak kan. So saja lah kami pegi jenguk kut kut ada suasana yang menarik bisa dirakam untuk dijadikan perkongsian. Tapi.. hhmm.. nan hado. Kena bayar dalam $15 per person tak silap aku. Jadi senang cerita, memang tak lah.

Rupanya event tu bukan betul betul dalam bandar. Kena naik bas lain pula ke tapak event. So kami tak pegi. Just jalan jalan di sekitar bandar ni sekali lagi. Pick up apa yang kami tak sempat tengok masa first time datang.

Virginia City Museum

Ini ialah Virginia City Museum. Masa first time kami datang, tak perasan walau dah lalu depan depan. Ingatkan tempat longgokan besi buruk macam kedai potong kereta tu (hahahha.. ampun). Memang betul betul antik keadaannya seusia dengan barang serta sejarah yang di pamer di dalamnya. Nak masuk sini kena bayar $10. Kami tak masuk pun. Sebab dah dapat agak apa dekat dalamnya. Equipment melombong perak zaman dulu dulu, pameran mineral, gambar gambar lama… Sebab kami pernah masuk salah satu museum di Barstow yang terletak di laluan Route 66.

Kan betul .. hahahaha.

So aku ulang lagi la gambar gambar dari sudut yang agak berlainan dari yang dulu je lah ya. Jangan marah. Nanti kena jual.

Kalau korang tak pernah jumpa belog ni dan bengang kata ‘lain kali kalau nak letak gambar sesaja tak ada fakta, baik bukak album gambar saja.’. Bertenang Encik. Cerita detail dah di tulis di pos sebelumnya di SINI . Lagipun karang tulis panjang panjang, suruh lukis pula sebab tak ada masa nak baca kan.. begitulah sukarnya nak fit in semua selera manusia ni.

Kepada sesiapa yang berkerja dalam bidang Interior Design atau berminat dengan susun atur berkonsep, elok sebenarnya melawat tempat tempat macam ni untuk cedok idea. Contoh yang aku selalu nampak, bila orang bukak kedai Steak dekat Malaysia kan, mesti ala ala western cowboy dekorasi dalaman kedainya untuk bagi ‘feel’ gitu. Actually aku pun tak pasti kenapa bila kedai masakan western, mesti ‘cowboy’. Aku tak rasa pun cowboy ni makan steak je kerjanya. Tapi nampak tak roda kereta kuda tu depa jadikan sebagai chandelier. Lawa kan? Pakai mentol biasa je 8 bijik.

Lepas tu boleh la beli bawa balik barang barang dari kedai cenderahati macam ni. Semua original bukan Made in China. Tak.. aku tak kata Made in China tu tak bagus..cuma, kalau nak authentic display untuk kenang kenangan atau ‘conversation piece’, boleh la beli satu dua display dekat kedai / pejabat / rumah.

Sapa pernah ingat kereta besi kayuh pakai pedal ?
Tong dram lama ni pun ada. Aku tak pasti ini depa jual atau saja display
Sejarah pasal town ni. Ini pun aku dah tulis pada post sebelumnya.

Ha, kalau datang sini, wajib lah naik train dia seround. Tak silap aku round trip is $12. Boleh tengok kampung berdekatan dan site sejarah. Kami tak naik sebab simpan peluang tu untuk naik dengan atuk dan nenek Miss A bila mereka datang melawat kami nanti. Naik ramai ramai satu keluarga baru la seronok.

Zaman dulu dulu rumah besar ni dah dikira mansion dah. Tapi zaman sekarang, rumah orang kita dekat Tropicana Golf Club sana 8 kali ganda besar dari ni siap ada pool dalam rumah kan. Banyak rumah rumah dekat sini dah bertukar kepada muzium rumah pameran atau kedai.

Tapi rumah rumah ni aku tak pastilah muzium atau rumah penduduk dekat sini. Tapi yang pasti aku macam impress la jugak sebab dah selalu sangat tengok rumah banglo batu.

Lepas tu kami decide untuk melawat stesen keretapi bandar ni. Masih berfungsi tau. Tapi tak la sehebat KL Sentral sana. Dekat sini kau boleh la beli train ticket untuk ‘tour’ the town yang aku cakap $12 tu.

Memang original depot sejak tahun 1870.

Keliling dia macam muzium juga. Ada ‘bangkai’ koc keretapi lama yang masih terjaga dengan baik untuk tontonan generasi baru.

Ini ialah ruangan menunggu train zaman dulu. Tapi sekarang dah jadi display lah kan. Kerusi tu nasib baik tak patah masa aku cuba cuba ambik gambar duduk atas tu. Sebab bunyi dia lain macam masa duduk atas tu. Bunyi nak roboh. LOL. Aku yang dah naik berat badan melampau atau sebab kerusi tu memang dah berusia dekat dengan 150 tahun pun aku tak pasti.

Lepas tu kami balik ke area shop lot balik. Rupanya mereka ada mini konsert di jalanraya. Dengar depa dok testing testing mic, sound check semua.

Sebelum ni aku ada cerita tentang studio lengkap dengan kostum zaman Victorian untuk korang fun fun posing kan. Ha, ini lah dia kedainya.

Tapi aku ambik gambar fun fun dengan Donald Trump Cut out board..sebab ianya FREE. Gitu.

So berbalik kepada mini konsert tadi. So kami pun lepak la kejap tengok apa ke yang menariknya. Walau tak lah semeriah konsert BTS, boleh lah.. dari tak ada kan. (By the way aku bukan peminat K-pop dah. Dah lama tinggal kan zaman tu. Last minat dekat Rain Bi tahun 2013? Orang tu pun dah beranak cucu dah kut)

Participant dia more to warga tua dan kanak kanak saja. Kalau korang nak dengar lagu, aku ada letak video at the end of this post ya.

Tersenyum senyum aku tengok gelagat 2 warga ni. Warga yang tak perlu serabut kepala. Yang kanak kanak baru nak hidup kenal dunia. Punya masa yang panjang untuk melakukan kesilapan dan pembetulan. Segalanya menghiburkan. Semuanya tersedia. Yang tua pula, dah lalu segala. Pahit manis kehidupan di tinggalkan menjadi kenangan lalu. Menghabiskan sisa usia yang ada dengan duit pencen / duit simpanan semasa muda. Yang tengah serabut nya warga pertengahan macam kita kita ni lah. Nak besar kan anak, nak bayar bil, sekolah anak, hutang bank berbaki. Tapi itulah kehidupan. Kena lalu semua dulu. Tak ada jalan pintas.

Cuma satu je aku perasan dekat sini, sekecil kecil perhimpunan ke sebesar besarnya, mereka mesti start dengan lagu kebangsaan mereka (National Anthem). Tanpa mengira kemelut politik dan perbezaan pendapat. Aku perhati riak muka setiap mereka di sini, sangat sangat bangga dan sayangkan tanah air walau setiap hari maki kerajaan. Patriotic. Gitu. Tapi berapa ramai di antara kita rakyat Malaysia (Tak kira bangsa) keliru dengan pertahankan tanah air dengan bencikan orang yang mengemudi tanah air. Padahal itu dua benda yang berbeza. Dan aku cukup bengang bila orang cakap Malaysia apa pun tak boleh sebelum cuba sekali. Actually, bila kau hidup di negara orang, baru tahu betapa bestnya Malaysia. Semoga kami dapat kembali Ke Malaysia for good lebih awal dari di rancang. Amareka ka, UK ka, Australia ka, bagi aku seronok hanya untuk seketika. Merasa cuaca, kemudahan di negara orang. Tapi dalam hati tetap Malaysia dan wish that we could have, bring back all the good things to our beloved country.

Jadi itu lah sebab aku takkan sekali kali buang passport Malaysia.

Ini video yang aku ambik sepanjang berada di sini. (warning : agak boring)

Anyway, ada sesiapa boleh suggest tak video stitching and editing yang best, free & tak ada watermark? Aku dah cuba Filmora, laptop ni tak boleh carry.

Untuk pertama kalinya aku tengok lepasan tembakan senjata api secara live. Nasib baik Miss A tak terkejut. Tapi 5 minit sebelum acara bermula, mereka datang dekat kami yang ada anak kecil bagi tahu apa akan terjadi. Mereka bagi tau akan ada lepasan tembakan senapang sebanyak 3 kali selepas lagu sekian sekian. So tak ada la kami sentap kan.

Tak ada apa boleh aku simpulkan di sini. Aku hanya pendatang yang berpeluang untuk melihat tradisi, cara hidup dan adat mereka. Dunia ini tersangat luas. Tuhan jadikan kita semua berbeza beza. Pelik atau salah cara mereka di mata kita, itu hanyalah untuk diri kita simpan sebagai sempadan. Who are we to tell other people to live their lives in certain way. Selagi masih ada hormat sesama manusia, bagi aku itu dah cukup baik.

Next aku dah boleh cerita pasal Hot Air Balloon.

Till then, sabarlah menanti. Kah kah kah.

Comments

comments

Leave a Reply