50 million shades of green.

Seperti rakyat Malaysia yang lain, aku jakun dengan keadaan perubahan cuaca 4 musim di negara barat. Lainlah mereka yang bijak pandai dapat scholarship belajar di UK, Jerman bagai…mesti mereka gelakkan post yang aku up di blog ni pasal awan, daun, senja, tasik, gunung dan salji. Tapi sejakun jakun aku, aku tak pernah lagi posing gambar nganga mulut konon konon nak makan salji. Kau tahu tak manusia dan binatang kencing kat salji tu. Kalau tanah biasa kau jijik nak buat posing sambil nganga mulut ala ala nak makan tanah, tak de bezanya salji tu pun. Lain la kau tadah dengan cawan siap siap yang jatuh direct dari langit.

Dan kenapa aku tiba tiba tulis blog ni dalam bahasa Melayu? Sebab aku rasa Mat Salleh tak heran kut nak baca bab daun hijau di Alaska ni. Lagi lagi daun pokok depan rumah mentua aku ni. Kalau laki aku bengang tanya kenapa tulis dalam bahasa Melayu now dia dah tak dapat enjoy cerita aku.akan ku katakan padanya “eh, I tulis pasal hutan sekeliling rumah mak bapak you pun, you nak tahu jugak ke? You kan membesar dengan hutan ni, takkan tak tahu lagi kut?” Haha. Aku tau rakyat Malaysia pun tak heran bab daun hijau sebab Malaysia memang hijau 365 hari setahun. Tapi aku nak jugak bagitau kawan kawan aku kat Malaysia yang masih baca blog nan hado ni pasal kehijauan daun yang tumbuh di Alaska ni agak ada kelainannya.

Alaska Summer is near

Perbezaan dari satu musim ke musim di Alaska sangatlah extreme. Minggu lepas baru je tengok deraian salji menutupi ranting kering di luar jendela, Bulan lepas aku baru saja berjalan di permukaan tasik beku. Tiba tiba, hari ni, semuanya hilang sekelip mata dan kabus hijau melitupi ruang udara. “Green Haze” kata suami aku. Setelah berada dalam kesejukan dan suasana keputihan (macam penyakit alat sulit wanita la pula kedengaran) selama beberapa bulan, maka, amatlah aku mensyukuri (pergh..bahasa Melayu ku sangat gempak) perubahan warna dan suhu alam. Kata suami aku, jangan terkejut bila esoknya aku bangkit tidur, segalanya berubah bagaikan hutan di Amazon. Begitulah magiknya perubahan alam semula jadi di Alaska. Dan hari ini, aku dah nampak rama rama dan serangga berterbangan di luar jendela serta kicauan burung yang dah lama aku tak dengar sejak aku tinggalkan apartment aku di Shah Alam. Kalau dulu, bunyian burung itulah yang menyambut bangkit tidur aku di Shah Alam. Syahdu kau tahu?

Kalau dulu, di Kuala Lumpur, aku mengigil dengan suhu air cond 20 darjah celcius. Tapi kini, 13 darjah celcius dengan sinar matahari yang terik, aku senang dengan ber t-shirt biasa tanpa fabrik ‘heat tech’ teknologi apabila melangkah keluar rumah. Alaskan sangat. Akhirnya suhu badan aku akur dan menyesuaikan dirinya dengan keadaan di sini. Tapi anak mata aku masih lagi hitam sebagaimana aku tinggalkan Malaysia 4 bulan yang lalu, melainkan aku pakai contact lens kaler. Jadi, aku masih lagi Melayu. Jangan sekali kali kau kutuk aku nak jadi minah salleh sebab duduk Amerika dan kawin dengan lelaki Amerika. Aku dekat sini hari hari makan nasi tahu? Dan sekali sekala, aku pasang lagu P.Ramlee di Youtube dan Kris Dayanti (bagi seleksi melodi urban).

Matahari kini terbit seawal 5 pagi dan terbenam pada pukul 10 malam. So, basically, masa aku tengah kemaskini post ni, (pukul 9.28 malam), matahari masih lagi di luar sana bagaikan senja di pukul 6. Senja yang panjang…Tak lama lagi, aku akan hidup dalam kesiangan selama hampir 22 jam. 2 jam je gelap. Kalau tiba tiba aku merapu macam tak berapa center dekat Facebook or Twitter… mohon faham kerana sekarang giliran minda aku pulak tengah cuba mengadaptasi dan menerima yang malam ku tidur bertemankan matahari.

Apa yang aku membebel ni? Aku nak tunjuk dan ceritakan pasal hijau nya alam di musim Spring dan tak lama lagi melangkah ke Summer. Sebab tu aku malas tulis dalam Bahasa Melayu. Sebab aku jadi macam Joyah. Cakap sampai keluar konteks.

Dengan itu, silalah enjoy gambar gambar yang aku ambik konon konon ala naturist photographer yang obsess dengan alam semulajadi. Gitu.

Alaska Summer is near 1

Alaska Summer is near 3

Alaska Summer is near 2

Alaska Summer is near 4

Alaska Summer is near 5

Alaska Summer is near 6

Alaska Summer is near 7

Alaska Summer is near 8

Alaska Summer is near 9

 

 

Laman Rumah Mentua Aku di Wasilla, Alaska

 

knorr
Knorr- Pilihan Joyah, Kiah dan Jenab. Full of Flavour Full of Love

Comments

comments

Leave a Reply