Aerial Tram and Octoberfest at Olympic Village, Squaw Valley, California.
Dalam kemelut Prince Harry pindah keluar dari rumah neneknya bersama sama isteri dan puteranya, masih lagi ada banyak masalah lagi serius dari lelaki dewasa yang hidup dengan duit neneknya. Iaitu masalah aku nak update cerita certa di belog ni. Bagi aku, kes Prince Harry tu kes terpencil sangat. Berapa ramai lelaki dewasa dah berbulu tebal bergantung dengan funding keluarga sampai berbini beranak. Bila dah bergantung makan pakai stail macam tu, haruslah ikut tata tertib tokey yang keluarkan duit bajet baju mekap bini kau tu. Tak nak ikut, ya, sila berambus secara terhormat. Kan. Nasib sedar diri. Aku memang tak berapa minat cerita putra putri raja keluarga di raja ni. Tahu setakat basic tu cukup lah. Nak risaukan makan minum depa memang tidak lah. Hal diri sendiri dan masyarakat marhaen macam kita ni lagi serabut kut.
Gitu. Mukadimah post yang tak ada kena mengena dengan tajuk pula. Ini merupakan cerita sambungan bagi post yang sebelumnya. Squaw Valley. Bila datang ke perkampungan Olimpik yang bersejarah ni, kalau setakat duduk duduk tengok tengok, boring juga lah kan. Aktiviti utama yang paling menarik dekat sini tanpa kira musim ialah Aerial Tram. Bahasa melayu kita, kereta kabel lah. Cable Car. Tapi depa dekat sini panggil Aerial Tram.

Tiket ni kau boleh beli secara online, dan kemudian bawa proof of purchase tu ke kaunter nya di sini untuk dapatkan tiket access yang sebenar. Harganya, bagi aku, agak lah mahal. Tapi untuk pengalaman sekali seumur hidup, berbaloi lah juga. Tapi aku rasa kalau naik time winter lagi cantik lah compared to summer. Harga tiket nya adalah seperti berikut;


Mada dekat bawah, aku ingat, itu lah puncaknya. Tapi sebenarnya kau kena lepasi 3 puncak yang sama macam dalam gambar di atas (tapi makin tinggi elevation nya). Setiap kali melepasi peak tu, tram ni akan ‘swing’ sikit (berayun). Time tu memang geli geleman tali perut la kan.
Yang best nya walau seramai mana orang yang nak naik, tetap takkan berasak asak lah. Masih ada ruang lapang dan boleh bernafas tanpa perlu menghirup bau ketiak mahupun nafas mulut manusia lain. Sebab pengalaman aku kalau nak naik ride macam ni, masa beratur tu pun dah hilang mood. Bising , busuk, tolak menolak. Dekat sini (dan mana mana touristy place di USA) takkan ada situasi tersebut kecuali, 3 bijik bas pelancong dari China sampai. Kau faham faham sajalah ya.
Aku paparkan beberapa shot masa naik tram ni macam biasa. Video Youtube pun ada. Aku attached at the end of the post. Korang boleh skip tengok video lah kalau malas membaca dan tengok gambar.


Sampai sampai je terus kami ke Viewing Deck. Aku boleh bayangkan kalau waktu winter mesti cantik gila. For your information, walau matahari terik lagu tu, actually angin dia nyaman sangat.


Hari tu aku menyanyah pakai sedondon dengan Miss A. Saja lah buat geli geli. Tema Mak rimau bintang bersama anak nya. Gitu.


Viewing deck nya pun lapang tak berasak asak dengan orang berselfie pose group 18 kali. Kira aman damai lah. Padahal hari kami datang ni ada event Octoberfest dekat bawah sana. Manusia ramai seramai ramainya. Tapi mungkin dema tu tak heran nak naik ke atas ni. Mabuk todi lagi best kut.

Antara wow factor dekat atas ni ialah HEATED SWIMMING POOL atau HOT TUB. Kau tambah $10, boleh berendam dalam ni sambil menikmati pemandangan sekeliling. Kalau korang nak try, aku suggest time WINTER. Tak caya, kau tengok gambar yang aku ambik dekat website orang berendam time winter.

Kan. Very sesuatu. Tapi korang pakai seluar trek sama baju lengan panjang le kan dalam pool tersebut. Aku tak pastilah mereka benarkan ke tidak. Takpe. Burkini kan ada.

So macam teringin juga nak try berendam kat situ time winter. Tapi bila mengenangkan tiket nak naik atas ni campur $10, kalau aku sorang sorang boleh la. Laki aku mesti tak nak punya. MEMBAZIR katanya. Bukan penting pun untuk kehidupan. Itulah hujah yang selalu dia guna bagi K.O terus angan angan aku. Huhu.

The timing was off when we came here. It was end of summer and fall was in. We missed the wild flowers. Semua bunga liar atas gunung ni dah mampos. jadi, pemandangannya agak plain di High Camp ni.

Or else, waktu wildflowers season (JUNE), kau boleh buat video klip stail Selena Gomez RARE tu ok.


If you wonder kenapa ada lift di mana mana, itu ialah snow lift during winter. Dengar kata, lagi ramai orang naik ke atas ni waktu winter untuk Skiing. So lift tu untuk bawak kau ke tempat lagi tinggi untuk kau gelongsor ski ke bawah. Ini bukan tempat kau acah acah ambik gambar dengan ski outfit terkangkang kangkang dengan ski boots macam dekat South Korea tu. Ini tempat orang pro main ski. Kalau tak, tak ada lah tempat ni dulu host WINTER OLIMPIK. Kalau kau nak acah acah stail macam dekat South Korea tu kan, dekat bawah sana pun boleh. Menimbun nimbun salji time winter nanti. Tak payah bayar $49 untuk tu. Mahal kut.

Dekat atas ni pun ada playground untuk kanak kanak. So memang child, family friendly tempat ni.
We spent like an hour up here. Tak boleh lama lama sebab kakak Mike dengan suaminya tunggu kami dekat bawah. Tak eloklah pula kami sebagai tuan rumah biarkan tetamu yang datang melawat kami kesepian dekat bawah sana. Sepi ke?? So here is few photos I took while we are at High Camp.





High Camp @ Squaw Valley

Actually, kalau bawak picnic mat, baring tengok langit, sangatlah best. Tapi, seperti biasa, kami tak punya kemewahan masa sebegitu rupa. Tapi kalau korang datang sini, dah bayar harga tiket semahal tu, better spend as long as you can up here. See the sunset or something. Make every dollar worth it.

Masa untuk kami turun ke bawah. Here is the gallery of pictures aku group kan. Feel free to tap on it or click it to enlarge it. (Boleh besar kan) Aku terpaksa groupkan dalam gallery sebab nak save space. Post kali ni terlalu banyak gambar untuk di share. Dan, kalau korang lebih prefer aku groupkan gallery macam ni in future post instead of satu satu, please let me know.
Octoberfest 2019 @ Squaw Valley
Sesampainya kami di bawah, suasana berubah. Kemeriahannya terserlah. Kepada sesiapa yang pernah melawat mana mana pesta Octoberfest di luar negara, pasti maklum yang pesta ini ialah pesta beer yang asalnya dari Munich, German pada tahun 1810, meraikan perkahwinan raja mereka pada tanggal Oktober 12. Kemudian nya bertukar kepada Bavarian agriculture promotion (pasar tani – end of summer, menjual lambakan tuaian waktu musim panas) dan seterusnya pada abad ke 19, menjadi acara tahunan dengan tambahan sukan rakyat, tarian, gerai gerai makanan hasil dari tuaian dan sebagainya (funfair ground). It’s a family, child friendly festival. Kiranya bukan semata mata untuk mabuk mabuk langgar orang dekat jalanraya macam dekat Malaysia tu. Yang dekat Malaysia memang wajib di ban sebab mereka tak belajar sejarah Octoberfest. Tahu nak mabuk sahaja. Lepas tu memandu pula dengan keadaan mabuk, langgar orang yang tak bersalah. Dekat luar negara, tak ada sesiapa dibenarkan memandu dalam keadaan mabuk. Orang yang memang dah tahu nak mabuk, mereka dah book hotel dekat festival area. Or, get the UBER ride. Itu namanya drink responsibly.

Suasana di Squaw Valley bertukar kepada ala Bavarian. Jadi orang macam aku yang tak pernah sampai German, terasa la jugak suasana ala ala German gitu. Dengan costume, tarian, muzik, makanan dan ramai je orang berbangsa German menetap di USA, mengekalkan cara hidup mereka dari negara asal lalu di terapkan di festival sebegini.


Gadis dan wanita berpakaian seperti di label susu krimer pekat Cap Junjung atau “Dutch Lady” (if you know what I mean) are every where. Mesra. Cuma aku pula lupa nak bergambar dengan mereka. Sibuk ambik gambar dan video untuk di kongsikan kepada pembaca saja.
Dan, perut kami berkeroncong lapar. Tak banyak pilihan makanan untuk kai. Except for the Pretzels. Dekat sini ada pelbagai saiz. Dari saiz mini ke saiz giant, semua ada. So we got the biggest one and also a slice of strudel. Kira kuih asal orang German lah ya. Sosej sosej tu semua memang la nampak menggiurkan. Tapi kita sudah maklum memang takkan halal lah. Runtuh langit kalau aku dapat jumpa ‘Bratwurst’ halal dekat pesta ni.


Aku kongsikan suasana kemeriahan di sini. Kami lepak dekat sini tak sampai 2 jam pun. Aku suka meriah merah macam ni. Duduk sini seharian pun tak apa. Seronok tengok gelagat orang. Cuma Botak tak berapa gemar dengan tempat orang terlalu ramai. Dia jadi gelisah macam mana entah. Biasalah dia ni jenis manusia yang lebih sesuai duduk hutan dengan beruk dan serigala (dia sendiri cakap itu dream life asal dia, sebelum dia berbini dan beranak, nak duduk dalam hutan with pack of wolves and bears). Kalau bawak dia ke Pasar Malam dekat KL, dia memang boleh jadi gila, mood jadi berterabur. Masuk kereta marah marah terus. Sebab tu aku malas sangat nak bawak dia ke Pasar Malam lama lama. Dia jadi gila sebab keadaan orang ramai. Aku jadi gila sebab aku bosan dengan gila dia.
Kalau korang baca post aku yang sebelum ni, korang boleh compare betapa berbezanya keadaan dekat sini waktu biasa dan waktu ada festival.
And I end this post with TWO videos that I have compiled for this post.
Auf wiedersehen!
Leave a Reply