Alaska 101: Cerita pasal buat cupcake di Hari Bapa dan Pengalaman Gempa Bumi.

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Aku tak pernah celebrate Hari Bapa atau Father’s Day. Bukan sebab takut orang akan kata aku murtad ke apa, tapi sebab aku dibesarkan tanpa ayah. Selama berpuluh tahun aku hidup atas dunia ni, ini lah kali pertama aku pay attention pada Hari Bapa ni.

Alah, bukan nya pi Tokong bakar colok ke apa pun, tak ada sebarang upacara langsung. Kebetulan Mak mentua aku terseliuh bahu, aku ambik kesempatan untuk menceriakan hari hari dalam minggu tersebut. Bulan lepas aku ada bakar kek untuk Hari Ibu untuk dia. So kena adil la kan. Untuk Hari Bapa (mentua) aku buat cupcake

Fathers day cupcake 12

Lepas bukak puasa, aku tidur sebab sakit kepala yang amat. Lepas tu aku terbangun pukul 12 malam. Sambung makan dan start buat cupcake ni.

Satu pengakuan aku nak buat ni. Aku memang tak terrer bab baking membaking. Tapi minat tu memang ada sejak dulu lagi. Tapi dulu dulu rumah aku tak pernah ada ketuhar. Cuma for the past 2 years baru aku install full set cabinet dengan ketuhar segala di apartment aku di Shah Alam. itupun, 1st year aku tak sentuh langsung ketuhar tu. Aku takut benda tu meletup sebab aku tak pernah baking langsung. Tahun kedua, lepas nikah, laki aku ajar macam mana nak pakai. Sejak pada tu aku selalu la guna. Tapi bakar ayam, bakar pasta cheese dan kek coklat pre mix. Aku ada gak try pegi kedai baking di Shah Alam dan KL.. tengok barang barang dia.. mak aihh.. mahalnya! Especially brand Wilton. 7 tahun sudah, aku pernah attend kelas hias cupcake di Hartamas. Sejak dari itu, aku sentiasa tengok youtube macamana nak hias kek dan buat icing sebelum tidur. Tiap kali tengok, aku yakin gila yang semua tu senang gila siut.

Tapi bila kawan kawan dok kata dah boleh ganti Martha Stewart, aku rasa macam bangang. Jadi aku nak buka la rahsia yang sebenarnya. Minat dan kesukaan aku terhadap baking mem baking ni memang aku tak nafi. Cuma, seperti biasa, aku nak mudah. Kalau payah, aku akan jadi cepat serik.

Fathers day cupcake

Rahsia yang aku nak cerita ialah pasal tepung. Aku sebenarnya beli dalam kotak dah siap adun. Aku cuma perlu tambah:

3 bijik telur

1/2 cup minyak sayur

1 cup air

Putar 2 minit, masuk dalam ketuhar 20 minit pada suhu 190 Celcius. Siap 24 biji. Macam masak meggi la ok.

Itu jek. Budak darjah 1 pun boleh buat sebenarnya. So aku tak terrer apa pun. Kat sini tepung pre mix aku suka guna brand Pillsbury dan Betty Crocker. Gebus gebas kek nya. Baunya sangat sweet dan rasa dia memang perfect. Lepas tu harga dia murah gila. $1.40 sekotak untuk 24 cupcake.

Eh, tapi kan, masa aku buat cupcake kat rumah kak ipar aku guna bahan bahan organic tu.. memang aku buat from scratch. Bukan pre-mix. Dan rasa dia so-so je. So aku bagi tau Mike, aku sedih.. berdiri 2 jam kat dapur.. turn out rasa cam hampeh. Dia kata tak payah susah susah, beli je pre-mix.

Fathers day cupcake 1

Kalau korang nak dalam isi kek berwarna warni, korang boleh la modified sikit. Letak chocolate rice yang warna warni dalam adunan tepung korang. Nanti bila dah masak ada bintik bintik kaler macam nasi hujan panas gitu.

Fathers day cupcake 2

Satu lagi rahsia yang aku nak bukak. Segala hiasan untuk cupcake memang dah jual siap macam dalam kotak kat atas tu. Kau pilih je tema apa kau nak. Semua ada. Wilton kat sini murah gila. Tapi disebabkan duit RM kecik dah sama dengan duit Rupiah, jadi aku rasa benda ni still mahal kalau convert to RM. Aku tak rasa pun aku kelas atasan bila pakai barangan Wilton ni. Budak umur 6 tahun pun buat cookies pakai barang Wilton lah.

Fathers day cupcake 3

Bila aku pegi kedai kraftangan kat sini, yang famous is Michael’s dan Joann, aku boleh bikin Mike muntah darah. Sebab aku boleh duduk sini sampai seminggu tak balik. Barang baking dia berjuta juta. Kek stencils, gel tulisan, Fondant beratus kaler, bunga fondant, binatang fodant, berjuta jenis cream, butter cream, butter cheese, whipped cream dalam beratus jenis kaler. Barang untuk colouring kau cakap nak dalam bentuk apa. Bentuk macam pen highlighter tu pun ada. Manik hiasan jangan cerita lah. Siapa pernah pergi Sayang You kat Jalan Masjid India untuk cari labuci dan manik, kat sini segala mak nika edible pearls ada 300 kali ganda dari manik dan labuci di Sayang You tu. Jadi, kau jangan lah takjub satu hari nanti, aku punya kek sempena hari Rabu, untuk suka suka sebab aku boring kat rumah tak tahu nak buat apa, macam kat gambar bawah ni ya. Semua barang dah ada. Kau tempek je.

instagram-10-wedding-cake

Fathers day cupcake 4

 

Fathers day cupcake 5

Penampakan bintik bintik kaler tu.. kiut sangat.

Fathers day cupcake 6

 

Fathers day cupcake 7

Tapi icing aku tak pernah buat sendiri lagi. So aku try la buat sendiri sebab mudah macam masak maggi jugak. Cuma perlu:

6 Cup powder sugar

1  Cup Butter

3 Table spoon full skim Milk

2 titik Pati Vanill

(Frost up to 24 cupcakes)

Start pukul powder sugar tu dgn butter sampai sebati, kemudian masukkan sikit sikit susu, last sekali Vanilla essence. Kalau keadaan adunan mcm lembik sangat, tambah lagi gula. Kalau keras sangat, tambah lagi susu. Pandai pandai la kau agak.

Fathers day cupcake 14

Dulu aku rasa bermasalah gila bila nak ikut resepi mat salleh. semuanya pakai CUP size. Aku kan jakun..datang dari kampung.. so aku dok pikir.. cup macam cawan teh ke? Lepas tu macam bangang pula kalau ikut resepi Malaysia. Semuanya dalam gram. Dah tak pasal pasal aku nak kena beli digital weight scale bagai. Lepas tu ber liter liter pulak sukatannya. Tu yang membuatkan aku tangguh acara membaking aku masa aku kat Malaysia. Lepas aku diperkenalkan dengan menatang sukatan cup macam dalam gambar di atas, peh, aku rasa dunia baking ni dunia paling senang dari dunia menjahit dan kerja Travel Agent.

Fathers day cupcake 8

Rumah mentua aku melambak food colouring. Depa guna untuk kaler Easter Egg. Dalam simpanan dia sahaja ada 9 kaler. Belum lagi aku campur campur diantara 9 kaler tu lagi. Tapi memandangkan temanya Hari Bapa, aku buat kaler biru. Ala ala biru Tiffany’s Box gitu.

Fathers day cupcake 9

Bab paling aku suka ialah frosting. Suka betul aku main dengan piping bag. Aku rasa kalau aku nak piping satu rumah ni pun sanggup.

Fathers day cupcake 10

 

Fathers day cupcake 11

Sesudah frosting, cucuk je lah spek kertas tu dengan letak candy riben merah tu masa frosting still basah. So kuat la melekat dia.

Fathers day cupcake 13

Esok paginya aku keluarkan dari peti ais dan persembahkan dekat pak mentua aku. Tergezut dia. Dia ingat takat Kad wish je Mike dan aku bagi. Tapi ada cup cake pulak kan. Bila tengok dia suka, hilang rasa penat aku (penat ke?) Aku dah plan apa aku nak buat untuk 4th of July nanti. Tunggulah ye.

2 hari lepas tu, aku berpeluang merasa gegaran gempa bumi untuk pertama kalinya dalam hidup aku. Selalu dok dengar je. Lepas tu first time kena kat Malaysia, iaitu di Sabah, aku cuma follow through internet saja. Aku tengah tidur. Masa tu dalam pukul 1 tengahari. Tiba tiba katil bergoncang. Gegaran tu jadi serentak dengan Mike bangun dari lantai (PC dia letak atas lantai jek) So aku ingat, bapak dia ni menggeliat sampai gegar satu bilik. Aku memang bangun terduduk la. Dia senyum siap dengan gaya tangan dia “that’s earth quake. Don’t worry, go back to sleep”. Aku dengar dia cakap Earth Quake, terus aku keriau cakap aku takut. Dia gelak lagi kat aku. Dia kata, itu gegaran normal, tak ada apa nak dirisaukan.

So, boleh aku describekan disini, gegaran dia macam gergasi menggeliat gitu. Tak lama. Dalam 2-3 saat je. Semua vase bunga kaca dalam bagai tak goncang pun. Mungkin juga cara binaan rumah disini di mana, tidak diperbuat dari konkrit, tapi kayu dan dry wall. So aku rasa 50% gegaran lesap diserap oleh structure rumah ni. Tapak rumah di Alaska juga berlubang. Di support oleh beam. Kiranya bawah rumah memang tanah yang dilapik dengan plastik tebal. Tapak rumah berlubang sebab tanah di Alaska sentiasa berais walau pun waktu summer. Jadi lantai rumah memang tak boleh sentuh tanah lah, kalau tak cepat la reput lantai kayu depa ni. Segala struktur simen, konkrit atau batu bata memang kau takkan jumpa dalam binaan rumah di Alaska. Jadi, dengan adanya ruang kosong antara tapak rumah dan tanah pun penyebab kenapa bila gempa, rumah tak ada apa apa.

Lepas tu kami tengok news. Gempa tu skala ritchernya 5.8. Lebih kurang macam di Sabah kalau tak silap aku. Cuma dekat sini bezanya, tak ada kemalangan jiwa berlaku. Manusia dekat sini pun macam dah lali. Lepas tu aku juga baru tahu yang, gempa bumi di Alaska berlaku 10 – 12 kali SEHARI. Ini kerana Alaska terletak di atas tindihan plet antara Pacific dan Amerika Utara. So plet tu memang sentiasa bergerak. Aku rasa lah, kalau mat rempit di Malaysia tinggal di Alaska ni memang terkencing kencing setiap hari. Kalau tak gempa, nampak beruang lintas. Kalau tak beruang, kau kena sergah dengan senapang kalau kau masuk laman orang. Tak pun, kau kena tegur secara direct buang putung rokok merata. Mat rempit kat sini memang tak dapat hidup lama. Tak sempat nak rempit pun, semua kena tembak time panas enjin motor.

Eh, apa aku melalut ni. Ok lah. Aku stop sini dulu.

Bai.

Comments

comments

Leave a Reply