Alaska 101 : Knik River Road

Lepas aku membebel bebel aku boring tak kemana sejak balik ke Alaska ni, si Botak dapat off 2 hari dan bawak aku keluar jalan jalan. Tak jauh pun, tapi bengang jugak sebab selama ni dia tak pulak nak bawak aku kesini 2 tahun lepas.

Sepatutnya dia plan nak bawak aku jungle trekking di Girdwood. Tapi hujan lah pulak. Jadi dia decided bawak aku jalan jalan nearby dan sambil sambil tu bagi aku rasa macam tourist la pulak singgah makan dekat hotel di bandar kecil Palmer berdua duaan macam honeymooner pun ada. Hehe. Esoknya baru kami pegi jungle trekking di Girdwood. Bab Palmer tu I will write in my next post. Nanti terlalu panjang sebab post ni pun banyak gambar kan.

Kali ni kami ke Knik River Road. Jarak jalan ni dari rumah mentua kami 40 kilometer je kut. Macam Shah Alam ke Gombak la. Kira Botak mengelat la kan. Apa yang menarik kat sini ialah permandangan dan dekat sini ada cabin lodging untuk penginapan bagi mereka yang berminat untuk naik helicopter for glacier tour. Tak nak ambik tour pun boleh stay sini jugak. DAN jambatan lama ni.

First of all, Alaska seminggu dia ni, redup dan hujan manjang. So gambar gambar aku ni macam ni je lah. Banyak kelabu dari biru.

Knik River Road Alaska002

Knik River Road Alaska003

Mengikut Mike, dulu jambatan ni lah satu satunya digunakan oleh penduduk Mat Su Valley ke Anchorage. Memang tak ada jalan lain sebab kena cross Knik River ni. Punya la lebar sungai ni dah macam pantai aku tengok. Tapi, seperti binaan yang lain lain, apabila teknologi makin maju, akhirnya binaan terdahulu akan tinggal jadi tugu je lah. Jambatan ni dah tak digunakan lebih dari 20 tahun. Masih utuh walau kadang kadang aku rasa macam seriau juga sebab jambatan ni base dia kayu sebenarnya, tapi di turap dengan tar. Mungkin kerana cuaca sejuk kering, proses pereputan dekat sini jadi lambat. Aku rasa kalau dekat Malaysia, dah lama hancur jambatan ni.

Knik River Road Alaska020
Nyonya posing sikit lah ya…

Knik River Road Alaska021

So aku tak tahu lah kalau bagi korang benda ni menarik atau tidak. Sebab location ni takkan termasuk dalam tour itinerary/ tour package kalau korang beli dengan agen untuk datang ke Alaska. Bukan touristy area pun, tapi, ia adalah sebahagian dari sejarah sistem pengangkutan di Mat Su Valley.

Knik River Road Alaska022

Bawah jambatan tu merupakan tapak untuk ATV. Tapi masa kami pegi tu, tak ada pula orang ber ATV. Tapi bersih la tempat dia kalau macam ni. Aku punya taraf adventure ni tak la sehebat mana. Aku cukup cuak untuk ber ATV berlumuih dengan lumpur ni. Haha.

Knik River Road Alaska031

Knik River Road Alaska032Knik River Road Alaska030

Sesekali kami berselisih dengan ‘self drive’ tourist dari luar Alaska di sepanjang Knik River Road ni. Maksudnya, memang ada yang interested untuk lihat benda benda yang aku paparkan dekat sini. Kalau aku sendiri pun, aku prefer to go somewhere only local people do. Macam kalau dekat KL, aku tak beria nak bawa Mike ke KLCC. Sebab dia boleh tengok dari internet dan dengar cerita orang. Tapi, aku lebih suka bawak Mike ke Sungai Bil Slim River, Perak di mana aku pernah sambut birthday aku dan mandi manda dekat situ dengan kawan kawan sekolah 25 tahun yang lalu.

Knik River Road Alaska017

Knik River Road Alaska005Knik River Road Alaska006Knik River Road Alaska004

Knik River Road Alaska015Knik River Road Alaska014

Aku bayangkan jugak kalau lah buat shooting post wedding dengan gaun pengantin yang panjang berjurai jurai dengan latar belakang yang ada.. pehhh mesti sangat indah.

Dalam perjalanan kami singgah lah at few spots macam anak sungai and all. Bukan kami saja, ada la kereta lain yang singgah. Tapi tak la ramai macam dekat Batu Cave tu kan. Satu je aku nak bagi tau kat korang, skala gunung ganang, tumbuhan, sayur, binatang dan pokok kat sini sangat besar. 3 kali ganda besar dari apa yang ada di Malaysia. Jadi secara tak sengaja, kau nampak kenit dan slim gitu. Hahahaha.

Knik River Road Alaska013
Actually warna kelabu ni caused of the dirt. Tanah dasar dia berwarna kelabu, volcanic ashes type. Kalau kau ceduk air tu, jernih je.

Knik River Road Alaska009Knik River Road Alaska009Knik River Road Alaska024Knik River Road Alaska023

Knik River Road Alaska025
Entah pokok bunga apa, tapi bulu dia macam kekabu. Aku cakap dekat Mike, boleh kutip ni sumbat buat bantal kat rumah. Dia buat bo layan je dekat aku.

Knik River Road Alaska026

Knik River Road Alaska012

Masa kami berhenti dekat anak sungai ni, hujan rintik rintik je. Aku tak pasti jambatan ni baru buat ke atau tak. Tapi bau kayu jambatan ni buat aku ‘high’.  Wangi kayu dia jangan ceritalah. Kalau dapat aku rakam baunya, memang aku rakam dan buat perfume.

Knik River Road Alaska011Knik River Road Alaska010Knik River Road Alaska008

Actually when we talked about nature, bukan Alaska je cantik. Cuba korang pay attention pada highway PLUS bila korang nak balik kampung. Especially bila time lengang. Cantik ya amat. Lebih lebih lagi bila lepas hujan dan ada kabus dekat bukit bukau. Mungkin sejak aku jadi suri hati pada Botak ni, aku ada terlebih banyak masa dan mampu enjoy satu satu pandangan tu dengan cara lain. Aku perasan sejak aku duduk Alaska, aku punya observation dan appreciation agak tinggi terhadap segala benda di sekeliling aku. Even pandangan pancaran matahari dari balkoni apartment aku yang aku dah beli lebih dari 10 tahun tu pun, sekarang aku rasa sangat indah dan tak pernah jemu.

Lepas tu kami teruskan perjalanan sampai ke hujung jalan. Dekat situ terletaknya Knik River Lodge. Quite tinggi kedudukan dia. Memang aman sangat sekeliling. Botak ada tanya aku, nak try bermalam dekat sini tak? Aku angguk je. So dia janji dalam 2 minggu lagi dia dapat cuti dia nak bawak aku stay sini. Nanti aku buat la review pasal cabin lodge ni dekat korang. Doakan aku rajin yer.

Knik River Road Alaska028
View from Knik River Lodge

Knik River Road Alaska029Knik River Road Alaska027

 

Last but not least, this is the creme de la creme di Knik River Road. Ada satu point tu, kau dapat tengok Knik Glacier dari kejauhan. Memang view ni satu point je. Setiap pelancong, traveler yang datang melewati Knik River Road, WAJIB stop sini untuk capture the view. Ibarat kata Botak, ada orang datang dari jauh beribu batu for this view. (sambil tunjuk dekat plet kereta satu family ni dari Massachusetts.) Aku kira bertuah lah sebab view ni dalam 40 kilometer je dari rumah. Nak pi tengok lagi esok pun boleh.

Knik River Road Alaska018Knik River Road Alaska019

3 jam jugak lah kami spent di sepanjang Knik River Road ni. Pukul 4 petang, kami pun lapar. Tu yang Botak bawak aku pegi Bandar Palmer dan makan makan di cafe hotel macam tourist berhoneymoon tu. Hehe. Nanti aku sambung next post la ya.

Aku masih lagi bengang mencari mana video aku ambik di sekitar anak sungai dengan Iphone ni. Ingatkan dah transfer masuk laptop. Tak jumpa pulak. Dah la aku delete dari phone. Susah betul la bila tua bangka baru nak belajar pakai Iphone ni kan. Tak kuasa betul lah. Sakit hati aku kadang kadang pun iya.

8367150290_f64071bebb_o3

Knik River Road, Palmer, Alaska

Comments

comments

7 Comments

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      July 31, 2016 at 5:30 am

      Ala jalan dekat dekat je time Mike cuti…ibarat macam jalan jalan Dari Shah Alam ke gombak gitu

    1. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      July 31, 2016 at 11:31 pm

      Tak pasti lagi. Tapi harap dapat balik beraya lama sikit next year Kalau balik

Leave a Reply to JulsJulie EenaSera on Facebook Cancel