Alaska 101 : Land of The Giants / Pengalaman Melawati Tapak Alaska State Fair 2016.

If you asked me to describe Alaska in one word, it would be GRANDE. Apa sahaja berkaitan dengan Alaska – segalanya berskala besar dan extreme. Cuacanya, gunung ganangnya, lanskapnya, kejadian alamnya, hidupan liarnya dan tanamannya berskala besar, sisa jurassic. Selama hampir 2 tahun aku tinggal di sini, tidak keterlaluan jika aku katakan Alaska ini salah satu ciptaan Tuhan yang sangat majestic. Alaska bagi aku ibarat Taman di Babylon tanpa campurtangan binaan dari tangan manusia. Kedudukannya yang agak terasing juga membuatkan mentaliti penduduknya agak berbeza dari manusia yang pernah aku jumpa atau aku perhati dari kaca mata media. Kalau sesiapa pernah tinggal di Germany, kagum dengan sistem kemanusiaan di sana, Alaska merupakan kembarnya tapi lebih kearah ‘kampung’ sementara German lebih kearah mechanical advance.

alaska-size-compared-to-europe
Alaska compared to Europe. Jadi kalau kau berniat nak dtg Alaska dan berhajat explore Alaska dalam masa seminggu, baik kau batalkan sahaja niat murni kau itu.
alaska-size-compared-to-usa
Alaska State compared to USA 48 States

Besar nya Alaska boleh kau lihat perbandingan gambar peta di atas. Ianya negeri terbesar di USA dan it almost cover the whole European country. Alaska terlalu besar untuk di pengaruhi oleh perubahan yang dibawa dari luar. Tipu lah kalau aku kata langsung tak ada benda jahat yang masuk ke sini. Tapi besarnya Alaska dengan pendirian dan mentaliti penduduknya akan ‘dilute’ benda baru yang cuba bertapak di sini. Kenapa aku cakap macam tu, sebab, sejak aku tinggal dekat sini – Alaska banyak mencairkan benda yang sebati dengan ke Melayuan yang aku bawa dari Malaya. Superstition, hantu jembalang, prasangka negatif, takut pada malam dan gelap, sikap menilai seseorang dari luaran, meneka neka anutan agama seseorang, rasa megah material adalah antara benda yang kini tinggal ‘bekas’ semata sebagai kenangan terbangang dalam ingatan.

alaska-state-fair-2016018

Ok, enough dengan mukadimah aku yang panjang berjela kali ini. Padahal benda yang aku nak cerita hanyalah pegalaman pertama kali melihat tanaman yang terhasil dari bumi Alaska. Saiznya boleh aku katakan tidak masuk akal. Thanks to the midnight sun (matahari di waktu malam sehingga pukul 12 malam), di sepanjang bulan May, June dan July membantu tumbesaran luarbiasa tanaman di Alaska.

alaska-state-fair-2016005

alaska-state-fair-2016022

Excitednya aku menunggu tiba masanya tanaman ini to be put on display, jangan cakap lah. Bertahun tahun aku nyatakan pada botak, selain daripada melihat keajaiban Aurora Borealis, aku ingin sangat memegang sayur gergasi. Alhamdulillah, impian jadi kenyataan pada bulan Ogos tahun ini. Terima kasih Tuhan.

alaska-state-fair-2016025

Keseronokan melawat tapak expo (dekat sini mereka panggil state fair) menjangkaui expectation aku sebenarnya. Selama ini aku hanya bayangkan macam pegi pasar besar Selayang, sayur bersusun susun dan ada penimbang besar. Sayur yang masuk pertandingan di timbang and that’s it. Haha. Simple gila pemikiran aku. Rupanya Alaska State Fair ni lebih dari itu. Patut lah seluruh penduduk Alaska menunggu acara ini setiap tahun, termasuklah para pelancong yang datang ke Alaska. Jadi aku sarankan, kepada sesiapa yang bercadang untuk datang ke Alaska, sila pilih bulan Ogos/ September dan jangan lupa experience Alaska State Fair yang berlangusng selama 12 hari. Dapat datang 1 hari pun jadi lah. For more info about Alaska State Fair and upcoming event, you can visit http://www.alaskastatefair.org/site/

alaska-state-fair-2016017

Meriah semeriahnya! Sesuai untuk semua peringkat umur. There is something for every age! Kalau kau rasa Sure Heboh TV3 tu macam best sangat, Alaska State Fair 10 kali ganda lagi best! Sebab artis artis tak sebok meniaga. Memang ada konsert hiburan tapi itu sebelah malam. Jadi kurang anasir pengidolaan di sini.

alaska-state-fair-2016014
Alaskan’s Native performance
alaska-state-fair-2016001
Parking Fee $5.00 per entry
alaska-state-fair-2016002
Tengok tempat parking pun dah rasa damai. haha

alaska-state-fair-2016003

alaska-state-fair-2016004
Entrance Gate. Masa mula mula sampai, mencebik aku. Meh, kampung nya..tak sehebat Sunway Lagoon punya entrance pun. Jahat kan hati ni?

Kalau kau nak experience Alaska macam penduduk tempatan dari segi makanan, shopping dan aktiviti, Alaska State Fair ini lah tempatnya. Memang 100% support local small business entrepreneur sangat sangat. Walau establishment dia tak lah se gah Disney World, tapi keriangannya tetap sama hanya dengan entrance fee $13 sebanyak (dewasa) $10 (kanak kanak). Aku yang tua ni pun seronok sebab Alaska State Fair ini lebih kepada realiti.

alaska-state-fair-2016006

alaska-state-fair-2016008
Saiz kuda di Alaska.

alaska-state-fair-2016007alaska-state-fair-2016009alaska-state-fair-2016010alaska-state-fair-2016011alaska-state-fair-2016012alaska-state-fair-2016013

alaska-state-fair-2016015
Grilled Crab. USD30 per pieces. Tak pe lah. Terima kasih. Ambik bau je.. huk huk.

alaska-state-fair-2016016

Of course tempat yang aku terkam dulu ialah sayur sayuran lah. Hadap sangat aku dekat sayur giant ni. Jakun la katakan. Selama ni menganga tengok strawberry oversea besar besar. Ini lagi up la kan experience dia. Sampai saja tempat sayuran, baru aku tahu, bukan sayur saja masuk pertandingan, semua benda masuk pertandingan ratu contest miss universe ni. Buah dan bunga pun ada! Nasib baik lalang je tak ada! Paling aku tak tahan, pertandingan bunga paling merah pun ada! Pertandingan Kobis terbesar 2 hari selepas hari aku datang sini. Tapi Mike kerja so.. tak dapat la aku posing kobis giant tu.. sedih.

alaska-state-fair-2016045alaska-state-fair-2016040alaska-state-fair-2016024alaska-state-fair-2016020alaska-state-fair-2016021alaska-state-fair-2016019alaska-state-fair-2016044

alaska-state-fair-2016043alaska-state-fair-2016042alaska-state-fair-2016041alaska-state-fair-2016039alaska-state-fair-2016038alaska-state-fair-2016037

Kiranya, petani di Alaska ni memang sangat sangat dedikasi dalam bidang pertanian ni ya. Mereka bertungkus lumus menghasilkan baka terbaik setiap tahun walau hakikatnya – musim menanam hanyalah 3 bulan sahaja. Nak kata hadiah pemenang nombor satu sangat lumayan, aku rasa tak lah. Ibarat lebih kepada suka suka dan dapat certificate je kut. Tapi depa punya suka suka, kalah FAMA Malaysia. Aku cakap dekat botak – “I don’t understand why Alaskan is so dedicated and work hard to plant the flowers and vegetables while you know soon at the end of September, the whole ground will be icy cold and froze everything. It’s not like you guys can export these things out”

Jawab botak pada aku –

Why do you go to school, work and going places while you know you will die eventually?”

Oh, it’s called – living life with a purpose. Ok, I get it.

Lepas tu kami berpindah ke section farm animals! You are free to pet and feed the animals too. Yang paling aku kagum, sebahagian binatang ternakan ini adalah dibawah program 4H. Mike terangkan kepada aku program 4H ini macam pendidikan kemahiran di sekolah sekolah di Malaysia. Cuma, beza nya disini, kemahiran ini di adakan untuk kanak kanak seawal usia di kindergarden. Dibawah adalah ikrar para 4H member:

My head to clearer thinking, 
My heart to greater loyalty 
My hands to larger service 
My health to better living, 
For my club, my community,
My country and my world. 

Head – managing and thinking
Heart – relating and caring
Hands – giving and working
Health Being and living

For more information and what is 4H – you can read it here : http://www.alaska4h.org/what-is-4-h.html

alaska-state-fair-2016032
Tu dia bergelumang. Eeeeiiiii bertuah punya budak!
alaska-state-fair-2016036
Tempat basuh tangan dan sabun di sediakan berdekatan dengan ‘petting zoo’
alaska-state-fair-2016046
Rebellious nampak… takut jugak dia terbang naik atas kepala aku masa tu.
alaska-state-fair-2016033
Ayam Alaska

alaska-state-fair-2016026alaska-state-fair-2016027alaska-state-fair-2016028alaska-state-fair-2016029alaska-state-fair-2016030alaska-state-fair-2016031alaska-state-fair-2016034alaska-state-fair-2016035alaska-state-fair-2016047

Baru aku faham kenapa mereka ni bila dewasa tidak lah semata mata mengejar kerjaya yang penuh gaya full suit and tie. Memang kena dengan slogan nya ‘Learn By Doing’, berbeza dari gaya orang kita yang mana – separuh usia hanya belajar teori dan tadah dengar apa orang dewasa cakap.

Aku walau duduk Alaska hampir 2 tahun, tapi masih tak complete study pasal semua benda di Alaska. So, aku happy sangat bila berpeluang dapat melawat Alaska State Fair, aku dapat tengok Ayam, lembu dan Kambing Alaska sekali. Haha. Comel sangat Ayam Alaska! Nanti korang tengok dalam video yang aku rakam ya.

Kalau korang biasa tengok Food Network, State Fair di mana mana negeri di USA memang terkenal sebagai expo makanan. Masa ni lah peluang untuk melihat dan merasai makanan unik hasil resepi tempatan under one roof. Kalau tak jenuh nak kena drive mencari. Harum bau makanan bercampur dengan gelak ketawa keceriaan suasana Fun Ride memang buat aku rasa seperti di Neverland. Masa tu baru aku tahu, State Fair ni sangat seronok and it’s a must event for you to experience it once in a life time.

alaska-state-fair-2016053

alaska-state-fair-2016057
Elephant ear

alaska-state-fair-2016051alaska-state-fair-2016052
alaska-state-fair-2016054alaska-state-fair-2016058alaska-state-fair-2016059alaska-state-fair-2016060alaska-state-fair-2016062

alaska-state-fair-2016075

Selama ni aku tak tahu Alaska ada Oyster nya sendiri. Dan tak lupa juga Elephant Ear – kudapan seakan donut lembut atau Kuih Cakoi tapi dalam bentuk leper, rangup di luar, gebu di dalam di taburi gula cinnamon halus. First time aku dapat rasa makanan yang mengingatkan aku kepada kuih di Malaysia. Botak berkali kali mengingatkan aku tentang Elephant Ear ini dan yakin aku akan jatuh cinta dengan kuih ini. Well, he’s right. Sekembali ke rumah, aku terus google resepi Elephant Ear ni. Ah, memang seakan donut kita, tapi aku tak tahu bila aku mampu cuba sebab aku cukup anti dengan sistem ‘perapan’. Haha.

featured-image

Seingat aku, dari kecik lagi mengimpikan Ferris Wheel ride dengan kekasih hati. Mungkin pengaruh wayang gambar cinta remaja Mat Salleh barangkali membuatkan aku berangan yang Ferris Wheel ride ni sangat romantik. Botak belikan tiket untuk kedua dua jenis Ferris Wheel yang ada di State Fair ni tanpa bantahan. Kebetulan hari tu it’s a Free Buddy Ride. Bayar satu untuk 2 orang. Tanpa di sangka sangka, botak cakap “I don’t know why Ferris Wheel ride is so romantic”. Jadi memang benar lah Ferris Wheel ride ini membuahkan rasa romantik! Hahaha. Well, aku rasa sebab kedudukan di awangan, berdua dengan view seluas pandangan. I don’t know how many girls Botak had a Ferris Wheel before me. Tapi dia lah kekasih hati aku yang pertama merealisasikan impian zaman remaja aku. Manis.

alaska-state-fair-2016068
View from the top of Ferris Wheel Ride

alaska-state-fair-2016064alaska-state-fair-2016055alaska-state-fair-2016056alaska-state-fair-2016063alaska-state-fair-2016066alaska-state-fair-2016067alaska-state-fair-2016069alaska-state-fair-2016070alaska-state-fair-2016071alaska-state-fair-2016072alaska-state-fair-2016073

Bukan main lagi aku cakap dekat botak, aku hanya perlukan 1 jam sahaja di State Fair ni sebab aku fikir tarikannya hanyalah sayur gergasi. 1 jam jadi 4 jam. Aku kepenatan sampai aku rasa nak botak dukung saja aku balik ke parking lot.

alaska-state-fair-2016079
Tertarik dengan baju pakcik tu. Tak sabar halloween ke pakcik? Haha.
alaska-state-fair-2016077
Mata huskey ni bahaya.. hypnotizing. Tak puas tengok.
alaska-state-fair-2016076
Free Wifi. Tapi aku tak ada masa nak pakai update live sebab terlalu leka dgn keseronokan suasana.

alaska-state-fair-2016078

alaska-state-fair-2016074
Kemudahan untuk public yang sangat tip top bersih luar dan dalam. Tong drum sampah di mana mana untuk pastikan senang orang buang sampah. Ye lah.. pesta makanan lah katakan.

Dalam mengesot ngesot balik ke parking lot, sempat lagi berhenti bergambar dengan Whale Jawbone ni. Rahang bawah ikan paus ini pun dah patah separuh kata nya. Pengalaman sangat dapat duduk dan sentuh rahang ikan paus. Macam simen konkrit teksturnya.

14292253_10210202846138325_2609412365070703528_n

alaska-state-fair-2016048
Profession PETANI seperti amat di muliakan di sini. Macam satu kebanggaan yang mesti di perkenalkan kepada anak anak dari kecil lagi.

alaska-state-fair-2016050alaska-state-fair-2016049

So, that’s it. It was a fun sweet experience for me to visit Alaska State Fair 2016. Aku harap aku dapat melawat State Fair di lain lain state di USA in the future, Insyaallah.

VIDEO:

Jenuh tak nak habiskan entry kali ni? Baru hangpa tau betapa banyaknya gambar yang perlu di pilih dari ribuan snap shot & di edit sikit sikit serta info yang aku rasa perlu di sertakan sebagai perkongsian bermanfaat. Bukan senang nak menulis cerita pengalaman benar tulus ikhlas. Lain la belog gossip artis kan. Hehe.

8367150290_f64071bebb_o3

Palmer, Alaska.

Comments

comments

3 Comments

  1. Earl Alang Junior on Facebook

    September 13, 2016 at 4:43 pm

    u should vlogging n upload it on youtube

  2. Melayu di Alaska : Lawatan Pertama Kali ke Alaska State Fair 2018 untuk Athena Sophia! | | Bittersweetbyte.com

    September 3, 2018 at 10:28 am

    […] bawak Athena Sophia ke Alaska State Fair ni. Masa first time aku ke sana (cerita dia boleh korang BACA DI SINI secara detail) dua tahun yang lalu, aku tengah mengandung Athena Sophia 2 bulan. So memang tak de […]

Leave a Reply