Alaska 101: Seward Highway Scenic Drive

FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE

Kalau di Amerika, highway mereka ni pun dah boleh tarik pelancong untuk datang. Belum lagi bab gunung ganang, hutan dan bandar dia. Dulu, masa aku kecik umur 6 tahun, aku terdengar lagu John Denver “Take Me Home, Country Roads” di radio. Masa tu otak aku dah start membayangkan keadaan ‘Country Roads’ tu based on lirik lagu. Terus berangan nak datang Amerika, untuk Route 66 – highway yang paling aku nak lalu dalam dunia ni. Tapi memandangkan aku tercampak di Alaska, kira aku extra bertuah juga lah dapat jelajah highway highway yang memang termasuk dalam list highway tercantik di dunia.

Seperti post aku yang lalu, aku ada senarai highway yang ‘mesti’ lawat sekiranya sampai di Alaska;

1) Hatcher Pass Scenic Drive

2) Denali Park Road

3) Turnagain Arm Drive

4) Hatcher Pass Scenic Drive

5) Matanuska Glacier Scenic Drive

6) Eklutna Lake Scenic Drive

7) Parks Highway Audio Guide

8) Skilak Lake Road Map

9) Portage Valley & Whittier Tunnel Driver Guide

10) Nash Road

11) Exit Glacier Road

12) Arctic Valley Road Scenic Drive

13) Anchorage to Seward (Seward Highway)

14) Old Glenn Highway Scenic Drive

15) Pasagshak Bay Road

16) Anton Larsen Bay Road

17) Chiniak Highway Guide

18) Monashka Bay Road Guide

19) Nome-Council Highway Scenic Drive

20) Nome – Taylor Highway Scenic Drive

Setakat ni baru 8 highway yang aku dah berjaya lawati di Alaska dan inshaallah, lagi 12 aku try la slow slow. Sebelum aku bercerita pasal motorhome trip and camping aku dan Mike di sekitar Seward, aku nak cerita sikit keindahan perjalanan sebelum sampai ke Seward tu. Belum sampai Seward pun dah marvelous, jadi korang cuba la teka betapa indahnya Seward nanti.

Road to Seward Scenic Drive

Untuk ke Seward, mesti la kena masuk highway dia. Kalau bahasa kasar Seward Highway la kan. Tapi bahasa tourist dia ialah Seward Scenic Drive. Panjang highway ni dari Anchorage ialah 204 kilometer. Highway ni termasuk dalam list National Geographic – DRIVES OF A LIFTIME dan Seward highway ni adalah salah satu 500 World’s Most Spectacular Trips. Di sebabkan oleh itu, aku tak la ralat sangat tak dapat dapat lagi lalu di Route 66 sebab US government pun ada mewartakan yang Seward Highway ni an All American Road. So, kira Amerika highway jugak lah feeling dia.

Road to Seward Scenic Drive 1

Kalau kau bangsa yang nak cepat, 3 jam pun boleh settle 204 kilometer ni. Tapi aku respek gila kat kau kalau kau tak terasa nak berhenti bila tengok kiri kanan highway ni. Kau memang hati batu. Tak pun, mata kau buta. Setengah orang ambik masa seminggu untuk menikmati pemandangan dan lencongan keluar dari highway ni. Tapi kami ambik masa dalam 2 hari (sehari pegi, sehari balik), stop dalam 20-30 minit di tempat tempat menarik.

Road to Seward Scenic Drive 2

Road to Seward Scenic Drive 3

Yang paling best highway ni tak ada tol la kan. Lepas tu dia sentiasa ada “view point” atau “point stop” macam dalam gambar ni. Supaya tak ada la kau menyusahkan kenderaan lain untuk meneruskan perjalanan. Di sepanjang highway di Alaska memang takkan ada papan iklan (billboard) di tepi jalan macam kat highway PLUS. Di Alaska, billboard besar di tepi jalan merupakan satu kesalahan besar dan di haramkan. Sebab? Papan iklan besar tu block keindahan alam. Itu je sebabnya. Kalau korang baca post post aku yang lama pasal Alaska, kedai nombor ekor dan rumah perjudian pun di haramkan. Kalau IC kau Alaska, kau memang tak dapat berjudi. Kalau kau menang judi di luar Alaska pun, jadi batal kalau IC kau Alaska. Malaysia ada berani nak buat gitu? Haha. Dalam gambar aku juga korang akan perasan banyak la motorhome motorhome lain. Sebab ini merupakan pemandangan sangat biasa di Alaska waktu musim panas.

Road to Seward Scenic Drive 4

Road to Seward Scenic Drive 5

Aku tak rasa gambar gambar yang aku ambik ni mampu menyerlahkan betapa cantiknya Seward highway ni. Tapi apa yang aku boleh describe perasaan aku sepanjang perjalanan ialah, aku terasa aku sedang bermeditasi. Allah hu, otak, hati, perasaan jadi setenang tenang nya. Sampai mulut ni tak mampu nak mencarut atau cakap benda yang tak ada faedah. Kalau syurga di akhirat nanti memang tempatkan orang yang baik baik saja, keindahan macam ni pun dah mampu buat lidah dan otak kau tak ingin berkata dan fikir benda yang baik baik. Memang tak menyesal la tak dapat internet sepanjang trip ni. Internet tu macam sampah je bila nak dibandingkan dengan pemandangan ni. Selfie kau pun macam sampah dan akan menerbitkan kemarahan orang sebabnya, orang nak tengok pemandangan indah di belakang muka kau lebih dari muka selfie kau tu lah. Sebab tu aku tak ada selfie langsung di sepanjang Seward highway ni. Posing sikit sikit dengan alam semulajadi untuk aku print poster kenangan letak kat dinding rumah nanti tu ada la kan.

Road to Seward Scenic Drive 6

Iklan kasut kejap la kan.

Road to Seward Scenic Drive 7

Road to Seward Scenic Drive 8

Sekejap nampak tasik, sekejap nampak laut, sekejap nampak teluk, sekejap nampak bukit yang menghijau, sekejap nampak sungai, sekejap nampak gunung ganang yang masih bersalji puncaknya. Memang tak bosan.

Road to Seward Scenic Drive 9

Road to Seward Scenic Drive 10

Road to Seward Scenic Drive 11

Road to Seward Scenic Drive 12

Road to Seward Scenic Drive 13

Road to Seward Scenic Drive 14

Road to Seward Scenic Drive 15

Road to Seward Scenic Drive 16

Road to Seward Scenic Drive 17

Road to Seward Scenic Drive 18

Velanja gambar abang Mike keluar toilet satu.

Road to Seward Scenic Drive 19

Road to Seward Scenic Drive 20

Road to Seward Scenic Drive 21

Road to Seward Scenic Drive 22

Road to Seward Scenic Drive 23

Dalam perjalanan balik kami singgah di Exit Glacier, Porterage Glacier dan Turnagain Arm Drive. Exit Glacier dan Porterage Glacier akan aku upload gambar dan cerita dia di lain post. Turnagain Arm Drive ni walau macam R&R, tapi wajib kau stop dan panjat la bukit kecil yang ada di sekeliling. Pergh, dia punya hijau sekeliling dari langit sampai bumi macam bersambung dan jadi sesat kejap. Betul betul mengingatkan aku pada landskap zaman jurassic. Dekat sini pun ada trail untuk hiking. Tapi kalau aku nak masukkan aktiviti hiking di setiap stop sepanjang highway ni.. memang kena seminggu betul la kan.

Road to Seward Scenic Drive 24

Road to Seward Scenic Drive 25

Road to Seward Scenic Drive 26

Road to Seward Scenic Drive 27

Road to Seward Scenic Drive 28

Road to Seward Scenic Drive 29

Road to Seward Scenic Drive 30

Road to Seward Scenic Drive 31

 

Sorry lah ada few stops yang aku memang tak ingat namanya. Tapi korang tak payah risau la, kalau korang mai Alaska dan lalu Seward Highway, mustahil la boleh miss semata mata aku tak bagitau nama tempat. Memang terjojol tepi jalan sebesar besar alam. Yang perlu korang buat hanyalah tekan brek dan menyusur ke tepi. Itu saja.

Ok lah. Aku tau korang bukannya baca sangat apa aku tulis. Mai sini nak tengok gambaq je khen?

Oklah. Bersambung dilain hari. Bai.

Comments

comments

7 Comments

  1. Puan Zura on Facebook

    August 29, 2015 at 1:02 pm

    Sy scroll ur entry ni secara super slow sbb pemandangan tepi highway tu gile super lawa !!!

    1. Puan Zura on Facebook

      August 29, 2015 at 1:19 pm

      Klu berkhemah tepi highway tu pun sy sanggup. Pastu ambik gmbr byk2 smp meletop kamera ?

    2. Normi Kahar Goodwin on Facebook

      August 29, 2015 at 1:23 pm

      Ah, memang nampak ada satu mamat ni betul betul camping tepi jalan masa kitorg tinggalkan kawasan glacier. Dia dgn kereta sebijik, Lepastu nampak kerusi plastik satu kat luar utk dua lepak. Mmg gila la dia tu.

  2. Hailey Kamal on Facebook

    August 29, 2015 at 1:51 pm

    Sekarang jugak nak terbang ke Alaska, cantik gilerrr tempat dia ??

    1. Hailey Kamal on Facebook

      August 29, 2015 at 1:56 pm

      Normi Kahar Goodwin I like the idea ???

Leave a Reply