Alaska 101: Siri Mari Berkelah dan berkemah di Alaska part 2
FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.
Ingat nak blog pasal keindahan tanah air tercinta Malaysia, tapi tunggu punya tunggu, jerubu tak habis habis. Sempat blog pasal pulau Redang dan Kuala Terengganu masa mula mula tu je. Aku tak mau jadi penipu, photoshop gambar langit jadi biru kemudian cerita tentang keindahan yang tak wujud. Alaaa..macam ada satu gambar wedding photoshoot tu, ambik kat lopak air lepas tu photoshop konon konon kat tasik indah gitu. Tak baik tau. Menipu tetap menipu. Tak baik bagi harapan palsu dekat orang.
Instagram aku pun sepi je tanpa update baru. Asik nak letak gambar selfie pun, muka tak cantik macam remaja dan ibu ibu yang tengah ‘up’ ada beribu followers kan. Kadang kadang aku sendiri loya tengok gambar selfie aku sendiri sejak umur dah meningkat ni.
So dalam keterpaksaan aku update sambungan pasal motorhome camping aku di Seward lagi. Memang aku still ada sejuta gambar yang belum dipilih untuk dikongsikan di sini.
Berbalik pada kisah motorhome camping aku di Seward. Kami bertukar tapak camping pada hari kedua. Kali ke di pedalaman sikit. Jarak lebih kurang 3 kilometer dari bandar Seward. Nama tempat camping tu Millers Landing. Aku mula mula macam tak suka sebab kedalam hutan sikit tempat dia. Tak lively gitu macam first tapak. Tapi rupanya aku salah congak. Tu la, lain kali jangan benci dulu. Nanti suka.

Tapak kali ni sewa dia dalam USD 35 semalam. Ada power outlet. Cuma, since kami book last minute, tak dapat la parking spot yang ada view gempak. Millers Landing ni menyediakan tapak camping untuk motorhome, kabin dan kemah. Untuk keselesaan lebih lagi, dekat sini juga ada tempat mandi dan basuh kain. Tapi tak free la.
Kalau di tapak pertama semalam kami pusing pusing tengah bandar tengok taman dan kedai souvenir. Di Millers Landing pulak ada trek hutan untuk hiking dan kayak.
Millers Landing ni pun mengadap Resurrection Bay. Siap ada pantai untuk memancing tapi sorry lah, tak boleh buat berenang. Sejuk. Aku dok kalut nak tengok pantai pasir hitam masa di Jogjakarta (pantai Parangritis). Tapi kelabu asap je aku tengok. Bila dok Alaska, hambik lah kau, memang hitam je pasir pantai dia.
Kami start jalan jalan dekat hutan berdekatan lepas Mike park dan set up motorhome. Tapi ini bukan serious punya jungle trekking. Fefeeling je. Waktu summer juga segala bunga liar tumbuh bagai di baja baja. Di Alaska mereka tak buang duit tanam pokok bunga kemudian panggil orang mai melawat macam Musim Bunga Tulips di Turki tu. Bunga bunga tu sendiri tumbuh lebat di sana sini macam tu ja. Kau dive in la dan ambik gambar fefeeling di tenggelami taman raudhah ni. Jangan risau, ALASKA TAK ADA ULAR. So redah je masuk dalam semak belukar dan start posing macam aku ni ha. Bunga yang paling biasa menyemak time summer di Alaska ialah Fireweed, Dandelion dan Daisies.
Macam biasa lah, hutan belantara di Alaska walau ceruk mana pun memang feeling habis.
Aku miss Moss forest masa pegi Cameron Highland tahun lepas. Alhamdulillah, aku dapat lihat mini moss forest di Seward ni. Fefeeling Lord of The Ring kan.
Terserempak juga dengan binatang liar. Tapi tak buas la. Comel je.
Di waktu summer di Alaska, wajib lah bawak bakul kalau masuk hutan. Sebab Blueberries dan Raspberries bersepah sepah dalam semak di tepi jalan, sila kutip jangan sampai bertembung dengan pak beruang lah. Sebab dia pun suka makan buah tu sebagai snek kudap kudapan. Disarankan beli buku ‘edible herbs and fruits’ sebagai panduan. Sebab takut terkutip buah yang beracun/ tak boleh dimakan. Kutip lah nak… selagi larat. Semuanya free kurniaan Tuhan. Jangan pulak kau kutip semua dan jual tepi jalan pulak.

Di bumi Alaska, apa yang paling aku perasan, setiap semak, parit dan benda buruk tak terpakai tetap nampak cantik perletakannya sehinggakan menampakkan masih ada nilainya disitu walaupun hanya tinggal bangkai saja. Atau aku saja yang rasa macam tu sebab aku memang dah jatuh cinta dengan Alaska secara total.
Lepas makan buah free tak berbasuh, kami pun balik semula ke tapak motorhome kami dan perasan yang Millers Landing tu ada jeti nelayan. Besar besar ikannya. So, posing la sekeping gambar kat situ. Tak boleh banyak keping sebab depa sebuk nak siang ikan. Aku segan la nak kacau kan.
Di Millers Landing ada satu kedai kecik yang menyediakan barang barang asas camping dan makanan. Asas tak asas la, ATM pun ada. Siap bagi minum kopi free tau. Honeymoon datang lepak sini pun dah cukup romantik aku rasa.
Kalau dekat Malaysia, kita kena jaga jaga dengan kucing, monyet liar dan burung gagak. Dekat Alaska pula kena jaga jaga dengan burung Seagull ni. Tapi burung ni tak la seganas monyet main rampas apa dekat tangan kau. Tapi kalau kau tinggal terbukak, memang tak lama la, memang kena sambar Tapi setakat ni aku belum lagi kena berak dengan Seagull. Mungkin Seagull di Alaska jenis bertamadun dan baik hati.
Tak banyak aktiviti kami masa di Millers Landing ni. Just lepak depan pantai, menung. Tapi sumpah tak boring. Otak betul betul relaks la kan. Mike pun nak rehat secukupnya sebab esoknya kami dah nak bertolak balik ke Anchorage. Perjalanan yang panjang bakal ditempuh nanti.
Macam pagi sebelumnya, aku bangun awal nak cuba nasib ambik gambar sunrise. Tapi malang, hujan pulak. So, ini je lah gambar yang mampu aku captured. Cuma satu aku nak tekankan di sini, aku tak manipulate atau letak filter gambar gambar aku sejak aku tinggal di Alaska. Pemandangannya memang dah cukup perfect dan tugas aku hanyalah merakam keindahan tu dan kongsikannya di sini.
Ok lah. Takat ni dulu. Aku tengah belajar keluarkan post blog yang gambar banyak tapi sikit bebelan. Aku tahu rakyat Malaysia agak malas membaca. Hujung minggu ni aku dan Mike akan terbang ke Seoul, South Korea untuk musim gugur memandangkan aku terlepas musim gugur di Alaska. Dan aku harap aku berupaya update blog at least sekali (Photoblog mungkin?) sepanjang dua minggu aku di sana.
See you in Seoul.
Seward, Alaska
MOHD AZLAN AB HALIM
December 23, 2017 at 8:42 amSalam. Pertama jumpa blog Ni Saya baca xmiss pon satu ayat. Suka sangat baca melayu di luar negara Dan life diorang. Alhamdulillah rezeki Saya kot..dalam pada duk baca berangan sekali Ada Kat sana,hihi. Tapi Allah tak izin lagi kot Saya ke luar negara Ada sebabnya.
Nama Saya Azlan dari Kelantan..hrap dapat response Dan update dari penulis ye.. insyaAllah.?
heartboxx
January 30, 2018 at 4:06 pmWaalaikum salam Encik Azlan. Sorry saya jarang update belog lately. Terima kasih baca belog saya.