Alaska 101: Siri Mari Berkelah dan Berkemah Di Seward, Alaska
FOR ENGLISH VERSION, CLICK HERE.
Aku tau korang memang tertunggu tunggu aku punya propa pasal bandar Seward ni kan. Tapi korang perasan tak sejak dua menjak post (dan Instagram) aku ni, tona gambar dia biru je. Kalau datang Alaska, memang le tone gambar gambar dalam kamera kau hanya biru hijau. Putih (time winter) dan kuning time autumn. Korang doa doakan lah lepas ni tona gambar gambar aku dalam Instagram dan post post lepas ni warna kuning ke… merah ke.. Aku tau korang macam dah bosan.
Ok, begini ceritanya…memandangkan aku dengan Mike sahaja dalam camping trip ke Seward ni, jadi macam biasalah, stock up barang makan di Carrs (favorite aku so far untuk beli barang makanan) untuk bekalan kami selama 3 hari. Ai, dah namanya berjalan jalan bercuti. Haram la aku nak masak.
Kami sampai di Seward agak lewat juga. Dah kalau sepanjang highway asik berhenti je kan. Lewat tak lewat la. Tapi dalam pukul 6 lebih gitu. Peh, melilau cari spot untuk park motorhome. Aku macam bengang jugak dengan Mike. Dia orang Alaska, macam tak tahu pulak yang time summer, parking lot untuk motorhome dah macam parking lot kat Mid Valley dan Sunway Shopping Mall pada hujung minggu. Rupanya kalau kau nak selamat, kau book awal awal secara online. Sejak dari tu aku baru belajar yang di USA ni, baik motorhome parking spot dan tent camping spot, memang kau kena book awal secara online bila time summer. Sebab depa ni suka benar duduk luar rumah/ dalam hutan rupanya.
Aku pulak kerek. Dah tau penuh, nak jugak parking spot mengadap view yang indah. Pusing keluar masuk area bandar Seward ni ada la dalam sejam. Akhirnya dapat jugak walau tak la segrand mana. Janji mengadap laut. Puas hati aku yang kerek ni. Camping lot kami agak murah, USD15 untuk semalam sebab kami punya tak ada electric outlet š so terpaksa pakai generator sendiri lah.
Bila dah ‘malam’ (walau langit sentiasa cerah dan jangan harap nak tengok bintang di langit waktu summer di Alaska) kami tak round round sekitarnya dahulu. Mike dah penat drive seharian. Seperti isteri isteri yang mithali di luar sana, aku bentang tikar kat depan motorhome kami dan susun kerusi konon konon nak piknik makan malam la kan. Tapi since Mike tak beria lapar, so kami snacking je lah sambil mengumpat tentang keindahan alam. Lepas tu tak tahan sejuk angin malam, so kami sambung duduk dalam motorhome tengok TV dan melantak makanan segera yang kami beli tadi. Camping la sangat kan.
Esok paginya, beria aku bangun pukul 4 pagi. Ingat dapat la nak ambik sunrise ke, kabusĀ di permukaan air ke. Hhhmmm. Tak dapat gambar kabus kabus tu sebab area tak cukup sejuk. As for sunrise, jenuh aku tunggu. Memang itu je aku dapat. Aku pun masuk sambung tidur balik.
Tengah hari, kami ‘check out’ dari spot tu dan free parking somewhere. Mike totally jadi tour guide aku la. Sebab Seward ni kira memang hujung jari dia sebab boleh dikatakan dia datang sini every week atas tuntutan kerja. Seward merupakan salah satu port dimana kapal kapal cruise, bot nelayan dan kapal kargo berlabuh di Alaska. Oh, aku rasa mungkin korang tertanya tanya Mike kerja apa. Dia kerja biasa biasa saja. Tak la macam laki korang yang kerja sebagai loyar, majistret, ahli perniagaan, anak datuk serta cucu datuk. Ahli muzik pun bukan. Tapi dia kerja dengan syarikat Cruise lah. Aku menunggu nunggu hari Mike velanja aku naik kapal cruise jadi kenyataan. Sebab dah 2 tahun berturut turut kami terpaksa kansel plan cruise kami atas sebab banyak hal lah.
Kiranya Seward ni betul betul bandar tourist lah. Atau, keadaan dan layout nya di buat untuk kelihatan seperti bandar untuk pelancong. Lebih kurang macam Langkawi. Nasib aku agak baik sebab hari kami camping tu bukan hari kapal Cruise berlabuh. Kalau tak, bandar tu penuh dengan pelancong jakun macam aku beratur nak ambik gambar dengan ukiran patung beruang, sauh kapal dan tiang lampu tepi jalan.
Memandangkan Seward ni port pelabuhan, wajib lah ada Marina Bay nya. Tempat orang ada ada simpan boat dan yacht mereka. Wajib la masuk situ jalan jalan atas dock fefeeling kaum kerabat Onassis. Eh, tapi kan, bukan semua yacht mewah je park kat situ. Bot bot kecil comel pun ada. Tapi kalau pegi situ, jangan nak pegang pegang atau jenguk lebih lebih pulak bot orang. Sebab sometimes ada je owner dia dalam tu lepak minum kopi sambil baca paper. Alahai… nyamannya lifestyle. Hhmmm.. sejak hari tu, aku cakap kat diri aku la kan. Kalau aku di beri pilihan di antara melangut dekat shopping mall eksyen makan dekat restoran mahal mahal dengan lepak atas bot kecil sambil baca paper, aku pilih lepak atas bot kecil sambil baca paper dan makan karipap je. Zuhud sangat.
Lepas jalan jalan macam pasangan berbulan madu lagaknya, perut kami lapar la pulak. Aku cakap dekat Mike, aku nak merasa makan seafood di Seward. Aku nak betul betul jadi tourist 2-3 hari ni sebelum aku balik KL. Tak mo la makan dalam motorhome walau segala maknika makanan ada dalam tu termasuk makanan kegemaran aku yang terkini iaitu apple pie. Wahhh dah nak jadi mat salleh nampaknya nyonya yang satu ini. Demand siut. Aku tau, korang memang menyampah dekat aku kan. Aku macam bagus je kan. Aih, aku kan Melayu. Melayu memang la macam bagus. So Mike pun bawak aku ke kedai Fish & Chip khas untuk tourist macam aku ni lah. Aku kata dekat Mike, nasib baik dah makan King Crab kat Anchorage. Kalau tak, haruslah order King Crab dekat restoran di bandar tourist berharga menjana pendapatan sektor tourism sangat tu.
Kami order Menu of The Day. Iaitu Rock Fish and chips. Memandangkan kami dalam percutian, kami order extra la soup as an entree. Aku order Salmon Chowder dan Mike pulak Clam Chowder. Bila order sampai, eh, aku suka Mike punya Clam Chowder dan Mike suka aku punya Salmon Chowder. Lalu mangkuk chowder kami bertukar secara suka sama suka lah. Ala ala match made in heaven kami ni ketika itu. Fish and chip tu boleh tahan ok la rasa dia. Ikan tu rasa macam ikan dowry. Kalau korang maklum, portion size makanan rakyat Amerika ni tersangat lah besar. Macam biasa aku akan tapau balance lah. Ni aku nak cerita selingan sikit pasal tapau menapau di Amerika.
Aku rasa aku dah tau kenapa Melayu macam bagus. Sebab Melayu sangat sangat dipengaruhi oleh ketuanan British Queen of England tu la kan. Patut la Melayu bila banyak duit je, balik negara moyang kita iaitu di LONDON dan PARIS shopping handbag mahal. Minum petang nak makan skon dan bila di restoran, kita ada ‘butler’ macam Queen of England tu la kan. Tray orang angkat kan, sampah makan kau sepah sepahkan sebab ada butler angkat sampah kau. Bila makanan kau tak habis, kau angkat je tangan, cakap kat butler kau sambil tolak pinggan kau ke tepi – ācan you pack this for me?ā Gitu. Ni mai la kau aku cerita pengalaman aku di Amerika. Bila aku cakap ācan you pack this for me?ā, waiter tu pandang kau dengan senyuman dan tanya balik āyou want a box for that?ā. Aku angguk la kan. Tu dia, mai hantaq kotak kat aku sambil senyum. Kau pack la sendiri makanan kau yang tak habis tu. Tak ada masa diorang nak bawak pinggan kau ke dapur dan pack untuk kau. Argghh…. baru aku ingat, Amerika gulingkan sistem DiRaja dan terciptanya Declaration of Independence terhadap King George III yang mereka bebas dari British koloni. Mereka hapuskan budaya sembah patik harap di ampun serta bagi gelaran Datuk, Tan Sri atau Sir sekali. Kau jangan berangan nak act ala ala Pemaisuri Queen of England bila dok Amerika. Sampah sarap tray makanan sila angkut sendiri. Terima kasih. Setepek atas muka Melayu aku yang macam bagus ala Queen of England ni tadi.
Lepas kenyang perut, suka lah hati kan. Lalu kami pun sambung berjalan jalan sekitar bandar Seward ni. Bandar dia tak la besar. Tapi suasana dia betul betul mencipta kedamaian hati dan nurani aku cakap kau. Masa tu otak jadi kosong. Mike terkedek kedek je ikut mana aku melangkah. Senang hati je dia petik gambar untuk aku posing sebanyak mana yang aku nak. Cuaca redup. Walau ramai juga orang lalu lalang, tapi tak keluar suara macam kami juga lah. Sebab aku rasa, bila datang Seward atau Alaska ni.. mulut kau tak berapa nak guna lah. Guna mata je. Aku cakap dekat Mike yang kalau tiba tiba kami berdua kaya, menang saman apa apa ke, haruslah beli satu rumah di Seward ni untuk berehat rehat untuk hari tua.

Kalau datang bandar Seward memng akan nampak lagoon ni di seberang jalan. Hijau bak zamrud airnya. Deck untuk pejalan kaki ada disediakan di sepanjang lagoon tu untuk pejalan kaki. Then aku perasan ada beberapa ekor ikan besar dalam air tu. LepasĀ tu, eh! Banyak la pulak bila aku perati betul betul. Kumpulan ikan tu bergerak ke arah yang sama macam ikut kami di atas darat ni. Aku cuba zoom untuk ambik gambar ikan secara dekat. Tapi apakan daya, kamera aku ni 50mm jek. So aku cakap la dekat Mike, aku nak campak satu chips yang aku tapau dari restoran tadi kat ikan ikan tu. Aku nak ambik gambar ikan melompat lompat dan mungkin akan lagi banyak la kan datang berebut makan. Dengan nada beriman Mike cakap dekat aku ājanganā. Aku tanya kenapa, bukan selalu pun. Satu saja. Mungkin selama hidup ikan tu dekat dalam lagoon tu, aku orang pertama yang bagi makan kentang goreng. Takkan lah ikan tu boleh mati kut? āIt is wrong to feed a wildlife. So, don’tā jawab Mike. So aku belajar satu perkara lagi hari tu. Dan aku menyesal bila ingat aku pernah bawak seplastik roti gardenia bagi makan ikan masa snorkeling di Pulau Perhentian. Bayangkan lah berapa ribu juta orang pegi redang dan pulau pulau di Malaysia, dok bagi makan roti kat ikan di tengah laut. Bukan sahaja kau dah bagi processed food pada haiwan liar tu, satu hari nanti bila tak ada makanan, ikan tu akan serang kau mintak mana roti gardenia aku. Macam tu jugalah kenapa monyet monyet di Batu Caves dan Tasik Dayang Bunting Langkawi jadi ganas rampas plastik kau. Semuanya sebab salah kau juga.
Mike juga bagitau aku, ikan ikan yang terlepas masuk ke lagoon dari laut sana, tak boleh diusik dan dipancing. Tempat pancing hanyalah di sungai sungai (dengan lesen) dan di laut sahaja. Lehai…aku malu nak bagitau dia yang kalau dekat Malaysia, habis dah kena tuba ikan ikan ni. Aku perasan dekat Alaska ni banyak hasil semulajadi yang melambak merata rata dalam air dan di darat. Tapi diorang ni tak bersikap tamak kaut benda free sampai orang lain tak sempat tengok dan niagakan barang barang free tadi. Tak pasal pasal aku dapat lesson free tentang pengawalan diri.
Petangnya, kami bersiap siap untuk ke tapak motorhome yang lain pula. Yang ni agak jauh dari pusat bandar. Sebelum kami berangkat, kami ke pusat pembuangan yang disediakan di tengah tengah bandar Seward ni untuk kosongkan tangki ābusukā motorhome tu dengan caj serendah USD5 dan refill tangki air free.
Haaa… jangan ingat sedap je berkemah dengan Motorhome ni ya. Pembuangan segala najis keluar dari tangki motorhome ni pun nak kena rajin buat juga. Cuma satu je aku perasan dekat Alaska ni..segala benda yang dikena kan caj adalah self service. Tak ada manusia yang jaga. It’s just you and the machine. Tak ada lock, tak ada pagar, tak ada kamera, tak ada apa. It’s more like, antara kau dengan Tuhan. Tapi mereka ni tetap buat bayaran dengan sejujurnya. Termasuklah grocery store. Ada self check out. Kau scan barang makanan yang kau beli, isi dalam plastik dan bayar macam kita bayar parking dekat autopay. Hhhmmm…inilah yang dikatakan minda dunia kelas pertama. Alaska dan orangnya banyak mendidik diri aku ini. Bila kejujuran terhadap DIRI SENDIRI tu tinggi, barulah kita ni menjadi manusia yang sebenar.
Aik, nampaknya berjela jela pulak post kali ni. Padanlah..update sebulan sekali khen. Padan muka kalian.
Bersambung di lain waktu.Ā

Leave a Reply