Apa ada dalam Skypod at The Strat, Las Vegas?
Kali ni aku nak kongsi cerita dan gambar dalam Skypod di The Strat Las Vegas.
Ini bukan merupakan kali pertama kami jalan jalan di Las Vegas. Cuma, kami tak pernah terpanggil untuk melawat Menara The Stratosphere, atau di kenali sebagai Skypod yang terletak di penghujung The Strip. Selalu je nampak bila masuk Vegas, atau pun lalu tepi highway pun. Maklumlah, dia je lah paling tinggi di Las Vegas mahupun di Nevada secara keseluruhan.
Tapi kali ni disebabkan kami check in di hotel nya, memang dah tercegat depan mata. Plus, you can buy the ticket to Skypod’s observations deck for half price if you stay at The Strat Hotel & Casino which is $10 per person. Kalau tak stay dekat hotel mereka, harga dia $24 per person.
Dari luar, memang sebijik nampak macam Menara KL. Cuma ketinggian dia kurang 100 meter dari Menara KL. Aku dulu setiap tahun naik Menara KL tu. Sebab company tempat aku kerja dulu setiap tahun akan book restoran berputar di Menara KL untuk New Year countdown dinner.
Aku baru perasan yang aku tersalah info pada youtube aku tentang Skypod at The Strats ni. Sebenarnya dia ada restaurant dan berputar pada level tu. Nama restaurant tu is “Top of The World”. Cuma kami skip level restaurant sebab tak ada niat nak makan dekat atas ni. Selain tu macam biasa dia ada bar, snack and Ice cream bar dan Souvenir shop. Kau juga boleh book tempat ni untuk wedding dan lain lain event.
Kalau korang nak tengok Las Vegas secara 360 darjah, aku sarankan naik skypod ni. Memang sebelum ni kami naik High Roller Observation Wheel pada harga $20 ke atas (per person) Tapi, wheel ni hanya bagi kau naik 30 minit sahaja. Dan kau bukan berada di puncak selama 30 minit tu. Jadi, bagi aku, Skypod ni lagi berbaloi sebab sekali bayar je boleh stay selama mana kau nak dan boleh keluar masuk sepanjang hari hingga malam. Siap boleh makan makan snacks dan Ice cream.
Sama seperti kebanyakan observation deck di seluruh dunia, akan ada 2 level untuk tengok pemandangan dari atas menara ni. Dalam level bertutup dan open air (outdoor) deck. Kami try both. Tapi macam aku, aku prefer indoor lah sebab ada kerusi. Haha.
Masuk souvenir shop adalah pasti. Tapi belum tentu beli. Gitu. I was shocked to find out Rick Ross and Snoop Dogg jadi duta jajan!
Sebenarnya dulu dulu masa aku bujang, bila travel ke mana mana aku memang cari tower paling tinggi di tempat yang aku melawat dan naik. Kira macam ritual lah. Korang boleh baca dekat link yang aku sertakan di bawah:
Sekian dulu untuk kali ini. See you in the next post!
LAS VEGAS, NV
Location Cost Summary:
Hours of operation:
- Monday: 10:00AM to 12:00AM
- Tuesday: 2:00PM to 10:00PM
- Wednesday: 2:00PM to 10:00PM
- Thursday: 2:00PM to 10:00PM
- Friday: 2:00PM to 10:00PM
- Saturday: 10:00AM to 12:00AM
- Sunday: 10:00AM to 12:00AM
Fee:
$24 for outsiders
$10 for stay in guest.
Leave a Reply