Apa ada dengan Shanghai – Short transit trip di Shanghai.
Aku rasa ramai yang tak berminat bila aku bercerita pasal melawat any part of China buat masa sekarang ni kan? Sebab kecoh pasal China nak meluaskan territory nya dengan secara komunis di perairan Laut China Selatan. Memang komunis pun kan. Tapi cuma satu aku nak cakap, jangan biarkan dasar politik dan ekonomi sesuatu negara membataskan kita untuk pegi kesana. Kalau kita nak ikut benci pada setiap bangsa yang kita benci dan ban semua negara yang kita benci dasar politik dia, maka sebenarnya kita menutup mata dan hati kita untuk mencari kebaikan dan keuntungan lain yang sebenarnya masih ada di luar sempadan keselesaan kita. Kita mesti ingat, rakyat biasa tu tak semuanya bersekongkol dengan kepala perdana menteri sesuatu negara. Kalau tidak, apa gunanya sistem undi kalau semua orang suka dengan cara pemerintah tu.
Sebagai contoh yang paling senang, sebelum Mike datang Malaysia, macam macam dia dengar pasal Malaysia ni. Bapak dia siap tak setuju dia datang. Katanya rakyat amarika kalau mai Malaysia kena culik dan kena penggal kepala. Tapi dia datang jugak dan cut story short kami pun menikah. Hahahahaha.
Ok lah. Hari tu dah cerita macamana nak tour Bandar Shanghai secara mudah dan murah. Sekarang aku nak ceritalah berapa banyak tempat yang aku dapat jelajah masa transit tour hari tu.
Dari Longyang Road, first stop aku ialah LUJIAZUI. Sebab utama aku nak datang Shanghai pun nak tengok kemewahan struktur bangunan depa ni. Sampai sampai saja aku kat situ, mendongak dongak aku sebijik macam rusa masuk Suria KLCC. Jin Mao Tower & Shanghai World Financial Center semua tinggi berkilat. Terfikir jugak aku, fully occupied ke semua office dalam tu? Aku tak naik Oriental Pearl Tower tu sebab aku ingat nak naik dengan Mike bila kami datang balik. Simpan untuk datang dengan dia la katakan.
Masa aku sampai kat situ, dahaga dan lapar tak terkira. Ye lah, turun flight around pukul 7.40am. Sarapan pun belum lagi. Jadi aku pegi la basahkan tekak masuk cafe hipster dekat area tu. Order la smoothie. Tapi rupanya smoothie di Shanghai (atau di China) lain benar rupanya. Macam jus sirap je. Hampeh.
Set kek dan minuman tu tak mahal pun. Tak sampai CNY20. So aku lepak kejap tengok map. Lepas tu aku tanya awek depan aku macam mana nak pegi The Bund. Dia cakap stop dekat West Nanjing Road Station. So oklah.
Aku sambung eksplorasi aku ke stesen seterusnya iaitu East Nanjing Road. Keluar keluar saja nampak GAP lah, ZARA lah. Hhhhmmm tempat shopping rupanya. Aku ada ambik video 360 darjah dengan phone aku tapi aku bangang terdelete. So aku hanya dapat tunjuk gambar je lah. Meriah kat sini. I bet at night the surrounding would be more vibrant dengan lampu bagai. Aku ingat macam nak menapak sekeliling. Tapi aku tengok sayup sayup semuanya macam shopping complex je, aku jadi malas. Sebab aku dah muak dengan shopping complex yang ada di seluruh KL & Selangor pun aku tak habis lagi jelajah. Bukan ada duit nak membeli pun.
Satu part yang aku perasan, di Shanghai security dia ketat betul. Kalau di Amareka TSA (Transport Security Administration) hanya di airport. Tapi di Shanghai, Security siap dengan bag scanner ada di setiap metro station. Memang kau kena scan bag kau setiap kali nak masuk ke stesen dia. Dekat airport jangan cerita lah. Dari luar nak masuk ke dalam airport pun dah ada tentera jaga & scan kau. Nak tengok tiket flight kau. Bila kau nak check in sampai ke boarding gate, tak silap aku ada 7 lagi security scan, raba badan kau. Gila betul komunis ni punya security kan. Bila aku cerita dekat Mike, dia jawab “that’s nothing. Just for show off”. Gitu.

Next aku pegi West Nanjing Road. Konon nak tengok The Bund dari sana. Tapi aku nak menapak tengok People’s Square dulu. So aku jalan jalan, tak jumpa dan aku tanya satu couple pelancong ni, depa tunjukkan arah. Ok la kat Shanghai ni kau takkan ada masalah untuk bertanya arah. Bilangan tourist lagi ramai pada locals. Tapi masa ni dah pukul 12 tengahari. Matahari terpacak atas kepala. Peluh menitik dari ketiak jatuh ke buku lali. Peh. Masa ni aku rasa macam dah penat. Ye lah, sejak aku balik Malaysia 3 bulan aku tak jogging. Masa winter di Alaska, aku rasa aku berlari atas treadmill pun boleh bilang pakai jari. Memang stamina kaput. Tiba tiba ada hati nak menapak seluruh Bandar Shanghai dalam masa 10 jam.

Masa aku tengah cari cara nak cross jalan untuk ke People’s Square tu lah, datang mamat penjual Tiket bas hop on hop off offer pakej tu. Bila dia cakap CNY 50, aku pun belasah la ambik. Tengok bas dia ada aircond. Kiranya aku mengelat la kan. Baru 3 train station aku dah naik bas tour pulak. Hahaha.
Naik bas tu, peh, nyaman tak terkata. Tapi kan.. satu je aku tak puas hati, kenapa aircond bas ni bau hancing? Potong betullah.
Eh tak sampai setengah jam aku beraircond dalam bas tu, hujan la pulak. Dah la masa hujan tu, area yang dia lalu ialah Yuyuan Market. Kira pasar lama la kan. Aku suka jugak sebenarnya tengok binaan lama lama ni. Walaupun Yuyuan Market ni lebih kurang macam Jonker Street dekat Melaka je. Tapi ini lagi real la kan kalau yang ada dekat Melaka tu pun datang dari sini kan. So aku tak dapat turun sebab hujan.
Sedar tak sedar, bas tu pusing sampai dekat The Bund! Sukanya hati tidak terkira. Tak ramai orang pulak tu. Tapi sebelum aku cross the road pegi tepi sungai untuk menikmati pemandangan The Bund, aku ambik masa sekejap tengok bangunan seberang sini. What a beautiful old architecture. Tak rasa macam di Shanghai. Rasa macam di Eropah je. (walau tak pernah sampai Europe tapi selalu tengok gambar kawan kawan dekat sana).
Akhirnya aku sampai dekat sini. Ini je yang paling paling aku nak tengok. Hehe. Puas hati aku. Lepas tu aku turun kat bawah beli air mineral. Kat sini ada lah semua franchise restaurant macam Starbuck and all. Rasa tak asing. (terima kasih starbuck walau anda produk yahudi, tapi bila nampak kedai korang, rasa tenang sebab ada tanda civilization di situ. Boleh?)
Ingat nak try The Bund Tunnel Tour. Tak mahal. Around CNY40. Tapi bila aku cuba pegi underground, peh, bau hancing dia memang tak boleh tahan. Itu lah satu aku nak bagi tau korang ni. Walau macamana gemilangnya Kota Metropolitan Shanghai, masih tak mampu mengangkat minda kelas ketiga ke kelas pertama. Kalau negara bertamadun lain mungkin yang kencing merata tu mabuk todi ke apa. Tapi dekat sini, waras, cergas dan dalam keadaan sedar kencing merata rata. Hhmmm.
Lepas aku dah puas berangan dekat sini, aku sambung naik bas dan tak kisah la mana bas ni nak bawak aku. Aku serious penat gila masa tu. Tapi tak sangka sangka, trip sesat aku bawak aku ke terminal feri Shanghai dan aku berpeluang crossing the Huangpu river. Walau tak cruise along, dapat la merasa duduk atas air sungai Huangpu yang keruh bak Sungai Klang ni. So kira berbaloi la aku bayar CNY 50 untuk tiket hop on hop off ni siap boleh naik ferry bagai. Kalau nak kira, River Cruise along Huangpu river will cost about CNY 150. Tapi aku akan ambik juga cruise ni bila datang dengan Mike ke sini. Ambik sebelah malam. Mesti sangat cantik tebing sungai ni dengan lampu lampunya.
So bila sampai balik ke seberang sungai tu, kau di dalam area Lujiazui balik. So memang takkan sesat lah. Sebab aku baru je check that area out few hours ago. Aku stop makan dekat restoran jepun. Ramen dia sedap gila.
Aku teruskan perjalanan aku ke stesen stesen seterusnya. Tapi kaki aku memang dah tak larat menapak nak cari benda yang aku nak tengok. Lagipun bila perut kenyang, mula lah mata berat mengantuk. Hari pun dah beransur petang. Dalam pukul 5 petang tu, aku decided to return back to the airport. Nak rest dalam aircond. Lepak sana je lah.
Pukul 5 petang – aku berasak dengan rakyat tempatan balik kerja. Pehhh dia punya sardin dalam train, memang menyiksakan. Kalau kau rasa kaum adam dekat Malaysia kurang ajar tak bagi tempat duduk dekat wanita pregnant, warga tua atau perempuan dukung anak, dekat sini lagi haram jadah. Dia siap BERLUMBA dengan kau walau kau berdiri lama depan seat yang kemudian kosong sebab orang yang duduk tu dah sampai destinasinya. Dia boleh menyelinap masuk dan duduk. Kira macam main music chair la. Sapa cepat dia dapat. Lagi haramjadah kau tahu??!!!!
In Shanghai, there are no act of gentleman. The local guys in this city will not give up their seat to those in need like pregnant woman, woman with child, elder woman or woman with big, heavy bags. In fact, they race, elbow with everybody just for a seat in that metro train. And most of them are healthy school boys. Funny right?
Kiranya aku on the way balik ke Longyang Road memang tak dapat seat. Dah la kaki sakit menapak seharian. Bila aku sampai Longyang Road station untuk naik Maglev balik Pudong airport, Aku bersyukur aku beli seat VIP. Coach VIP memang asing dari coach lain dan ada dalam 2-3 orang je termasuk aku. Semua seat dalam coach tu aku lah yang punya. Puas hati aku dapat duduk dalam aircond dan tak de bunyi bising walau hanya 10 minet. Masa ni, baru kau rasa harga yang kau bayar untuk VIP seat Maglev tu – priceless.
So itu je lah yang aku sempat lawat masa transit di Shanghai. Aku tahu, it was like 5% sahaja. Tapi at least aku dah boleh masukkan Shanghai salah satu bandar aku dah lawat lah. Haha. Shanghai. Checked.
Shanghai. China
Ogie Rahman
July 28, 2016 at 3:10 amCantik bandar shanghai kan…terutama yg bangunan lama mcm di europe tu..tapi yg tak syok nya bau hancing tu…aduhiii boleh mirgrain i klu bau cam gitu memang bekal minyak kapak lerrr…
heartboxx
July 31, 2016 at 12:49 amkekekeke. Itu je lah masalahnya