Athena Goes To School

August 22, 2022 – Athena’s first day in School.

I’ve been meaning to post this back in August. Tapi macam biasa lah kan. By hook or by crook this post must exist on here. It’s my life’s milestones. Sama macam cerita hari perkahwinan aku dengan Mike, hari aku lahirkan Athena, hari aku bukak PartybyMommy di Etsy.

Disclaimer: Tujuan aku cerita pasal sekolah Athena is merely sharing my memorable experience. Tidak sekali kali aku cuba mengangkat sekolah di USA berbanding dengan sekolah di Malaysia. Sebab aku tak ada pengalaman pun hantar anak sekolah di Malaysia. Jadi aku tak tahu pun apa benda sekolah dekat Malaysia pada hari ini ok? Aku terpaksa letak disclaimer ni sebab ramai yang salah faham even di kalangan kawan kawan yang pernah aku kenal, suka salah anggap penceritaan aku sejak aku pindah keluar Malaysia. “Berlagak bagus” kata deme. Kepada mereka yang suka tuduh aku macam macam, aku ucapkan sila pegi mampus.

Kawan kawan bertanya berapa umur Athena sekarang? Awal nya masuk sekolah. Athena is 5 years old now. Sekejap je kan? So aku nak cerita secara ringkas rangka sekolah awam (Public School) di USA. Di sini ada 4 levels. Athena masuk level ke 2. Kami tak hantar Athena Taska (Preschool/ Pre-K) walaupun dekat sini pre-K sampai lah high school telah berbayar dengan duit cukai rakyat jelata (meaning, tak perlu bayar lagi bila hantar anak ke tadika). Kami Pre school Athena dekat rumah sahaja macam korang ajar anak kenal abc, warna, huruf, binatang, sayur dan pelbagai lagi. So aku fikir aku mampu ajar dia level ni sambil sambil bekerja dekat rumah.

 

For more information, you can read here https://usahello.org/education/children/grade-levels/

Now Athena masuk 2nd Level which is Elementary School. Pada aras K-5. School time is from 9.15am to 3.15 pm. Hari Rabu early release at 2.30pm sebab Rabu hari cikgu cikgu meeting. FYI, Pre School dan Elementary School satu kawasan. Hanya dipisahkan dengan pagar. Setiap level sekolah timing tak sama. Sebab mereka nak make sure school pick up area tak congested (bersumbat traffic jam). 

Korang mesti tertanya tentang tadika berbayar macam di Malaysia. Ya sini ada je tadika berbayar. Dekat sini kita panggil Private School lah. Usually parents yang hantar anak ke tadika berbayar sejak umur 2-3 tahun ni, memang choose to send their kids to Private School sampai High School. Kiranya kalau dekat Malaysia, if you send your kids for example Brainy Bunch, Qdees, Smart Reader and so on, Yuran ratus, ribu sebulan tu kan will proceed to private school like Tenby, Sri KDU, Sayfol and all kind of Private International School lah. Dan siapa hantar anak ke Tadika free di Malaysia, proceed ke sekolah kerajaan (Sekolah Kebangsaan).

2 minggu sebelum buka sekolah, Kami register Athena secara Online dulu selepas identify which school she should go. Biasanya akan ditentukan mengikut kawasan lah. Area kami tinggal, which is Sparks, Reno ada 26 Public School, 7 Private School. Ratio Student and teacher satu kelas untuk Public School ranging from 15:1 to 20:1 and Private School 4:1 to 12: 1 Nampak beza kan.. 

Seminggu sebelum masuk sekolah, kami kena bawa Athena untuk assessment. Cikgu nak tahu Athena punya level of identifying alphabet, numbers and all. Botak kerja so, aku la pegi sorang bawa Athena. Dalam masa dia sembang sembang dengan Athena, I had to fill up a bunch of forms. Salah satu form tu ialah siapa akan drop off dan pick up Athena to and from school. Bus Rider or car Rider. Kalau Car Rider hari apa dan siapa ambik dan hantar.

Setiap parents juga di tawarkan untuk jadi volunteer. Meaning sekali dalam seminggu, kau boleh join kelas anak dan tolong cikgu stapler, susun kertas kerja murid and such. Mula mula aku macam nak join. Tapi aku hold dulu sebab nak tengok schedule kerja aku di rumah semasa ketiadaan Athena. Lepas sebulan, aku identify yang aku lagi sibuk sebenarnya dan tak dapat nak volunteer jadi teacher assistant. Sehabis je ‘sesi sembang’, Athena was so excited cakap “I can’t wait to come to school so I can do arts and crafts“. Begitulah magic nya seorang guru. Baru sembang 20 minit anak kau dah menggelupur nak sekolah.

Aku dibekalkan dengan folder yang agak tebal. Kebanyakkan nya panduan untuk ibu bapa dan juga jadual sekolah untuk setahun macam cuti, school events, Parent and Teacher Meetings and such. Ada instruction untuk bekalkan extra clothes dan seluar dalam untuk hari pertama sekolah (kut kut anak kau terkencing terberak pada hari pertama dalam kelas :D. Mereka juga sarankan kami letak label nama pada botol air, lunch box dan bag sekolah. Juga ada snack dan surprise card untuk dibacakan untuk Athena pada malam sebelum sekolah.

Kami juga dapat list barang untuk keperluan Athena dan donation untuk kelasnya. We are happy to do it and willing to give extra. Aku boleh agak, other parents do the same too. Benda bukan hari hari. Cuma setahun sekali. Kalau 5 kali setahun pun kami tetap akan bagi. Apa sahaja donation untuk sekolah kami participate. Bukan kaya. Tapi kalau bukan kita participate untuk generasi anak kita, siapa lagi? Dan kami sentiasa ingat yang dalam kami mampu, maybe ada keluarga yang tak mampu. So lebihan barang kami supply tu untuk anak anak dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Vaccine is mandatory. Semua dalam online system. Tak ada vaksin tak boleh masuk Public School. SInce Athena dulu rekod vaksin hanya dalam buku pink, jadi nama dia tak ada dalam sistem imunisasi di USA. So kami bawa BUKU PINK Athena dari KKM Malaysia ke pusat Imunisasi Washoe County (Daerah) untuk register dan tambah apa yang tak cukup (Booster). Tapi Vaccine yang standard lah macam dtap, measles, MMR, hepatitis tu lah. Covid? Never mandatory here in USA. Tak perlu dan kami reject satu keluarga.

on Saturday, cucuk  2 jarum, kena lepak dalam 30 minutes dulu tak boleh terus blah. Sebab mereka nak pastikan tak ada alahan/ pengsan atau seumpamanya. Alhamdulillah no side effect. Hidup berjalan seperti biasa. 

Monday 22 August 2022, hari pertama Athena ke sekolah. Actually, bukan dia sahaja excited and anticipated. Kami juga. Especially AKU. Aku tak ada experience ni semua. So aku nak take all in, every second of it, into a core memory. And I want Athena to have a good one too. Sebab aku tak ada memory sebaik ini. Zaman aku dulu, sorang sorang je jalan kaki ke sekolah daftar diri pada umur 7 tahun. Main masuk line beratur je. Sampai dekat cikgu baru mereka tanya itu ini dan bagi borang untuk bawa balik rumah.


Alhamdulillah Athena tak nangis. Tapi aku yang nangis. Juga para mak mak yang lain. Hahaha. Ingatkan mitos. Rupanya real ya cerita mak menangis pada hari pertama hantar anak ke sekolah ni. Siap ada table sediakan tisu dan kopi depan sekolah oleh persatuan Parent Teacher Association (PTA). Kami semua tercegat tunggu tengok sampai loceng sekolah berbunyi, sampai kelibat anak hilang di depan mata…

Ibu bapa dan adult tak dibenarkan langsung stepped into inside school area. Sebunyi loceng sahaja, pintu gate auto locked. Sekiranya terlambat even 1 minit, kena hantar anak melalui registration office (pintu lain). Gate tu memang takkan buka sampai time untuk release budak budak balik. Setiap cikgu ada dengan group kelas mereka sampai mereka nampak ibu atau bapa budak dan baru mereka release anak kita pada kita. Kira power lah cikgu ni semua boleh ingat semua muka mak bapak sekali. Tapi aku rasa cikgu tak ada masalah nak ingat muka aku sebab aku bukan minah Salleh. Haha.

Sekolah ada free lunch. Ada vegan menu which is marked with (V) dan ada pork juga. Menu setiap hari tukar. Tapi kami bagi bekal lah untuk Athena. Tak ada maknanya dia nak makan Vegan food. Dia bukan picky eater tapi dia ada food yang dia suka dan makan. Lagipun we have no choice kan. At the same time kami setiap hari remind Athena untuk bagi tahu she don’t consume pork as well as (beef and poultry outside home). Tapi bagus lah kan untuk mak mak yang busy tak sempat nak buat bekal atau kurang mampu. Ada tau kes miskin (atau parents problematic) sampai budak budak sekolah hanya dapat makan bila pergi sekolah. Balik rumah berlapar.

Kami semua di jemput join apps di panggil Class Dojo oleh cikgu kelas Athena (Mrs Lynch). Dalam apps tu lah kami dapat tengok updates tentang kelas anak anak. Gambar, video, school notification atau nak inform anak tak dapat datang sekolah/ lewat ada hal and all. 2 Jam lepas anak anak kami masuk kelas, terus dapat video dan gambar. Cikgu memang faham akan kegelisahan hati ibu bapa kan….

Kelas Athena ada 16 orang murid. 4 orang semeja dan akan sentiasa bertukar tempat duduk setiap bulan tengok kepada kesesuaian interaction antara mereka. Segala alat tulis dalam list sebelumnya memang tinggal dekat sekolah dalam bekas khas jadi isu pensil warna / alatan tulis sentiasa hilang tak pernah ada. Mereka ada cubbies (cube shelf) masing masing untuk letak bag, botol air, lunch box, jaket and all. Mereka juga diajar untuk masukkan semua alatan tulis dalam bekas yang disediakan selepas habis guna. Jadi bag sekolah besar besar tu untuk apa je? Untuk berangan. Hahaha. Eh tak lah, Pada hari Isnin akan ada folder di masukkan dalam bag mereka. dan kami kena pulangkan balik folder tu pada hari jumaat. Dalam tu ada home work lah. Tapi setiap hari kami akan check bag sekolah Athena, Sebab dia akan bawak balik hasil kerja yang dia buat dekat sekolah pada hari tu.

Setiap minggu kami kena bacakan 4 buku untuk Athena. tak kisah lah buku apa. Then tulis dalam borang pink tu dan hantar balik ke sekolah pada hari Jumaat bersama sama dengan kerja rumah. Kerja rumah nya korang sure tahu punya lah. Coloring, practice tulis alphabet, sambung titik, bulatkan gambar. Tapi dari bulan ke bulan makin advance lah ikut level budak. Aku surprise juga lepas 2 minggu Athena dapat melukis lebih precise. Memang nampak banyak peningkatan. Maklumlah, aku punya method, aku guna macam mana aku faham kecik kecik dulu. But now maybe method nya lain jadi budak lagi cepat tangkap.

Pukul 3 petang kami semua dah tercegat untuk pick up. Semua nampaknya keletihan dan memang itu expected lah kan.Cikgu pun hantar mesej di Class Dojo cakap we had fun and the kids semua bagus bagus. Macam tahu je mak pak pun perlukan kata kata semangat kan. LOL.

Tak sempat sampai rumah dah tertidur. Letih sangat lah kan

Hasil kerja pertama yang dibawa balik. haruslah tampal dekat peti ais. Kemudian setiap hari bawa balik jadi kami terpaksalah simpan dalam folder sendiri tak cukup lah kawasan nak tampal dekat peti ais tu pun…silap silap jadi wallpaper satu rumah pula kalau semua nak gantung tampal.

2 minggu lepas tu dapat lagi sebeban folder. Seharian aku dan Botak go through dan baca. Budak budak dapat juga buku free untuk tambahan practice. Tak wajib tapi kalau buat, boleh koyakkan hantar masuk folder tunjuk cikgu. Mula mula tu semangat la jugak aku ni kan. Tahan sebulan je.. lepas tu ke laut juga.. huhu. Padahal aku kerja dekat rumah je. So I wonder how parents yang kerja dekat luar laki bini keep track hal sekolah anak. Lagi lagi anak lebih dari satu.

Tapi buku macam Home Connections tu kami dah ada 2 dekat rumah ni. Beli masa Athena umur 4 tahun dan selalu practice pun. Nama buku tu Brain Quest. So Athena agak jemu juga buat benda sama so bila dia tak nak buat kami tak paksa. Just follow her mood. Selebihnya dia nak main sepah terbalikkan rumah ni. Whatever suit her needs. Paksaan tak ada in this household. Anyway, she is just 5 years old. Aku dulu tak ada ibu bapa kisah. Apatah lagi bacakan buku cerita. Homework tak pernah tengok. Habis degree in Accounting juga aku. Travel merata dunia and can speak different languages other than Bahasa Melayu just fine. So aku tak risau. Anak orang genius can launch rocket at age 4 pun, khatam Quran 8 kali at age 6 pun, itu anak orang. Not my concern. Im not going to participate in that kind of race competition. Kita hidup untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain.

Hari hari seterusnya seperti biasa. She adjusted well. Of course bukan semuanya smooth sailing. Nangis, merajuk, sedih dekat sekolah. Itu aku selesaikan dengan bincang dengan cikgu. She’s learning to socialize and understand rejection and acceptance from other human beings. It’s a part of being human. Tak perlulah kami sentap pun. Kami dah sedia tahu, dunia di luar sana tak seindah mana. Reality. Tapi cikgu Athena selalu tanya aku bila kami berpeluang say hi dekat pagar. Dia tanya does Athena likes the school and her class? Mereka ni jenis kalau ada setitik problem kena terus inform dan selesaikan on the spot. Tak main cakap cakap belakang atau bising post viral dekat social media.

Athena start identify siapa yang dia suka dan kurang suka. Keserasian perasaan tu dah mula ada pada usia 5 tahun. Dia boleh sebut nama siapa “kawan kawan” dia. Siapa favorite dia. Tapi Athena tak selalu balik bercerita walau kami bertanya. Tapi slowly dia open up dan bercerita juga. Sometimes cikgu dia update tentang perkembangan social Athena. Sometimes aku bertanya dengan mak mak yang volunteer dalam kelas tu (yang mana aku pun berpeluang berkawan juga di luar pagar sekolah).

Banyak lagi aktiviti kelas yang fun fun. Tapi terlalu panjang dah rasanya post kali ni. Kalau aku nak cerita aktiviti kelas mereka, memang kena buat live la kut which is aku tak kuasa.

Yang pasti, Caedalie is her favorite person. Budak ni mengingatkan aku pada Gabby’s Dollhouse. Parents dia dari Puerto Rico. Setahun tua dari Athena. Dia macam kakak kakak lah dengan Athena. Tapi kan, Caedalie ni macam famous lah dekat kelas. Macam otai otai gitu. Selalu jugak kena panggil masuk bilik pengetua. Adei. Tapi Botak cakap bangsa tu memang dikenali sebagai “Fire Craker”. Riuh gegak gempita. Sapa tengok Encanto tahu lah. Kami berkenalan dengan parents Caedalie. Dan aku offer untuk pick up dan drop off Caedalie to and from school memandangkan parents dia hanya ada 1 kereta. most of the time dia dan mak dia jalan kaki ke sekolah. Walau tak jauh, tapi mereka ada anak kecik, tolak stroller. Time asap tebal wildfire, Caedalie terpaksa miss sekolah. Aku fikir time sejuk winter berangin salji, mesti sukar. Aku fikir aku sendiri pun mesti macam bercinta sangat nak hantar anak ke sekolah berjalan kaki. So aku offer untuk anak mereka pegi balik sekolah dengan Athena. Aku pun datang dari keluarga susah. So apa salah nya tolong orang walau orang tak mintak kan. Ayah dia siap offer nak bayar minyak kereta. Aku cakap tak payah lah. Aku isi penuh tank kereta aku $50 tahan 2 minggu. Terkejut dia. Aku cakap ye lah. Aku tak kemana pun. Botak pegi kerja kereta dia. Kereta aku ni hal hal rumah je. Dan aku jenis bukan melalak sangat. Zaman huru hara dah lama berlalu.

Tapi aku sedih. Bulan ni (November 2022) will be the last month we will be here in Sparks. We finally moving out from here  Botak dah officially gave one month notice dan we already informed the school. Dikala aku dan Athena dah jumpa kawan, kami terpaksa tinggalkan. Sebab kenapa, nanti aku ceritakan dalam post lain. Oh well, begitulah kehidupan realiti. Actually now we are in the midst of packing. Athena pula demam selesema and missed school for 3 days. Aku pun kurang kan ambik order that’s why aku dapat tulis untuk blog ni.

Aku plan to write again. Aku sayang blog ni. Aku tak pandai sangat vlogging. Buat video letak youtube update kehidupan. Sebab video editing takes even more time to edit compared to writing. And time, is very scarce for me. Aku banyak je benda nak tulis sebenarnya. And quick updates I did it via Instagram and Facebook. Tapi tetap tak sama kan…

So, that’s all for now. Hope to see you guys again here, very soon.

Comments

comments

Leave a Reply