Athena Sophia
Diberi nama. Lahir Jumaat Pagi 7 April, 1.34 AM to be exact. Weighted at 2.8kgs, 48 cm. Cinonet je orangnya. Aku rasa punya lah lama bawa budak ni dalam perut. Sampai kawan kawan pun call tanya “Eh, kau dah beranak ke? Rasa macam dah lama”. Kau rasa lama. Aku rasa macam mengandung 2 tahun.
Cerita pengalaman tentang melahirkan anak pertama ni, kiranya yang ke 80 juta billion kali korang terpandang kut. Tapi aku nak cerita la juga. Sebab setiap kelahiran tak sama. Dalam 80 juta billion ibu melahirkan anak, hanya aku yang melahirkan Athena Sophia. Kan?
So, this is how ginger (red hair) white baby mixed with Siamese Malay looks like. Keturunan Bapa Athena Sophia ialah Pollock (Polish/Poland – Bapa Botak) + Jewish (Mak Botak) dan aku ni di beritahu oleh mak aku, mempunyai darah Siam Cina (Moyang perempuan) dan Pakistan (Moyang Lelaki). A lot of mixed ya. Tapi tak boleh lawan King Coco punya Mix lah okay. By the time kau baca post ni, aku dah expert dalam jurusan pemandian serta penyusuan bayi. 2 minggu jugak nak pandai 2 jurusan tu. Bila aku kata ‘expert’ – meaning baby tak meangis bila melalui proses tu. Haha.
Actually kan, sepanjang aku pregnant, aku diberitahu 3 tarikh EDD yang berlainan (Expected Due Date). Masa dekat Alaska, doktor bagitahu 31 March 2017. Kemudian di Arizona, bagitahu 7 April 2017 dan paling last, Klinik Annur di Seksyen 6 Shah Alam – 5 April 2017. Lepas tu aku tengok keliling orang yang pregnant lebih kurang dengan timing aku, semua meletup seawal 34 minggu. So aku jadi cuak. Cuak sebab, aku kena agak agak tarikh untuk botak balik ke sini dari Alaska untuk sambut anak dia. Aku kalau boleh, biar botak stay lama lepas budak ni keluar. Bukan sebelum. Pulak tu, aku gatal pegi tanya dekat kawan kawan di Facebook pengalaman mereka melahirkan anak pertama. Rata rata memang jawab anak pertama keluar awal seminggu dari EDD. So aku keriau mintak Mike balik on 21 March.
Aku ni masa pregnant, memang aku ada baca buku tentang pregnancy. From week to week aku monitor diri sendiri. Cross check dengan apa yang ditulis dalam buku tu. Boleh dikatakan, budak ni memang skema. Sebijik sebijik ikut buku dia punya perkembangan. Sampai satu chapter tu, ada mentioned that, it is the best to deliver the baby after 39 weeks. 40 weeks is the optimum sebab semua organ baby dah matang. Percentage jaundice akan sangat sikit bila baby lahir matang at 40 weeks.
Macam yang korang tengok aku dekat Facebook, masa pregnant, aku memang ligat tak duduk diam. Dah sarat 36 – 38 weeks aku still drive long distance like from Slim River Perak to Muar Johor. Ke KL dari Muar lah dan setakat Slim River – KL tu kacang je bagi aku. 39 minggu aku dah berdebar. Semua orang serta nurse tanya, ada tanda tanda tak? Tanda yang aku ada hanya Braxton Hicks dan lightening. Which is baby mengeras siang malam dan perut lendut ke bawah. The rest..aku tak rasa apa. Orang kata tunggu kaki sembab. Seminggu lepas kaki bengkak, confirm beranak. Pun kaki tak bengkak bengkak. Tak ada discharge tak ada apa. Mak mertua aku cakap, akan ada satu tanda that people called it ‘nesting’ – mengemas rumah macam dah tak ada hari esok. Aku cakap dekat dia.. aku mengemop lantai, basuh baju, kemas baju baby semua dah berminggu yang lalu. Aku packing baju baby yang nak dibawa ke hospital pun, sebulan yang lalu. Lebih dari nesting aku rasa aku mengemas rumah, cuci toilet pukul 3 pagi, siap pegi Ikea beli rak baju untuk baby, pasang sendiri depan TV. Tak beranak beranak jugak.
Apa yang pasti, aku ada GDM – Gestational Diabetes Mellitus – Kencing Manis masa pregnant detected at weeks 36, yang ni memang kena ambik bacaan gula setiap 1 jam after meal. Penangan dia kena jaga makan… baru aku rasa betapa separuh NIKMAT DUNIA ditarik. Kalau dari semangkuk turun ke sesenduk tak apa lagi. Ini memang dari semangkuk terus stop. Aku takat stop makan nasi putih tu, kacang je. Ini, segala buah, juice, snek kegemaran langsung tak boleh sentuh. Pegi shopping mall, memang tengok sajalah segala kedai makan. Pegi restoran, tak tahu nak order apa. Bawak air masak dari rumah sebab segala minuman dekat luar sana aku tak boleh. Gila kau tahu?
Aku masuk dalam list to be induced. In fact, Hospital UMRA (Private hospital) nak induce aku on 29 March 2017. Aku refused and opt to control my sugar intake further more. So mereka suggest aku ke government hospital since hospital mereka is ‘low risk birth centre’. So aku ni kira high risk la dan mereka tak nak handle patient macam aku nanti tak pasal pasal jadi complication dan bagi hospital depa nama buruk kut kut masa meneran tu, mereka kena tolak aku ke hospital kerajaan.. wahh. Sedih aku. Lagipun, buatnya aku tak dapat beranak normal, kena C section. Budget untuk C Section di Hospital private memang aku tak ada. Terus terang cakap. Aku pun beralih lah ke Hospital Daerah Seksyen 7 Shah Alam yang tersergam Indah rupa dari khabar tu. (nanti aku story pasal ni in the next post)
Aku dimomok kan dengan saiz baby besar dalam perut sekiranya aku tak jaga pengambilan gula. Baby boleh collapse / mati bila keluar sebab terputus bekalan gula yang aku provide masa dia dekat dalam secara berlebihan dan baby boleh dapat hypoglycemia (Low Blood Sugar). Perghhh, tak cukup dengan ketakutan aku membayangkan sakit beranak, doktor dan nurse menambahkan lagi stress aku dengan memarahi aku tentang pengambilan gula and try to put the guilt on me for causing bad outcome onto my baby. Nasib badan… Sudahnya budak ni keluar average size at 2.8 kgs, healthy with no sign of what so ever they told me before.
Dengan hospital kerajaan, aku diberi tempoh sampai 40 weeks sahaja. Or else, aku memang kena induce atas sebab faktor usia aku dan Kencing Manis tu lah! Walau aku dapat maintain bacaan gula below 7 every meals, aku tetap kena induce atas sebab placenta orang kencing manis cepat matang and will stop supplying food and oxygen to the baby sooner than those without GDM. Okay. Aku percaya tu. Sebab memang ada dalam buku. (hehe). So doktor cakap, kalau still tak ada tanda tanda melahirkan, aku still kena serah diri ke hospital pada 6 April.
Aku sedih. Aku memang cakap dekat baby dan Tuhan yang aku nak lalui segalanya normal sepertimana ibu ibu yang normal. Aku nak rasa pecahnya air ketuban, aku nak rasa from mild contraction into a strong ones.
Malam 5 April, aku gila nak beli colored papers. Nak buat bunga kertas konon nak hias tempat baby cot untuk Athena. Botak ikutkan permintaan aku pegi kedai stationery borong kertas warna, gam, gunting semua. Malam tu aku tak tidur, sibuk buat bunga after one another. Sedar sedar, 5 AM. Pinggang dah lenguh so, aku pun masuk bilik untuk tidur. Sebelum tu aku tengok youtube, ternampak lagi KRU “Apa Saja” which is one of my favorite song when I was in school. Aku dengar lirik lagu tu balik, tak ada benda lain aku fikir, hanya teringat anak dalam perut aku ni. Bait lagu tu memang 100% bagaikan perasaan aku terhadap budak yang masih tak keluar keluar dari perut aku ni. Thats how magical it is, I already fell in love with the one although she hasn’t born yet.
Aku klik share (the video) on Facebook, once it posted, aku rasa benda panas mengalir keluar dari private part aku, slowly, tapi bukan urine, sebab aku tak boleh nak tahan kemut siut. It’s time! Aku gerak Botak dekat sebelah, aku cakap dekat dia it’s time I guess. The water broke. Dia bangun tenang je siut, ambik towel bagi dekat aku. Sikit pun dia tak gelabah. Macam time nak akad nikah dengan aku dulu. Hati kering. Sepanjang aku dalam toilet salin kain semua (air ketuban tak henti henti lah keluar) aku tengok Botak senyum je sambil bersiap siap.
By 7 AM kami semua dah dalam kereta. Jalan jem ya Rabbi. Aku dah berdebar dalam hati. Mana sakit contraction nya? Mana? Mana? 2 Jam baru sampai Hospital. Sampai tu, tak terus ke wad bersalin lah ok.. pegi bilik lain dulu, ambik bacaan CTG. Botak dan Mak aku memang kena duduk luar. 30 minit atas katil ambik bacaan CTG, dalam hati aku dah start zikir dah. Mintak sangat dengan tuhan ringankan kesakitan. Cakap dekat baby, kesiankan mommy please, baby. Nurse datang, tengok result. Aku terdengar dia cakap dekat nurse satu lagi – “contraction akak ni tinggi gila, tapi aku tengok akak ni relax je”. Aku macam – eh ye ke? Tak rasa sakit pun.
Lepas tu aku kena ke 4th floor. Wad bersalin lah. Botak kena proceed ke kaunter hasil untuk check in aku. Cheh, aku ingat dapat la katil sambil sambil menunggu contraction. Maaf lah ya, aku dapat katil wad pukul 2 pagi malam tu. Sementara waktu tu, dari pukul 10 Pagi sampai malam, aku duduk duduk lepak je lah di kerusi menunggu dekat 3rd floor wad bersalin tu bersama mak mak buyung lain ya puan puan. Maka, memang benarlah cerita yang hospital kerajaan ni sentiasa tak cukup katil itu benar belaka. Aku siap suruh Botak balik rumah dulu masa pukul 4 petang tu. Dan datang balik pukul 8 malam untuk ke kaunter hasil sekali lagi untuk uruskan kemasukan aku ke katil wad kelas 2.
Sementara tunggu katil, ada lah satu doktor ni panggil aku untuk ke katil belakang tabir (di ruang menanti tu juga) untuk check aku. Check bukaan dekat bawah tu. Hati berdebar debar. Inikah masanya aku di SELUK? Sebab aku baca cerita pengalaman ibu ibu di belog, antara benda yang ngeri nak beranak ialah kena seluk. Haaaa… mula mula dia masukkan speculum plastik (mulut itik tu.. macam pap smear check). Then jeng jeng jeng.. dia mintak maaf sambil berkata “maaf puan, saya kena bukak jalan bukaan”. Zap, tanpa berlengah, SELUK tangan dia untuk proses Amniotomy (stripping/ tearing amniotic sac). Masa tu baru aku rasa sakit yang pertama kali dalam hidup aku oi. Sikit lagi aku nak azan full atas katil tu. Tapi sempat cakap “Allahuakhbar” saja lah. Menggigil tahan sakit oi. Kemudian dia masukkan 1 tablet for induce. Aku memang kena beranak by 6 – 7 April jugak. Sebab baby dah full term 40 weeks. Kalau bukan sebab usia & GDM, mereka still boleh tunggu up to 42 weeks. AND For your information – doktor tu lelaki gemuk. So tangan dia kau boleh bayang berapa besar ya. Ambik kau. Dok tanya mana sakit contraction nya. Kena seluk pun dah menggigil.
Aku bangun dari katil tu, nampak la darah berketul ketul keluar sama mucus plug. So kiranya masa air ketuban aku pecah pagi tu, just leaking je. Tak pecah semua pun. Sebab tu lah doktor tu terpaksa strip kan dia supaya proses untuk beranak lagi cepat. Lepas tu baru lah berhambur lagi keluar fluid amniotic aku tu (air ketuban). Lencun basah habis kain. Berkeping tukar pad. Lain kali aku dah tahu. Kena pakai diapers for adult kalau nak lebih selesa. Kalau pad biasa, 10 Pad is not enough – for 1 day.
Malam tu, kira 1st night aku merasa baring di ward hospital bersalin tanpa sesiapa di sisi. Memang tak boleh di teman walau emak sekalipun. Sekali sekala sakit contraction datang menyerang. Sepanjang malam, aku tak dapat tidur. Esoknya, NIKMAT sakit contraction makin kerap. Around tengahari, bukaan masih lagi below 2cm. I was offered by nurse a pain killer injection to ease the pain. Dapat la satu injection dekat bontot. Tapi tak ada apa beza pun. Lepas tu aik, makin kerap pula. Like 3 to 5 minutes. Masa botak datang melawat aku pada visit hour 4 – 7 PM, sakit dia memang buat aku ketap bibir. Aku memang tak dapat nak makan apa. Menahan sakit kut, mana ada selera makan. Sakit dia memang sampai buat aku tepuk katil, bergayut dekat palang besi katil kiri kanan. Sekali sekala aku pegang botak. Dalam macam tu, aku sempat cakap dekat diri aku – THIS SHALL PASS. HANG ON. Last sekali around 5 PM, aku memang tak dapat tahan. Mintak botak tekan buzzer panggil nurse. Nurse datang, check bukaan. It was 4 cm. Mereka cakap agak cepat juga sebab baru 1 ubat induce masuk. Some people required 3 to 4 tablets. So aku dengar nurse cakap, its time to get me into labor room. An hour later, I was in labor room. The sad thing was, Mike has to return back to our house packing – he’s leaving Malaysia on the same night due to work and unfortunate circumstances which I can’t and not willing to disclose here.
Masa Mike datang balik ke hospital bawak mak aku sebagai ganti (after then I came to know that Ibu tak boleh ganti suami dalam labor room di Hospital Seksyen 7 Shah Alam! Damn.) Aku pulak dalam labor room, menanti bukaan mencapai 10 cm dari pukul 7 pm sampai 12 midnight. Masa tu merasalah aku so called nikmat nak melahirkan. Mike tak dapat jumpa aku. (according to Mike, no one told him where I am about masa dia datang balik..terpinga pinga dia bertanya sana sini.. and he had to leave to KLIA by 10PM). Sedangkan masa 10 PM tu, bukaan aku around 7cm something like that.
Aku mintak epidural shot. Nurse cakap, batch beranak malam takkan dapat epidural. Sebab staff yang jaga epidural dah balik. Cuma batch beranak sebelah siang saja dapat epidural. Seriously? Aku cakap dekat diri lagi – THIS, TOO, SHALL PASS.
Punya lah sakit. Aku lupa azam dan niat aku nak beranak normal. Aku cakap dekat nurse boleh tak aku nak undergo C-Section. Hahahahha. Nurse tu siap marah siap pakej tarbiah dekat aku. Kata dia “Apa lah puan ni, sakit beranak itu penghapus dosa. Itu baru 1/10 je sakitnya. Kejap lagi, lagi sakit tau” – Nice. I keep telling myself – THIS, TOO, SHALL PASS.
Bila bukaan aku dah capai macam 8cm, nurse tanya aku ada rasa nak teran tak. Yes. Then aku cuba. Terhegeh hegeh aku meneran tapi taik yang keluar. Nurse bersihkan dan dia cakap take a break dan cuba lagi later at 12.30 malam. Lalu aku ditinggalkan keseorangan di dalam bilik mengenangkan nasib diri tanpa suami di sisi. Lepas tu aku ingatkan diri aku – kekuatan aku adalah diri aku sendiri. Aku seorang pejuang hidup. Sebelum ni, 40 tahun aku harung hidup aku keseorangan sebelum aku jumpa botak. This only for few hours. And, THIS, TOO, SHALL PASS..
Aku rasa nak meneran, aku sorang sorang buat apa yang di ajar, sambil teran, sambil panggil nurse. Berlari depa datang. Suruh curi nafas, jangan hempas kepala, teran nafas panjang, jangan menjerit, jangan angkat punggung, dan macam macam lagi pesanan aku dengar kiri kanan. Aku tak tahu berapa lama aku dalam keadaan macam tu. Sehingga aku dengar nurse cakap dah nampak kepala baby. Bila dia sebut macam tu, aku nekad. Aku push lagi, kali ni aku tak kira, aku menjerit sekuat hati walau nurse cakap jangan jerit), SNIP! Rasa gunting dekat bawah tu siut. But let me tell you – punya sakit contraction tu sampai kau tak rasa pun sakit kena gunting dekat bawah tu ok. And yes, zupp, rasa benda meluncur laju dekat bawah tu. 4 nurse yang ada di hujung katil bersorak riang. Aku rasa relieved tapi sebak nak menangis. Aku cuba gapai nurse di kiri kanan aku.. tapi mereka insisted mintak aku jangan nangis… masa tu, baru aku faham kenapa kau nak suami atau ahli keluarga di sisi. So that you can share and be in ‘that moment’. Aku nangis bukan sakit. Tapi, its a strange, weird feeling filling up my chest which I unable to put into words. Tapi sedih. I have no one to share ‘the moment’ with me.
Less than 2 minutes, they put her onto my chest. Finally I able to touch her. Sangat merah. Semerah delima ranum kulitnya. I hugged her slowly and listen to her sweet cries. Tak sampai berapa saat, bbrrrrrr… dia siap kencing dan berak atas dada aku. Oh anak. What a sweet hello you’ve given me. Masa aku fe feeling peluk baby, the nurses masih lagi keep on working untuk keluarkan uri dari perut aku, darah ketul and all. Tapi masa tu I just don’t pay attention dengan kerja kerja di bawah sana. Sebab tengah high dapat pegang si budak merah ni di atas dada.
Cuma satu aku nak bagi tahu. Kalau korang suka sangat tengok video sweet sayu moment melahirkan dengan suami di sisi siap ada music background di youtube, menitik air mata kau tengok sampai nak beranak jam jam tu jugak – hentikan lah. Itu hanya terjadi di negara Mat Salleh atau kau beranak di Prince Court bayar berpuluh ribu. Memang expectation vs reality memang macam langit dengan bumi. Jadi untuk mengelakkan kesedihan dan kekecewaan semasa dalam labor room di hospital kerajaan, tak payah lah lagi tengok video orang putih beranak di youtube ya…
Lepas semua selesai, they cleaned both of us, ambil measurement baby dan jeng jeng jeng..datang lah satu individu dengan bag berbunga. Si tukang jahit sudah mari. Perh, tertelan telan air liur aku. I was informed that my tear was pretty bad. ‘Pecah’ teruk katanya. They gave the term ‘tau foo faa’ untuk kes aku. It took almost 1 hour to get it done. Tapi nasib baik ada bius. So all I can feel is the thread being pulled. Sakit sikit part skin yang nipis. Kata mereka, tempat kulit nipis meeka memang tak dibenarkan untuk bius. So mereka mintak aku tahan sikit. Sikit tak sikit lah. Pekup mulut sendiri menjerit dalam dada.
Once everything done, dah dekat denga 3 AM, they returned the babyback to me untuk proses breastfeed terus. Masa ni kan, memang magic. Rasa sakit dekat bawah tu memang hilang terus.
Malam tu kami berdua keletihan. The only thing was, I cant sleep and keep staring at her. She is so perfectly beautiful to me. Disbelieved. How can something that so beautiful came out from me. And keep reminding myself “Normi, you are a mother now. That’s your daughter.”
Started malam tu hingga kini, memang aku masih lagi kekal dengan kekurangan tidurnya. Haha. Tapi tak mengapa. THIS, TOO, SHALL PASS. I had to extend my stay due to my GDM status. Mereka kena monitor baby punya blood sugar level. Entah berapa kali sehari mereka datang cucuk tumit baby ambik darah. Kesian juga. Disebabkan kekurangan diri aku (berusia dan dapat kencing manis), baby terpaksa lalui proses tu.
Bercakap tentang KEKURANGAN, Athena Sophia dilahirkan dalam serba kekurangan sebenarnya. ibunya hanya punya sebelah salur / tiub fallopian ketika dianugerahkan Athena Sophia. Usia pun dah lanjut. Persediaan untuk menyambut Athena pun sangat basic. Alhamdulillah rezeki nya mencurah curah datang, segala kelengkapan datang satu persatu hasil pemberian sahabat handai ibunya. Walau perancangan diatur berbulan awal supaya ayah Athena Sophia dapat menyambut kelahirannya ke dunia seperti ayah ayah yang lain, Athena Sophia tetap ditakdirkan keluar kedunia tanpa sempat merasa sentuhan ayahnya. Kelahiran Athena Sophia bukan satu kebanggaan bagi ahli keluarga sebelah ibunya, sambutan, kemeriahan, jauh sekali. To them, she is just another baby. Athena Sophia hanya di dengarkan Iqamat pada hari ke 3, bukan immediately.
Seperti ibunya, Athena Sophia belajar merindu dan menanti cinta hati seawal usianya 1 hari. Tapi seperti ibunya, Athena Sophia tahu – THIS,TOO, SHALL PASS…
Athena (Greek) – “Sharp & Praise” (anther & aine). Daughter of Zeus. A Goddess of wisdom, craft and war. Only fought for just reasons and would not fight without a purpose.
Sophia (Greek/ Arabic) – “Holy Wisdom/ Wisdom”
If I can endure for this minute
Whatever is happening to me
No matter how heavy my heart is
Or how dark the moment may be
If I can remain calm and quiet
With all the world crashing about me
Secure in the knowledge God loves me
When everyone else seems to doubt me
If I can but keep on believing
What I know in my heart to be true
That darkness will fade with the morning
And that this will pass away, too-
Then nothing in life can defeat me
For as long as this knowledge remains
I can suffer whatever is happening
For I know God will break all if the chains
That are binding me tight in the darkness
And trying to fill me with fear
For there is no night without dawning
And I know that my morning is near.
~Helen Steiner Rice.
Ayu
May 1, 2017 at 12:48 pmHilang segala sakit bila nampak muka baby kan.. Comeinyaaaaaaaaaa baby gurl ni.. Salam pelok cium!
heartboxx
August 2, 2017 at 5:46 pmTQ.
Sya
May 1, 2017 at 3:59 pmKak me too beranak alone but akak lg sedih la.bcoz abg micheal leave on the same night b4 brp jam akak branak ?
heartboxx
August 2, 2017 at 5:46 pmDalam labor room almost 7 hours jugak
TYRA
February 8, 2019 at 5:47 amcute sekali debay nya
ijo
November 12, 2020 at 1:52 amso cute.. cuteness overload..
Mauliyani
November 13, 2020 at 4:17 amthanks information
artgrafter
November 17, 2020 at 3:59 pmsudah 3 tahun menikah belum di karuniai seorang bayi, bantu doa nya kawan2 supaya saya memiliki seorang anak, dan melengkapi keluarga kecil saya ini. aminn…