May 18, 2023 – Athena finished her kindergarten session at Dessert Willow Elementary School.
Alhamdulillah. Walau daddy dia tak ada di sisi, tetap lah grampa, grama, titi Kim dan Uncle Bush datang menyaksikan Athena ‘grad’ kindy. Kalau dekat Malaysia? Krik krik lah aku sorang sorang datang macam balu kematian laki lah kan.
Benda ni tak penting pun. Zaman kita dulu dulu mana ada ni semua kan? Macam aku, tadika pun tak pernah jejak. terus masuk darjah satu. Belajar membaca, menulis semua masa umur 7 tahun.
Tapi bila society normalized event macam ni untuk budak tadika, mesti lah kita kena support. Suka suka. Tapi aku terkejut gila bila tengok other parents siap bawak helium balloons, berjambak jambak bunga, stuffed toys dan kalung graduation diperbuat dari gula gula. Terus aku rasa macam aku ni mak tak guna tak terfikir ke nak beli belon untuk anak sempena majlis graduasi tadika dia. Sebab di kepala otak aku, benda ni tak serious.
Dengan Grama
Aku sebenarnya serabut memikirkan Athena masih tak nak cuba berjalan pakai kaki kanan dia lepas bukak simen. Dia punya trauma sakit tu melekat di kepala dia. Jadi lepas buka simen, tetap kena pakai stroller di sekolah dan cikgu dia kena papah dia ke pentas nanti.
Mak mertua aku tenang kan aku cakap, Athena tak perasan pun. Ya, Athena memang tak ada tanya pun mana belon dia, mana bunga dia. Langsung tak tanya. Dia happy tengok kami semua ada. Sepanjang majlis berjalan, aku live whatapps dengan Botak. Dia mintak nak tengok. Sanggup dia park tepi jalan masa kerja, semata mata nak tengok anak perempuan dia yang satu naik pentas tu. So aku tak dapat nak ambik gambar dan video sebab phone aku dah occupied. Aku hanya harapkan grama dan makcik Athena la ambikkan gambar dan video.
Kalau kau perasan, dia punya deko ala kadar je kan? Topi graduation mereka bagi budak budak tu sendiri gunting dan tampal. Tak ada la jubah jubah semua mahupun scroll. Sebab aku selalu nampak even kindy dekat Malaysia pun ada kan? Even tadika dekat USA ni aku tengok dekat Facebook, youtube semua memang meriah. Sekolah ni je. Kelam.
Ya memang aku masa mula mula register Athena dekat sekolah ni pun aku dah tak berapa suka. Sebab aku dah ada pengalaman hantar Athena sekolah masa kami di Sparks, NV, cikgu cikgu dia bersemangat dan extra. Parents pun jadi bersemangat turun sekali tolong. Tapi sekolah yang ini, baik cikgu mahupun admin, macam tak nak sangat berkomunikasi dengan parents. Tak nak serabut barangkali. So aku banyak tak tahu apa benda Athena buat dekat sekolah. Tak ada update tak ada apa. Hujung bulan Athena bawa balik calendar untuk bulan depan punya aturcara. Itu je.
Sampai Athena graduate, aku laki bini tak tahu macamana nak daftar Athena ke Pokemon Club. Mereka ada Pokemon club setiap Rabu. Sampai sudah tak ada info pasal tu. Ale bangang nya lah.
Anyway, tetaplah Athena tahu membaca, menulis, mengira seperti biasa. Cuma sekolah ni tak fun and colorful bagi aku. Tapi aku tetap lah bersyukur kan. Benda free. Bukan berbayar pun. So aku terima je lah. Kami laki bini memang taubat serta berazam, yang Athena takkan kembali ke sekolah ni. Kami nak try online school untuk Athena’s first grade. Tengok macamana progress dia.
By the way, sapa sapa yang follow aku di Facebook or Instagram, maybe terlintas reels dan posting aku pasal aku downgrade sekolah Athena dan aku marah marah. Actually I was consumed by anger pada hari tersebut.
Sebenarnya aku bengang gila dengan seseorang yang aku KENAL di luar social media, anggap sebagai adik serta kawan menulis dengan andaian kehidupan aku senang dan kaya di perantauan sehingga mengabaikan perasaan kesusahan individu yang tak mampu hidup seperti aku – ada good support system, business from home sehingga lari dari topik perbualan sebenar tentang kes baby kena abuse di pusat asuhan. Yang paling terkejut, bila general isu di kaitkan dengan personal life aku di sini sehinggakan dia membuat perbandingan yang bodoh di antara kes deraan di pusat asuhan di Malaysia vs school shooting di USA.
Bila pendapat tu datang dari orang yang kita kenal, educated, dah travel merata sedunia tapi masih cuba nak attack walau point tu tak kena, I feel personally attacked. this is no longer about the general issue. But she makes it about me. referring to how lucky I am instead of the main issue. Aku jadi bengang. Kalau benda tu datang dari orang yang tak kenal dan tak habis sekolah, aku boleh terima. Meaning, I think highly of her. She’s not typical makcik bawang type. Until yesterday, or the past weeks.
Dia agak bernasib baik dapat keluarkan point school shooting di USA sebab aku duduk USA. Tapi kalau aku duduk di Mekah? Apa pula alasannya? Kenapa mesti nak samakan kematian budak sekolah akibat kejadian luar kawalan seperti school shooting dengan kes dera baby di pusat asuhan di Malaysia? Yang datang tembak tu sapa pun tak kenal. Pusat asuhan tu, memang kerja dalam tu. jumpa hari hari siap datang beraya ke rumah. School shooting tu ibarat bombing di Syria dan gempa bumi di Turki. Ramai kanak kanak mati. Jadi boleh ke kita samakan dengan perangai celaka staff pusat Asuhan atau pun owner pusat Asuhan? Dah report polis pun, nan hado je. Terpaksa viral kan baru lah nak siasat.
Decision untuk pilih, letak anak tempat jagaan masih dalam kawalan kita. Kita boleh siasat, google, tanya mak pak lain, tanya cikgu cikgu dalam tu. Percayalah, kalau kita taip nama pusat asuhan tu dalam google, memang akan keluar posting yang TAK POPULAR dari ibu bapa yang pernah alami pengalaman buruk dekat situ. Jangan tunggu kes viral baru nak ban.
Aku sentap sebab andaian ni datang dari seseorang yang aku kenal. Bukan netizen. Tapi kawan. Dan kalau nak di bandingkan, hidup dia lagi beruntung dan mewah berbanding dengan aku secara general. Apa yang dia ada sekarang,aku masih tak dapat merasa pun. Tapi, im happy for her. Rezeki dia. Both of us a mother to a mixed blood daughter. A lot of things we can relate. Until now.
Penulisan aku di salah ertikan sebagai “sila resign, jaga anak dekat rumah“ sedangkan aku lah orang yang paling kuat berpegang kepada pegangan yang kita wanita harus hidup berdikari, mesti ada duit sendiri. Bukan dia sorang sahaja salah faham. Ada lah sekor dua yang lain salah erti maksud aku, menuduh nyonya sarankan mak mak berhenti kerja, jaga anak dekat rumah.
Sejak dulu lagi masa dekat Malaysia aku buat 3-4 kerja cari duit. Sekarang pun tak ada bezanya. Cuma tak cerita detail apa. Bila orang macam dia dan orang kerja kerajaan makan gaji mengandai aku tak faham kesusahan orang lain, buat aku bengang sebab, kalau aku bagi dia kerja yang aku buat dulu dan sekarang, mungkin dia terkangkang jadi gila meroyan. Tak pun meninggal dunia hypertension. Dalam mereka ni tuduh aku tak faham struggle orang lain, mereka sendiri pun tak tahu menahu struggle aku dekat sini. Cliche kan?
Sebab tu sebelum ni aku ada tulis “When you hid your downfall, struggles and sad life phase so well, until makes people think you are so fortunate and they hated you for that, don’t worry.
you doing it right.”
Sebab kalau nak kira dengan cara aku membesar, broken family, miskin and all, aku tak pernah reveal secara detail dekat orang. Sama juga sekarang pun, I choose to share the view and basic activity sebagai perantau di negara orang tanpa bercerita secara detail tentang rumahtangga, financial, suami, anak & keluarga. Namun tidak lah bermakna aku di sini mewah segala sampai tak tahu yang struggle setiap manusia tu, tak sama. Orang buat bisnes je tahu tak semestinya untung besar. Silap silap ada hari, rugi.
Im not into drama. I have my own problems and million things to work on. I will try my best to ignore all this nonsense in the future. Reminding myself, people like that are not worth my energy and time.
So aku mintak maaf lah kalau korang rasa aku tuju dekat semua. No. Sapa kenal aku personally tahu aku macam mana. Aku hanya tuju dekat kawan aku tu je. Dan dia pun dah unfriend aku di Facebook. Alhamdulillah. Kurang satu masalah.
Anyway. terlajak panjang pula post kali ni. Aku benci emo emo gini sebenarnya. Malu pun ada. Dah tua kut. LOL
Aku tengah drafting blog post pasal valley of fire yang aku pegi bulan March hari tu. Video Youtube dah up. Cuma blog post masih belum siap.
Melayu di USA. Ibu anak satu. Seorang yang kuat berangan. Half of her many dreams became a reality somehow. And now she is sharing her reality through writings and videos (youtube)
Leave a Reply