Autumn in Sparks, NV

“Autumn shows us how beautiful it is to let things go.”

Setengah orang suka winter season sebab snow yang memutih. Ada orang suka spring season sebab bunga yang berkembang. Ada orang suka summer season sebab banyak aktiviti luar boleh di lakukan siang dan malam. Dan kalau korang tanya aku, aku paling suka Autumn (musim gugur). Sebab autumn ni macam syahdu bagi aku. Transition daripada kemeriahan musim panas ke musim yang paling bosan – musim sejuk. Musim bunga (Spring) bisa menggembirakan aku tapi, Autumn tetap favorite aku. Autumn in my heart gitu.

Kalau tahun lepas, aku lalui musim gugur di Alaska, tahun ni aku lalu dekat Sparks, Nevada. Tahun depan entah di mana pula.. Tapi yang pasti, setiap musim gugur di USA sangat berlainan wajah dan warna. Itu yang membuatkan pengalaman berkelana di bumi USA sangat istimewa.

Setakat ni kami belum berjalan kemana mana. Botak sibuk bekerja. Aku pula terperap di rumah dengan Miss A. Kalau keluar pun hanya ke kedai untuk beli barang dapur. And that’s it. Cuma hari ni kami berpeluang keluar rumah menikmati cuaca cantik di musim gugur. Sudah seminggu asyik berangin saja. Sejuk.

Suhu sekarang di antara 4 – 7 darjah celcius. Malam bertukar kepada 0. Kalau tak ada angin, memang gagah juga lepak dekat luar sambil jalan jalan di bawah cahaya matahari. Jangan duduk bawah bayang pokok. menggigil nanti. So kena berjalan jalan baru panas badan.

We took sometimes to walk around our house compound. Tak kemana mana pun.. hanya dalam kawasan apartment kami. Miss A lupa yang dia pernah bermain daun kering sewaktu musim yang sama di Alaska. Jadi aku perkenalkan nya sekali lagi. Suka nya dia dengan bunyi kerapuhan dedaun bila di ramas dan di pijak. Aku biarkan saja kerana ianya membantu sensor, imaginasi dan immunity.

Tak semua jenis pokok di sini bertukar kemerahan dan kekuningan. Cuma dalam 35%. Selebihnya kekal hijau. Namun tetap indah di mata aku. Semoga impian aku untuk melihat syurga musim gugur di Vermont termakbul satu hari nanti.

Untuk pengetahuan korang, kami pernah singgah di bandar Reno ni pada Oktober tahun lalu. Singgah di Pumpkin Patch untuk Miss A di Ferrari Farm. Later on, I saw a spot. with very colorful trees from the highway. Dalam hati terdetik “cantiknya. I wish I could stay there for a while“. And now here I am. Rupanya bandar yang cantik dari kejauhan dengan pokok pelbagai warna tu ialah Sparks. That’s the power of wish and dream.

Seperti yang aku nyatakan, sebulan dua ni kami tak kemana mana. Botak sibuk dengan kerja dan aku pun boleh tahan juga sibuk dengan hal hal aku serta preparing Miss A for her Pre-School. Tapi aku tak berapa nak complaint. Just appreciate what’s around me at the moment. Nanti ada rezeki, berjalan lah kami kemana mana nanti.

Aku dah cukup bahagia tengok gelagat Miss A yang sangat excited main daun daun kering dan batu batu. Kalau cuaca cantik esok lusa, kami akan bermain di luar lagi sebelum datangnya musim sejuk di penghujung November.

Hope you guys enjoy the view I’ve taken with my Samsung Note FE. Nothing really fancy. Cuma snap shot di sekitar rumah untuk di jadikan kenangan dan perkongsian pengalaman.

“Every leaf speaks bliss to me, fluttering from the autumn tree.”

Till then, xoxo.

Comments

comments

4 Comments

  1. Fatihah Fazlin

    October 23, 2019 at 1:36 am

    Cantik giler gambar guna samsung note FE ni kak. Btw, penulisan akak kat entry ni macam lain sikit kan, nak macam berpuitis pun ada. hehe.
    Athena so cute walaupun tak senyum 🙂

    1. heartboxx

      November 4, 2019 at 6:05 am

      Hehe. Thank you for reading my belog. Bahasa jadi agak romantik bila rindukan kampung halaman di Malaysia sebenarnya.. memujuk hati bersyukur dengan apa adanya di sini… huhuhu

  2. Norazura Abdol Rahman

    November 5, 2019 at 1:41 am

    Cantiknya …semoga saya diberi peluang merasai pengalaman Autumn

Leave a Reply