Bagaimana Pesalah Laku Jenayah, Termasuk Jenayah Seks di Adili di USA?
Adik botak datang ke rumah 2 hari lepas. Tiba tiba terbukak cerita lama yang mana, jiran baru dia sangat ramah tamah ber hai hai setiap kali lalu lalang depan rumah. Adik ipar aku ada anak perempuan berusia 3 tahun pada masa tu. Tapi naluri dia sebagai ibu dicucuk cucuk setiap kali dia nampak jiran baru dia tu. Entah macamana dia dapat nama penuh jiran dia berserta “surname”, lalu dia buat cross check. Yes. Memang benar apa yang di risau. Jiran dia tu ada rekod “CHILD MOLESTER”.
Di negara kita, kanak kanak dan wanita yang dicabul kehormatannya berdiam diri kerana malu atau makin di cac, dipersalahkani. Tak kira lah yang dicabul tu lelaki atau wanita, rata rata pencabul terlepas dari diadili. Maka tinggallah si mangsa dengan memori yang jijik sepanjang hayat dia. Manakala parents yang diambil nyawa anaknya, hiduplah mereka dengan kesedihan sampai mati.
Redha satu hal. Tapi pesalah sepatutnya mesti di adili. Tak kiralah di akhirat kelak memang gerenti akan dapat balasan. Tapi sebelum ke akhirat, kita mesti settle benda atas dunia ni dulu. Kalau boleh, benda yang buruk macam ni, kita kurangkan walau tak dapat hapuskan.
Aku bukan nak puji Amerika sangat. Tapi CERTAIN undang undang dia buat aku rasa selamat. Jadi apa salahnya kalau satu hari nanti, Malaysia ambik kaedah ini dan applykan dekat negara kita.
Hukuman penjara dan denda untuk pesalah laku jenayah dan jenayah seks di USA tak payah lah aku cerita, sebab memang sangat serious. Lagi lagi kalau jenayah tu melibatkan kanak kanak dan wanita. Apa yang aku nak cerita dekat sini ialah PUBLIC RECORD (REKOD AWAM).
Ya. Segala rekod jenayah pesalah laku walau hanya langgar traffic light, boleh di lihat di website Rekod Jenayah Negara. Apa yang perlu kau buat hanyalah masukkan nama surname atau kalau dapat nombor kad pengenalan dia, memang lagi tepat. Dan yang bagusnya, rekod ini akan kekal sampai kau mati.
Ya aku tahu, mesti separuh rakyat Malaysia, lelagi bangsa yang sebangsa dengan aku akan bantah ni. Katanya “bukak aib” orang. Allah Maha Pengampun, kenapa kita pula nak letak rekod kesalahan orang tu sampai bila bila. Bagi orang orang macam ni aku, kau sebenarnya membenarkan kemusnahan dunia dan penganiayaan terhadap sesama manusia berterusan. Lepas tu, boleh pulak kau caci maki dekat Facebook bila keluar berita berita hitam. Ampun la sangat.
Walau apa pun, aku tetap terima kalau korang tak setuju dengan aku. Masing masing punya pendapat kan? Tapi selagi aku boleh kongsi info dan idea, aku tetap menulis di belog aku ni. Bukan kau yang bayar hosting dan domain aku setiap tahun pun.
Dekat USA, kau boleh google je taip sebarang jenis jenayah yang kau nak check. Contoh yang aku nak tunjuk ialah “child molester”. Kemudian akan keluar berderet pautan ke halaman rasmi untuk kau check individu yang kau syak.
Kalau kau tak ada info pasal pasal individu tersebut, tapi kau masih boleh check lokasi di mana penjenayah tu berada, jadi kau boleh lebih berhati hati. Jadi aku tunjukkan contoh aku check dekat kawasan tempat aku tinggal sekarang, iaitu Wasilla yang berposkod 99654 (zipcode)
Child kidnapper pun boleh check sekali. Lepas kau masukkan zipcode, keluar lah map serta lokasi yang kau boleh klik dan baca lebih detail.
Macam ni. So aku klik untuk baca info pasal pesalah laku ni. Contoh dia, macam ni yang akan keluar;
Lepas tu kau boleh klik pada gambar tu untuk retrieve rekod siap dengan nombor perdaftaran kes dekat mahkamah, bila berlaku dan apa jenis kesalahan dia.
Aku terpaksa blurkan sebab aku tak nakĀ kena saman sebab publish rekod macam ni dekat belog. Dan orang USA bukan macam orang kita, dapat info seseorang yang famous atau orang yang kau berdendam, viralkan bagi malu. Itu perangai orang kita. Memang bukak aib la tu. Tapi Orang USA, mereka gunakan access ni untuk meningkatkan keselamatan diri dan ahli keluarga.
Kalau kau nak fancy lagi, kau boleh lah subscribe dengan website berbayar seperti kidslivesafe.com. Website ni akan siap bagi alert email dan text message. Tapi kena bayar la yuran tiap tiap bulan.
Pun boleh check dengan masukkan zipcode
Best kan? Tapi kau mesti kata, “alah, ada sistem rekod awam kekal macam ni pun, ramai je penjenayah dekat USA”. Iya. Tapi sekurang kurangnya kau alert untuk diri dan keluarga kau sendiri. Paling tidak pun, kau boleh check background bakal pekerja, bakal suami atau bakal menantu kau. Memang dekat USA pesalah laku jenayah seks lebih 800,000 orang. Tapi kau tahu tak berapa jumlah keseluruhan penduduk USA? 328 million. So berapa persen je sebenarnya? Aku tak boleh nak letak figure untuk Malaysia, sebab semua kita tahu, berapa banyak kes yang tak diadu dan tak diambil peduli. Dengan adanya sistem rekod macam ni, akan buat orang fikir banyak kali nak buat jahat sebenarnya. Lelagi kalau kau tu beragama Islam.
Cuma satu je kelemahan rekod ni. Mengikut kata botak, kalau kau main cinta dan buat hubungan kelamin dengan budak bawah umur. katakan budak perempuan tu 15 tahun, boyfriend dia 20 tahun, dan mereka suka sama suka. Semuanya berlaku atas kerelaan budak perempuan tersebut. Tapi kalau parents budak perempuan tu bukak report, nama kau akan naik lah sama sebagai “under age sex offender” lalu kekal sampai bila bila. Jadi, bila tak nak kena report, terhegeh hegeh la boyfriend tu bertanggungjawab mengadap mak bapak budak perempuan tu. Terus bincang pasal kebajikan anak yang bakal dilahirkan. Tapi still ok lah kan dari touch and go.
So marilah kira sama sama berdoa, satu hari nanti, Malaysia apply sistem ni. Bukan rekod jenayah seks semata. Tapi segala jenayah termasuklah tak bayar hutang PTPTN.
Sekian. Terima Kasih.
Leave a Reply