Bagaimana Untuk Memastikan Penerbangan Yang Selesa Bersama Anak Kecil Dengan ‘Economy Seat’
Salam bulan Disember. Dah nak habis 2018 ya. Aku harap segala azam yang korang set masa awal tahun hari tu tertunailah hendaknya. Tunai tak tunai, yang pasti, korang dah start memangkah segala mak nenek Public Holiday di kalendar tahun 2019 sambil sambil check harga flight ticket kan untuk melancong keluar negara atau keluar negeri bersama keluarga kan?
Bagi yang ada anak kecil, mesti korang macam berkira kira nak terbang jauh bila memikirkan kena beriba berjam jam. Riba saja tak apa lagi, kena pulak dia meragam..memang cuak bila memikirkan. Aku tak lah pakar dalam bab travel dengan anak kecil ni, tapi boleh lah aku kongsikan sedikit pengalaman menaiki penerbangan yang panjang dari Narita ke Los Angeles yang memakan masa 18 jam bersama Athena Sophia yang masa tu baru berusia 10 bulan. Aku agak bernasib baik sebab sepanjang penerbangan bersama sama Athena Sophia, (first time was Bali, at 6 months old) dia memang tak meragam dan tidur sahaja.
Masa flight dari Narita ke Los Angeles, kami tak dapat pun bassinet walau dah request dekat kaunter. Alasan air stewardess dia, “bergantung pada saiz baby”. Sedih sangat Athena Sophia kena pangku 18 jam penerbangan. Memang tak selesa lah kan. Tapi memang kami bernasib baik, Athena Sophia tak banyak bunyi. Lepas dari pengalaman tersebut, aku bincang dengan Mike, memang lepas ni kita kena beli seat untuk Athena Sophia walau perjalanan tak sejauh mana. Athena Sophia dah makin besar dan berat. Bassinet memang tak ada dalam kamus dah bila anak atas 12 bulan pun. Kita nak travel ni, biarlah selesa supaya tak kacau mood bila mendarat nanti. Banyak tenaga diperlukan bila travel ni sebenarnya. So jangan lah berkira duit sangat dalam bab ni.
Aku kongsikan sedikit pengalaman pertama kami dengan Athena Sophia dari Alaska ke Seattle selama 4 jam. Kali ni kami belikan Athena Sophia flight seat sama macam kami berdua. No more on lap baby.
Pertama sekali, korang kena dapatkan car seat yang lulus Federal Aviation Administration (FAA approved). Macamana nak tahu? Korang boleh check sticker bawah car seat seperti dalam gambar ni;
Dia akan ada lambang kapal terbang.
Tak kira lah brand apa, memang mereka akan produce satu model yang FAA Approved. Macam aku, dekat sini aku beli under brand Cosco. Cosco ni ada banyak model dan tak semua model FAA Approved. Tapi seperti yang aku cakap tadi, dalam 10 model mereka keluarkan, akan ada 1 yang FAA approved. Dan Cosco lah paling murah kalau nak dibandingkan dengan Britax, Combi atau Graco. Aku dapat masa sale, $36 je. Dan boleh digunapakai dalam kereta juga.
Korang tahu tak yang untuk baby seawal umur 1 hari pun, kita boleh belikan dia seat penerbangan? Harga Seat memang sama dengan harga dewasa (dah tak ada diskaun dah, unless pangku/ riba baby) tapi seat tu akan dapat luggage provision sama saja lah macam seat orang dewasa. Memang lah pihak penerbangan akan provide bassinet. Tapi buatnya time flight kau, ramai pulak baby kecik. Bassinet ni sebenarnya based on first come first serve. Limited quantity gitu. Lepas tu kan, kau bukan boleh letak terus baby tu dalam bassinet tu. Kau kena pangku sampai lah pilot keluarkan signal kapal terbang dah mencapai tahap ketinggian yang ditetapkan dan selamat untuk bukak seat belt. Lepas tu kan, sejam sebelum mendarat, krew akan datang ambik bassinet tu dari kau. Kesian sangat baby tengah sedap tidur dalam bassinet, kena angkat, pangku balik sampai lah mendarat. Jadi aku memang suggest sangat sangat kau beli sajalah ticket seat untuk anak kecik korang. Dapat bawak extra luggage kalau korang nak shopping kan !?? Haha
Masa ni tengah berunding dengan jiran sebelah untuk tukar seat. Athena Sophia lepak lepak dulu sambil hisap jari. Nampak macam business class terus kan bila letak anak dalam car seat dalam flight. Selesa ya amat.
Kalau korang tak tahu macamana nak pasang seat belt dalam kapal terbang ke Car Seat pun tak apa. Krew penerbangan akan tolong pasangkan dengan jayanya.
Kedua, Selain dari bawa bekal selimut atau toys kegemaran yang boleh buat anak korang rasa ‘secure’ dan selesa, korang boleh la bawak buku atau toys baru yang anak korang belum pernah lihat. Sebab ini akan buat mereka leka sibuk belek buku/ mainan baru sebelum plane take off. Jangan sekali kali bawak toys yang ada bunyi pula. Mengamuk penumpang lain nanti. Hehe.
Ketiga, mintak air suam dengan krew, buat kan susu siap siap kalau anak korang belum menyusu lagi (formula baby). Bagi dia menyusu masa plane take off bagi kurangkan pressure dalam telinga dia. Kadang kadang baby menangis sebab rasa tak selesa dalam telinga tu lah. Untuk BF baby, susukan juga lah sebelum plane take off. Sebab masa plane take off, memang semua kena ikat tak boleh nak pangku pangku. Lepas tu bagi binky (puting getah) masa plane take off. Athena Sophia dia hisap jari dia sendiri saja masa plane take off. Senang sikit.
Keempat, kau kena lah pay attention dan layan anak kau sampai dia terlena. Bacakan dia buku tu ke, cakap cakap dengan dia ke. Kau memang tak boleh buat hal sendiri masa dalam penerbangan kalau anak kau masih jaga dalam seat tu. Unless dia dah biasa terbang pakai tu, ok lah kut.
Jangan risau, selalunya budak cepat memgantuk bila dalam kenderaan bergerak. Athena Sophia tidur lepas 30 minit plane take off. Sebab? Masa proses boarding tu, dia pun penat macam kita juga.
Selama 4 jam penerbangan sampailah mendarat, lena dia tidur. Alhamdulillah. Aku pun dapat rehat juga sambil sambil.
Mesti korang rasa macam leceh nak bawak car seat bagai masa boarding atau landing kan? Tak leceh sebenarnya. Korang mesti ada stroller lightweight yang boleh bawak sampai pintu kapal terbang kan? Ha, sangkut la dekat stroller tu macam aku buat dalam gambar ni;
Walaupun Stroller Umbrella Athena Sophia bukan jenis mahal beribu macam orang lain punya (Kolcraft Cloud Lightweight, $26) Tapi dia punya kukuh dan mantap, aku maknya pun boleh duduk dalam tu. Nama je lightweight stroller, tapi boleh buat kerja heavy duty. Lightweight Stroller on steroid gitu)
Kira package untuk travel for traveling baby.
Tak cukup dengan car seat, mommy sangkut macam macam paper bag dan bag lagi dekat belakang tu. Tapi pastikan anak korang berat lah. Jangan lah pulak anak berat 5 kilo, barang yang sangkut tu 10 kilo…terjongket melambung anak kau nanti, ok?
Masa landed, semua happy and well rested. Memang seronok sangat pengalaman penerbangan kami pada hari tu. Walau bagaimana pun, aku rasa cara ni hanya applicable up to 2 babies. Kalau korang ada anak kecik berderet 3 orang ke atas, aku pun garu kepala tak tahu macamana nak suggest untuk permudahkan perjalanan penerbangan. Hehe. Sorry. Aku bukan pakar sangat !
In the future, kalau aku ada tips macamana nak travel senang dengan baby, akan aku kongsikan lagi di sini. Apa nak buat, aku pun masih experimenting juga.
Semoga bermanfaat.
Leave a Reply