Berhari Raya di North Lake Tahoe, Nevada

Hi! Selamat menyambut hari raya Aidiladha you all. Sempena Hari raya Korban ni, aku korban kan masa aku untuk menulis post throwback Hari raya Aidilfitri 2 bulan yang lalu. Bagus tak aku?

Seperti yang aku duduk meratap di Instagram dan Facebook dua bulan yang lalu, yes, Raya Aidilfitri tahun ni (2019) aku beraya di perantauan lagi. Bukan perantauan lagi dah, tapi perantauan yang merantau pindah randah. Sikit punya dalam inception rantau aku ni. Tapi cukup lah cerita sedih beraya di perantauan ya. Aku nak cerita sedikit tentang North Lake Tahoe ni.

So, sedang korang bersalam salaman di pagi raya penuh babak drama air mata tapi dalam hati tetap berdoa semoga dapat mengenggam sampul duit raya yang amaun nya melebihi RM50 hari tu, kami sekeluarga pula memandu mendaki Mount Rose yang terletak di Utara Lake Tahoe. Dah tak ada mana nak pegi beraya, kami ambik keputusan untuk meninjau keadaan di sini menandangkan ianya hanya 1 jam perjalanan pemanduan kereta.

Sebelum sampai ke tasiknya, pemandangan sepanjang perjalanan pun mampu memberi terapi minda yang terindah. Ditambah pula dengan ahklak para pemandu yang berhemah, jarak kenderaan yang selamat. Bukan apa bro dan sis, makin tinggi drive up, makin curam tebing belah kiri jalan tu!

For a start, Lake Tahoe ni merupakan ‘National Treasure’ bagi negara USA. Tasik Alpine terbesar di Amerika Utara berukuran 35 KILOMETER panjang dan 19 KILOMETER Lebar. Persisiran airnya pula ialah berukuran 120 kilometer (Kira lingkungan bulatan tasik secara total). One of the most crystal clear lake on EARTH, 2nd deepest lake in USA (501 meter deep) after Lake Crater, Oregon. Ha, tasik yang paling dalam di USA tu pun aku dah ceritakan ya. Boleh baca post tu di SINI.

Besar nya tasik ni, orang boleh melawat dari arah California juga. Aku ni di Nevada. So kalau korang berjanji nak jumpa dekat Tasik Tahoe ni, kena lah setting location bebetul. Sat lagi sorang di Utara, sorang lagi dekat Selatan. Bukan boleh berjalan kaki berlari keliling macam Tasik Titiwangsa tu lah ya. Minta maaf.

Lake Tahoe ni punya lah besar, cuaca di utara dan selatan tasiknya berbeza. Utaranya diliputi salji walau di musim panas, dan selatannya pula hijau sepanjang masa (A bit of snow during winter).

Memandangkan aku ni duduk di bahagian Utara Nevada, so aku cerita pasal Utara Tasik ni lah ya (North Lake Tahoe). Nanti kalau aku dok cakap Lake Tahoe, Lake Tahoe, datang pulak orang yang konon expert travel Amareka cakap “eh, mana ada macam tu. Aku pegi panas je. Global warming la tu sampai ada salji pulak kat tasik tu.” Rupanya dia dekat Selatan Tasik Tahoe. Buang Karan je.

Anyway, aku tak sempat explore the whole area. Kena tidur dua , tiga malam baru habis gamaknya.

Masa aku datang sini, ialah waktu summer. 5 June 2019. Salji masih tebal di kaki pergunungan. Ramai orang tanya aku. “Tak sejuk ke”? Memang tak sejuk. Tapi nyaman. Suhu dekat sini dalam 21 – 23 Celcius. Walau salji di mana mana, tapi matahari terik memancar menjadikan suasananya nyaman, membolehkan kau main salji pakai seluar pendek. So, kepada mereka yang tak tahan sejuk tapi berangan nak main salji, aku sarankan datang sini waktu awal summer. Boleh main salji tanpa snow coat and pants. Luggage pun jadi banyak ruang untuk isi barang shopping bawak balik Malaysia. Gitu.

Miss A sentiasa toleh kebelakang kalau aku di belakangnya dan daddy. Vice Versa. Sentiasa bertiga. Jangan berpisah. Kalau terlalu jauh dia akan berhenti berjalan. Mungkin kerana daddy nya sentiasa bercerita “in the army, we leave no man behind”

Maaf lah aku tak ada banyak gambar nak cerita aktiviti yang boleh dilakukan di sini sebab memang kami betul betul drive through sahaja. Stop over 3 tempat. Dekat peak, Starbucks dan view point. Itu sahaja. Kalau nak kira, aku nak stay semalaman. Tapi kau tahu lah bila dengan laki kau orang Amareka, dia rasa macam boleh datang sini balik anytime sebab sejam saja dari rumah. Macam aku di Shah Alam lah, nanti nanti lah pegi KLCC twin tower tu. Bukan nya runtuh esok lusa. So, laki aku pun balas balik dekat aku bila kami di negara dia.

View dekat View Point Stop

Banyak aktiviti kau boleh buat dekat sini. Kau boleh main Ski (kalau kau memang pandai ski lah). Kalau kau banyak duit, kau boleh main jet ski. Sini ada aerial tram macam stail di Portland, Oregon juga (ini aku akan naik one day dan aku akan blog once it’s done).

Dekat sini ada berpuluh hiking trail dari level mudah ke paling mencabar. Boleh berenang di tasik nan biru tanpa sebarang bayaran. Cuma bawak je pelampung sebesar rumah kalau nak lagi fun. Camp site untuk camping pun banyak. Pilih saja dekat sungai, atas gunung, atau jauh nun ke dalam hutan. Semuanya ada. Nak datang berhoneymoon? Sediakan saja duitnya. Sebab resort ala Aspen Colorado dan Swiss Mountain ada di sini. Boleh la tayang dekat instagram berendam dalam jakuzi air panas di kelilingi timbunan salji.

MIss A eating Madelines in Stabucks.

Aktiviti paling paling bodoh pun – bergambar. sehari suntuk pun tak kan cukup sebab background nya sangat indah 360 darjah. Nak bergambar dalam tasik? Tepi Tasik? Kaki gunung? Atas Gunung? Tepi jalan raya? Tengah jalan raya? Nak ambik gambar wedding dalam salji tanpa rasa sejuk? Sila lah datang ke sini.

Oh, aku lupa. Di North Lake Tahoe juga merupakan tuan rumah untuk Winter Olympic pada tahun 1960. Masih ada perkampungan Olympic nya di Squaw Valley yang mana kini di jadikan resort penginapan dan Christmas Town. Kalau di izinkan Tuhan, aku nak pegi experience winter di sana. Ganti rindu pada winter in Alaska. Gitu.

Luasnya, jernihnya tasik ini buat aku terlupa sebentar yang aku di Sierra Nevada. Biru tasiknya bagaikan Caribbean Blue. Tapi jernih dan birunya memerlukan input dari kita sang manusia. You don’t deserve a mother nature’s love if you unable to love it back. Sebab itulah program, campaign seperti ini kekal bersama sama Khazanah Negara ini. Bukan bermusim, bukan waktu dekat pilihanraya sahaja.

Aku dekat sini dalam sejam lebih sahaja. Tapi mampu buat aku rasa sangat happy dan tenang (otak dan hati). Macamana lah agaknya kalau dapat stay sini seminggu? Sebulan? Selama lamanya?

Kadang kadang kita sedih bila tiada pembangunan di sesetangah kawasan dan tempat. Tiada shopping mall 15 tingkat dengan IMAX theater, tiada taman tema, tiada restoran franchise mahupun kedai minuman bubble tea milk dan lampu neon bergermerlapan. Tapi kita tak sedar, bila alam semulajadi di gantikan dengan tembok batu, cahaya bintang dan bulan di ganti dengan lampu neon, sedikit sebanyak menjarakkan ingatan kita pada kebesaran Tuhan yang menjadikan seluruh alam.

Aku tak tipu bab bergambar tengah jalan raya. Aku dah buat. Memang boleh.

Sekian. Sehingga berjumpa lagi di coretan akan datang.

Lupa lak, aku ada video. haha

Comments

comments

Leave a Reply