Bila Gadis Melayu Puji atau Menikah Lelaki Bangsa Asing….
FOR ENGLISH, CLICK HERE
Selama ni aku memang macam mangli dah dengan tomahan dan pendapat menyakitkan hati bab wanita Melayu suka orang luar. Sebab bagi aku isu ni memang sampai kiamat pun takkan mencapai kata damai dari mana mana pihak. Isu ni dikira agak sensitif sebab ianya melibatkan bangsa, pendirian seseorang dan maruah. Dan bagi yang nak bakor line, plup! Masukkan isu agama. Memang terbakor satu dunia lah bila masuk bab itu kan.
Tapi aku rasa nak tulis la jugak memandang aku pun dah macam terlibat sama. Maksud aku, aku berhak memberi pendapat aku, di BLOG aku, sebab aku rasa berkewajipan menerangkan keadaan yang aku sendiri ALAMI. Bukan tulis cerita bagai review wayang, drama TV mahupun bacaan Novel ya.
Ini video di upkan oleh page Facebook tersohor Malaya. Aku jadi sedih sikit bila tengok komen komen hina, menghina gadis yang elok bagi aku dari segi penampilannya dalam video tersebut hanya kerana memberi sepatah dua pendapat.
Paling sedih, komen menghina datang dari kaum WANITA sendiri.
Aku terpanggil untuk tulis komen juga, tapi komen aku more kepada NEUTRAL. Sebab bagi aku, itulah sebaiknya sebab tugas kehakiman ni, bukan calang calang orang boleh bawa. Kalau keputusan hakim professional di Mahkamah Tinggi pun satu Malaya tak puas hati, apatah lagi komen picisan yang datang dari orang macam kita kita ni.
Tapi, macam biasalah, dalam neutral aku, masih ada membantai aku. Aku dah boleh agak. Sebab komen neutral aku tu datangnya dari seseorang yang MENIKAH dengan orang luar.
First sekali, aku tak faham kenapa orang selalu tengok bila Melayu nikah orang luar, mesti dikaitkan dengan saiz punai. Apakah memang iya punai Melayu kecik bebenor? Komen pasal punai ni selalunya datang dari pihak lelaki. Adakah secara tidak langsung, individu yang mengeluarkan pendapat tersebut, mengIYAkan saiz punainya kecik sampai tak ada perempuan Melayu nak menikah dengan dia?
Kedua, RIBUAN komen dan tanggapan negatif terhadap lelaki luar layan perempuan Melayu tak elok. Jual isteri, pukul isteri dan sebagainya sedangkan yang aku tahu, bab pukul isteri, jual bini ni… semua bangsa ada kut. Aku malas nak cari banyak. Sebab korang memang tahu punya. Maybe dalam ahli keluarga korang pun ada kes macam ni terjadi.
Ketiga, membanding bandingkan kes seharian dengan kisah rumahtangga selebriti nikah orang luar tapi tak kekal. Dah tu, semua selebriti yang menikah sesama bangsa SEMUA KEKAL ke? Hahaha ini aku memang tak boleh blah. Mungkin sebab ini juga orang kita sanggup buat loan puluhan ribu hanya untuk mengadakan majlis gaya Rozita Che Wan, Shazy Sam dan anak tokey NAZA? Memang lah impak cerita selebriti tu bertan tan gandanya. Tapi, korang terlepas pandang hidup seharian rakyat biasa yang bernikah dengan orang luar tapi elok elok saja. Sebab? Korang tu pun rakyat biasa. So ambik tahu bab kehidupan seharian orang macam kita kita udah la.
Aku sedaya mungkin menulis ni agar tak nampak aku berat sebelah. Sebab aku suka neutral. Aku tak nak dipandang membekap warga asing, orang luar semata aku menikah dengan salah seorang daripada mereka. Motif aku hanyalah nak bagi tahu, jahat baiknya manusia itu, bukan bergantung pada warna kulit dan agama anutannya. Tapi satu je masalah, bila ada manusia bukan Melayu buat baik, berderma bagai, cepat je korang cakap
“alah, kapir. Buat lah baik macamanapun, tak masuk syurga. Kita Islam, buat lah jahat macamana pun, akhirnya akan masuk syurga”
Aku jadi lugai bila nampak ayat macam tu. Kita ni, Islam seumur hidup pun, belum tentu mati dalam Islam for the note. Kenapa tak boleh gembira dan terinspirasi dengan sifat kebaikan seseorang tanpa usul siapa dia. Kenapa mesti nak kait sampai syurga neraka. Dah tu, kalau kau dalam kesusahan, eksiden ke apa, kalau yang datang menolong tu bukan sama bangsa dan agama kau, SILA LAH TOLAK. Cakap ler
“nonono, I tunggu Melayu Islam datang tolong I. Sebab pahala dia akan di kira sebab dia Islam. Tak pe. I tahan luka rabak kaki patah jatuh motor ni. You go away”.
BOLEH?
Aku ada kenal lelaki Melayu yang baik baik. Cuma aku tak ada JODOH dengan mereka. Kau ingat orang yang menikah dengan orang luar ni, rejek terus Melayu ke? Dan kau ingat orang yang menikah dengan Melayu, tak ada berangan merasa menikah dengan orang luar ke? Tapi, cakap lah macamana pun, balik balik, saiz punai jugak ditimbulkan.
Bab pendapat wanita Melayu kata lelaki luar romentik, caring, bla bla bla tu, sila lah maafkan mereka. Mungkin benar mereka hanya tengok melalui TV dan baca novel cinta (macamlah drama dan novel Melayu tayang cerita REALITI DAN BENAR BELAKA Rindu Awak 200% kut). Tapi tak perlulah hina hanya kerana mereka keluarkan pendapat tak cukup maklumat gitu. Kenapa korang tak cuba buktikan yang korang lebih romentik dan caring juga?
Terus terang aku bagi tahu, suami aku tak romentik. Dan aku nikah dia, bukan sebab dia romentik pun. Aku menikah dengan dia, bukan sebab dia banyak duit. Aku rasa, aku lagi punya Aset lebih dari dia. Dia tak ada beli rumah. Aku ada beli rumah di Shah Alam. Kereta dia, atok dia yang kasi. Aku beli kereta aku sendiri. Yang lain lain tak payah la aku cerita. Nanti korang ingat aku berlagak list harta dan pencapaian aku pulak serta merendah rendahkan suami aku tu. Aku menikah dengan dia sebab kami punya hobi sama. Pendapat kami dalam kehidupan agak sama. Senang cerita, kami ada keserasian. Selebihnya, kedua belah keluarga menerima perhubungan kami secara terbuka. Kami dapat restu tidak berbelah bagi sehingga kami tak ada isu mertua tak suka menantu sampai hari ni. Dan yang paling PASTI, JODOH ni Allah memang dah tentukan. Kau ingat, kalau Dia tak izin, menjadik ke?
Aku tahu rakyat Malaysia sekarang ni tengah panas dengan Najib, dan Zahid Hamidi serta anak anak mereka pasal 1.5 juta Bangla masuk Malaysia. Tapi waras ke kaitkan isu politik negara dengan jodoh ketentuan Tuhan, dan maruah wanita yang mengeluarkan pendapat dalam video kat atas tu?
Aku rasa aku faham, mungkin ego lelaki Malaya tercabar bila dengar pendapat gadis gadis dalam video tu. Tapi kan, reaksi caci tomahan dan kata kata berbaur sexual yang dilemparkan secara tak langsung korang macam mengiyakan pendapat gadis gadis tu. Aku boleh potong jari yang gadis gadis dalam video tersebut semua bawah umur 25. Muda lagi. Mereka sendiri pun tak faham apa sebenarnya yang menjamin kebahagiaan perhubungan rumah tangga selain hensom, duit, romentik dan badan sasa. Korang kalau gentlemen sangat, pinang lah mereka dan tunjukkan realiti yang sebenar (dengan cara yang baik baik)
Lepas tu, ada pulak mengata kat gadis gadis bertudung tu angan tak sudah Mat Salleh takkan pandang depa sebab mat salleh cari yang lawa dan seksi sahaja. Astaghfirullah… sampai macam tu sekali racun busuk mulut propa puaka hangpa. Buatnya budak tu betul betul nekad nak mat salleh, di tanggalnya tudung tu sebab racun hasutan setan dari komen puaka hangpa. Maaflah, kalau aku kata minda dan knowledge korang sempit sebab sampai macamtu sekali penilaiannya. Aku kenal ramai gadis melayu bertudung, tak pakai mekap dan baik budi pekertinya bersuamikan Mat Salleh. Bukan nikah lari ikut jantan stail tau? Ikut adat resam elok kedua belah keluarga macam kita kita juga.
Aku tak gerenti yang pernikahan aku ni takkan ada masalah dan happily ever after ibarat Si Bawang Merah kawin Anak Raja. Tapi jika ada doa, keinginan, dan usaha untuk kearah lebih baik itu ada, Insyaallah.
Bagi aku, nikah warga asing ke, bangsa sendiri ke, jiran sebelah rumah ke, dua pupu kau ke, kau kena tengok balik ‘checklist’ panduan standard dalam kehidupan seharian. Macam kau decide nak beli smartphone. Kau main belasah cekup je ke?. Lagi lagi kau tu Islam, lagi lah ada panduan ikut Kitab Quran dan sunnah bagai. Beruntung sangat dah ada check list tersedia.
Bagi aku lah, saiz punai sebesar betis ke, banyak duit kaya raya ke, romantik sampai meleleh taik telinga ke, cinta forever bagi batu kerikil pun simpan buat loket bagai, kalau TAK ADA RESTU kedua belah keluarga lagi lagi mak yang melahirkan korang berdua dan bapak korang yang bagi makan sampai korang besar, memang panas sikit lah. Restu bukan restu gitu gitu saja tahu? Restu yang sampai tak kisah pasal berapa hantaran, majlis macam mana, bangun tidur lambat malas masak semua terima.
Kemudian, kalau dah ada restu bagai, kalau keserasian tak ada payah juga. Hobi, pendapat, pemikiran dalam segala hal dan keterbukaan minda dan hati apa bila baru dapat tahu sikap selebih dia lepas nikah pun sangat sangat perlu juga. Kiranya macam belajar pasal dia lah kan. Proses mengenali dan belajar tentang pasangan kita ni, proses dia takkan habis sampai la kita MATI.
Dan aku nak tanya, berapa ramai orang masa berkenalan dan merancang nak menikah, mengamalkan sikap terbuka bagi tahu berapa gaji dia dan BERAPA BANYAK HUTANG BANK tengah tanggung terhadap pasangan masing masing?
Jadi, udah udah la hina perempuan puji orang luar pasal saiz punai. Komen tu secara direct memberitahu saiz punai korang di alam maya.
Dan bagi angpa yang kutuk kata
Itu bukan salah orang luar. Itu salah wanita itu sendiri main ikut jantan tanpa umpamakan keluarga dan orang tua. Kau ingat, kalau perempuan tu bangsa baik akhlaknya, cerdik mengatur langkah hidup dia terpaksa viral ke mintak tolong nak balik negera? Kalau benda tu jadi dekat aku, bagi 5 minit je family aku belikan tiket first class untuk aku balik Malaysia lah. Tak perlu viral mintak tolong orang awam bagai membuka kain tayang spender dekat orang. Bodoh cerdik tindakan seseorang itu bergantung pada diri dia sendiri. Jangan nak salahkan orang luar, Najib, Anwar Ibrahim mahupun Tun Hussin Onn. Sebelum nak komen kurang cantik macam tu, sila turunkan gambar bendera Malaysia dulu. Hang buat malu orang Malaysia yang berada di perantauan.
Pencarian dan pemahaman dalam hidup ni ibarat search Google lah. Kau taip Melayu bogel, keluar lah cerita dan gambar Melayu bogel. Kalau kau taip warga asing bogel, sama la jugak. Dan aku tahu lelaki yang dok timbulkan isu saiz punai enjoy tengok putin kaler pink tu lalu berangan angan. Maksud aku disini, korang sendiri yang menentukan apa yang korang nak dengar dan lihat. Itu agak tidak adil bila mengeluarkan komen dengan melabelkan sesuatu bangsa based on apa yang korang PILIH untuk baca dan lihat. Tak cantik lah macam tu.
Cuba cuba lah berkenalan dengan orang yang bernikah dengan bangla, negro, mat salleh.. maksud aku. Orang biasa biasa.. bukan nya dok melangut dekat Instagram Lana Nodin dan anak Chef Wan yang menikah mat salleh tu.. Tanya orang tu kalau nak kepastian.. kalau cerita pengalamannya buruk, jadikan sempadan..kalau elok…jadikan teladan. Aku ramai je orang tanya through dekat Facebook inbox.. bukan tanya saiz punai laki aku..tapi..tanya keadaan di sini, mertua bangsa asing lagu mana… ipar duai.. adat depa lagu mana.. Kan cantik tu…
Aku tak pernah kut rasanya membebel panjang macam ni. Tapi, lepas ni tak dak dah aku nak menulis gini. Letih siut.
Assalamualaikum.
P/S: Tapi kan…tapi kan… aku sebenar melugai jugak bila tengok gadis Melayu EKSYEN tayang boifren Mat Salleh atau dapat boifren duduk luar negara dalam Facebook dan Instagram. Buat biasa biasa tak boleh ke? Gadis Melayu macam ni la buat kami kami yang menikah foreigner nampak macam babun. Babun betul lah!!!
Roslin Kamal on Facebook
February 18, 2016 at 10:28 pmHaaahaa biasalah itu, aku pun pernah mengalaminye, walaupun aku kawin lelaki kaum cina mcm2 dah kena, buat dunno je laa. Jodoh Allah yang tentukan
Gerekitualia
February 18, 2016 at 11:31 pmWell said! Mmg babun….babun ghamai bebenor…. sakit otak kita ni.
heartboxx
February 19, 2016 at 9:44 pmKan. Bagaikan babun mendapat bunga taik ayam.
Hanani M. Ali on Facebook
February 19, 2016 at 12:48 amEntry ni paling best! Haha.
I always like your entries written in BM ni Sebab I don’t think I can write mcm tu 🙂 Normi Kahar Goodwin
Normi Kahar Goodwin on Facebook
February 19, 2016 at 2:14 amKiki
Normi Kahar Goodwin on Facebook
February 19, 2016 at 3:08 amReally? Oh wow… I ingat sabah very open minded? At least compare dgn semenanjung.
Noorhayati Abdul Rashid on Facebook
February 19, 2016 at 3:21 amTak semua open minded ada juga yg narrowmind…but not as bad as kat semenjung( sorry) heheheh
Kene tgk etnic/ bangsa juga…same *punai* isu …but in a joking manner…okthxbai
Normi Kahar Goodwin on Facebook
February 19, 2016 at 2:32 pmWahh.. Multiracial habis like awak tu. Kikiki
Aishah
November 19, 2017 at 10:31 amAssalamualaikum. Hye. Daripada apa yg sy baca sis salah seorang wanita malaysia yg kahwin dengan mat salleh. Sy ingin seba sedikit pendapat atau nasihat bagi sy yang bru berkenalan dengan seorg mat salleh dan yang cuba untuk serius dalam hubungan.
heartboxx
November 20, 2017 at 7:07 amHi, Terima kasih sebab baca belog saya.
Saya tak ada specific tips, sebab lain orang lain hatinya kan. Cuma, apa yang saya boleh bagi tahu, jangan paksa. Orang kita suka bincang soal nikah kawin selepas beberapa bulan kenal serta Paksa dia jadi MELAYU. Soal nikah kawin ni, kalau ada jodoh, tak kemana. Bab adab dan adat, kita perkenalkan pada dia. Tapi jangan sekali kali expect dia terus ikut dan berubah macam mana yang kita nak. Masing masing belajar adab & adat kedua belah pihak dan dari situ kita boleh tengok serasi atau tidak.
Fytra
June 26, 2019 at 5:42 amSo funny! Enjoyed reading this!
heartboxx
July 10, 2019 at 7:22 pmThank you for reading my blog!